
Tular ketika ini mengenai cara Pendakwah Bebas, Ustaz Ebit Lew yang disalah erti dalam memberi sumbangan kepadaa golongan memerlukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.
Ada antara netizen yang mempertikai caranya bersedekah menunjuk-nunjuk dengan memuat naik video untuk dipertontonkan kepada orang ramai di media sosial.
Namun begitu PU Azman dalam satu postingnya meminta agar netizen sentiasa bersangka baik di atas perkongsian sumbangan yang dilakukan Ebit Lew berkenaan.

Menurut Pu Azman, apabila seseorang itu memperlihatkan sedekah, perkara utama yang harus dilakukan adalah dengan bersangka baik dan jangan buruk sangka.
Tambahnya lagi, perbuatan berkongsi amalan bak ini adalah bertujuan mendildik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.
Ayat dalam post di atas ialah ayat 271 Surah Al Baqarah.
Jika kita melihat seseorang memperlihatkan perbuatan sedekahnya atau sebarang perbuatan baik, pendirian pertama kita ialah bersangka baik.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ.
Maksud :”Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan bersangka (kecurigaan), kerana sebahagian dari bersangka itu dosa”. (Surah Al Hujurot ayat 12).
Allah mengendalikan hati seseorang. Pasti ada sebab kukuh dia memperlihatkan sedekahnya.
Antaranya ialah untuk mendidik masyarakat agar termotivasi untuk turut sama bersedekah dan membantu.
Sebab kedua ialah sebagai melaksanakan amanah dalam menyalurkan dengan jujur setiap derma yang diterimanya dari orang ramai.
Maka dalam hal ini, Ustaz Ebit Liew, Dato Alif Syukri dan sesiapa saja yang rajin kita tengok memberi infaq, insyaAllah adalah wakil ummah untuk mengembangkan sebuah empayar infaq.
Cik Man-
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Ambil Wuduk, Amalan Mudah Boleh Dilakukan Sepanjang Ramadan. Insya-Allah Akan Diampunkan Dosa”

Ruginya jika berada dalam bulan Ramadan ini tetapi tidak diisi dengan perkara bermanfaat.
Inilah peluang untuk kita mengumpul pahala berganda dengan melakukan pelbagai amalan ibadah.
Antara amalan lain yang boleh kita buat dalam bulan Ramadan ini yang paling mudah adalah berwuduk.
“Jangan sia-siakan Ramadan ini dengan tengok movie atau layan Korea Drama. Lebih baik kita fokuskan pada bulan Ramadan yang Allah anugerahkan.
“Jangan sia-saiakan dan antara amalan yang paling mudah adalah ambil wuduuk.
“Kalau ada masa free-free, dah tak boleh makan minum minum, biasa kita cuci tangan. Tetapi apa kata kita ambil air air sembahyang.
“Masuk dan arulah sambung buat kerja kita. Sesungguhnya Allah ampunkan dosa dan angkat darjat seseorang itu.
“Selain itu banyakkan berjalan kaki masjid, kalau ada surau di office kalau ada tempat solat jemaah, boleh join untuk sama-sama melakukan amalan berkenaan,” ujar Pendakwah Selebriti, PU Riz dalam Eksklusif Tazkirah Ramadan & Azan Live.
KASHOORGA: Jangan lupa ikuti secara Eksklusif Ramadan Kashoorga Tazkirah & Azan LIVE di platform Digital Facebook setiap hari sepanjang Ramadan ini.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Untungnya DS Vida Ada Saham Akhirat Tunggu Di Syurga. 2 Anak Lelakinya Meninggal Dalam Kebakaran 6 Tahun Lalu!

Siapa tidak mengenali jutawan kosmetik Datuk Seri Vida. Bukan sahaja terkenal dengan sifatnya yang peramah dan kelakar, tetapi juga bijak berniaga dalam memperperkembangkan empayar bisnesnya.
Namun, dalam keceriaan sikapnya itu, terselit kisah sedih dan tragis yang tetap terpahat dalam ingatannya sebagai seorang insan bergelar ibu.
Rupanya wanita berjiwa kental ini pernah merasai kehilangan apabila dua anak lelaki kesayangannya, meninggal dunia enam tahun lalu dalam satu kebakaran.
