Rasa kagum apabila ada dalam kalangan selebriti yang tidak lupa akhirat dengan bersedekah dan melakukan amal kebajikan walaupun sudah berjaya dan nama berada di puncak.
Seperti yang dilakukan oleh pasangan selebriti Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang bakal membina sebuah masjid dengan kapasiti 700 orang di kampung halaman Aeril di Kampung Rengit, Johor.
Menurut Aeril atau nama sebenar Suhairil Sunari, pembinaan masjid ini nanti akan menggunakan duit keuntungan produk terbaharu, Muslim Bukhari yang dikeluarkan syarikat miliknya, Wawa Cosmetic.
“Idea ini datangnya daripada Wawa yang mendengar ceramah Ustaz Abdul Somad mengenai ganjaran di akhirat bagi individu yang mempunyai wang lebih, maka binalah masjid.
“Jadi, saya sudah berbincang dengan ketua kampung di Rengit dan pihak mereka bersetuju untuk membinanya dengan kos pembinaan sebanyak RM1.2 juta, yang mana kesemua duit itu dikumpul melalui hasil keuntungan produk berkenaan,” katanya ditemui selepas pelancaran di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).
Aeril berkata, dia tidak mempunyai sebarang niat untuk menunjuk atau riak berikutan perancangan bina masjid itu, sebaliknya mahu berkongsi kebaikan dengan peminat untuk sama-sama mengumpul saham akhirat.
“Setiap orang yang membeli set produk Muslim Bukhari ini adalah penyumbang kepada dana pembinaan masjid yang dirancang, dan bukan hanya nama saya atau Wawa sahaja.
Ads
“Produk ini hanya dikeluarkan sebanyak 80 ribu unit dan tiada sebarang penambahan stok sebaik ia habis dijual.
“Jika produk ini mendapat sambutan dan habis dijual, maka dana yang diperlukan untuk membina masjid sudah lebih daripada cukup,” katanya memberitahu edisi kosmetik Muslim Bukhari ini mengandungi dua pengilat bibir, set mekap dan wangian untuk harga RM79 bagi satu set.
Tidak dinafikan, semakin lama usia perkahwinan, semakin banyak dugaan yang perlu setiap pasangan itu dihadapi.
Bukan sahaja dari masalah kewangan, tetapi juga dek kerana kerenah pasangan. Maklumlah apabila usia perkahwinan semakin lama, macam-macam perkara lama yang mula diungkit.
Dalam hal ini biasanya kaum suami atau lelaki yang banyak mencari sebab musabab berlakunya pergaduhan.
Dan jika salah faham ini segera berakhir, tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana jika ia berlarutan dan hanya disebabkan perkara kecil atau soal remeh yang tidak wajar jadi bahan pergaduhan.
Gambar sekadar hiasan.
Salah satu punca yang menjadi prgaduhan dan keretakan hubungan suami adalah disebakan sikap curang pasangan itu sendiri.
Perkongsian Peguam ini di laman sosial Facebook Puan Nurul Izzah Zainol menceritakan kisah sebenar dalam kehidupan berumah tangga.
Menurutnya kebanyakan klien yang datang mengadu padanya mempunyai paras rupa menarik, cantik dan sempurna.
Tetapi tetap menjadi mangsa kecurangan suami sendiri. Dalam hal ini menurut beliau,kecurangan itu berlaku bukan disebabkan fizikal pasangan, tetapi sebaiknya kerana iman yang makin menipis.
Gambar sekadar hiasan.
Ayuh, ikuti perkongsiannya.
KALAU NAK CURANG
Biasanya, klien2 saya yang datang consult pasal suaminya curang memang cantik jelita. Berpendidikan dan bekerjaya pula tu. Kalau tengok pangkal IC macam tak percaya 40an dah. Ingatkan awal 30an.
Bila tengok pula ‘rupa’ lelakinya yang curang, memang benarlah wujud kisah beauty & the beast. Bila tengok pula ‘rupa’ wanita si skandalnya, memang benarlah orang kata pasangan kena ‘sekufu’. Belum dibandingkan lagi dengan tahap pendidikan dan kerjaya, macam langit dengan bumi berbanding si isteri .
