Drama dan filem hari ini banyak menyajikan cerita-cerita yang berlaku dalam masyarakat. Selalu digambarkan ada mentua yang kejam pada anak menantu hingga rumahtangga jadi berantakan. Ada ketika pula, mentua baik tapi dapat pula anak menantu yang sombong dan melayan mentua tanpa keikhlasan terutama mentua yang sudah uzur dan dianggap membebankan.
Dalam suatu perkahwinan, sebaik majlis akad nikah berlangsung, ibu bapa mentua setaraf ibu bapa sendiri yang perlu dihormati dan disayangi.
Dari satu perkongsian di Instagram _chefwan58, selebriti terkenal ini berkongsi video saat dia menghantar ibunya, Noraini Abdullah, 89 tahun ke rumah abangnya di Pasir Gudang untuk dijaga sementara kerana kesibukan kerjayanya.
Sering memaparkan momen berdua dengan ibunya yang dijaga penuh kasih sayang di usia emas itu selain diuji dengan kanser, Chef Wan dilihat memberikan banyak pesanan kepada ibunya yang hanya menganggukkan kepala.
Walau pun pesanannya nampak berlawak namun ianya agak deep kerana ia reality yang berlaku dalam masyarakat hari ini iaitu kasih sayang anak kepada ibu bapa pasti tidak setanding kasih sayang menantu kepada mentuanya (walau bukan semua tapi kisah ini terjadi dalam masyarakat). Dalam erti kata lain, anak akan pastikan segala yang terbaik buat ibu bapanya dan menjaga dengan sepenuh jiwa berbanding jika dijaga oleh menantu saja.
Dilihat memberikan pesanan panjang dalam keadaan berlawak, kata Chef Wan kepada ibunya:-
Ads
“Jom mak, Wan nak drive. Baik-baik pergi rumah anak, rumah menantu tu. Jangan cerewet2 makan. Jangan buang, jangan panas baran, jangan melalut, merapik. Makan elok2, makan ubat, tidur, jangan tengok tv saja. Orang cakap dengar. Anak jaga lain tau, menantu jaga lain. Kadang tak sabar dia racun. Kalau tak masuk dalam kolam, jadi ikan kaloi,”serta pelbagai pesanan termasuk memaklumkan pashmina emaknya ada di belakang kalau sejuk termasuk ada air tanpa betapa sayangnya dia kepada ibunya.
Apa yang pasti, setiap anak pasti inginkan ibu bapa dijaga dengan penuh kesempurnaan sebagaimana ibu bapa menjaga kita ketika kecil dahulu.
Dalam pada itu, Chef Wan turut berkongsi mengapa dia menghantar ibunya kepada rumah abangnya ke Johor untuk sementara waktu.
Departure of my mother to my brother home in Pasir Gudang Johor for 3 weeks beralih angin. Puas pujuk pakai tudung she refuses and said…
Ads
” Malas la emak duduk dalam kereta aja.
Emak bawa dalam bag tu. Jika nak keluar tahu la emak pakai Wan”.
Paksa2 nanti kena carut pulak. Semuga selamat tiba dan semuanya baik2, insyallah, amin.
Its time for me to do some house keeping, do some fertlising at the roof top and trimming my plants. Next few days i also need to visit all my 3 restaurants and cafe.
Nak kena juga pergi Melaka dan Penang to see the progress of building and renovation of our cafes in both cities.
Nak visit my relatives juga in Malacca yang kena stroke and bedridden.
Ads
Nak juga visit Mak Teh yg pak teh baru2 ini meninggal to see how she is doing. Tak la masa my dad youngest brother is alive i jaga them and bila suami dah tak ada saya lupakan dia.
Infact bila emak balik esok i have 3 widow aunties nak bawa spent weekend with my mom.
Plus emak 4 Janda mati laki semuanya. With me duda its 5 of us single oldies.
Boleh la kita sembang2, take them for jalan2 dan makan2 in restaurant for a few days.
Lepas to hantar la balik to their children. Semua excited nak spent weekend with me. Esok u all tengok video2 janda2 tua ini mesti u all will laughed.