Dalam posting terbarunya, Datuk Seri Vida memberitahu insiden menyayat hati itu berlaku di kediaman pekerjanya yang mengakibatkan dua anak lelaki kesayangannya itu meninggal dunia dek kerana lemas terhidu asap tebal.
Dua anak syurganya itu Muhammad Edrie Zikrie Mohd Amin dan Muhammad Eddie Zuhdie Mohd Amin, masing berusia 10 dan 11 tahun ketika kemalangan berlaku hingga menyebabkan nyawa mereka terkorban.

Nukilan seorang ibu yang betapa merindui anak syurga ini yang tak terbakar tetapi lemas kerana asap. Keduanya ditemui terbaring kaku berpelukan dalam tandas.
Walaupun sedih, tetapi Datuk Seri Vida reda dengan ketentuan Illahi. Malah menganggap yang berlaku sebagai sahamnya di akhirat kerana mempunyai dua anak yang menunggunya di syurga nanti.
AL FATIHAH KEPADA 2 PUTERA SY..
YANG SENTIASA SAYA RINDUI…
LATELY SANGAT TERKENANGKAN MEREKA..
KALAU MASAIH ADA DI DUNIA NI..
ABANG EDDIE UMUR 17
ADIK EDRIE UMUR 16.
Dah 6 tahun mereka pergi..
Dalam tragedi Kebakaran rumah staff saya..
Bulan Ramadan..
Mrk tak terbakar..lemas asap..
Berbaring kaku berpelukan dalam tandas..
Bawah sinki..lemas Asap
Masa tu..nyawa saya juga terasa dihujung tanduk..
Terkejut..sedih..sampai ke akhir saya tak tengok wajah mereka dalam kain kapan..tak bole..cukuplah..memori bersama mrk masa masih hidup..pakai baju baru..baju raya..
KALAULAH MRK MASIH HIDUP
DAH BOLE TOLONG MAMA NIAGA..
MASA TULIS CAPTIONS NI..
TEKAK RASA CEKIK.
TERLALU SAYU..
TANPA SEDAR..AIR MATA MELELEH..
SAHAM MAMA DI AKHIRAT..
TUNGGU MAMA DI SYUGA TERTINGGI YE SAYANG..SEPERTI YG SELALUI DIDOAKAN.
BETAPA BERTUAHNYA KELIARGA YG PUNYA SEMUA AHLI KELUARGA DI DUNIA NI..
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DATO SERI VIDA
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Kalau Nak Nikah, Bakal Isteri Letak Syarat Tolak Poligami.

Isi Kandungan
ToggleBab poligami memang sensitif bagi wanita, namun ia amat digemari lelaki. Isu ini melibatkan soal hati. Walaupun Islam mengenakan syarat ketat mengharuskan poligami, namun wanita tidak yakin akan jaminan yang suami mampu berlaku adil setelah berkahwin lain.
Tidak hairanlah jika ada bakal isteri meletakkan syarat tidak mahu suami berpoligami. Kita ikuti penjelasan panjang Mufti Wilayah Persekutuan akan hal ini.
Artikel berkaitan:Para Suami, Hati-Hati Bila Bergurau Soal Poligami Dengan Isteri
Arikel berkaitan: Setiap Pasangan Tak Perlu Ada Kawan Baik Lain Jantina, Boleh Jadi Punca Curang Zina
Soalan:
Assalamualaikum. Apakah hukum jika seorang isteri meletakkan syarat dalam perkahwinan bahawa suaminya tidak boleh berpoligami?
Adakah syarat ini sah disisi syarak, dan perlukah suami mematuhinya?
Jawapan:
Waalaikumussalam. Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga Hari Kiamat.
Para ulama telah membahaskan isu ini dalam karangan-karangan mereka, dan kami bawakan sebahagian nukilan pandangan mereka:
Pertama: Mazhab Hanafi
Menurut Akmal al-Din al-Babarti, syarat seumpama ini adalah fasid, kerana ia berbentuk larangan ke atas perkara yang diharuskan syara’, namun ia tidak membatalkan nikah. Jika suami mematuhi syarat itu, maka isteri perlu diberikan mahar musamma, dan jika syarat itu tidak dipatuhi, isteri perlu diberikan mahar mitsil. Menurut Imam al-Sarakhsi pula, syarat sebegini tidak perlu dituruti oleh suami.
