Setelah hampir seminggu negara dikejutkan dengan kemelut politik, hari ini akhirnya Tan Sri Muyiddin Yassin telah dilantik secara rasminya sebagai Perdana Menteri Kelapan.
Beliau menggantikan Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri terdahulu dan juga Interim sebelum ini.
Ternyata perlantikan Ahli Parlimen Pagoh ini mendapat sokongan pelbagai pihak, malah dikatakan calon paling sesuai untuk menggantikan Perdana Menteri terdahulu.
Majlis mengangkat sumpah ini berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatullah Al-Mustafa Billah Shah di Balai Singgahsana Kecil, istana Negara di sini pada jam 10.33 pagi.
Ads
Muhyiddin, 72, yang memakai baju Melayu hitam lengkap bersamping hitam bersulam benang warna keemasan diiringi isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman.
Setelah membaca ikrar angkat sumpah jawatan di hadapan baginda, Muhyiddin kemudian menandatangani dokumen berkenaan.
Ia disaksikan Ketua Hakim Negara, Tan Sri Tengku Maimun Tuan Mat dan Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali.
Ads
Antara pemimpin politik yang hadir ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Ads
Upacara itu diikuti dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Sebaik mengetahui perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin, ramai warganet mengucapkan tahniah dan berharap dapat mentadbir negara sebaiknya.
Zol ZolKta sma2 berdoa agar TSMY diberi Kesihatan yg baik dn dipermudahkn sgala urusan negara…aminnnn..
Muhammad HilmiKita berdoa agar TSMY dipermudahkan segala urusannya
Haniff ZaiDeenPimpinlah malaysia kearah perpaduan ALLAHUAKBAR
Abu Bakar Bin AbdullahJalankan amanah rakyat sebaik munkin… sekiranya susunan gerak kerja perkhidmatan kerajaan baharu ni yg terbaik kpd negara rakyat akn menyokong penuh
Hati merupakan salah satu anggota tubuh yang sangat sensitif. Keadaan hati sangat mudah berubah, sesuai dengan apa yang telah dialami.
Apabila sesuatu perkara itu perbuatan yang baik tentunya akan dapat menenangkan hati. Namun apabila ia melibatkan sesuatu yang di luar jangkaan maka hati yang bersih akan merasakan kerisauan atau hati tidak tenang.
Dari berbagai masalah yang dialami, sesetengah orang memilih cara tersendiri untuk mencari ketenangan jiwa.
Antara aktiviti yang dilakukan ialah seperti bersiar-siar di taman, membaca buku, lepak di kafe dan sebagainya. Selain itu, ketenangan jiwa juga boleh dicari dengan cara mendekatkan diri kepada Allah seperti membaca al-Quran, solat dan sebagainya.
Cara terbaik untuk menenangkan hati ialah dengan cara berzikir atau dengan mengingati Allah.
Hal ini juga telah disampaikan dalam al-Quran Surah Ar-Ra’d Ayat 28. Sesungguhnya tidak ada cara lain untuk kita mendapatkan ketenangan hati kecuali hanya dengan mengingat Allah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sengaja atau tidak untuk nikah senyap-senyap di negara jiran itu adalah urusan peribadi masing-masing. Cuma paling utama ialah daftar nikah. Pernikahan itu perlu didaftarkan sesegera mungkin.
Jika gagal akan dikenakan tindakan undang-undang. Tak kiralah di negara mana sekalipun dinikahkan, ia tetap perlu didaftar mengikut perundangan Malaysia.
Walaupun mengikut hukum syarak perkahwinan itu sah, namun isu besar akan timbul dalam tuntutan hak atau menghadapi banyak implikasi undang-undang Malaysia.
Jangan terkejut pula apabila isteri baharu tiada hak penggiliran, tiada hak pusaka, sulit untuk daftar persekolahan anak-anak dan lain-lain. Boleh perang dunia ketiga jadinya jika tiada dokumen hitam putih mengikut lunas undang-undang yang telah ditetapkan.
