Perginya seorang murabbi ummah dan sebutir permata hati Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz begitu mengesankan.
Allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada Subuh 1 Mei 2019 bersamaan 25 Syaaban 1440H. Mulia sungguh pengakhirannya, Allahuakbar.
‘Andainya ini Ramadan Terakhir’ adalah kuliah Maghrib terakhir disampaikan ayah saya malam sebelum pemergiannya,” demikian menurut Mohamad Yusri Abu Hassan, 45, anak sulung kepada Allahyaram Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz,72.
Menurutnya, pada kebiasaan ayahnya akan bermalam di kawasan tempat ceramah, namun malam itu, Allahyarham pulang ke rumah bersama ibunya kerana pagi 1 Mei 2019 beliau perlu menghadiri satu lagi sesi ceramah di Ipoh, Perak.
UNGKAPAN TERAKHIR
‘Selepas malam ini tiada lagi soalan’ adalah ungkapan terakhir yang menjadi kenangan dalam kalangan 150 jemaah Surau An-Nur Fasa 3 Bandar Seremban Selatan.
Pada akhir kuliah itu, Allahyarham telah meminta para jemaah surau itu mengajukan soalan kepadanya dan melafazkan ungkapan itu selepas tiada lagi pertanyaan dan menutup kuliahnya dengan bacaan doa.
Setiausaha surau itu, Allaudin Shah Maidin Syed berkata, Allahyarham tiba di surau berkenaan kira-kira pukul 8 malam dan menyampaikan kuliah sehingga pukul 9.30 malam.
Katanya, Allahyarham hanya mengadu mengenai kesesakan jalan raya yang terpaksa ditempuhnya selama dua jam dari Kuala Lumpur ke sini sehingga menyebabkan beliau lewat tiba.
“Kami semua mendengar kuliahnya yang sememangnya sentiasa menarik minat kepada sesiapa pun,” katanya.
Jelasnya, tiada yang aneh mengenai kuliah Allahyarham atau semasa para jemaah menemuinya dalam jamuan makan yang dihidangkan oleh surau selepas majlis tersebut.
“Allahyarham memberitahu beliau sudah lama tidak makan nasi dan hanya makan kuih.
Ads
“Kami bersalaman dengan beliau sebelum Allahyarham menaiki kereta untuk pulang,” ujarnya.
Allaudin Shah memberitahu, para jemaah berasa terkejut dan sedih apabila mendengar berita pagi ini mengenai kematian Abu Hassan
HIDAP PARU-PARU BERAIR
Reda dengan pemergian ayahnya, Mohamad Yusri berkata, tahap kesihatan Allahyarham berada dalam keadaan kurang baik selepas doktor sahkan paru-parunya berair.
“Kalau ikut sejarah kesihatan, ayah pernah buat pintasan jantung sekitar 20 tahun lalu. Sebulan sekali ayah buat pemeriksaan kesihatan.
“Tak ada yang major… cuma itulah paru-paru berair dan doktor nasihatkan jaga makan dan minum je,” katanya.
Melihat susuk tubuh Allahyarham, ramai tidak menyangka Allahyarham kurang sihat.
Mohamad Yusri juga mengakui perkara itu apatah lagi, dengan ada masalah jantung, paru-paru berair dan terkini buah pinggang kurang berfungsi, Allahyarham masih aktif menyampaikan kuliah mahupun ceramah di serata negeri walaupun kurang sihat.
Ads
REBAH SELEPAS SOLAT SUBUH
Menceritakan detik Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya, Mohamad Yusri berkata, ketika itu Allahyarham sedang bersiap untuk ke Ipoh bagi sesi ceramah tengah hari ini.
“Masa tu lepas solat Subuh. Ayah rebah. Ibu telefon bagi tahu keadaan ayah sebab ibu pun tak tau nak buat apa.
“Saya minta dua adik saya tengokkan keadaan ayah sebab tak tinggal sekali dengan ayah sementara saya sampai.
“Pernafasan ayah lemah dan mukanya dah pucat sewaktu berada di rumah lagi.
“Ambulans datang rumah dan bawa ayah ke hospital. Masa di rumah, doktor ada buat bantuan kecemasan dan CPR. Dalam ambulans pun buat, di hospital pun buat juga.
“Sampai di ICU (unit rawatan rapi) Hospital Kuala Lumpur, doktor cuba sedaya mungkin bantu ayah.
“Kami tengok pada mesin tu… kami reda sewaktu doktor maklumkan denyutan nadi telah berhenti ketika sampai ke hospital,” katanya.
Ads
PENGAKHIRAN YANG MUDAH
Sebagai anak sulung, Mohamd Yusri turut memohon maaf kepada mana-mana pihak andai ada yang tersinggung dengan Allahyarham ayahnya.