Kedua: Mazhab Maliki
Menurut Imam Malik, syarat seumpama ini adalah batil, namun nikah itu tetap sah. Beliau menukilkan pandangan Sa’id ibn Musayyib menyatakan perkahwinan seumpama ini adalah sah dan diharuskan.
Namun menurut satu atsar yang diriwayatkan oleh Al-Laith ibn Sa’ad dimana pada zaman Umar al-Khattab, seorang lelaki telah berkahwin dengan seorang wanita yang mensyaratkannya agar tidak membawanya keluar dari negeri asalnya. Umar apabila mendengar hal ini, telah mengangkat syarat itu dari lelaki tersebut, dan perkahwinan itu tidak dibatalkan.
Menurut Khalil ibn Ishaq al-Jundi, syarat-syarat yang dikenakan oleh isteri untuk bernikah seperti suami tidak boleh berpoligami, tidak boleh dibawa mengikuti peperangan dan tidak tidak boleh dibawa keluar daripada rumah dan seumpamanya adalah makruh, dan Imam Malik berkata beliau telah meminta para hakim untuk melarang orang ramai daripada terlibat dengan syarat-syarat seumpama itu.
Ketiga: Mazhab Syafie
Menurut para fuqaha’ mazhab Syafi’e iaitu Imam al-Nawawi, Ibn Hajar al-Haitami, Imam Khathib al-Syarbini dan Syeikh Zakariyya al-Ansari, syarat jenis ini dihukum sebagai fasid dan ia turut menyebabkan mahar menjadi fasid, namun ia tidak membatalkan akad nikah itu sendiri.
Dalam kitab al-Fiqh al-Manhaji juga ada disebut bahawa syarat seumpama ini adalah bercanggah dengan tuntutan nikah itu sendiri, tapi ia tidak menafikan tujuan asasi nikah iaitu menghalalkan persetubuhan. Syarat seperti ini ialah fasid, namun nikah itu tetap sah.
Keempat: Mazhab Hanbali
Menurut Ibn Qudamah, syarat nikah terbahagi kepada tiga, salah satunya ialah yang wajib dipenuhi oleh suami, yang berkait dengan maslahah terhadap dirinya sendiri, seperti suami tidak boleh berpoligami, tidak boleh dibawa bermusafir dan tidak dibawa menemani ke peperangan.
Jika syarat ini tidak dipenuhi, isteri berhak untuk menuntut fasakh. Pendapat ini juga diriwayatkan daripada Umar Al-Khattab, Sa’ad bin Abi Waqqas, Mu’awiyah, Amru bin Al-‘Aas R.Anhum, Syuraih, Umar bin Abdul Aziz, Thawus dan Al-Auza’ie.
Menurut beliau lagi, ini merupakan pandangan para sahabat dan beliau tidak dapati sebarang sanggahan daripada para sahabat lain pada permasalahan ini, maka ia menjadi ijma’.
Selain itu, sabda Nabi SAW juga:
الْمُسْلِمُونَ عَلَى شُرُوطِهِمْ
Maksudnya: Kaum Muslimin itu terikat dengan janji-janji mereka.
Sunan Tirmidzi (1352) dan Sunan Abu Daud (3594)
Dakwaan bahawa syarat seperti ini mengharamkan yang halal juga tidak tepat, kerana syarat itu hanya berbentuk pilihan kepada isteri untuk menuntut fasakh daripada suami, jika syaratnya itu tidak dipatuhi.
Namun demikian, tidak diharuskan jika syarat itu menghendaki bakal suaminya untuk menceraikan isterinya yang sedia ada, kerana terdapat larangan yang jelas dalam hadith:
“Janganlah seorang wanita meminta bakal suaminya untuk menceraikan isterinya yang sedia ada dan merampas haknya. Berkahwinlah (walaupun tanpa menetapkan syarat demikian), sesungguhnya dia akan memperoleh apa yang Allah SWT telah tetapkan kepadanya” Sahih Muslim (1408)
Imam al-Mardawi pula menganggapnya sebagai satu syarat yang sah dan perlu dipatuhi, dan jika suami melanggar syarat ini, isteri berhak untuk memohon fasakh.
Syeikhul Islam ibn Taimiyyah juga pernah ditanya soalan ini, dan beliau menyebut bahawa syarat tersebut adalah sah, dan suami perlu mematuhinya.
