Memang benar berbakti kepada orang kedua ibu bapa adalah kewajiban bagi anak dan derhaka kepada ibu bapa adalah salah satu dosa besar dalam Islam. Tetapi jangan lupa bahawa Islam tidak melihat satu sisi saja lalu melupakan sisi lain.
Islam juga mewajibkan bagi orang tua untuk berbuat baik kepada anak-anaknya.
Jika ibu bapa mendidik anak-anak dengan betul mengikut gaya hidup Islam masalah anak derhaka dapat dikurangkan. Apabila anak derhaka kepada ibu bapa kita bising tetapi adakah kita telah mendidik anak-anak kita dengan betul? Didikan agama yang cukup? Apa kata kita lihat dahulu kisah di bawah ini.
DIPETIK SEBUAH KISAH DARI KITAB TANBIHUL GHAFILIN OLEH ABUL-LAITS AS-SAMARQANDI
Pada suatu ketika di zaman Amirul Mukminin, Umar Al-Khattab r.a, seseorang telah datang menemui Khalifah Islam kedua itu untuk mengadukan hal anaknya;
“Anakku ini benar-benar telah derhaka kepadaku.” kata si bapa.
Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya.
“Apakah engkau tidak takut kepada Allah dengan derhaka kepada bapamu? Kerana itu adalah hak orang tua,” kata Umar kepada si anak.
Anak itu menjawab;
Ads
“Wahai Amirul Mukminin, bukankah anak juga punya hak atas orang tuanya?”
Umar menjawab;
“Benar, haknya adalah memilihkan ibu yang baik, memberi nama yang bagus dan mengajarkan al-Kitab (al-Quran).”
Anak itu berkata;
“Demi Allah, bapaku tidak memilihkan ibu yang baik. Ibuku adalah hamba sahaya berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Ia tidak memberi nama yang baik untukku. Ia menamaiku Ju’al. Dan dia juga tidak mengajarkan Al-Quran kepadaku walau satu huruf pun dari al-Quran.”
Ads
(Nota : Ju’al adalah sejenis kumbang berwarna hitam yang selalu bergumul pada najis haiwan. Boleh juga diertikan seorang yang berkulit hitam dan berparas hodoh atau orang yang emosional).
DERHAKA SEORANG AYAH KEPADA ANAKNYA
Umar Al-Khattab r.a lantas menoleh kepada si bapa dan berkata;
“Engkau telah datang mengadukan anakmu telah derhaka kepadamu tetapi engkau yang telah derhaka kepadanya sebelum ia menderhakaimu!”
Iktibar dari kisah di atas, sebagai ibu bapa kita janganlah tergesa-gesa mencela anak sebagai derhaka. Ada banyak hak-hak anak atas ibu bapanya. Bila salah satu sisinya diabaikan, lalu anak menjadi derhaka dan keras kepala, ada kemungkinan ibu bapa tidak memperhatikan sisi tersebut.
Ads
Sekarang lebih ramai ibu bapa yang menderhaka kepada anak-anak kerana didikan agama tidak diberi secukupnya kepada anak-anak. Akibatnya lahirlah generasi lemah iman dan rosak akhlak di zaman moden pada hari ini.
Oleh itu, didiklah anak-anak sejak dari dalam kandungan lagi. Semoga generasi pewaris kita hidup dalam jalan yang diredhai oleh yang Maha Esa.
Ibnul Qayyim berkata; “Siapa yang mengabaikan pendidikan yang bermanfaat untuk anaknya dan membiarkannya begitu saja, maka ia telah melakukan tindakan terburuk terhadap anaknya itu. Kerosakan anak-anak itu kebanyakan bersumber dari ibu bapa yang membiarkan mereka dan tidak mengajarkan kewajipan-kewajipan agama kepada mereka. Mereka (anak-anak) tidak memperhatikan perkara-perkara agama di saat masih kecil, sehingga ketika sudah besar mereka sukar meraih manfaat dari pelajaran agama dan tidak dapat memberikan manfaat bagi ibu bapa mereka.”
KESIMPULAN:
Jika anak kita buat silap, dosa atau kesalahan pada kita maka perkara pertama yang perlu kita lihat dan fikir adalah kesilapan kita dalam mendidik.
Contoh: Seorang anak bersosial hingga terlanjur, adakah anak yang perlu dipersalahkan? Tidak. Tapi kita sebagai ibu bapalah yang perlu dipersalahkan kerana kelemahan dalam mendidik. Kebebasan yang diberi kepada anak dalam menggunakan teknologi sekarang dan pergaulan. Perangai-perangai kita yang membuatkan si anak terikut-ikut. Anak fikiran mereka masih mentah sedang kita ibu bapa sudah banyak pengalaman dalam kehidupan.
Kesilapan bukan untuk dipersalahkan, tapi untuk diperbaiki, ambil ikhtibar dan nasihat pada masa akan datang.
Sumber kredit: FB: Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kasih ibu membawa ke syurga. Begitulah perumpamaan betapa sucinya kasih seorang ibu kepada anaknya. Bagi pelakon dan juga penyanyi, Linda Rafar atau nama sebenarnya Azlinda Rafar sedang bersedih dengan keadaan ibunya, Rasimah Abdul Rahman yang kini sedang sakit.
Umum mengetahui Linda dan ibunya begitu rapat. Luahan hati Linda di laman Instagramnya begitu menyentuh jiwa.
Ya Allah, lindungilah ibu Linda. Berikan dia kekuatan yg tidak terbilang. Angkatkan segala kesakitan itu, kurniakan kemudahan kesembuhan kenikmatan kesihatan. Ameen Ya Rabb
Semoga doa2 dimakbulkan.. Just nk kongsi skit tentang mak linda ni..sape yg kenal linda tau laa mak linda ni suka anak2 dia berjaya dlm kerjaya dan agama… drp kecik linda memang anak paling rapat dgn mak.. sampai laa tua ni pon still apa2 mesti cari mak..pendek kata 1001 rahsia dlm hidup hanya kongsi dengan mak linda je.. i trust her 101%.. Mak ni strong woman n linda ikut cara dia 100%.. mak x pernah susahkan hidup anak2 dia,x pernah paksa mintak duit or apa2 yg luar kemampuan kami 6bradik..malah mak suka bersedekah ada duit skit sanggup gi kedai beli sendiri brg2 dapur dan bg pada anak2 dia walau pon dia x kuat berjln..
Mak syg sgt2 anak2 linda terutama Arwah Memen ? tu laa cucu paling dia syggg tp pergi lebih awal anak syurga yg dia sygg sgt tu.. Setiap hari mak akan col semua anak2 dia setiap 2-3jam tp linda yg kerap dia col ?.. Bila Mak sakit sejak 2hari lepas hp linda xde pon berdering n tulis MAK!!! Ya allah cepat btul terasa masa berlalu begitu pantas..hari ni mak dah x sedar
Doc nak tebuk saluran pernafasan tp kami adikbradik x sanggup tgk mak di lakukan begitu.. kesian sebab pagi tadi n smlm rancak jugak dia berborak.. Punca kena gigitan binatang yg kami x pasti di tangan trus bengkak n kena operation dan trus effect buah pinggang krn menurut doc kuman merebak begitu pantas.. Airmata mengalir ni n dada x tahan sgt sebak teringat kebaikan n kasih syg mak pd anak,sampai x selera nk mkn n minum sepanjang hari ni.. terpikir mcm x ckup je jasa mak yg linda nk balas.. Mak,,
Nk bagi tau linda syg mak sgt2 dan linda x tau laa if allah ambik mak hilang la tempat linda nk bercerita segala masalah nanti.. mak la kawan baik linda n kawan gaduh..if mak xde tak tau hidup ni mcmne..Ya allah kuatkan aku..
Ya allah kesiani aku Ya allah sembuhkan ibuku.. Ya allah hanya allah shj yg tau hati dan keadaan linda skrg ni
Mohon semua followers sedekahkan al-fatihan kepada Rasimah binti abdul rahman mintak allah sembuhkan penyakit ibuku..amiin love LR
Bertuah sungguh Norman Hakim kerana memiliki anak seorang yang berjaya menghafaz Al-Quran. Satu perkara yang turut dipuji mengenai keluarga ini ialah meskipun Norman Hakim dan Abby Abadi telah pun berpisah namun hubungan mereka tetap baik demi anak-anak mereka.
Memang sejuk perut ibu yang mengandungkan Mohamed Danish Hakim. Menerusi gambar yang dikongsi melalui Instagram Abby dan juga Norman, mereka ternyata begitu gembira meraikan kejayaan Mohamed Danish Hakim yang berjaya menghafaz Al-Quran.
Pagi di Majlis Konvokesyen Huffaz ke 2 Peringkat Negeri Selangor (28/10/18) 19 safar 1440h ❤️
Mohamed Danish Hakim Al Hafiz & Sahabat2nya yg telah berjaya menghafal ALQURAN diraikan lagi hari ni. Peringkat Negeri Selangor pula. Alhamdullillah. Murah rezeki anak2 ni. 3kali dah diraikan termasuk kali ni. Syukur. Terima Kasih ALLAH utk segala nikmat & rezeki yg telah dikurnia.
Mama & Papa je wakil utk hari ni. Abah hantar je tadi, pastu gi betulkan kereta. Mummy tak dpt bersama juga sbb adik3 takde siapa yg jaga.
TERIMA KASIH ALLAH S.W.T..terima kasih Kerajaan Negeri Selangor melalui platform Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor #PITAS & Bank Muamalat diatas insentif kpd para Huffaz Negeri Selangor secara amnya dan kepada anak kami Al-Hafiz Mohamed @danishhakim_243 @danishhakimmmmm_ khususnya untuk pengiktirafan ini.
Semoga anak kami bersama dengan 950 sahabat Huffaz dari seluruh Negeri Selangor yg turut bersama dalam Majlis Konvokesyen Huffaz 2018 kali ke-2 ini akan terus meningkatkan perjuangan & integriti didalam membawa Al-Quran sebagai cara hidup untuk diri sendiri bersama keluarga & masyarakat tercinta.
Bersama kita membina syurga dirumah utk sama2 kembali membina rumah disyurga utk kehidupan yang kekal abadi selepas ini In shaa Allah Aamiin Ya Rabb❤️
Melentur bulu biarlah dari rebungnya. Jika mahu mendidik anak-anak, didiklah ketika masih kecil lagi. Cara didikan ibu bapa berlainan. Setiap ibu bapa punya cara tersendiri untuk mendidik anak-anak.
Bagi Ameera Zaini atau pemilik nama sebenar, Nor Ameera Zaini cara dia mendidik anaknya dilakukan secara bersahaja.
Putera sulungnya, Mateen tidak terlalu didedahkan dengan gajet. Hal ini kerana Ameera lebih gemar anaknya itu menikmati zaman kecil secara natural. Walaupun Mateen masih kecil, Ameera telah mula mengajar Mateen untuk membaca surah-surah pendek.
Tidak terlalu ‘memaksa’ Mateen untuk belajar namun Ameera mengambil pendekatan mendidik secara santai. Lihat sahaja cara Ameera mengajar Mateen membaca surah lazim, dalam Mateen bermain-main, sempat juga Ameera mengajar Mateen.
Walau pun Mateen membaca hujung-hujung surah namun ia satu perkembangan yang membanggakan bila dalam usia 18 bulan, Mateen sudah boleh mengingati bait-bait ayat lazim.
Kurang mendedahkan Mateen dengan gajet, Ameera lebih banyak menggalakkan Mateen bereksperimen dengan aktiviti mewarna.
Ramai yang memuji cara Ameera mendidik Mateen termasuklah Fara Hanim Razak yang mempunyai anak kembar.
TIP UNTUK MENGAJAR ANAK KECIL MENGINGATI SURAH LAZIM:
1.Bacakan setiap hari kepada anak-anak. Otak anak-anak kecil adalah seperti span yang mudah menyerap. Ulang dan ulang setiap hari. Dengan cara ini anak-anak akan mudah mengingati.
2.Jangan paksa jika anak tidak mahu. Ajar bila mood anak berada dalam keadaan baik.
3.Berikan penghargaan kepada anak-anak apabila mereka berjaya mengingat sesuatu ayat misalnya. Dengan cara ini anak-anak akan rasa lebih seronok untuk belajar.
Sumber: Instagram Ameera Zaini
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?