
Selagi belum mendirikan rumahtangga, pastinya seseorang itu tidak putus-putus berdoa agar dikurniakan dengan jodoh yang baik dan Imam soleh.
Maklumlah kita akan melayari kehidupan bersamanya sehingga ke akhir hayat. Bimbang nanti kalau tersalah pilih dan akan berlaku perceraian yang sangat menakutkan.
Jadi sebagai usaha untuk yang masih single dan bujang, tidak salah mengamalkan doa tertentu supaya dikurniakan dengan jodoh yang baik. Sangat digalakkan untuk diamalkan setiap kali usai solat dan mintalah dengan seikhklas hati.
Namun sangat digalakkan untuk berdoa dari sekarang, bukan ketika mahu berkahwin nanti barulah minta dijodohkan dengan insan yang baik.
Semoga jodoh yang datang nanti akan sangat menyayangi anda sebagai seorang isteri. Bukannya memperlakukan pasangannya seperti orang suruhan.

Artikel Berkaitan: Kerap Amalkan Zikir Ya Latiff, Senjata Paling Mustajab Lenturkan Hati Pasangan & Redakan Ketegangan
SUMBER: BAITULJANNAH
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Allah Bagi Pinjam Seketika, Reda Dengan Kententuan Allah. ‘9 Tahun Saya Tunggu Kelahirannya, Tapi Dia ‘Pergi’ Dulu.’

Isi Kandungan
ToggleAllah bagi pinjam seketika, reda dengan ketentuan Allah. ‘9 tahun saya tunggu kelahirannya, tapi dia ‘pergi’ dulu.’ Memang berat ujian ini, namun sebagai hamba-Nya dirinya reda dengan takdir Ilahi.
Lebih menyayat hati, dia bukan hanya kehilangan satu-satunya anak tunggalnya tetapi turut kehilangan ayahanda tercinta. Allahuakbar sungguh menyayat hati. Ternyata Allah lebih menyayangi kedua-duanya.
Artikel Berkaitan:
‘Allah Beri Bila Tiba Masa Yang Tepat.’ Rezeki Miliki Zuriat Selepas 14 Tahun Menanti
Allah Bagi Pinjam Seketika
Demikian luahan Zarina Azmi, 34, yang merupakan ibu kepada kanak-kanak setahun tujuh bulan yang lemas bersama datuknya di sebuah kolam terbiar dekat Taman Kempas, Sungai Petani, Kedah.
Menurut Zarina, dia dan suami, Muhammad Yuzarith Martin Abdullah, 35, bagaimanapun reda dengan ketentuan Allah yang meminjamkan anak tunggal kesayangan, Muhammad Ziyaad Mikhail seketika biarpun telah sembilan tahun menanti kelahiran cahaya mata.
Reda Dengan Kententuan Allah
Dalam kejadian itu, Zarina turut kehilangan bapa tersayang, Azmi Abdullah, 77, yang ditemukan terapung dalam sebuah kolam bersama Muhammad Ziyaad selepas kedua-kedua beredar dari kedai makan di mana tempatnya bekerja dengan menaiki motosikal untuk keluar bersama.
“Sepanjang hari (Isnin), Muhammad Ziyaad asyik peluk saja, seolah-olah tak puas bermanja sebelum datuknya datang ambil kira-kira jam 5 petang.
“Namun, tak lama kemudian saya dikejutkan dengan berita yang ayah dan anak ditemukan lemas di kolam berhampiran,” jelasnya sebak.
9 Tahun Saya Tunggu Kelahirannya
Kejadian disedari apabila kedua-dua beranak itu tidak pulang ke rumah sehingga jam 7 petang, menyebabkan mereka keluar mencari di sekitar kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, luluh hatinya apabila menemukan jasad datuk dan cucu itu lemas dan terapung dalam kolam tersebut.
Sementara itu, adik kepada Azmi, Yusof Abdullah, 61, menjelaskan kali terakhir dia bertemu arwah abangnya bulan lalu dan terkejut apabila menerima panggilan berhubung kejadian.
“Arwah dah lama pencen sebagai tukang kebun sekolah dan sejak itu dia banyak menghabiskan masa di rumah selain bermain dengan cucu dan menjadi rutin membawa cucunya itu meronda waktu petang dengan menaiki motosikal,” katanya.
Tapi Dia ‘Pergi’ Dulu
Menurut Yusof, dia difahamkan bahawa kejadian kemungkinan berlaku apabila kanak-kanak itu turun dari motosikal dan berlari ke arah kolam sebelum terjatuh.
Tambah Yusof, kemungkinan Azmi yang ternampak cucunya jatuh terus berlari ke arah kolam dan cuba menyelamatkan, namun turut lemas.
“Kalau tengok keadaan kolam itu, airnya tak dalam mana pun tapi mungkin disebabkan licin akibat lumut, arwah tak berdaya nak selamatkan diri.
“Apapun yang berlaku, semuanya sudah suratan takdir dan kami reda dengan apa yang berlaku,” katanya.
Menurut Yusof, Azmi mempunyai lima anak serta 10 cucu dan Muhammad Ziyaad Mikhail serta ibu bapanya tinggal bersama.

