
Kisahnya sangat memberi inspirasi. Ia mungkin dianggap kerja gila namun tekad seorang saudara seislam kita, Adam Muhammad atau mesra disapa Brother Adam berjalan kaki dari Wolverhamptom, Britain ke Makkah berakhir dengan suasana sangat mengharukan.
Ini kerana dirinya menempuh perjalanan 11 bulan dengan hanya berjalan kaki demi memastikan misinya menjadi tetamu Allah bagi musim haji ini terlaksana.
Dikongsi dari Tik Toknya @adam.to. mecca. by.foot, dirinya berkongsi suka duka perjalanannya yang memakan masa hampir setahun masanya. Dirinya menempuh 6500 km dengan menempuh banyak negara, antaranya ialah Belanda, Jerman, Serbia, Austria, Bulgari, Turki, Syria, Jordan sebelum memasuki Makkah. Ia satu perjalanan yang sangat mencabar namun diiringi doa dari orang ramai agar niatnya dapat menunaikan haji pada usianya kini iaitu 52 tahun.
Kata orang tiada halangan jika hati sudah nekad dan itulah dilakukannya. Bahkan dalam setiap persinggahan di negara ditempuhnya, dirinya ditemuramah hingga dirinya menjadi terkenal kerana tekadnya itu.
Kata Brother Adam, jika di awalnya, perjalanan ini adalah impiannya (dapat tunai haji) namun selepas menempuh banyak negara dan dikelilingi ramai orang baik-baik dirinya mengakui perjalanannya ini adalah “perjalanan ummah” buat semua iaitu melaksanakan rukan islam ke lima bagi yang mampu.
Cuaca buruk antara faktor menghalang perjalanannya, bahkan troli barang-barang yang dibawanya bersama untuk memudahkan dirinya memasak dan menyimpan barangan turut beberapa kali patah namun ia langsung tidak mematahkan semangatnya untuk melihat Kaabah di depan mata buat kali pertama. Alhamdulillah dengan irigan doa dari semua, dirinya telah pun sampai ke Makkah.
Ternyata semangatnya sangat luar biasa dari orang hanya biasa-biasa. Nak tengok perjalanannya boleh follow Youtube dan Tik Toknya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ini Senarai Lokasi Masjid & Surau Yang Sediakan Gerobok Rezeki Di Seluruh Wilayah Persekutuan

Kala ini ramai yang tersepit dengan sekatan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP yang hanya melibatkan beberapa sektor dibuka. Justeru itu mulai semalam kempen kibar bendera putih bermula di mana ia adalah satu kempen rakyat membantu rakyat bagi mereka yang terjejas pendapatan berikutan banyak kes bunuh diri dilaporkan sejak PKP lebih sebulan lalu.
Dipetik dari fb rasmi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri, beliau berkongsikan senarai masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan yang menyediakan Gerobok Rezeki bagi golongan memerlukan.
Berikut perkongsiannya:
Saya sertakan di sini lokasi masjid dan surau yang terlibat dengan Gerobok Rezeki (barang asas dapur) dan Dapur It’am (makanan tengahari) yang bermula sejak Mac 2020 di Wilayah Persekutuan. Ambil jika perlu, sumbang sekadar mampu.
Jumlah keseluruhan untuk dua inisiatif ini adalah melebihi RM4 juta. Terima kasih JAWI dan MAIWP. Terima kasih pembayar zakat!
GEROBOK REZEKI DI MASJID
1. Masjid Wilayah Persekutuan
KUALA LUMPUR
ZON 1
1- Masjid Al-Imam Al-Ghazali
2- Masjid Abu Hurairah
3- Masjid Saidina Hamzah
4- Masjid Amaniah
5- Masjid Al-Firdaus
6- Masjid Al-Ubudiah
7- Masjid Al-Zakirin
8- Masjid Al-Qurtubi
ZON 2
1- Masjid Jamek Saad Bin AbiWaqqas
2- Masjid Al-Hidayah
3- Masjid Saidina Ali K.W
4- Masjid Amru Ibn Al-‘Ass
5- Masjid Bilal bin Rabah
ZON 3
1- Masjid Al-Imam Ash-Shafie, Jalan Perkasa Taman Maluri
2- Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Jalan Perak
3- Masjid Ar-Rahimah, Kg Pandan
4- Masjid Bukit Aman
5- Masjid Nurul Islam, Taman Perwira Jaya
6- Masjid As-Sodiqin, Taman Kobena Cheras
ZON 4
1- Masjid Al-Akram, Datuk Keramat
2- Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Tmn Sri Rampai
3- Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa
4- Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati
5- Masjid Ibn Mas’ud, Jln Damai Ampang
ZON 5
1- Masjid Al-Muqarrabin
2- Masjid Al-Imam Al-Tirmizi
3- Masjid Az-Zubair Ibnu Awwam
4- Masjid Saidina Othman Ibnu Affan
5- Masjid Ibn Khaldun
6- Masjid Abd Rahman Bin ‘Auf
7- Masjid Al-Muhsinin
8- Masjid Al-Khasyi’in
9- Masjid Al-Najihin
10- Masjid Al-Mukhlisin
11- Masjid Talhah Bin Ubaidillah
12- Masjid Zaid Bin Thabit
ZON 6
1- Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Damansara.
2- Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Bangsar.
3- Masjid Al-Hidayah, Kg. Sg. Penchala.
4- Masjid Jamek Tg Abdul Aziz Shah, Kg. Sg. Penchala.
5- Masjid Al-Ghufran, Pinggiran TTDI.
6- Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi.
7. Masjid Jamek Abdullah Hukum, Eco City.



LABUAN
1- Masjid Jamek An-Nur
2- Masjid Jamek Layang-layangan
3- Masjid Sultan Muhammad V
4- Masjid Al Ehsan Kg Sungai Labu
5- Masjid Kg Bebuloh
6- Masjid Nurul Iman Kg Ganggarak
7-Masjid Muzakirullah Kg Lubuk Temiang
GEROBOK REZEKI DI SURAU
1. Surau Al-Furqan, Presint 11
2. Surau Putra Al-Amin, Presint 8
3. Surau Ar-Rahman, Presint 16
4. Surau Al-Iman, Presint 9
5. Surau Fathurrahman, Presint 11
6. Surau Al-Istiqlal, Presint 14
7. Surau Al-Muhajirin, Presint 9
8. Surau Pudina, Presint 17
9. Surau Istiqamah, Presint 18
10. Surau An-Najah, Presint 9
11. Surau As-Syakirin Presint 14
12. Surau Al-Mizan, Presint 8
13. Surau Ar-Rayyan, Presint 6
14. Surau Al Falah, PPR Ampang Hilir
15. Surau Syakirin Taman Muhibbah
DAPUR IT’AM
ZON 1
1. Masjid Al-Qurtubi, Taman Seri Segambut
2. Masjid Saidina Hamzah, Kg. Batu Muda
3. Surau Al Hikmah, PPR Beringin
4. Surau Al-Hijrah, PPR Intan Baiduri
5. Surau Al-Hidayah, PPR Taman Wahyu 2
6. Surau Al-Muhajirin, PPR Batu Muda
7. Surau Al Hijrah, PPR Pekan Batu
8. Surau Al-Hijrah, Mutiara Magna
9. Surau Al-Muttaqin, PPR Pekan Kepong
10. Surau Al Hijriah, PPR Sri Aman
ZON 2
1. Masjid Masjid Amru Bin Al-‘Ass
2. Masjid Salahuddin Al Ayyubi, Taman Melati
3. Surau Medan Idaman
4. Madrasah Iktisamiah, Taman Melati
5. Surau At-Taqwa, Jalan Dato’ Senu Utama
6. Madrasah Raudatul Muttaqin, Taman Dato’ Senu
7. Surau Al-Ehsaniah, Flat Danau Kota,
8. Surau Al-Amin, PPR Sentul Murni
9. Surau Sakinah, PPR Gombak Setia
10. Surau An-Nuur, Bandar Baru Sentul
ZON 3
1. Masjid As-Sodiqin , Taman Kobena Cheras
2. Masjid As-Syakirin KLCC
3. Surau Silaturrahim, PPR Sri Alam Fasa 2
4. Surau Al-Falah, PPR Hiliran Ampang
5. Surau At-Taufiqiyah, Jalan Perkasa
6. Masjid Jamek Sultan Abdul Samad
7. Surau Abbas Al-Habshee, PPR Laksamana
8. Surau Al-Aslahiyah, Jalan San Peng
9. Surau Al-Islah, PPR Sri Sarawak
ZON 4
1. Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju
2. Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Tmn Sri Rampai
3. Masjid Al Akram, Datuk Keramat
4. Surau Jumaat Balai Islam, Jalan Tun Razak
5. Surau Jumaat Al Husna, Blok F, PPR Sri Semarak
6. Surau Jumaat At Taqwa, PPR Kampung Baru Ayer Panas
7. Surau Jumaat As Saadah, Wangsa Maju
8. Surau Jumaat Darul Huda, Wangsa Maju
9. Surau Jumaat Muhajirin, Jalan Persiaran Rejang
10. Surau Jumaat Al Hidayah, Keramat Wangsa
ZON 5
1. Masjid Al-Muqarrabin, Bandar Tasik Selatan
2. Masjid Al-Najihin, Jalan Sri Permaisuri
3. Masjid Al-Imam At-Tirmizi, Taman Sri Sentosa
4. Masjid Abdul Rahman Bin Auf, Batu 5 ½, Jalan Puchong