Belum lagi cerita wanita usia warga emas yang menangisi nasib diri yang tidak lagi muda bergetah untuk melayan nafsu suami yang tak surut. Lalu tersiksalah jiwa raganya melihat si suami ‘makan luar’ demi memenuhi nafsu berahi. Sedangkan tubuh badan yang dikata longgar sana sini juga hasil ‘buatan’ si suami mahukan anak selori.
SOAL SETIA
Soal setia bukan isunya pada penampilan fizikal. Setia ertinya tidak khianat. Sinonimnya adalah jujur. Soal jujur itu adalah soal dalaman. Soal iman. Iman yang tinggi, yang takutkan Allah, tidak akan berani-berani justify dosanya dengan menyalahkan kekurangan orang lain.
Sekufu juga bukan pada luaran tetapi pada selera iman pasangan tersebut. Pasangan yang amalnya lebih banyak mendekati Allah tidak sekufu dengan pasangan yang semakin menjauh dari Allah. Maka selera iman yang rendah akan mencari yang sekufu dengannya juga. Sebab tu tak heran tengok pasangan skandal si lelaki, memang sekufu sangat.
Gambar sekadar hiasan.
PERMATA VS BANGKAI
Kerana yang mengikat tali perkahwinan sampai syurga adalah Allah. Maka survivorship sebuah perkahwinan adalah pada menjaga keberkatan rumah tangga yang dibina. Jika hanya 1 pasangan shj yang memelihara agama, sedangkan sorang lagi kerja buat maksiat, tak susah untuk Allah pisahkan pasangan sebegini.
Yang sebenarnya curang itu berlaku bukan sebab kekurangan fizikal pasangannya, tapi kerana iman yang makin menipis yang tidak layak lagi untuk terus didampingi pasangannya yang solehah.
Bagi mereka yang diuji dengan suami yang curang, berhentilah menyalahkan diri sendiri. Berhentilah mempersoalkan kenapa semua ini berlaku sedangkan kalian dah cukup ‘jaga’ suami supaya tak cari lain. Well, permata akan cari permata. Kalau dah bangkai akan tetap cari bangkai juga. I don’t think u wanna keep the bangkai beside u right?
‘Suamilah syurga, susah dan senang biarlah bersama.’ Pengorbanan seorang isteri, sanggup kendong suami naik, turun tangga dari tingkat 4 rumah pangsapuri.
Ternyata tidak semua mampu mengharungi dugaan ini, betapa beratnya bila tempat bergantung iaitu suami sakit dan hilang upaya. Jika tak cukup kuat, pasti hilang pertimbangan. Namun ternyata wanita tabah ini berjaya melaluinya.
Kisah ketulusan kasih sayang seorang isteri kepada suami ini tular di laman sosial telah meruntun hati ramai. Ungkapan pendek yang diungkapnya iaitu, Suamiku syurgaku, juga memberi makna yang mendalam.
Video Nik Junainah Nik Soh, 41, atau mesra disapa June menggendong suami tercinta Mazlan Othman, 48, menuruni rumah pangsapuri mereka yang berada di tingkat empat Pangsapuri Kasawari, Cheras, Selangor mendapat perhatian war ganet.
Malah, rakaman yang dikongsikan aktivis masyarakat, Hamsatul Hamzah tular di laman sosial.
“Suamilah syurga saya, susah senang saya ingin sentiasa bersamanya,” demikian catatan Hamsatul tentang kata-kata June yang menjentik hati warganet.
Menurut June, suaminya Mazlan sakit sejak 12 tahun lalu. Biarpun lebih sedekad diuji, guru tadika itu tetap setia dan cekal menyokong lelaki itu.
“Suami sudah 12 tahun mengalami psoriasis (sakit kulit kronik). Disebabkan itu juga, beliau mengalami masalah sendi.
“Selain itu, beliau juga mengalami masalah hati iaitu hepatitis dan baharu sahaja menamatkan rawatan tibi (tuberkulosis) pada bulan Ogos baru-baru ini,” katanya.
Biarlah Bersama
Tambah June, jika sebelum ini, suaminya berupaya berjalan dengan sempurna. Tetapi nasib suaminya, Mazlan, berubah setelah insiden yan g berlaku pada Ogos lalu.