Jenazah kedua-dua beranak itu kemudian dibawa pulang ke rumah mereka di Kampung Permatang Berangan, Pinang Tunggal selepas selesai urusan bedah siasat untuk proses pengebumian.
Baca Di Sini:
Kashoorga: Pasti ada hikmah di sebalik kejadian yang berlaku, semoga keluarga ini tabah meneruskan hidup.
Sumber: Sinar Harian
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Tak Putus Berdoa Ditemukan Jodoh Sekufu, Farahanim Imbas Detik Perkenalan Bertemu Imamnya

Isi Kandungan
ToggleKata orang kalau mahu cari jodoh biarlah yang sekufu dari semua segi. Barulah senang dan serasi untuk menjalin ikatan silaturrahim bersama dengan dirinya dan juga seluruh ahli keluarga.
Pasti tidak akan ada rasa kekok tatkala berdampingan di kalangan mereka kerana tiada perbezaan darjat.
Sebelum bertemu dengan jodoh yang sekufu, sudah pasti kita tidak akan putus-putus berdoa pada Allah agar ditemukan dengan insan yang boleh bimbing kita ke jannah.
Kalau boleh mahu sehidup semati dengannya dan dialah imam terbaik untuk membimbing diri kita menjadi insan lebih baik.
Seperti perkongsian kisah Personaliti di stesen TV ALHijrah, Farahanim Razak dan suaminya, Dr Arif Aizuddin yang cukup indah dalam melayari kehidupan berumah tangga.
Menurut Farahanim sebelum bertemu Imamnya, dia tidak putus-putus berdaoa agar ditemukan jodoh dengan mereka yang sekufu agar seluruh ahli keluarga akan selesa tatkala berdampingan bersama.
Ternyata Tuhan makbulkan permintaannya apabila dtemuka dengan insan yang dianggap paling terbaik serta pelengkap hidupnya.
Kini setelah tiga tahun berkahwin, pasangan bahagia ini dikurniakan sepasang anak kembar, Amina Raissa dan Amira Raissa yang comel dan keletah mereka sangat menghiburkan.
HE WEDDING OF DADDY & MOMMY RAISSA
how to start ya…perjalanan Allah temukan Anim dan Arif ni sgt tak disangka sangka. Sebab selalu dlm doa doa Anim tentang jodoh adalah..”Ya Allah kau temukan lah aku dgn jodoh yg sekufu dgn ku, bukan lah dari golongan yg berada, biarlah mak dan abah serta keluarga sederhana kami selesa dgn keluarganya, Ya Allah kau temukan lah aku dgn jodoh yg berketurunan baik, yg jaga solat nya, sentiasa mengingati keluarganya, yg dekat dgn keluarganya, yg sayang dgn ibu ayah nya, yg penyabar lebih dariku, yg berpendidikan baik supaya dpt membimbing dan menjadi contoh buat anak anakku, Ya Allah temukan lah aku dgn jodoh yg dapat membawa ku ke Jannah bersama sama keluarga kami..”
Kalau kita minta bersungguh-sungguh, Allah akan bagi
Anim doa dan cakap apa yg Anim nak, it was not a really perfect doa atau perfect words, tapi Allah dengar kalau kita bersungguh sungguh minta, Allah akan bagi..cuma masa sahaja cepat atau lambat, Allah yg tentukan sesuai dgn keadaan kita atau tak kerana Allah Maha Mengetahui.