All my aunties have great sense of humour and funny.
Kita orang Melaka. Kita pasang la lagu joget boleh buat club private Dangdut atas roof top tu. Kasi mereka excercise sikitkan.
Kena raid police pun raid la…
Nak tengok siapa yang sanggup nak kasi makan dan cebok berak orang tua-tua ini dan pakaikan mereka pampers! Cant wait all the young police semua nak raid club Joget Janda oh Janda, Duda oh Duda! Sumber : Instagram Chef Wan _chefwan58
Semoga kita semua diberi kesihatan dan tenaga untuk menjaga ibu bapa kita ketika tuan nanti. Aamiin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Alhamdulillah satu persatu selebriti tanah air kita melalui penghijrahan dengan menutup aurat.
Sebelum ini penyanyi Ernie Zakri, Dahlia Shazwan, Kilafairy, Linda Hashim dan Shiera Ijoy nekad untuk berhijab dengan sempurna. Dan kini giliran pelakon Zila Bakarin pula sudah berhijab.
Menurut pelakon yang sebelum ini terkenal dengan imej seksi, mengakui keinginan tersebut datang sendiri tanpa pendapat atau paksaan mana-mana pihak.
Ketika mengimbas kembali saatnya mula berhijab, hatinya mula terdetik untuk memakai tudung ia berkata ia secara tiba-tiba ketika mahu mengambil anaknya di sekolah.
“Semasa nak keluar ambik anak dari sekolah, saya rasa macam tiada seurat benang kat badan sedangkan saya pakai sweater dan jeans.
“Saya pergi kat kereta dan tiba-tiba rasa sejuk. Saya ulang alik keluar rumah pun rasa yang sama. Sampailah kali ketiga saya masuk rumah, dan terus terdetik untuk pergi ke laci dan ambik selendang dan terus pakai.
“Bila keluar rumah terus rasa macam selamat je,” katanya.
Dalam pada itu, Zila turut berkongsi penglibatannya dalam program “Jom Celik Al-Quran” anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Institut Pengajian Al-Quran (IPAQ).
Zila atau nama sebenarnya Rosmawati Bakarin berkata, program ini adalah perkara yang tidak dirancang.
Tambahnya, penglibatan dalam program tersebut adalah bantuan daripada Adam Corrie, walaupun berasa takut untuk menerima tawaran MAIWP pada mulanya.
Bagaimanapun Zila tidak mahu tidak mahu menangguhkan perkaran yang baik dan terus menerima tawaran tersebut.
Pelakon antagonis ini juga merupakan salah seorang rakan selebriti yang dilantik sebagai IKON bagi tersebut.
Program ini merupakan salah satu tanggungjawab fardhu kifayah MAIWP dalam memastikan umat Islam khususnya di Wilayah Persekutuan boleh dan mahir membaca Al-Quran sekurang-kurangnya bacaan surah yang menjadi rukun dalam solat.
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Tanpa ibu ayah, kita mungkin tiada apa-apa di dunia ini. Kerana kasih sayang dan doa merekalah kita menjadi manusia hari ini.
Jika dahulu ketika kita masih kecil, banyak yang kita harapkan dari mereka di saat kudrat mereka masih kuat. Seiring masa, kudrat yang dahulunya kuat sudah mula melemah ditambah masalah kesihatan yang singgah di tubuh tua mereka. Jika dulu ibu ayah kita mampu melakukan pelbagai pekerjaan, hari ini ada yang diuji terlantar sakit di katil dan memerlukan bantuan kita untuk mengangkat mereka bagi urusan mandi, menukar lampin dan sebagainya.
Yang pastinya, kudrat anak perempuan takkan sama dengan anak lelaki yang Allah beri kekuatan lebih.
Dikongsi dari Tik Tok @aisyahishak5, dirinya berkongsi cara mudah untuk mengangkat ayah dan ibunya yang terlantar sakit dengan menjahit sendiri barut dan memasang hoist crane untuk mengangkat ibu dan ayahnya.
