‘30 tahun kahwin, tiada rezeki dikurniakan zuriat.’ Isteri rela dimadukan, suami pilih setia hingga hujung nyawa dan akhirnya keduanya meninggal dalam kemalangan bersama-sama.
Allahuakbar. Kuatnya jodoh mereka, bahagia bersama sebagai suami, isteri dan akhirnya pergi menghadap Ilahi bersama-sama. Al-Fatihah untuk keduanya.
Ikuti perkongsian Dr Ahmad Zakimi Abdullah ini dan fahami apa yang cuba disampaikan.
“Abang long, kenapa abang long tak kahwin lain? Kak long suruh abang long kahwin lagi satu tau. Insyallah nanti abang long boleh dapat anak,” ujar ku kepada abang ipar setelah disuruh oleh kak long sendiri.
Aku selaku seorang adik hanya menjalankan tugas seperti disuruh kak long sebagai wakil untuk memujuk abang long.
Tiada Rezeki DiKurniakan Zuriat
Perkahwinan kak long dan abang long aku selama lebih 30 tahun tidak dikurniakan zuriat. Mereka tiada anak. Tiada rezeki, kata mereka. Mereka ambil anak angkat.
Ads
Kak long sendiri pernah beritahu dan menyuruh abang long kahwin. Kak long rela dimadukan demi mendapatkan anak. Namun abang long menolak.
“Eh adik mie! abang long kahwin dengan kak long dulu bukan sebab anak atau sebab lain. Abang long kahwini kak long demi cinta. Kak long teman sehidup semati abang long tau.
‘Abang long tak boleh hidup tanpa dia. Cewah!” Jawab abang long bersahaja tapi penuh dengan makna.
Jawapan abang long itu membuat aku dan keluarga terkejut. Mata aku mula berkaca.
Lalu abang long memeluk aku dan dengan serius dia berkata, “Tak kisah kami tak dapat anak pun. Itu bukan rezeki kami. Kami reda. Percayalah, cinta dan kasih sayang yang kami miliki ini lebih bermakna dari segalanya. Syukur.”
Sangat memberi inspirasi kepada aku dan isteri. Perkahwinan mereka bukan sebab lain tetapi ia didirikan atas dasar percintaan. Demi cinta, mereka bahagia.
Ads
Suami Pilih Setia Hingga Hujung Nyawa
Itu namanya cinta sejati.
Empat tahun lepas (ketika posting ini ditulis), arwah abang long dan arwah kak long bersama-sama meninggalkan kami dan kembali ke rahmatullah dalam kemalangan jalan raya. Allahu, mereka sehidup semati seperti arwah mahukan.
Semoga arwah abang long dan kak long di tempatkan dari golongan orang-orang yang beriman. Amin.
Dr Zek
*Kami sekeluarga merindui kak long (Allahyarhamah Cikgu Zalina) dan abang long (Allahyarham Ustaz Hazli). Al-Fatihah.
Kashoorga : Bila perkahwinan berlandaskan cinta, anak tidak menjadi penentu kebahagiaan dalam rumah tangga.
Bolehkah saya menggunakan tanah di kaki jalan milik Majlis Kerajaan Tempatan yang terletak di belakang rumah saya (tanah di antara jalan raya dan belakang rumah saya anggaran keluasan dalam 4 kaki persegi) untuk bercucuk tanam?
Jika boleh, adakah hasil tanaman tersebut boleh saya makan?
Jawapan
Berkaitan hukum memakan hasil tanaman di tanah milik kerajaan tempatan, kami berpandangan bahawa hukumnya adalah syubhah. Hal ini kerana hukum syarak melarang mengambil hak milik seseorang menjadi harta peribadinya. Firman-Nya bermaksud:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil. kecuali dengan cara perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”
Maksudnya: “Daripada Said Bin Zaid dia telah berkata, aku telah mendengar Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, maka Allah akan bebankan dengan mengalungkan tujuh bumi kepadanya.”
[HR al-Bukhari & Muslim 3024]
Tanah rizab milik kerajaan adalah tanah simpanan yang mempunyai perancangan jangka panjang dan kepentingan awam. Sudah pasti ia akan digunakan semula dan tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya.
Bagaimanapun, sekiranya tuan memohon kebenaran untuk mengusahakannya dan kerajaan membenarkan untuk digunakan maka bolehlah digunakan dan hukum mengambil hasil daripada tanaman yang ditanam di kawasan tersebut adalah halal.
Namun, layaklah bagi pemilik tanah iaitu kerajaan tempatan meletakkan syarat tertentu bagi menjaga hak masing-masing seperti tidak boleh membina binaan kekal serta risiko bakal ditanggung oleh pihak yang membangunkan tanah itu, sebagai contohnya.
‘Tengah tidur, solat sekalipun malaikat tetap catat dosa.’ Inilah dosa jariyah yang wanita tak sedar, dosanya tetap mengalir walaupun sedang berbuat kebaikan.
Bayangkan biarpun beribu amalan baik wanita lakukan, dosa jariyah yang dia lakukan suatu ketika dahulu tetap berjalan.
Allahuakbar, minta dijauhkan daripada kita semua. Kongsi pengguna Tiktok, Zarul Hafiz, apakah dosa wanita ketika tidur atau apa yang dimaksudkan dengan dosa jariyah?
Menerusi video ini, Zarul Hafiz jelaskan bahawa sama ada dia sedang tidur, bahkan ketika dia sedang solat sekalipun, malaikat tetap mencatat dosa untuk dirinya.
Edayuothman
Terima kasih… memberi peringatan pada saya dan kaum hawa yang lain…
TheTeaCoffee
Allhamdulillah, setakat ini belum pernah lagi hantar atau upload gambar muka dekat media social.
Kakyat@2728
Saya dah delete picture yang tak bertudung dulu. Semoga kita semua mencari keredhaan Allah SWT.
khuza19
Semoga terus istiqomah buat ku dan para wanita semua. Terima kasih ustaz.
Kashoorga : Dalam keseronokan kita upload gambar atau video di media sosial, jangan kita lupa tentang aurat kita dan juga orang lain. Renung-renungkan.
‘Warga emas lari ikut lelaki bangladesh ketika tunai umrah.’ Travel Agency kena blacklist dan didenda RM72,812 oleh kerajaan Arab Saudi.
Apalah yang berlaku sebenarnya sehingga warga emas yang sedang menunaikan umrah meninggalkan kumpulannya dan mengikut lelaki Bangladesh yang baru dikenali tersebut.
Seorang warga emas dari Wonosobo, wilayah Jawa Tengah, Indonesia, yang melarikan diri bersama lelaki Bangladesh ketika menunaikan umrah akhirnya pulang ke Indonesia, lapor portal berita Okezone.
Wanita dikenali sebagai Murni, 61, sebelum ini dilaporkan hilang selama sebulan selepas mengikut lelaki berkenaan ketika berada di Arab Saudi.
Ikut Lelaki Bangladesh
Menurut pemilik Firdaus Mulia Abadi Tour, Tri Winarto, Murni mengikuti ibadah umrah anjuran syarikatnya pada 1 Februari lalu.
“Sebulan yang lalu, dia mendaftar untuk mengerjakan umrah dengan syarikat kami. Dia berasal dari Wonosobo dan mengikuti pakej umrah selama 11 hari.
Ketika Tunai Umrah
Namun pada hari ketiga berada di Tanah Suci, Murni tiba-tiba menghilangkan diri. Selepas memeriksa rakaman sistem televisyen tertutup (CCTV), Murni didapati mengikut seorang lelaki warga Bangladesh.
“Sehingga kami pulang (ke Indonesia) pada 11 Februari lalu, Murni tidak juga muncul. Selaku pengendali, kami berasa keliru,” kata Tri.
Travel Agency Kena Blacklist
Tambahnya, situasi itu membuatkan syarikatnya disenarai hitam dan dikenakan denda oleh kerajaan Arab Saudi kira-kira 250 juta rupiah (RM72,812).
Selepas sebulan bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk keluarga dan kerajaan Arab Saudi, Murni akhirnya berjaya dikesan.
Didenda RM72,812
“Selepas kami menemui lelaki Bangladesh tersebut, dia berjanji untuk memulangkan Murni kepada wakil kami di Arab Saudi.
“Akhirnya, Murni pulang ke Indonesia pada Rabu minggu lepas,” jelasnya. – Agensi
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...