5. Madrasatul Aula, Flat Sri Labuan
6. Surau Al-Mustaqim, PPR Pinggiran Bukit Jalil
7. Madrasah Hidayatul Islamiah, Bandar Tun Razak
8. Surau Asy Syakirin, Bandar Tun Razak
9. Surau Nur Asy-Syakirin, PPR Kg Muhibbah
10. Surau Al-Firdaus, Pangsapuri Sri Penara
Zon 6
1. Masjid Ar-Rahman UM, Jalan Pantai Baru
2. Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Ara Bangsar
3. Masjid Al-Ikhlasiah, Bukit Kerinchi C2
4. Masjid Jamek Al-Khadijiah, Jalan Pantai Dalam
5. Masjid Jamek Tg. Abd. Aziz Shah, Kg. Sg. Penchala
6. Masjid Al-Hidayah, Kg. Sg. Penchala
7. Surau Al-Hijrah, PPR Pantai Ria
8. Surau Ibadurrahman, PPR Kampung Limau
9. Surau Ihsaniah, Kondo Rakyat Desa, Pantai Hillpark, Pantai Dalam
10. Madrasah Nurul Huda, Apartment Hj. Abdullah Hukum, Kg. Haji Abdullah Hukum
PUTRAJAYA
1. Masjid Mahmoodiah, Presint 18
2. Surau Pudina, Presint 17
3. Surau Jannatul Firdaus, Presint 5
4. Surau Istiqamah, Presint 18
5. Surau Fathurrahman, Presint 11
6. Surau Al Muqarrabin, Presint 3
LABUAN
1. Masjid Jamek Layang-Layangan
2. Masjid Jamek An-Nur
3. Masjid Al Falah, Kg Bukit Kalam
4. Surau Al Ghufraniah, Taman Perumahan LDA.
5. Masjid Al Ehsan, Kg. Sg Labu
JAWI Food Bank
1.Kaunter JFB, Lobi Kompleks Pusat Islam, Jalan Perdana KL
Saya amat alu-alukan usaha ini untuk diperluaskan di negeri-negeri oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri. Tahniah atas usaha jitu Pihak Berkuasa Agama Negeri bagi meringankan beban mereka yang memerlukan sepanjang pandemik ini.
Bagi yang ingin menyumbang untuk agihan bantuan #Musaadah menerusi agensi di bawah saya ke seluruh Malaysia, ada beberapa saluran disediakan.
1. Tabung Musa’adah Covid-19 JAKIM-YWM No. Akaun 86-0221818-6 (CIMB Islamic Bank Berhad) atas nama: Yayasan Waqaf Malaysia.
2. Akaun Tabung Amanah YaPEIM:
Bank Islam Malaysia Berhad :14023010000082
Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
BSN: 1410029864503006
Beli & sumbang di YaPEIM’s Mart
https://kyte.site/yapeims-mart-online
Beli & sumbang di CMASA
https://cmasa.my/home/category/366
3. Klik https://www.yadim.com.my/v2/pilihan-infaq/
atau salurkan ke akaun YADIM 5660 1062 5428 (Maybank)
Setiap sumbangan layak mendapat potongan cukai.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-jodoh-suami-kiriman-ilahi/
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tunai Haji Guna Visa Mujamalah, Lelaki Buat Pendedahan Mengejutkan Berlaku Dalam Industri Haji

Ramai masih berfikiran untuk dapat pergi tunaikan haji perlu menunggu giliran dari pihak Lembaga Tabung Haji. Masanya masih lama, berpuluh tahun dan andai ada rezeki, nama kita naik. Selain menggunakan khidmat Tabung Haji ada juga syarikat-syarikat swasta yang dilantik untuk membawa jemaah haji dengan penggunaan visa Haji Furada yang mendapat liputan meluas berikutan hampir 400 jemaah haji tertipu dengan hal ini.
Satu perkongsian dari Mohammed Farid Masri, pengarah urusan syarikat pengendali umrah Salam Hijrah Holiday pasti mengejutkan kita semua kerana ia berkaitan “wang”. Siapa mampu bayar lebih boleh pergi dan ianya pasti membuat kita tertanya-tanya mengenai pendedahannya ini.
MEMERANGI RASUAH DALAM INDUSTRI HAJI
Tahun ini kita semua digemparkan dengan berita di mana Arab Saudi telah mengumumkan bahawa tiada Visa Furada dikeluarkan, dan pengendali Haji yang menggunakan Visa Furada hanya boleh mengusahakan untuk mendapatkan visa Mujamalah (Courtesy-budi bicara) sahaja.
Ini adalah satu situasi yang sangat menggemparkan kerana ianya sangat berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Visa furada itu sendiri jumlahnya tak banyak, apalagi visa Mujamalah yang bersifat BUDI BICARA. Tentunya lebih sedikit dari itu.
Apa yang menariknya adalah, harga visa Mujamalah ini adalah berbeza dan dikatakan ‘mengikut nasib’. Keadaan ini memberi impak kepada para jemaah yang berdebar menanti visa mereka sehingga ada yang sanggup melakukan bayaran penambahan sekitar RM 30,000 sehingga RM 50,000 seorang, hanya untuk menampung kos visa yang bermula dari RM 40,000 seorang.
Bagaimanakah hal ini boleh berlaku?
Ada yang men’jual’ nama Arab Saudi dengan mengatakan bahawa pihak ‘sana’ yang minta tambah, tak kurang juga ada yang menggunakan bahasa ‘Harga Visa dah dinaikkan pada tahun ini’ sebagai jalan memahamkan jemaah akan pertambahan kos Haji pada tahun ini, bahkan mungkin lebih teruk pada tahun akan datang.
Tahukah anda, jemaah Haji di Indonesia sanggup membayar sehingga 10,000 USD (sekitar RM 46,000) seorang hanya untuk Mujamalah, sebelum ditambah dengan harga bayaran wajib Haji sebanyak RM 16,000 menjadikan jumlah untuk visa sahaja sehingga mencecah RM 62,000 seorang!
Keadaan ini membawa pengaruh dan kesan yang besar kepada industri Haji dimana visa Mujamalah ini akan menjadi visa yang hanya dikeluarkan kepada sesiapa yang sanggup membayar lebih mahal, jumlah jemaah yang lebih ramai, dan ianya mampu menghasilkan pulangan yang banyak kepada orang tertentu yang terlibat, sehingga akhirnya objektif utama untuk “Membantu orang ramai untuk berangkat Haji” bertukar kepada MELAYAN KETAMAKAN MANUSIA UNTUK BERANGKAT HAJI.
Kepada operator Haji Furada atau Mujamalah yang kebanyakannya terdiri dari kalangan agamawan terkenal ataupun tidak, kalian sememangnya tahu dengan siapa kalian berurusan dan kalian memang tahu apa yang kalian sedang uruskan.
Apabila anda berhadapan dengan urusan tawar-menawar sebegini, berhentilah. Tak perlu berbangga di media sosial yang anda berjaya terbangkan 30 orang VIP di saat akhir kalau semuanya diuruskan dengan cara rasuah atau suapan. Jangan pula kita menjadi orang tengah yang memimpin para jemaah untuk menyemarakkan lagi medan rasuah yang sedang terbuka luas hari ini.
Tahun ini Allah dah tunjukkan depan mata kita betapa buruknya ketamakan ini, janganlah kita pula yang beriya-iya meraikan ketamakan mereka walaupun para jemaah sanggup membayar sekian-sekian harga. Kasihanilah para jemaah kalian. Utamakanlah kesempurnaan ibadah mereka.
Berhentilah
Saya baru sahaja mendapat berita dimana adanya jemaah yang membayar Haji dengan pakej RM 120,000 seorang, kemudian diminta untuk tambah RM 30,000 seorang, dan akhirnya memperoleh visa Mujamalah tapi semua hotel yang dijanjikan terpaksa diubah dan mereka digabungkan dengan pakej lain yang murah, semata-mata kerana perlu membayar harga visa yang melampau.
