Bayi sembilan bulan yang menghidap ‘Germ Cell Tumour’, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan di mulutnya di sebuah hospital, di sini, semalam.
Ketumbuhan pada mulut bayi berkenaan yang mula membesar sejak dilahirkan hingga mencapai berat 200 gram itu, berjaya dibuang oleh sekumpulan pakar bedah dan anestetik, diterajui Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.
Doktor bedah plastik pediatrik dan craniofacial, Dr Julian Ong, seorang daripada empat petugas perubatan yang mengendalikan pembedahan itu, berkata ‘misi’ membuang ketumbuhan pada mulut bayi terbabit berjalan lancar.
PEMBEDAHAN LANCAR
“Pembedahan sangat lancar, malah lebih baik daripada yang dijangka. Ketumbuhan (pada mulut Ainul) berjaya dibuang mengikut perancangan,” katanya ketika ditemui, hari ini, selepas terbabit dalam sesi pembedahan berkenaan selama lima jam.
Berdasarkan maklumat awal, Dr Ong yang berasal dari Pulau Pinang menjelaskan, sampel ‘biopsi’ terhadap tumor pada mulut bayi terbabit terdiri daripada komponen sel kanser dan bukan kanser.
Katanya, keutamaan kini terarah kepada usaha untuk merehatkan Ainul menerusi jagaan rapi petugas perubatan supaya luka pembedahan berupaya pulih secepat mungkin, sebelum kesihatan bayi berkenaan dinilai semula.
“(Ketika pembedahan) tidak banyak berlaku pendarahan. Syukur, Ainul berada dalam keadaan baik dan stabil sepanjang proses pembedahan dilakukan. Ketumbuhan pada mulutnya sangat besar.
“Sekarang, kita perlu pastikan Ainul selesa dalam jagaan rapi, biarkan dia rehat dan lukanya sembuh, kemudian kita akan teliti semula perkembangannya untuk tempoh beberapa minggu akan datang bagi mengesahkan sel kanser mulutnya tidak berulang.
Ads
“Ainul juga akan diberi ubat tahan sakit dalam jumlah yang bersesuaian bagi membantu melegakannya daripada operasi pembedahan,” katanya.
BAPA DAN IBU TERHARU
Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, ketika ditemui selepas operasi pembedahan anaknya, berulang kali mengucap syukur kerana diberikan peluang untuk ‘sekali lagi’ menjadi bapa kepada bayinya.
“Syukur ke hadrat Ilahi kerana kami diberikan peluang sekali lagi untuk menjadi ibu dan bapa kepada Ainul. Kami sangat teruja untuk menjaga Ainul dan bermain dengannya seperti kehidupan dijalani kanak-kanak lain.
“Apabila pertama kali melihat Ainul selepas pembedahan (tanpa ketumbuhan di mulutnya), dia sangat cantik, macam masa mula-mula dilahirkan. Ini adalah kelahiran semula Ainul,” katanya yang ditemani isteri, Nurul Erwani Zaidi.
Ads
Catatan yang ditulis oleh ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi.
Berikut perkongsian Nurul Erwani Zaidi di Insta Storynya.
PERKONGSIAN DR. NUR AMALINA
Ads
Kata Dr. Nur Amalina Bakri melalui laman sosial Instagramnya pula, tumor seberat 200 gram pada mulut Ainul berjaya dikeluarkan melalui pembedahan penuh berisiko itu.
“Banyak persediaan telah dilakukan sebelum pembedahan dilakukan termasuk imbasan, mesyuarat dan kesabaran,” tulis Amalina.
Beliau memberitahu lagi, pasukan pakar bedah daripada pelbagai kepakaran termasuk craniofacial, plastik, kepala dan leher diketuai Prof. David Dunway dan Dr. Julian Ong terlibat dalam pembedahan itu.
“Saya berbesar hari turut terlibat sama dalam pasukan pakar bedah itu dan Ainul sekarang dalam pemerhatian dan kini dalam keadaan stabil,” jelas Amalina.
Amalina turut menyeru orang ramai mendoakan kesihatan Ainul supaya cepat sembuh.
KASHOORGA: Marilah kita mendoakan kesembuhan adik Ainul.
