Setiap ibu bapa pasti berasa bahagia dengan kelahiran anak yang menjadi penyeri rumahtangga. Lebih bahagia lagi kalau anak atau pasangan memiliki tarikh lahir yang sama. Kata orang lebih mudah menyambut sambutan hari kelahiran.
Jika satu kelahiran sama, ia mungkin biasa tapi kalau mempunyai empat anak dan dua di antara mereka lahir pada hari yang sama tarikhnya, Cuma berbeza dua tahun setiap satu, ia pasti cukup menggembirakan.
Ini diakui oleh pendakwah terkemuka Ustaz Don Daniyal yang berkongsi kegembiraannya semalam di instagramnya @ddaniyaldbiyajid dengan kelahiran cahayamata ke empatnya yang juga seorang hero hasil perkongsian hidup dengan Husna Mohd Zahry. Uniknya setiap dua anaknya berkongsi tarikh lahir sama dan kongsi Ustaz Don Daniyal, semua keunikan itu berlaku dengan DOA.
Ya doa yang dipohonnya pada sesiapa ditemuinya meminta agar tarikh lahir setiap anaknya sama. Dan ia terbukti kerana doa itu diperkenankan.
Baca perkongsian Ustaz Don Daniyal Don Biyajid di instagramnya.
Hari ni, Allah Taala telah bg kat kami sekeluarga hadiah. Dalam banyak-banyak hat dok ada, Allah pilih nak bg kat kami.
Syukur yamat La Ya Allah…
Apa dia ni? Hadiah apa ni? Dok tak duduk dok kata hadiah ni.Ni kami nak habaq la. Pasai Allah Taala kata, “Adapun, mana-mana nikmat yang Allah bagi, khabarkanlah (sebagai tanda syukur)..”
Ya Allah, syukur yamat sebab hari ni kami sekeluarga menimang seorang cahaya mata lelaki. Iyaaaaa~ Sungguuuuhhh~
Ni sampai la ni dok rasa percaya tak percaya ni sama banyak. Sungguh aiihh.
Ads
11/2/2021 pukui 3:25petang tat sat. Kira saya la ni ada 4 orang anak ‘jantan’.
Yang dok habaq kata syukur sangat ni pasai, anak sulong dengan nombot 2 sama tarikh lahir. 18 Januari 2014 dan 18 Januari 2016.
Hat hari ni pi sama pulak dengan abang dia hat nombot 3.
11 Febuari 2019 abang no 3, 11 Febuari 2021 mai adik nombot 4. Allah.. Ya Rabb.
Ads
Saya dengan Isteri tau tahap kami lagu mana. Ibadah dengan main ni sama banyak. Jauh sekali nak sampai kata doa makbul.
Habih tu, mcm mn boleh jadi lagu ni? Saya nak bgtau apa yg terbuku dalam benak hati ni.
Kehebatan Doa.
Kami bila jumpa saja sapa yg dan, kami minta tolong doa bg dapat sama tarikh lahir dengan anak nombot 3. Iya la, tau la kan kita kan, kalau boleh nak la skali kan. Tapi dalam masa sama, kita pun paham, benda bukan senang. Tapi apa salahnya minta orang doa kan? Kan, betui dak??
Bila jadi lagu ni, perasan ada la yang tolong doa kat kami ni yang doa dia makbul. Ngam ngam lahir hari ni. Boleh jadi
– berkat doa Ibu Bapak n mertua.
– Berkat kawan-kawan
– Berkat doa orang yang dapat nikmat
– Berkat doa orang soleh
– Berkat doa orang yang dizalimi.
وَاللهُ أعْلَمْ بِالصَّواب
Kami jumpa sapa saja, kami minta tolong doa.
2. Allah Taala Maha Hebat.
Ya Allah, kami bersyukur jadi hambaMu. Kami tahu kami banyak dosa. Saya, isteri saya, keluarga saya, Ibu Bapak dan Mertua saya, kawan2 saya dan semua kami ni, kami tau kami banyak dosa. Dalam masa sama Ya Allah, kami jugak tau bahawa KAMU Ya Allah Maha Pengampun, Maha Mendengaq, Maha Kuasa dan Maha Bijaksana.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kecanggihan teknologi hari ini membolehkan al-quran berada di dalam telefon bimbit kita. Ia sekali gus memberi kemudahan untuk umat Islam membacanya dengan mudah.
Namun begitu adakah kita dibolehkan membacanya bila-bila saja tanpa berwuduk. Seperti yang kita maklum sebahagian para ulama bersepakat bahawa menyentuh al-Quran atau mushaf adalah haram melainkan dalam keadaan seseorang itu suci daripada hadas kecil atau besar.
Ini bertepatan dengan Firman Allah SWT:
لَّا يَمَسُّهُ إِلَّا الْمُطَهَّرُونَ
Maksudnya: Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci;
(Surah al-Waqiah, 79)
Fahami kategori mushaf
Bagi menentukan apakah menyentuh al-Quran yang terdapat di dalam aplikasi telefon bimbit diwajibkan untuk berwuduk atau tidak, maka sebaiknya diperhalusi adakah ia juga dikategorikan sebagai Mushaf atau tidak.
Mushaf adalah sesuatu yang ditulis padanya daripada al Quran dengan tujuan pembelajaran
Oleh itu, dalam memahami maksud mushaf Syeikh Muhammad bin Umar Nawawi al-Jawi al-Bantani menyebut:
وَالْمرَاد بالمصحف كل مَا كتب فِيهِ شَيْء من الْقُرْآن بِقصد الدراسة كلوح أَو عَمُود أَو جِدَار
Maksudnya: Dan dimaksudkan dengan Mushaf adalah setiap benda yang ditulis padanya sesuatu daripada al-Quran dengan tujuan pembelajaran.
Bagi memahami apa yang dimaksudkan dengan tulisan, Syeikh Sulaiman bin Muhammad al-Bujairimi menyebut di dalam Hasyiahnya, bahawa tulisan (كِتَابَةً) bemaksud yang tertulis di atasnya, iaitu apa yang terdapat padanya tulisan, seperti lembaran dan kain sama ada ditulis padanya dengan menggunakan dakwat atau selainnya, dan begitu juga ukiran berbentuk huruf pada batu, kayu atau pada tanah dipermukaan bumi.
Jika sekiranya melukis bentuk huruf di udara atau air maka ia bukanlah sebagai tulisan mengikut pandangan mazhab seperti yang disebut al-Ziadi. (Lihat Hasyiah al-Bujairimi al-Khatib, 3/498)
Hukum baca al-quran melalui telefon bimbit
Justeru, dapat difahami bahawa al-Quran yang dibuka di dalam telefon pintar tidak termasuk di dalam kategori mushaf seperti mana yang ditakrifkan oleh ulama.
Oleh itu dapat disimpulkan bahawa harus membaca al-Quran melalui telefon bimbit tanpa berwuduk, ini kerana aplikasi al-Quran tidak boleh dihukum sebagai mushaf al-Quran kerana ianya hanya tulisan yang dipapar melalui skrin dan kemudiannya hilang, bahkan tidak kekal, berbeza seperti yang ditakrifkan oleh para ulama dengan mushaf al-Quran yang hakiki.
Namun, sebaiknya disunatkan untuk berwuduk ketika membaca al-Quran serta menjaga adab-adab ketika membaca al-Quran sepertimana yang digariskan oleh para ulama seperti menutup aurat, mengadap kiblat dan membersihkat mulut.
Beberapa bulan lalu dirinya pernah diuji apabila tular dirinya bertongkat. Dalam satu temuramah bersama Dai’ Ahmed Ibrahim, Ustaz Kazim menjelaskan dirinya terlangkah abu gambarnya yang sudah terbakar separuh dan sejak itu kakinya membengkak hingga memaksanya memakai tongkat.
Baru saja pulih dari ujian perbuatan disihir, sekali lagi Ustaz Kazim diuji apabila tular wajahnya memakai bedak sejuk dalam satu temubual sekali lagi bersama Dai’ Ahmed yang dikongsikan di Tik Toknya @AhmadIbrahim.
Jelas Ustaz Kazim, dirinya sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada mukanya dalam perkongsian itu. Ia berlaku secara tiba-tiba.
“Saya sendiri tak tahu apa yang berlaku pada muka saya. Kalau nak kata alahan, berhari-hari dah. Yang peliknya, kalau alahan seluruh badan. Ini hanya berlaku di muka sahaja. Tak berlaku di tempat lain.