Bagi pasangan yang telah berkahwin senyap-senyap tetapi masih kabur tentang cara pendaftaran pernikahan mengikut lunas undang-undang, maka disarankan membaca catatan ringkas peguam Suriati Ab Ghani untuk kebaikan bersama.
Ada 2 cara yang boleh diambil oleh pasangan ‘pengantin baru’ ini, tapi kedua-dua cara tersebut ada kesan yang berlainan dari segi rekod bermulanya tarikh pernikahan serta kesan kepada pendaftaran kelahiran anak yang lahir.
CARA 1:
Memfailkan Kes Pengesahan Nikah Di Mahkamah Syariah Di Malaysia
Pernikahan sah jika wali pada ketika akad nikah dijalankan berada lebih dari 2 marhalah (92 kilometer) dari tempat akad nikah, dengan menggunakan jurunikah yang bertauliah di Thailand.
Pernikahan juga sah jika cukup rukun nikah yang lain iaitu ada suami, ada isteri, ada 2 orang saksi lelaki dan ada sighah (ijab qabul).
Jika Mahkamah Syariah di Malaysia telah memutuskan pernikahan tersebut sah, rekod pernikahan adalah bermula pada tarikh akad nikah yang berlaku di Thailand.
Jika permikahan tersebut telah disahkan, anak yang lahir juga boleh terus didaftarkan sebagai anak sahtaraf.
CARA 2:
Melakukan Akad Nikah Semula Di Malaysia
Rekod tarikh pernikahan yang tertera dalam sijil nikah adalah bermula pada hari akad nikah yang baru dilakukan tersebut.
Kesan kepada pendaftaran kelahiran anak, tidak boleh dibinkan kepada bapa kerana dikira anak tak sahtaraf, samada anak lahir dulu sebelum tarikh akad nikah semula di Malaysia atau tarikh kelahiran anak menunjukkan persetubuhan berlaku sebelum akad nikah berlangsung.
Jalan penyelesaian untuk menjadikan anak tersebut adalah anak sahtaraf, ibu bapa boleh memfailkan tuntutan pengesahan nasab anak di Mahkamah Syariah, kemukakan fakta, bukti serta saksi bahawa pernikahan sebenarnya berlaku lebih awal di Thailand tetapi pasangan bertindak melakukan akad nikah semula di Malaysia.
Pandangan dan nasihat saya, adalah lebih baik buat pengesahan pernikahan di Malaysia, bukannya akad nikah semula. Daftar nikah lebih mustahak. Mengapa? Kerana kesannya bukan sahaja kepada anak, malah turut memberi kesan kepada isteri.
Jika berlaku perceraian, tuntutan mut’ah turut mengambil kira tempoh perkahwinan, tuntutan nafkah tertunggak isteri juga jika ada tidak boleh diambilkira dari tarikh pernikahan sebenar di Thailand.
Jika ada harta yang dibeli dalam tempoh perkahwinan iaitu dibeli selepas tarikh pernikahan di Thailand, tidak dikira harta sepencarian jika pasangan melakukan akad nikah semula di Malaysia.
Kashoorga: Komplikasi sangat besar terutama sekali buat isteri baharu. Oleh itu, pastikan ikut saranan peguam atau pejabat agama bagi mengelakkan masalah lebih rumit.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Bab hubungan intim tak boleh dibincang secara terbuka.’ Layan suami umpama pelacur menyimpang syarak, perkara ini bukan ajaran Islam yang sebenar.
Isteri mana boleh disamakan dengan pelacur. Isteri adalah wanita dihalalkan melalui akad nikah, tidak layak jika dikasari atau didekati dengan kekerasan.
Memetik laporan Harian Metro, seorang wanita didakwa menyebarkan fahaman menyimpang daripada syarak berkaitan perhubungan suami isteri serta menggunakan platform kumpulan Telegram untuk menyebarkan dakyah berkenaan.
Difahamkan, wanita itu menggunakan platform Telegram sebagai medium utama penyebaran fahaman berkenaan dan ia disedari sejak beberapa minggu lalu.
Antara dakyah yang dipromosikan oleh wanita itu adalah menyuruh suami merogol isteri serta melayani suami umpama pelacur.
Selain itu, terdapat kiriman di dalam kumpulan Telegram berkenaan yang menyuruh suami untuk menyakiti isteri mereka bagi yang enggan melayani ‘hajat’ si suami.
Tak Boleh Dibincang
Dakyah terbabit menggunakan agama kononnya menyuruh si isteri melayani hajat suami tidak mengira masa dan keadaan.
Wanita itu juga mempunyai kumpulan di platform Telegram yang mempunyai mengikut lebih 24,000 dan difahamkan terdapat satu lagi kumpulan di platform sama namun bagi individu berminat perlu membayar suatu harga ‘keahlian’ untuk diterima masuk.
Admin kumpulan berkenaan banyak berkongsi tentang tip hubungan suami isteri namun dalam perspektif yang lebih ekstrem.
Ia termasuk membenarkan si suami merogol isteri mereka bagi yang enggan bersama malah menggalakkan suami untuk menyakiti isteri kononnya sebagai bentuk pengajaran kepada yang enggan menuruti kehendak suami.
Namun semalam, wanita itu tampil memohon maaf kepada semua atas keterlanjuran sikapnya. Wanita tersebut melalui satu hantaran di Facebooknya menjelaskan, dia memohon maaf kerana perkongsiannya yang melampau itu telah menimbulkan kekecohan.
Secara Terbuka
Manakala, menurut Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Dr Zamihan Mat Zin, kumpulan berkenaan jelas menggunakan topeng Islam kononnya mahu mengajar wanita menjadi isteri terbaik namun dalam kerangka kefahaman yang salah.
“Ini adalah bentuk penderaan fizikal serta seksual kepada isteri atas nama ketaatan sedangkan ia sangat jauh menyimpang daripada maksud sebenar yang sudah digariskan di dalam Islam.
“Saya sangat mengharapkan pihak Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) melaksanakan siasatan dengan segera termasuk memanggil wanita serta pentadbir kumpulan berkenaan.
“Difahamkan juga wanita yang menyebarkan dakyah itu melakukan video siaran langsung di media sosial (Facebook) dan kefahaman ekstrem ini perlu dibendung di peringkat awal,” katanya.
Tambah Zamihan, kefahaman wanita ini jelas terlalu menyimpang dan berdasarkan pemerhatian dalam kumpulan berkenaan, banyak kefahaman yang tidak mencerminkan hakikat sebenar.
Layan Suami
Pada masa sama, pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya atau lebih dikenali sebagai PU Syed turut menggesa pihak berkuasa agama supaya mengambil tindakan segera terhadap kumpulan ini.
Katanya lagi, asas ajaran yang diberikan kepada pengikutnya adalah lebih cenderung kepada penderaan seksual serta fizikal kepada isteri dengan menjual nama ketaatan.
“Kumpulan ini juga membuat dorongan iaitu boleh memukul isteri jika tidak mahu melayani suami dan ini sudah menyimpang daripada agama,” katanya.
Umpama Pelacur Menyimpang Syarak
Sementara itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung kewujudan akaun Telegram yang membincangkan topik lucah.
Dalam masa yang sama, Dr Mohd Na’im turut mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat pertemuan bersama pihak berkaitan termasuk meminta agensi itu untuk membimbing serta memberi nasihat.
“Saya sudah mengarahkan Jakim untuk membuat laporan kepada pihak SKMM berkaitan kandungan yang terkandung dalam media sosial untuk diambil tindakan lanjut.
“Ada perkara yang tidak perlu kita bincang secara terbuka termasuklah dalam bab hubungan intim suami isteri.
“Apatah lagi topiknya dengan menggunakan bahasa berbaur lucah, ini bukan akhlak Islam,” katanya.
Bila melihat seseorang dengan tanda hitam pada dahi ada kalangan kita menganggap individu tersebut rajin beribadah, selalu bersujud. Anggapan itu boleh jadi betul atau...