Sumber kredit: Berita Harian Online, Kosmo Online, Ahmad Safiudinn dan _nrlerwani
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kisah anak kesayangannya pernah viral hingga mendapat perhatian meluas di media sosial. Ketika itu ramai yang sangat simpati dengan penderitaan adik Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan dalam mulut.
Namun berkat sokongan semua dan pihak terbabit, akhirnya adik Ainul kita sudah sihat dan tersenyum biarpun perlu ada pemantauan setiap masa.
Insan yang paling gembira dengan perkembangan Ainul ini pastilah keluarga terutama ibu yang melahirkan bayi istimewa ini. Sebelum itu, pernah berhasrat untuk memyambung pengajian tetapi disebabkan kesihatan Ainul niat itu tertangguh.
Kini setelah segalanya selesai, ibu muda ini, Nurul Erwani Zaidi boleh menarik nafas lega sekaligus memberi peluang untuknya menyambung pengajian di sebuah institusi pengajian swasta baru-baru ini.
Dalam posting dimuat turun, Nurul Erwani berkata hasrat menyambung pengajian sudah lama dipendam dan telah mendapat sokongan suaminya, Ahmad Safiuddin serta ahli keluarga lain.
Alhamdulillah. Semalam hari kedua attend kelas di OUM. Decision untuk teruskan study memang impian dari dulu lagi. Suami support dan family pun beri sokongan untuk teruskan.
Sebaik muat naik status berkenaan, ramai yang meyokong usahanya itu. Rata-rata pengikut yang telah mengikuti kisah Ainul dari awal turut berharap segala urusan ibu muda ini dipermudahkan.
KASHOORGA: Kashoorga mendoakan agar baby Ainul terus sihat dan berada di bawah lindungan Allah. Percayalah setiap jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan oleh ibu dan bapa pasti akan dibalas dengan sesuatu yang manis dan indah dari Allah SWT.
Adakah tugas mengemas rumah dan memasak itu menjadi tanggungjawab suami atau isteri? Dalam membina rumah tangga, kesepaduan antara dua belah pihak. yakni suami dan isteri, adalah amat penting. Perkara yang pertama perlu diwujudkan adalah melaksanakan tanggungjawab, kewajipan dan hak masing-masing. Dalam masa yang sama, perkara yang tidak kurang pentingnya bahkan itulah yang menjadikan rumahtangga sebagai baiti jannati adalah pengorbanan.
Para suami berkorban untuk isterinya dan para isteri berkorban untuk suaminya. Dengan sebab itu, akan lahirlah kasih sayang seperti yang termaktub dalam Surah al-Rum. Natijah daripada perkahwinan adalah mendapat ketenangan, mahabbah (kasih sayang) dan juga rahmah yang melahirkan cinta dan kebahagiaan.
Al-Qur’an sendiri telah mengajar suami supaya bergaul dengan isteri dengan cara yang baik samada daripada sudut adat dan yang lebih penting lagi berlandaskan syariat. Firman Allah SWT:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ
Maksudnya: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik.”
(Surah al-Nisa’: 19)
Jumhur ulama’ berpendapat wajib atas suami berkhidmat kepada isterinya yang tidak mampu dan tidak layak untuk dia menguruskan dirinya sendiri. Ini kerana ia seolah-olah sebahagian daripada nafkah isteri ke atas suami dan ulama sepakat jika sekiranya isterinya sakit atau ditimpa keuzuran sehingga tidak mampu menguruskan diri sendiri untuk suami berkhidmat kepada isterinya.
Walaupun begitu, dalam mazhab Maliki wajib bagi suami menolong isterinya dalam berkhidmat jika suaminya kaya dan isterinya mempunyai kedudukan yang tidak sesuai melaksanakan tugas tersebut kerana dengan pelaksanaan tersebut akan mengurangkan darjat kedudukan isterinya itu. Lihat al-Syarh al-Kabir dan Hasyiah al-Dusuki (2/510).
Sedangkan mazhab Hanafi pula berpendapat jika isteri enggan mengisar tepung atau menguli roti di mana beliau tidak sesuai untuk tugasan itu atau kerana sakit, maka hendaklah suami menyediakan makanan yang sudah siap. Sebaliknya jika mampu, maka hendaklah isteri melaksanakan tugas tersebut dan tidak wajib atas suaminya. Hujahnya adalah Rasulullah SAW membahagikan tugasan Ali dan Fatimah di mana Ali bertugas di luar rumah sedangkan dalam rumah di tugaskan kepada Fatimah. Lihat Fath al-Bari (9/507).