Bekas Penasihat Agama Istana Negara ini menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 7.30 pagi tadi ketika bersiap untuk menghadiri program di Maahad Tahfiz di Kota Raja Ipoh, tengah hari ini.
Namun, Allahyarham dikatakan rebah sewaktu sedang bersiap dan tidak sedarkan diri sebelum mendapatkan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur.
Allahyarham Abu Hassan meninggalkan seorang balu, Rosbi Shabudin dan tujuh anak serta 13 cucu.
Merupakan adik kepada dua pendakwah terkenal, Allahyarham Datuk Dr Haron Din dan Allahyarham Ishak Din.
Allahyarham mendapat pendidikan awal di Sekolah Inggeris Derma di Arau, Perlis kemudian di Sekolah Menengah Agama Arab Alawiyah serta melanjutkan pelajaran di Mesir.
Allahyarham mula bertugas di Pusat Islam pada 1976 sebelum berkhidmat di Masjid Negara pada tahun berikutnya sehingga memangku jawatan Imam Besar.
KASHOORGA: Salam takziah buat keluarga Allahyarham Datuk Seri Abu Hassan Din Al-Hafiz.
Sumber kredit: Sinar Harian dan Utusan Online
VIDEO KASHOORGA:
https://www.youtube.com/watch?v=mOzwGsmECGQ
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bukan menidakkan qada&qadar Allah.’ Anak 2 tahun meninggal kanser, ibu terharu dapat lihat wajah ‘remaja’ anak.
Kehilangan insan tersayang bukanlah sesuatu yang mudah, apatah la gi seoran g ibu kehilan gan anaknya. Bukan sesuatu yan g mudah tapi sebagai hamba-Nya kita harus reda, walaupun pedihnya Allah saja yang tahu.
Ibu ini kehilangan anaknya. Disebabkan rasa rindu yang mendalam, dia meminta grup Edit Apa Hari Ni membantu mengedit gambar anaknya.
‘Sebagai ibu bukan menidakkan qada dan qadar tetapi saya merinduinya, malah rindu ini tiada penghujungnya,” luah Roslina Hanim Ramli.
Kisah Roslina Hanim mendapat perhatian warganet apabila dia meminta bantuan dalam kumpulan Facebook (FB) ‘Edit Apa Hari Ni?’ untuk menyunting gambar anaknya yang sudah meninggal dunia ketika berusia dua tahun.
Qada&Qadar Allah
Dalam hantaran yang meruntun hati itu, dia meminta ahli kumpulan FB menyunting wajah anak perempuannya yang ketika ini berusia 13 tahun jika masih ada.
Menceritakan kisah itu, Roslina Hanim, 43, jelaskan anaknya, Dania Emelda Aqasha Mustaffa meninggal dunia kerana kanser darah pada 2011.
Menurutnya, kehilangan 11 tahun tidak pernah membuatkan dia lupa pada Dania Emelda Aqasha yang juga satu-satunya anak perempuannya.
Anak 2 Tahun Meninggal Kanser
“Saya ibu yang membawanya sembilan bulan dalam kandungan dan bertarung nyawa melahirkannya jadi sudah pasti rindu itu selalu ada,” katanya yang tinggal di Kampung Baru, Muar, Johor.
Bagaimanapun katanya, permintaannya untuk menyunting gambar itu bukan bermaksud dia tidak reda dengan takdir sebaliknya hanya terlalu teringin melihat wajah anak syurganya itu di usia remaja ketika ini.
“Saya berpeluang melihat anak sulung lelaki membesar dan teringin lihat wajah Dania pula. Saya tak sangka warganet sudi merealisasikan hasrat itu dan berterima kasih kepada mereka.
“Malah, saya terharu dan sebak sangat apabila dapat melihat ‘wajah’ remaja Dania…saya cakap ‘cantik sangat anak ibu’,” katanya.
Ibu Terharu Dapat Lihat
Menurutnya, dia menyimpan semua gambar yang disunting dan ada beberapa yang dicetak sebagai kenangan serta pengubat rindu.
“Gambar yang disunting itu persis anak saya dan tak sangka dengan teknologi ketika ini saya dapat melihat Dania yang remaja biarpun mereka menyunting gambar ketikanya berusia dua tahun,” katanya.
Bercerita lanjut, Roslina Hanim berkata, anaknya kesayangan itu disahkan menghidap kanser ketika berusia dua tahun dan tujuh bulan berjuang melawan penyakitnya itu.
Wajah ‘Remaja’ Anak
“Dania demam ‘on off’ selama dua minggu dan muka serta tangannya juga pucat sebelum ujian darah mengesahkannya kanser darah.
“Kami banyak habiskan masa bersama di hospital apabila Dania perlu menjalani rawatan kemoterapi. Dania anak yang kuat, petah dan periang.