Yang sanggup membayar lebih, dia berpotensi tinggi untuk mendapatkan visa. Yang ‘pandai jaga cable’, dia akan dapat visa.
Maka di manakah terletaknya ruang untuk tujuan utama “KAMI BANTU MEMUDAHKAN JEMAAH HAJI” itu?
Kepada mana-mana pengendali Haji atau individu yang melakukan atau mengajar jemaah untuk berangkat Haji dengan menggunakan Visa Pelancong (Tourist) pula, ketahuilah bahawa kalian tidak melakukan pekerjaan yang betul, dan sekiranya kalian berhasil untuk Haji sekalipun, kalian tidak melalui proses yang betul. Ianya sama seperti kalian solat di rumah orang tanpa kebenaran. Pada bila-bila masa boleh ditangkap dan dihukum.
Merisikokan orang lain adalah tidak wajar dan boleh dikategorikan sebagai kebodohan.
Tak mampu untuk mengusahakan dengan cara yang betul, bukanlah sebab untuk kita kerjakan jalan yang salah. Kalian boleh sahaja muatnaik di laman sosial dan bercerita kepada orang ramai atas kejayaan penipuan kalian, namun ketahuilah bahawa kalian sedang beribadat di atas jalan yang haram.
Rasuah untuk memperoleh visa, jangan buat, jangan ikut.
Berangkat Haji menggunakan visa pelancong, jangan buat, jangan ikut.
Semoga Allah selamatkan kita semua dari keburukan dunia dan akhirat.
Perkara ini mesti disebut, mesti disampaikan.
P/S : Kumpul jemaah sampai 380 orang adalah sangat tak relevan. Kalau wujud pun visa furada tahun ini, adalah mustahil untuk 1 syarikat itu mendapatkan visa furada untuk kesemuanya.
Wallahu a’lam. sumber : FB Mohammed Farid Masri
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Kreatifnya Macam Chandelier Turun Kayangan” – 3 Tahun Pemiliknya Simpan Idea Sebelum Pamer Kek Bertingkat

Selain busana indah digayakan Raja Sehari yang menjadi bualan, majlis memotong kek perkahwinan juga jadi salah satu momen manis untuk dikenang.
Ada pelbagai rekaan yang cuba dihasilkan untuk kek di majlis perkahwinan dan paling mendapat perhatian adalah kek tergantung atau Chandelier Cake di majlis resepsi pasangan Zahirah Mac Wilson dan Aiman Hakim Redza.
Kek yang dipotong oleh pasangan ini nyata jadi bualan sebab julung-julung kali melihat rekaan sebegini terutama di majlis perkahwinan.
Kek gantung atau chandelier cake ini direka oleh Lily Lola Cakes dan pemiliknya Lily Osman 28 tahun, berkata dia selama tiga tahun menyimpan idea untuk membuat kek seperti ini sebelum merealisasikan idea berkenaan.
Menurutnya, proses pembuatan kek tersebut tidaklah terlalu sukar namun apa yang mencabar ialah proses untuk menggantung kek setinggi lapan tingkat itu.
“Idea nak buat kek gantung ini sudah difikirkan sejak tiga tahun lalu, cuma kami mencari majlis yang sesuai. Rezeki saya dan Zahirah apabila kebetulan semua konsep ini kena dengan majlis mereka, jadi kira realisasikan idea itu.
“Kek itu dihasilkan dalam masa seminggu tapi nak menggantung agak sukar dan mengambil masa lebih sejam.
“Kek ini perlu dipastikan benar-benar kukuh supaya tak jatuh kerana graviti dan memerlukan beberapa orang untuk menggantungnya.
“Macam mana teknik buat suaya kek kukuh dan tidak jatih itu ada caranya. Apa pun mujurlan pihak perancang perkahwinan Mahligai Creative banyak membantu dan memudahkan proses persiapan di dewan tersebut.
“Apabila kek ini viral secara tidak langsung dapat membuka mata orang ramai mengenai bakat orang malaysia,” ujarnya kepada Mstar Online yang memberitahu setiap kek memiliki harga berbeza mengikut kepada bajet dan permintaan pelanggan.

Ternyata persembahan kek bertingkat atau Chandelier Cake ini memukau bukan sahaja mereka yang hadir di majlis resepsi berkenaan tetapi juga warganet. Masing-masing terpukau dengan keindahan ciptaan kek berkenaan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI