Mana mungkin pasangan berkahwin tidak berhajat mendapatkan zuriat. Sudah tentu mereka inginkan cahayamata sebagai penyeri rumahtangga selain menjadi pewaris harta yang ditinggalkan kelak.
Namun rezeki dikurniakan anak itu berbeza-beza antara satu sama lain. Ini semua perancangan Allah. Tugas kita adalah berusaha ke arah itu dan berdoa serta tawakal. Terdapat beberapa doa yang boleh diamalkan oleh para pasangan suami isteri.
Kita ikuti penjelasan ustaz Azhar Idrus mengenai amalan-amalan yang boleh diamalkan oleh pasangan yang inginkan zuriat.
SOALAN :
Kawan saya sudah berumah tangga selama 12 tahun tetapi belum mendapat zuriat dan telah menjalani beberapi kali rawatan di klinik pakar untuk mendapatkan zuriat. Bolehkah ustaz kongsikan apa-apa doa atau amalan untuk mendapatkan zuriat?
JAWAPAN :
1.Banyakkan Berdoa
Antara doa yang elok diamalkan setiap kali selesai solat fardhu dan sunat ialah membaca :
“Wahai Tuhanku janganlah kiranya Engkau biarkan aku sendirian tanpa keturunan dan Engkaulah sebaik-baik orang-orang yang mewarisi.”
“Wahai Tuhanku kurniakanlah bagiku dari sisi Mu zuriat yang baik. Sungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar akan permintaan.”
2.Banyakkan Bersedekah Dan Istighfar
Ads
Antara amalan yang boleh meringankan kesusahan atau penyakit ialah membanyakkan sedekah dan istighfar.Kesukaran mendapatkan zuriat adalah termasuk orang yang berada dalam kesusahan.
Diriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili r.a. Rasulullah ﷺ bersabda :
دَاوُوا مَرضاكُمْبِالصَّدقةِ
Ertinya : “Rawatlah kamu sekalian akan segala penyakit yang ada pada kamu dengan bersedekah.” (Hadith di dalam kitab Sahih Al-Jami’ & Ad-Dailami)
Dan diriwayatkan dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata telah datang seorang lelaki mengadu kepada Nabi ﷺ dan berkata :
“Tiada direzeki akan aku ini anak sama sekali dan aku tidak ada zuriat lalu bersabda Rasulullah : Engkau hendaklah perbanyakkan istighfar dan banyakkan bersedekah nescaya direzeki akan kamu dengan sebab keduanya. Maka lelaki itu pun membanyakkan sedekah dan beristighfar. Berkata Jabir : Kemudian lelaki itu telah dikurniakan seramai sembilan orang anak lelaki.” (Riwayat Abu Hanifah di dalam Musnadnya)
Telah berkata Syeikh A’idh Al-Qarni :
Ertinya : “Dan setengah dari kisah yang sangat elok berlaku pada setengah orang yang menderita sakit tidak mendapat anak dan sungguhnya dia telah berubat dengan pelbagai ubat sehingga lemah para doktor untuk merawatinya.
Kemudian dia bertanyakan ulama maka kata ulama : Hendaklah kamu banyakkan istighfar pada waktu pagi dan petang maka sesungguhnya Allah telah berkata tentang orang yang banyak beristighfar bahawa Allah akan mengurniakan kepada mereka harta dan anak-anak. Lalu lelaki itu mengamalkan istighfar maka Allah telah mengurniakannya zuriat yang baik.” (Al-Kalimu At-Tayyib)
KESIMPULAN Orang yang belum mendapat zuriat hendaklah berusaha dan bertawakkal kepada Allah.Antara usahanya ialah mendapatkan rawatan dengan pakar-pakar kesihatan yang berkaitan dan melazimkan pula selalu berdoa dan memperbanyakkan sedekah kepada fakir miskin dan selalu beristighfar kepada Allah.
Hendaklah sentiasa menaruh harapan bahawa Allah pasti akan mengurniakannya zuriat kerana Allah itu adalah apa yang disangkakan oleh hamba-Nya.
Kos sara hidup yang makin tinggi membuatkan bukan sahaja suami perlu bekerja. Tetapi isteri juga digalakkan untuk keluar bekerja demi untuk membantu mengurangkan perbelanjaan keluarga.
Jadi tugas kaum wanita ini bukan sahaja di pejabat, tetapi berterusan bila balik ke rumah. Meneruskan pula tanggung jawab bukan sahaja sebagai ibu, tetapi juga doktor, guru, chef, akauntan, ‘cleaner’, ‘driver’ dan juga ustazah kepada anak-anak.
Jika diikutkan tugas mereka tiada hentinya, sebaik buka mata hinggalah melelapkan mata. Itulah rutin harian mereka yang bergelar isteri atau ibu yang dikatakan cukup hebat.
Namun sebagai insan biasa, mereka juga tidak terlepas dari menanggung rasa penat. Malah ramai isteri setiap hari mengeluh kepenatan dek rasa stres kerana bebanan tugas yang tiada hentinya.
Lebih-lebih lagi jika mereka turut bekerja makan gaji untuk membantu pendapatan suami di zaman serba mencabar ini.
Ada pelbagai cara untuk hilangkan kepenatan ini seperti mengajak suami bercuti, atau berurut di spa. Namun begitu sebenarnya dalam Islam itu juga telah tersedia penawar mengatasi kepenatan yang tiada penghujung ini.
Caranya ialah melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan sendiri oleh Rasululullah S.A.W kepada puterinya Saidatina Fatimah r.a.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muslim, satu hari puteri Rasulullah s.a.w, Saidatina Fatimah r.a mengadu kepada suaminya, Saidina Ali bin Abu Talib r.a tentang tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu dilakukannya.
Saidatina Fatimah kemudian datang menemui ayahandanya baginda Rasulullah S.A.W untuk meminta seorang pembantu. Akan tetapi dia tidak berjaya menemui Rasulullah S.A.W dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah.
Kemudian Saidatina Fatimah meninggalkan permintaannya kepada Saidatina Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Apabila Rasulullah tiba di rumah, Saidatina Aisyah pun memberitahu Baginda tentang permintaan puterinya.
Lalu Baginda telah pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah berbaring di tempat tidur. Keduanya mahu berganjak bangun ingin menghampiri baginda akan tetapi Rasulullah meminta mereka tetap di tempat perbaringan.
Lalu Baginda bersabda;
“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) 34 kali, tasbih (Subhanallah) 33 kali dan tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.” (HR. Muslim, no: 4906)
Maka disaran kepada ibu-ibu yang berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan Zikir/Tasbih Fatimah ini setiap malam sebelum melelapkan mata.
ZIKIR/ TASBIH FATIMAH
Allahu Akbar – 34 kali
Subhanallah – 33 kali
Alhamdulillah – 33 kali
Dalam pada itu sentiasalah didiklah hati untuk ikhlas melakukan semua tanggungjawab agar tidak merasakan ia sebagai bebanan yang memenatkan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tatkala bertemu dengan orang tua terutama kalangan saudara mara ramai yang tidak kisah bersalaman dengan mereka walau bukan mahram.
Ini kerana ada pandangan mengatakan tidak mengapa jika ia melibatkan orang tua yang sudah tidak lagi bernafsu. Tapi benarkah pandangan ini?
Bagi meleraikan kekeliruan itu, pendakwah Ustaz Salman Maskuri atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Salman memberi penjelasan menerusi video yang disiarkan di akaun TikTok miliknya.
Jelas beliau, para ulama berselisih pandangan tentang hukum lelaki bersalaman dengan wanita yang sangat tua.
Ini kerana katanya, ada ulama yang mengharuskan kita berbuat demikian iaitu Mazhab Hanafi dan Maliki serta terdapat juga pandangan yang melarang.
“Bagi Mazhab Syafie dan Maliki, (kedua-duanya) mengatakan haram (berbuat demikian) kerana Nabi Muhammad SAW tidak pernah menyentuh perempuan walaupun yang tua,” katanya sebagaimana dipetik menerusi video yang dikongsikannya baru-baru ini.
Daripada Aisyah RA, beliau berkata: “Tidak, demi ALLAH. Tangan Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun menyentuh tangan wanita ketika berbai’ah.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Elakkan perbuatan haram
Mengulas lanjut, PU Salman menjelaskan, Nabi Muhammad SAW hanya berbai’ah dengan ucapan dan perkataan.
Tambahan pula terdapat hadis lain yang mana Baginda SAW bersabda: “Ketahuilah jika kepada seseorang lelaki ditusuk besi tajam, maka itu lebih baik buat dirinya berbanding dia menyentuh seorang perempuan yang tidak halal baginya.” (Hadis Riwayat At-Tabarani dan Al-Baihaqi)
“Inilah pendapat yang paling kuat yang mana haram bersalaman atau menyentuh walaupun wanita itu sangat tua dan tidak bernafsu lagi, menurut Mazhab Maliki dan Syafie.
“Justeru, elakkanlah dan jauhkan (diri) daripada perbuatan yang haram ini,” katanya.
Diam tak diam hanya tidak beberapa minggu sahaja lagi akan datangnya bulan Ramadan. Dan kita masih lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 14 April ini.
Adakah kita berpeluang untuk menyambut Ramadan kali ini. Jika tidak, pasitinya berpusu-pusu jemaah yang akan datang menunaikan umrah di awal Ramadan di Tanah Suci Mekah.
Memang tidak terkira rindunya untuk bertawaf, melihat manusia ramai-ramai masuk masjid untuk solat dan rindu dengan wangian Masjidil Haram.
Tetapi kita tidak melihat situasi itu sekarang kerana orang ramai tidak dbenarkan untuk bertawaf di Kabaah yang ditutup sementara akibat penularan wabak COVID-19 ini.
Pencetus Ummah PU Amin meluahkan apa yang tersirat dihatinya melihat situasi ini. Dalam perkongsian itu, dia turut berdoa supaya Allah segera turunkan penawar untuk melawan wabak pandemik ini.
“Rindu tak terkata , rindu bertawaf , rindu melihat manusia beramai ramai masuk ke dalam Masjid tiap kali azan , rindu dengan wangian Tanah Haram . Hari ini semuanya dihentikan . Hari ini semua jalan jalan ke Masjidil Haram ditutup .
“Sunyi sepi Kota Makkah dan Madinah . Besar ujian kali ini buat Ummat Islam . Tapi ada hikmah . Allah Maha Mengetahui..
“Ya Allah aku rindu . Kau angkat musibah ini Ya Allah ! Sedih tak terkata hati ini . Ya Allah segeralah diturunkan penawar buat kami ! Ya Allah cukuplah dengan ujian ini . Ya Allah dengan keberkatan hari jumaat ini kau makbulkan doa doa kami .
“Ya Allah lembutkan hati manusia yang degil yang masih pentingkan diri berjalan dan keluar sesuka hati ketika wabak ini sedang membunuh !
“Ya Allah peliharalah Tanah Haram ini ! Jika diberi peluang sembuh dari wabak ini , kami tak akan sia siakan peluang ibadat yang kau berikan ! Kami janji Ya Allah !..
“Bantulah kami ! Kami merayu , kami merayu Ya Allah ! Kami nak umrah dan haji tahun ini lagi Ya Allah Ampunkan kami ya Allah ! Ampunkan kami ! Kami tak buat jahat lagi , Kami tak lawan kau lagi Ya Allah !
“Kami tak cabaf kau lagi Ya Allah ! Kami nak jadi orang baik dan taat Ya Allah ! Makbulkan doa kami Ya Allah ! ..
“Tuhan Ya Maha Mendegar ! Berilah peluang pada kami untuk buktikan ketaatan dan kebaikan kami sebagai hamba Mu Ya Allah !
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...