“Sebelum meninggal dunia Dania diserang sawan dan ditidurkan empat hari di hospital,” katanya. Katanya, ketika itu dia adalah ibu tunggal dan kekuatannya hanya anak sulung serta keluarga kerana tahun pertama kehilangan Dania sangat sukar baginya.
“Kini saya mempunyai anak ketiga berusia tiga tahun (Danny Amsyar Muhammad Hanis) selepas berkahwin baharu yang menjadi pengubat rindu pada Dania,” katanya.
Baru-baru ini salah satu kes penularan virus COVID0-19 dikesan melalui salah seorang jemaah yang hadir ke perhimpunan para Tabligh telah berlangsung hujung Februari lalu di Masjid Sri Petaling.
Rentetan itu semua jemaah yang terbabit pada hari berkenaan dinasihatkan supaya dikuarantin bagi mengelakkan masalah penularan semakin serius.
Tidak terkecuali pelajar dari Miftahul Ulum Sri Petaling Masjid Sri Petaling turut dikuarantin kerana menyertai perhimpunan berkenaan.
Biarpun dikuarantin tetapi para pelajar ini tidak terlepas dari terus mengingati Allah dengan membaca Al-Quran 30 juzuk setiap malam.
Dalam satu posting oleh Pendakwah Bebas, Ustaz Ebit Lew berkongsi kesedihan di Facebooknya apabila melihat gambar pelajar dari Miftahul Ulum Sri Petaling Masjid Sri Petaling yang tidak putus membaca Al-Quran 30 juzuk setiap malam walaupun sedang dikuarantin akibat wabak koronavirus (Covid-19).
Ebit Lew melalui media sosial itu mengakui kagum dengan sikap pelajar yang tidak kenal putus asa menghidupkan malam dengan tahajud.
Mereka habiskan 30 Juzuk Al-Quran secara berulang-ulang. Turut tahajud sambil menangis doakan yang terbaik buat negara
Sebak tengok gambar pelajar Miftahul Ulum Sri Petaling Masjid Sri Petaling sedang dikuarantin disana atas arahan KKM. Syukur tiada seorang pun positif. Semua negatif virus covid. Mereka habiskan 30juz Al-Quran berulang-ulang. Mereka hidupkan malam dengan tahajud tarik rahmat Allah. Mereka tahajud menangis doakan rahmat buat negara kita dan seluruh dunia. 4pagi semua dah menangis berdoa. Begitu juga pendakwah yang sedang dikuarantin. Semoga semua cepat sembuh yer. Semoga semua ahli keluarga tabah yer. Allah bersama kita semua. Terima kaseh semua Dr dan warga kkm. I love u all. Allah sayang warga KKM yang sedang berjuang berjihad.
Jangan cakap bukan-bukan pada mereka, moga Allah maafkan kita semua
Saya benar-benar sayang semua pendakwah dan anak-anak ini semua. Saya tak mampu lakukan dakwah seperti mereka. Say tak hafal 30 juz Al-Quran dan belajar alim seperti mereka. Ini waktu saling mendoakan dan menasihati dengan baik kerana kita tak tahu apa dihadapan sana menanti. Ini bukan saat salahkan orang lain. Saya merayu semua saudaraku sekalian janganlah cakap bukan-bukan pada mereka. Semoga Allah maafkan kita semua.
Syukur ramai yang hadir telah membuat pemeriksaan, ada sistem baik sampaikan maklumat
Syukur 5 ribu orang yang berdaftar hadir hampir semuanya telah hadir membuat pemeriksaan. Syukur pada Allah. Tahniah pada semua. Dari mula lagi kes brunei semua Masyaikh alim di sri Petaling telah mengarahkan semua yang hadir pergi membuat pemeriksaan. Siap mereka cari call wasap semua sahabat yang lain. Mereka ada sistem sangat baik untuk sampaikan maklumat pada pendakwah yang hadir. Mereka taat pada keputusan Amir alim mereka. Terkejut tengok sistem data mereka yang baik. Cuma awalnya petugas kesihatan arahkan siapa tiada simptom kuarantin dirumah. Yerlah ramaikan masa tu. KKM utamakan yang ada simptom. Jadi semua balik rumah dan mereka terus kuarantin sendiri dirumah. Cuma ramai juga yang hadir orang biasa yang tiada nama mereka. Ceramah umum kan. Semua hadir. Kalau program lain tak tahulah ada data begitu ke tidak.