“Awal bulan Ogos 2021, suami saya tidak sedarkan diri di rumah dan terus dibawa ke hospital Serdang. Selepas Imbasan Tomografi Berkomputer (CT scan) doktor sahkan ada jangkitan kuman tibi dari paru-paru ke otak dan beliau ‘ditidurkan’ selama dua minggu lebih.
“Selepas keluar dari hospital beliau ada masalah untuk berjalan kerana mengalami kesakitan pada sendi punggung dan paha. Doktor lakukan X-ray dan mendapati sendi-sendi berkenaan berlaga yang menyebabkan suami sakit apabila berjalan.
“27 November 2022 baru-baru ini, suami terjatuh di bilik air hingga luka pada dahi dan patah lengan kanan. Selepas kejadian itu, paha kanannya semakin sakit dan tidak boleh berjalan selama seminggu,” ujar ibu kepada tiga cahaya mata itu.
Pengorbanan Seorang Isteri
Katanya lagi, kesakitan pada sendi suaminya menjadi kronik selepas kejadian itu. Malah kaki kanan Mazlan sakit tidak boleh berpijak ke lantai apabila berjalan.
“Mungkin disebabkan jatuh terhentak, kami risau ada patah tetapi apabila X-ray , Alhamdulillah tiada kepatahan cuma doktor beritahu ada sedikit kecederaan pada bahagian dalam sendi,” katanya yang memberitahu suaminya terpaksa memakai lampin pakai buang selepas kejadian itu.
Justeru, wanita tabah ini bertindak sebagai pemudah suaminya untuk bergerak dengan cara mengendong lelaki itu untuk ke mana sahaja termasuk menuruni pangsapuri mereka yang tidak dilengkapi lif.
Sementelah kini June perlu membawa suami menghadiri janji temu daripada pakar kulit, pakar sendi, pakar hati dan pakar tulang.
“Dalam sebulan tidak tentu, ada empat kali, ada dua kali. Boleh dikatakan dua kali sebulan dan fisioterapi,” katanya.
Sanggup Kendong Suami
Pergerakan Mazlan yang terhad memerlukan lelaki itu dibantu. Wanita tabah itu bersyukur anak-anak remajanya, memahami dan ringan tulang membantu kebajikan si bapa.
“Apabila saya bekerja, anak-anak akan tengokkan bapa mereka. Nur Alya Maisarah, 16 tahun dan Muhammad Rasydan Fahtullah, 13 bergilir-gilir membantu sementelah persekolahan mereka berlainan sesi,” katanya.
Tidak hanya anak-anak, jiran tetangga yang prihatin tidak berkira dalam membantu mereka sekeluarga.
“Alhamdulillah ALLAH Maha Baik sentiasa mudahkan urusan kami. ALLAH hadirkan jiran dan sahabat yang selalu bantu kami pada saat kami memerlukan.
“Ada juga sahabat yang membantu menggendong suami ketika turun dan naik tangga jika ada pemeriksaan di hospital apabila diminta oleh suami saya.
‘Mohon doakan juga semoga Allah selalu mudahkan urusan insan-insan yang baik ini. Terima kasih buat semua yang mendoakan kami,” tutur June memetik laporan Sinar Plus.
Biarpun Mazlan yang sebelum ini bertugas sebagai juruteknik dan mendapat pencen ilat Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), June kini menggalas tugas mencari rezeki buat keluarga.
Pendapatannya sebagai guru tadika ‘cukup-cukup sahaja’ untuk menampung perbelanjaan makan minum keluarga, perubatan suami dan persekolahan anak-anak.
Dari Tingkat 4
Sementelah kos perubatan dan ulang alik ke Hospital Serdang mencecah ratusan ringgit sebulan. Malah menurut June, suaminya sering kehabisan ubat tahan sakit dan perlu membelinya di farmasi.
Pun begitu, June bersyukur anak-anak amat memahami kewangan keluarga dan tidak pernah meminta di luar kemampuan.
Bagi kalian yang ingin menyumbang bagi meringankan beban keluarga ini boleh menyalurkan bantuan kepada akaun Maybank Pertubuhan Ikatan Wanita Prihatin (PIWP), 5622 6355 9574.