Dr. Yusuf al-Qaradhawi dalam Fatawa Mu’asirah (terj.) 3/144 menyebut, “Perkhidmatan khadam merupakan salah satu bentuk pergaulan yang baik (kepada isteri). Tidak wajib mendapatkan khadam lebih daripada satu kerana haknya adalah khidmat dirinya sendiri.”
Berdasarkan kepada banyak nas dan juga nasihat salafussoleh, jelas menunjukkan para isteri amat perlu berkorban dalam ruang lingkup rumah tangga sehingga dialah yang mentadbir dan mengasuh serta menguruskan rumah. Isteri digelar dalam Bahasa Arab sebagai rabbatul bayt memberi maksud tuan atau pengurus rumah.
Saidina Umar RA ketika menasihatkan Aqil RA berkenaan kedudukan isteri telah mengalasankan dengan banyaknya tugas isteri di rumah seperti mengasuh, memasak dan seumpamanya. Inilah juga yang dilakukan Asma’ binti Abu Bakr dalam membantu suami, al-Zubair Ibn al-Awwam. Hal ini tidak pelik dalam tradisi semua bangsa termasuklah sejarah Fatimah al-Zahra’ yang membantu suaminya Ali bin Abi Talib RA dengan mengisar gandum dan sebagainya. Begitu juga apa yang dilakukan oleh nenek moyang kita yang berkorban untuk para suami dan keluarga mereka.
Dalam Raudhah al-Nadiyyah oleh Sayyid Siddiq Hasan Khan menyebut: “Ia berbeza mengikut tempat dan masa, keadaan seseorang individu. Nafkah di masa mewah dengan cara baik dan di waktu ekonomi meleset dengan cara yang sepatutnya.”
Walaupun begitu, suami yang berkemampuan sebaiknya hendaklah meringankan bebanan isteri seperti mengupah orang gaji atau membeli beberapa peralatan bagi memudahkan urusan isteri masing-masing seperti mesin basuh, alat memasak yang moden seperti periuk nasi dan lain-lain yang sudah barang tentu akan meringankan dan menyenangkan isteri.
Walau bagaimanapun dengan memahami tugas dan tanggungjawab serta realiti sebuah kehidupan dalam mengasuh, mendidik anak bangsa generasi seterusnya, persefahaman dan pelaksanaan tugas serta sikap toleransi, bantu-membantu antara suami isteri boleh menatijahkan kebahagiaan sehingga terjadilah baiti jannati. Isteri dan anak-anak menjadi qurratul ain kepada suami masing-masing.
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Baru beberapa hari lalu bayi pelawak, Chot Xoxo meninggal dunia. Muhd Sher Harraz yang dilahirkan pada 16 Jun mempunyai masalah injap jantung terbalik. Bayi syurga ini meninggal dunia pada usia empat bulan.
Chot terimbas kembali tentang hadiah yang dimenanginya ketika dia dinobatkan sebagai juara pertandingan ‘PENCARIAN DJ MELAKAFM.’ Hadiahnya ialah set kelengkapan jenazah. Rupanya inilah hikmah hadiah tersebut. Baca posting di laman Instagramnya.
salam semua.. waktu ni saya dinobatkan juara bagi pertandingan ‘PENCARIAN DJ MELAKAFM’ kami dihadiahkan dengan set kelengkapan jenazah dan waktu ni isteri saya masih sarat lagi mengandung sekitar 3-4 bulan lagi waktu ni.. kami baru sedar ada hikmahnya hadiah utama disaat itu.. rupa2nya PAKAIAN PERTAMA DAN TERAKHIR BUAT ANAKANDA KAMI… terima kasih anakku sebab bagi mmy dan ddy rezeki juara dan ada di tahap ini.. sesuatu yang tak mudah nak dilupakan.❤️
Selepas Syawal ramai yang berkira-kira untuk melakukan ibadah korban Setiap kali tibanya musim ibadah korban untuk Aidiladha nanti.Boleh jadi terdetik juga keinginan untuk melakukan...