“Kalau alahan di muka selalunya berlaku kesukaran bernafas tapi sekarang saya boleh bernafas. Boleh bercakap, cuma pedih sajalah. Sebab dia luka-luka macam lepuh Ustaz Ahmed,” kongsinya.
Tambah Ustaz Kazim, untuk mengelak mukanya terus berasa pedih terkena air, dirinya memakai bedak sejuk dan bedak geliga di muka yang lepuh-lepuh itu. Jadi tak adalah rasa panas muka nie, rasa sejuk sikit.
“Bibir saya dulu warna pink, ke merah ke tapi sekarang dah bertukar jadi hitam. Dia pecah-pecah. Untuk elak keadaan bertambah teruk, saya pakai vaselin di bibir selain gunakan minyak kelapa dara untuk lembapkan bahagian bibir ini.
“Tapi sekarang luka lepuh ini kalau kita tarik dia akan luka-luka pulak. Jadi biarlah. Insya Allah, mudah-mudahan biarlah cepat sembuhnya,”katanya lagi.
Dalam temuramah itu juga di sebalik tidak tahu bagaimana mukanya boleh lepuh-lepuh dan luka, Ustaz Kazim turut menyatakan “sesuatu”.
“Saya tahu tahu kenapa ini terjadi. Dah jumpa doktor pun, dah buat ujian darah tapi doktor pun pelik sebab darah saya normal semuanya.
“Adalahlah. Tak bagi keluar tv ke, tak bagi keluar kerap di media sosial ke,” katanya yang seakan menyimpan “maksud” di sebalik kejadian menimpanya. Mungkin barangkali berkaitan sihir kerana dirinya pernah diuji sesebelum ini.
Pelakon dan pengacara, Diana Amir sudah berhijrah sejak dari tahun 2011 lagi. Sebaik melakukan penghijrahan dia memang mengubah penampilan dan sikapnya menjadi 360 darjah.
Diana Amir yang melakukan penghijrahan turut yang mengakui hidupnya kini semakin mendapat ketenangan.
Walaupun begitu sebagai selebriti, Diana tetap mengutamakan penampilan untuk sentiasa kelihatan cantik. Diana Amir tidak lokek berkongsi cantik cara Islam yang diamalkannya.
Menurut Diana dalam agama Islam sendiri memang amat mementingkan kebersihan. Jadi secara tak langsung kita akan menjaga kebersihan diri. Ini kita boleh lihat apabila perlu mengambil wuduk dahulu sebelum bersembahyang lima kali sehari.
Jika kita mengambil wuduk dengan sempurna memang diri akan bersih. Ini kerana daripada situ (mengambil wuduk) kita membersihkan muka dan kaki dan secara tak langsung itu juga sebahagian daripada menjaga kebersihan.
Dia juga turut memastikan sebelum masuk tidur Diana akan membersihkan wajah terlebih dahulu. Tidak akan sesekali terus tidur tanpa membasuh wajah dengan bersihnya.
Selain itu petua lain diamalkan adalah perlunya menjaga stamina dengan melakukan senaman bagi mengekalkan tubuh supaya kekal sihat dan cergas.
Ibu kepada tiga cahayamata ini juga turut berkongsi amalan kerohanian bagi membuatkan wajah seseorang itu kekal berseri dan bercahaya.
Menurut Diana lagi kecantikan itu penting bermula dari dalaman dengan hati dan jiwa yang tenang. Ketenangan itu akan datang pada seseorang bila kita sentiasa mengingati Allah.
Jangan sesekali fikir perkara yang memeningkan kepala kerana ia boleh membuatkan seseorang itu jadi cepat tua.
“Sentiasa mengingati Pencipta kita tidak kira di mana juga berada. Cara mengingati-Nya adalah dengan berzikir. Sebenarnya banyak zikir boleh diamalkan lebih-lebih diri kita ini adalah pendosa. Jadi kita perlu sentiasa memperbaiki iman dan syahadah.
“Zikir paling mudah untuk diamalkan adalah Istighfar dan Lailahaillah. Sentiasa basahkan mulut dengan zikir mulia dan inysa-Allah segala urusan akan dipermudahkan.
“Kita ingat Dia dan Dia akan mengingati kita dan hati akan memperoleh ketenangan yang paling hakiki, lebih-lebih apabila berada dalam kesusahan,” jelas Diana.