Kashoorga: Semoga June dan keluarganya terus kuat berdepan dengan ujian berat ini. Amin.
Tidak dinafikan kaum lelaki dikatakan agak cerewet untuk memilih pasangan hidup mereka.
Bukan kecantikan ang dilihat semata-mata, tetapi ada beberapa perkara lain yang dilihat oleh kaum lelaki sebelum bersedia menjadikan wanita itu sebagai isterinya.
Berikut dikongsikan beberapa sifat wanita yang menjadi buruan oleh lelaki.
Semoga menjadi panduan kepada wanita-wanita di sana untuk memperbaiki kelemahan dan kekurangan anda sebagai persiapan menjadi isteri yang berbudi dan menjadi kebanggaan para suami.
1. Sangat Memahami
Kaum lelaki semestinya mengidamkan wanita yang sentiasa memahami diri, hobi dan kehendak mereka malah mereka akan berasa amat senang untuk mendampingi wanita yang mempunyai sifat seperti ini.
Pada masa yang sama, kaum lelaki juga harus memahami tentang wanita yang di sayanginya dengan memberi tahu si dia terlebih dahulu jika anda ingin melakukan sesuatu aktiviti yang mengambil masa lama supaya tidak menimbulkan curiga dihatinya.
2. Bersifat Kebudak-budakkan /Manja
Kebanyakan lelaki tertarik dengan wanita yang mempunyai sifat manja dan kebudak-budakan kerana mereka berasa terhibur dengan telatah anda. Tapi jangan manja yangmelampau sangat sampai buat mereka menyampah dengan anda.
3. Menjadi Diri Sendiri
Lelaki tidak gemar wanita yang bersifat kepura-puraan. Tidak perlu memakai mekap yang tebal dan pakaian yang cantik, berlakon sopan didepannya semata-mata untuk memikat dia. Wanita lebih tertarik , jika wanita itu menjadi dirinya sendiri.
4. Tidak Banyak Karenah
Lelaki suka mendekati wanita yang tidak banyak songeh. Anda harus tahu dan faham bahawa sifat, kelakuan, emosi dan minda lelaki adalah ringkas. Sikap remeh, banyak ragam dan kerenah wanita hanya mengundang rasa meluat lelaki.
5. Suka Kanak-kanak
Wanita yang mempunyai sifat ini, amat disenangi oleh lelaki. Ini kerana merekaber pendapat, wanita yang mempunyai naluri keibuan yang tinggi, penyabar, ceriadan kreatif mampu untuk menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya kelak.
6. Pandai Jaga Diri
Lelaki suka dengan wanita yang mampu menjaga dirinya sendiri. Dia mampu menjaga maruah dirinya sendiri. Tahu mana yang perkara yang baik dan perkara buruk dan tidakakan sekali-kali membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
7. Bijak Bergaul & Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki lebih – lebih lagi dengan orang yang lebih tua darinya. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikandiri.
Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau dikampung. Kadang kala, wanita yang mempunyai sifat sebegini lebih disayang olehkeluarga sebelah lelaki lebih dari lelaki itu sendiri.
8. Pendengar Yang Baik & Pandai Berkata
Lelaki tertarik dengan wanita yang bijak berkomunikasi. Dia boleh diajak bersembang, walaupun pun topik yang dibualkan lebih kepada topik kegemaran kaum lelaki contohnya seperti sukan.
Selain itu juga, dia mampumenjadi pendengar yang baik jika pasangannya mempunyai masalah dan mampumemberikan pendapat dan respon yang baik. Wanita seperti ini juga bijak mengalihkan perbualan yang serius kepada yang lebih menarik. Pasti membuat lelaki rasa selasa dan sentiasa ingin berada di sampingnya.
WEBINAR JODOH 💖: SUAMI KIRIMAN ILAHI
✨Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh💘
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
✅ Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku❓❓” 🤷🏽♀
✅ Jelas ✨ dan yakin 💪🏻 dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh 💘 (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
✅ Akan dijauhi heartbreak 💔 dan lelaki yang tak serius 👻
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis 💞
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...