Antara dalil beliau ialah kata-kata Umar al-Khattab yang dihadapkan dengan satu kes melibatkan suami isteri yang telah bersetuju sewaktu akad supaya suami tidak berpoligami, beliau mengesahkan syarat tersebut dan berkata:
Pemutus-pemutus hak itu bergantung kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
Mengikut satu qaul Imam Ahmad yang diterima jumhur fuqaha’ mazhab Hanbali, mematuhi syarat ini hukumnya sunat, dan isteri berhak menuntut fasakh jika suami tidak mematuhinya.
Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah pula memilih pandangan yang mewajibkannya, dan ia adalah pendapat yang lebih sahih.
Namun demikian, jika isteri itu redha dengan pelanggaran syarat yang dilakukan oleh suami contohnya poligami ini, isteri tidak berhak lagi untuk menuntut fasakh.
Namun kedua-dua suami dan isteri tidak boleh mensyaratkan agar kedua-duanya tidak boleh berkahwin lagi setelah mereka bercerai atau salah seorang daripada mereka meninggal dunia.
Namun jika syarat seumpama ini ditetapkan setelah berlaku akad, maka syarat itu tidak lagi perlu dipatuhi. Namun kata Ibn Rajab, syarat itu tetap wajib dipatuhi meskipun ia ditetapkan setelah akad nikah, dan inilah pandangan yang azhar dalam mazhab Hanbali.
Perbahasan Pandangan Ulama dan Tarjih
Imam Ibn Rusyd sewaktu memberi komentar tentang isu ini menulis:
Para ulama’ berbeza pandangan pada hukum mematuhi syarat seumpama ini, seperti suami tidak boleh berpoligami, tidak boleh membawa isteri pergi berperang atau berpindah dari negerinya.
Manakala menurut al-Auza’ie dan Ibn Syubrumah, isteri berhak mengenakan syarat itu dan suami mestilah mematuhinya. Ibn Shihab juga menyatakan para ulama berpegang pada pendapat ini. Qaul mereka ini diriwayatkan daripada Ali dan Umar R.A. Adapun faktor perbezaan pandangan mereka ialah kerana percanggahan antara nas umum dan nas khusus. Nas umum ialah hadith daripada ‘Aisyah r.a:
Sesiapa yang mengenakan syarat yang tidak terdapat dalam al-Qur’an maka ia bathil, meskipun dia mengenakan seratus syarat sekalipun. Syarat Allah lebih benar dan dipercayai. Riwayat al-Bukhari (2155)
Manakala nas khusus pula ialah hadith daripada ‘Uqbah bin Amir:
Sesungguhnya syarat yang lebih berhak untuk dipatuhi dan ditunaikan ialah syarat yang menghalalkan hubungan kelamin (syarat perkahwinan). Riwayat Muslim (1418)
Kedua-dua hadith ini adalah sahih, namun yang lebih masyhur dalam kalangan usuliyyun ialah mendahulukan nas khusus ke atas yang umum, dan dalam kes ini, wajib untuk mematuhi syarat yang telah dipersetujui bersama isteri.” (Rujuk Bidayah al-Mujtahid, 3/81-82)
Kesimpulan
Tuntasnya, kami mentarjihkan pandangan yang mengharuskan syarat yang dikemukakan isteri sebelum akad agar suami tidak boleh berpoligami, dan para suami hendaklah mematuhi persetujuan yang telah ditetapkan bersama isteri, demi memelihara keutuhan rumah tangga yang harmoni.
Namun dalam masa yang sama, syarat-syarat yang diletakkan manusia bukanlah hukum Allah SWT yang tidak boleh dipinda dan diubah. Sikap toleransi dan berlapang dada mestilah diutamakan, dan dalam banyak keadaan, perbincangan hati ke hati pastinya akan menatijahkan hasil yang positif.
Maka, meskipun isteri memiliki hak untuk menuntut fasakh jika suami tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, pertimbangan yang rasional dan pemikiran matang haruslah digunakan dalam membuat sebarang keputusan.
Kami akhiri dengan doa seperti yang diajar oleh Allah SWT:
“Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
(Surah al-Furqan: 74)
Wallahu a’lam.
Sumber : muftiwpi
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI