Sudah dua hari Pendakwah Bebas, Ustazah Shadiya Abbas meninggal dunia fana ini dan bertemu PenciptaNya.
Sahabat serta keluarga masih lagi terkesan dengan pemergian arwah secara mengejut selepas diserang asma di rumahnya.
Perjalanan terakhirnya telah disempurnakan dengan baik sekali oleh kaum keluarga terdekat sahaja.
Walaupun ramai yang mahu menziarah dan menghantar arwah tetapi atas nasihat pihak polis dengan situasi sekarang hanya ahli keluarga dibenarkan.
Malah suami awah, Ustaz MK Azman juga turut memaklumkan bahawa jenazah Ustazah Shadiya negatif COVID-19 setelah dilakukan ujian sebanyak dua kali.
Pendakwah Bebas, Ustazah Shadiya Abbas.
Dalam perkongsiannya di laman sosial Facebook, Ustaz turut memberitahu urusan memandikan jenazah sebelum itu dilakukan oleh ibu, adik perempaun, anak lelaki serta anak murid arwah isterinya yang menawarkan diri untuk berkhidmat buat kali terakhir.
Dia juga turut mengimamkan solat jenazah buat isteri tercinta. Jika sebelumnya arwah menjadi makmum berada di belakang, tetapi kali ini jenazah berada di depan dirinya sendiri.
Ads
Ustaz MK Azman turut menceritakan bagaimana bertuah arwah isterinya kerana Allah menghadiahkan kubur yang sangat indah dan liang lahad yang cantik.
Dia perasan hal ini apabila masu memasukkan jenazah ke dalam liang lahad dan berkata dalam hati betapa cantik liang lahad diberikan oleh Allah.
Anggap Ustazah Shadiya sebagai guru.
Malah penggali kubur serta petugas pengurusan jenazah juga turut mengakui ini kubur paling cantik pernah mereka lihat.
Kata mereka lagi dalam kubur jika memakai kasut bot pun terasa sejuknya, seolah-olah berlantaikan marmar.
Mengakhiri ucapan penuh syahdu ini, Ustaz MK Azman mahu isterinya itu tenang di sana dan dia reda dengan pemergian isteri tercinta.
Ads
Isteri kesayangannya itu sudah sempurnakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan juga sebagai seorang sahabat.
Semoga mereka akan bertemu di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
Keduanya bertemu di Universiti Malaya.
PERJALANAN TERAKHIR ====================
Alhamdulillah.. Selesailah sudah urusan pengkebumian jenazah buah hati dan bidadari saya Shadiya Abbas petang tadi jam 4.00petang di Tanah Perkuburan Puncak Alam. Segalanya dipermudahkan Allah..
Ads
Urusan mandikan jenazah mu sayang dilakukan oleh ibumu, adik beradik perempuanmu, anak² lelakimu dan anak muridmu yang menawarkan diri untuk berkhidmat untukmu sayang. Abang ambil peluang ini untuk memandikanmu buat kali terakhir. Masih ingat lagi 2 hari sebelum sayang meninggalkan abg, sayang mandikan abg.
Reda dengan pemergian isteri tersayang.
Sayang.. Abg imamkan solat untukmu. Sebelum ni sayang berada di belakang sebagai makmum, tapi kali ini sayang di depan abg. Bukan sebagai imam tetapi sebagai jenazah.
Sayang.. Sayang bertuah kerana dihadiahkan Allah kubur yang indah dan liang lahad yang cantik. Abang perasan hal itu ketika hendak memasukkan mu dalam liang lahad, dalam hati abg menyebut, cantik sungguh liang lahad ini. Abg bersembang dengan penggali kubur dan petugas pengurusan jenazah, mereka akui kubur itu paling cantik mereka lihat, kata mereka dalam kubur kalau pakai kasut bot pun terasa sejuk, seolah² lantainya dari mar mar.. Kata mereka, bakal kubur siapakah ini. Ternyata sayang adalah pemiliknya. Semoga sayang berada dalam rahmat Allah.
Perjalanan terakhir.
Sayang..damailah engkau di sana, abg redha dengan pemergiaanmu. Sayang telah sempurna melaksanakan tugas sebagai seorang isteri, ibu, anak, guru dan sahabat. Insyaallah kita bertemu nanti di alam barzakh, padang mahsyar dan sama-sama masuk syurga.
Terima kasih kepada semua yang membantu urusan jenazah, bantu sediakan makanan, memberi sumbangan, berkongsi perasaan dan mendoakan arwah bidadari saya, jika ada dosanya, mohon ampunkan. Jika ada hutang arwah pada kalian, maklumkan pada saya.
Moga bertemu di syurga nanti.
Jom kita sama² baca doa ini
اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Biar awalnya kita berubah atau terhalang melakukan dosa disebabkan pakaian dulu. Moga akhirnya nanti kita sungguh-sungguh berubah asbab hidayah yang Allah bagi.”
Begitulah. Terima kasih ustaz yang pesan ke saya dulu. Ingat sungguh sampai ke hari ini.
Moga ada kebaikan buat saya dan kawan-kawan yang lain.
Kashoorga: Jangan tunggu sampai seru baru hendak berubah.