Dari video dikongsikan dapat dilihat adik beradik ini sepakat menjaga kedua orang tua mereka dan ramai memuji kesepakatan antara adik beradik ini tanpa mengeluh penat. Dan kerja mengangkat kedua orang tuanya menjadi lebih mudah selepas memasang hoist crane yang mampu mengangkat beban berat kedua orang tuanya.
Jelas Aisyah dengan menjahit sendiri kain barut dan kosnya tidak terlalu mahal.
“Apa yang diperlukan untuk rawatan ini hanyalah katil hospital 3 function, hoist crane yang dibeli di Shopee pada harga RM348.40 untuk menampung berat 300 kg, rantai besi yang besar dalam dua meter, penyambung rantai besi dan kain barut dua helai yang saya jahit sendiri. Saya hanya perlukan dua meter saja dan dikerat dua.
“Jadi dapat dua keping. Setiap keping tu dilipat dua dan jahit keliling dan dalamnya supaya kain tak bergerak. Bila dah siap, hujungnya dibuat lubang kiri kanan dan dipasangkan kain untuk disambung ke penyambung rantai besi hoist crane. Untuk katil mak pula, kita letak roda agar mudah dialih-alihkan.
“Jadi setiap kali meletak mereka di atas kerusi roda untuk ke bilik air, kerja itu jadi mudah,” katanya. Dan video yang dikongsikan oleh anak-anak hebat ini sudah ditonton 1.4 juta orang yang bangga dengan usaha mereka lakukan.
‘Allah makbulkan doa saya.’ Hafiz Mahamad sebak dapat hantar mama, abah tunai haji pada tahun ini. Tentu saja sebagai anak, kita inginkan yang terbaik untuk bahagiakan hati mereka.
Apa lagi mak dan ayah semakin menua, tentu bermacam-macam kita ingin beri kepada mereka jika berkemampuan.
Hafiz Mahamad sekali lagi membuatkan ramai sebak apabila penat-lelahnya untuk menghantar mak dan abahnya menunaikan haji termakbul. Ini perkongsiannya:
Allah Makbulkan Doa Saya
Sebak hati saya semalam. Selagi masih sempat. Mama Abah, jangan anggap ini “hadiah” dari Hafiz.
Ini semua hasil dari kebaikan Mama dan Abah buat selama ini. Tidak ada apa yang Hafiz boleh balas.
Selepas Mama, Abah pencen tahun lepas, saya selalu cakap dengan mereka. Tahun depan, tunaikan haji tau. Doa banyak-banyak.
Hafiz Mahamad Sebak
Setiap kali saya pergi umrah, tak lepas dari doa supaya Allah izinkan kemampuan untuk saya menjadi asbab Mama dan Abah tunaikan haji. Masyallah, tahun ini Allah makbulkan.
Demi Allah, tak berhenti saya usaha selama ini. Siang dan malam. Syukur kerana hati dan akal ini Allah izinkan masih memikirkan tentang mereka.
Umur mereka meningkat. Banyak saya buat mereka kecewa dulu dan saya kena laju, selagi masih sempat. Senyuman mereka yang saya hendak lihat.
Dapat Hantar Mama, Abah Tunai Haji
Mama, semalam Hafiz tahan saja sebak dengan kacau kacau mama semalam. Kalau tak, sudah meleleh air mata jantan ini.
Untuk adik saya
Adik, terima kasih pegang amanah aku untuk tengokkan mama abah di kampung. Mu jaga kesihatan mama dan abah. Mu anak syurga Adikku
Tugas aku pula sebagai anak sulung adalah untuk mencari di luar ini.
Terima Kasih juga isteriku kerana mencintai abah mama dan sentiasa menghormati mereka. Terima kasih sayang.
Kamu juga sahabat saya, terima kasih kerana terus doa dan support. Saya tahu ini hasil doa doa kalian.
Kashoorga: Semoga Hafiz Mahamad sentiasa murah rezeki dan dapat membuat lebih banyak kebaikan untuk orang sekelilingnya.
Salam bersalaman memohon kemaafan memang sudah jadi budaya kita ketika menyambut raya. Namun begitu batasan untuk bersalaman meskipun bersama ahli keluarga perlu juga dijaga.Ini...