Saat ini saat ubah gaya hidup dan amalan serta tawajjuh pada Allah
Semalam dekat Penang 30 ribu orang masih berkumpul bersesak. Hari ni beberapa hari program kementerian pelancongan akan melibatkan puluhan ribu orang ke seratus ribu orang menurut berita. Sekolah beribu orang pun baru semalam cuti sekolah. Presiden negara luar dan orang besar dah ramai kena. Pemain bola dan artis pun kena. Saat ini saat ubah gaya hidup dan amalan serta tawajuh pada Allah. Saya pun tangguhkan program prokids saya yang dah bayar semua makanan dan lain-lain. Puluh ribu ringgit juga kami tanggung. Walau terasa berat sangat. Takperlah demi keselamatan kita semua kerana Allah.
Mari sama-sama pohon pertolongan Allah
Sahabatku sekalian yang amat saya kasihi jom kita semua pohon pertolongan Allah tarik rahmat Allah. Donald Trump pun hari ini berdoa dan menyeru semua yang jauh dari tuhan dekat dengan tuhan. Mereka berdoa online seluruh Amerika. Seluruh Amerika menyambutnya. Tidaklah kita sama dengan mereka. Tetapi marilah kita semua berdoa pada Allah yang Maha Mendengar. Maha berkuasa. Tiada yang berkuasa melainkan Allah. Dia jaga kita dulu kini dan selamanya. Sentiasa mendengar semua doa, ucapan,dan sangkaan kita.
Berusaha menjaga kebersihan, jangan hina dan caci sesama kita
Jom kita semua terus berdoa. Berusaha menjaga kebersihan. Menasihati dengan baik. Saling berdoa. Sedih ada yang tulis bukan-bukan terhadap jemaah tabligh. Contohilah Dr Zulkifli Al Bakri dalam memberi nasihat dan alim yang lain. Janganlah kerana segelintir beberapa orang kita hina mereka. Saya takut bila kita hina dan caci mencaci sesama kita. Azab Allah lebih cepat dan rahmat hilang. Buat yang telah positif kita doakan mereka dan solat hajat doa mereka sembuh.. Jauhkanlah cakap bukan-bukan. Siapa tahu dimana dan waktu bila nak kena kan. Tugas kita berjaga-jaga mengikut arahan KKM dan tingkatkan hubungan kita dengan Allah dan banyak bertaubat.
Elakkan juga pergi ke tempat awam yang sesak. Syabas kepada petugas KKM, moga Allah beri pahala syurga dan rahmat untuk mereka
Syabas tahniah kepada KKM. Saat kita dinasihatkan mengelak tempat awam dan sesak. Mereka barisan hadapan membantu mereka yang sakit. Panas pakaian tu. Tak makan dan minum. Nak ke tandas pun risau. Begitu juga di lab semuanya. Jom kita bantu mereka dan berusaha mencegah dengan amalkan nasihat yang telah dibagitahu pada kita. Allah pasti beri pahala syurga dan rahmat besar untuk semua Dr dan Petugas kesihatan. Jom kita bantu mereka. Jom doakan mereka semua
Buat yang belum buat pemeriksaan pergilah membuat pemeriksaan. Yang patut kuarantin. Terus kuarantin diri. Jaga kebersihan dan terus berdoa sama-sama yer.
Mari bersatu hati, reda Allah kita semua harapkan
Jom kita bersatu hati dan berkasih sayang kerana Allah. Hanya Redha Allah kita semua harapkan. Kita semua pesan keluarga jaga solat. Bangun tahajud dan dhuha. Buat Talim rumah. Baca manzil setiap pagi dan doa-doa Nabi saw. Sedekah dan cakap kebesaran Allah. Tiada yang boleh angkat wabak virus covid 19 melainkan Allah. KeranaNya kita berusaha kepadaNya sepenuhnya kita berserah. Lahaulawala Quwatailla billah. Semoga menjadi asbab hidayah seluruh alam – ebitlew
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi tanggungjawab seorang anak untuk mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kedua ibu bapanya tidak kira di mana mereka berada.
Namun ada persoalan, bagaimana pula dengan status doa bagi anak yang tidak sah taraf atau ada yang lahir tanpa ikatan sah kedua-dua ibu bapanya. Adakah doa mereka ini akan diterima oleh Allah?
Dalam persoalan ini, Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin memberikan jawapannya. Menurut beliau anak itu dianggap tidak berdosa. Maka dia boleh sahaja mendoakan kebaikan untuk orang tuanya.
“Anak luar nikah itu tidak berbapa dan hanya beribu sahaja. Maka hadis ‘Dan anak soleh yang mendoakannya’ hanya merujuk kepada si ibu.
“Adapun bapa tirinya (sekiranya pasangan zina itu berkahwin) maka dia bukan bapa bagi anak luar nikah itu.
“Dalam hal ini, maka jelas kepada kita bahawa anak itu sekiranya ia soleh dan ikhlas mendoakan kebajikan ibunya maka tiada sebab untuk Allah tidak memakbulkan doanya,” jawabnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...