“Dari sini kita mengetahui bahawa umat Islam melakukan ziarah kubur setelah hari raya, jika untuk menjadi pelajaran dan mengingat orang yang telah mati, yang dahulu mereka bersamanya saat hari raya dan merasa senang dengan kehidupannya, serta memintakan rahmat dan doa untuk mereka, maka hukumnya boleh, selamanya…” (Fatawa al-Azhar, 8/391)
Ziarah kubur tidak mempunyai waktu yang tertentu.
Dengan ini kita dapat simpulkan bahawa menziarahi kubur selepas dari sembahyang hari raya, jika ia bertujuan untuk mengambil peringatan dan mengingati mereka yang telah mati yang dahulunya bersama-sama mereka berseronok di hari raya, serta memohon rahmat daripada Allah untuk mereka dengan berdoa, ini semua harus dilakukan oleh orang lelaki.
Bukan Di Hari Raya Saja
Adapun bagi perempuan, hukum mereka menziarahi kubur telah dibincangkan pada jilid terdahulu (pendapat yang dipilih oleh Syeikh adalah makruh jika dibimbangi akan berlakunya perkara yang haram seperti meratap dan lain-lain, jika perkara haram tersebut pasti berlaku maka hukumnya adalah haram –ringkasan daripada fatwa tersebut).
Tetapi Jika ziarah kubur semata untuk bersedih atau memperbaharui kesedihan maka ianya tidak boleh.
[Fatawa Syeikh ‘Atiyyah Saqr, Jilid: 6]
Tiada Hari-Hari Tertentu Ditetapkan
Ziarah kubur pada hari jumaat sahaja atau hari bersejarah sahaja atau hari raya sahaja atau pada petang hari raya sahaja tidak menjadi kesalahan asalkan tidak menganggap hari-hari tersebut sebagai hari yang ditetapkan untuk ziarah.
Tidak ada seorang jua ulama yang melarang dan jika ada maka orang itu adalah orang awam. Ulama hanya melarang menetapkan hari-hari tertentu untuk ziarah, bukan melarang ziarah.
Kaum wanita diharuskan ziarah kubur pada hari raya tetapi wajib menjaga aurat dan adab-adab ziarah bagi wanita.
Para ulama Islam mengatakan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada bulan Ramadan iaitu pada malam diturunkan padanya al-Quran. Ini adalah berdasarkan firman Allah S.W.T:
Maksudnya: Carilah lailatul qadar itu pada 10 malam yang terakhir (bulan Ramadan). Riwayat Muslim (1165)
Di sebalik berlakunya malam seribu bulan ini, pasti generasi hari ini tertanya-tanya, apakah yang berlaku pada malam Lailatul Qadar dan bagaimana keadaannya hingga diburu oleh ramai insan yang mengharapkan keredhaan Illahi.
Dikongsikan dari fb Pondok Habib, ini kisah ulama-ulama terdahulu yang pernah bertemu malam Lailatul Qadar. Sangat luar biasa namun jika Allah mengkehendakinya, tiada yang mustahil.
Ata’ bin Markuyuz bercerita, “Aku melihat Lailatul Qadar dua kali. Kali pertama berlaku di masjid San’a (Yaman), dan kali kedua di Makkah.”
Seseorang bertanya, “Pada malam berapa engkau melihatnya?”
“Malam ke-23 pada kali pertama dan malam ke-24 pada kali kedua.”
“Pada jam berapa?”
“Pada sepertiga malam pertengahan.” (Iaitu antara jam 12 hingga 3 pagi.)
“Apa yang engkau lihat pada malam tersebut?”
Beliau menjawab, “Aku melihat langit terbelah.”
Ata’ bin Markuyuz adalah seorang tokoh tabi’in dan pakar ibadah dari Yaman.
(As-Suluk fi Tabaqat Al-Ulama’ wa Al-Muluk)
Abu Yahya bin Abi Massarah berkata, “Aku pernah melakukan tawaf pada malam ke-27 Ramadan. Tiba-tiba aku melihat para malaikat bertawaf di atas Kaabah di udara.”
(As-Suluk fi Tabaqat Al-Ulama’ wa Al-Muluk)
Abdah bin Abi Lubabah berkata, “Aku pernah merasakan air laut menjadi tawar pada malam ke-27 Ramadan.”
(Lataif Al-Maarif)
Suatu malam, Imam An-Nawawi sedang tidur bersama-sama ayahnya. Ketika itu beliau berusia 7 tahun. Malam itu ialah malam ke-27 Ramadan.
Ayahnya bercerita, “Pada tengah malam, An-Nawawi terbangun. Ia membangunku sambil berkata, “Wahai ayah, cahaya apa yang telah memenuhi rumah kita ini?”
Seluruh ahli keluarga turut terbangun. Namun mereka tidak melihat apa-apa.
Ayahnya berkata, “Aku kemudian tersedar bahawa kemungkinan malam itu Lailatul Qadar.”
(Al-Manhal Ar-Rawi fi Manaqib An-Nawawi). Sumber gambar : Pixabay
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Jangan normalisasikan maksiat demikian teguran Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi yang juga Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Fakulti Pengajian Quran Sunnah, Universiti Sains...