Sebelum Allah tunaikan doa, Dia bagi ujian terlebih dahulu
As the time goes by, Allah bagi ujian dulu, baru Allah tunaikan doa doa kita. Sama mcm Anim, byk ujian nya utk sampai pada jodoh yg tepat dgn doa Anim. terkadang Allah temukan kita dgn org yg salah dahulu utk beri kita peringatan & pengajaran. Sampai waktu yg tepat Allah gerakkan hati Arif, dan org org yg menyayangj Arif, utk menyatukan kami berdua. Anim suka dgn keluarga Arif yg sgt sederhana, mama & papa keduanya seorang guru di sekolah.
Banyak lagi kekurangan, tapi sama-sama betulkan
Tahun 2017 adalah tarikh perkahwinan kami dan tahun yg sama Allah hadirkan zuriat buat kami selang beberapa bulan selepas perkahwinan. Ya byk lagi kekurangan Anim & Arif utk kami betulkan sama sama, saling membahagiakan, dan sabar dlm membesarkan Amina & Amira.
Allah dengar setiap bisikan kita
Ya Allah jgn pernah salah dgn caturanNya. Jgn ingat doa yg kita sebut biasa biasa je ayat nya, Allah takkan makbulkan. Jgn ingat apa yg terlintas di hati dan fikiran kita Allah takkan makbulkan. Allah dengar setiap bisikan kita.
Teruskan berbuat baik dengan orang tua, doa mereka juga terbaik untuk kita
Rezeki jodoh juga adalah salah satu doa dari ibu ayah kita yg Allah makbulkan. Buat yg belum bertemu jodohnya, teruskan lah berbuat baik kpd org tuamu. jgn sibuk memikirkan jodoh yg belum hadir, kerana doa ibu ayah lah yg tentukan siapa jodoh yg terbaik buat diri kita.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM FARAHANIM RAZAK
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Kahwin Muda Memang Bagus, Tapi…” Pengkongsian Wanita Ini Sangat Berguna Untuk Yang Berhajat

Isi Kandungan
ToggleBerkahwin itu memang dituntut oleh agama kerana boleh mengelak dari sebarang kejadian tidak diingini berlaku antara kedua pasangan. Ada yang mengambil keputusan berkahwin dalam usia muda dan umur yang sepatutnya.
Tidak salah berkahwin muda jika kedua-duanya sudah bersedia menempuh alam berumah tangga. Tetapi adakah ada manisnya berkahwin dalam usia seawal 20 an.
Ada tanggungjawab besar tergalas dibahu yang perlu dilaksanakan dan dalam masa sama meraih tempat untuk ke syurga.
Perkongsian wanita ini memberitahu pahit manisnya berkahwin dalam usia muda. Dalam thread yang dibuat di laman twitter, wanita ini yang menggunakan akaun twitter @ayuazizz mengupas persoalan mereka yang berkahwin dalam usia muda.
Kahwin sebab nak halalkan hubungan
Viral kahwin umur 16 tahun & 21 tahun. Alhamdulillah. Bagus. Bab agama bagus. Tapi.
Janganlah korang tengok orang kahwin muda umur 16 tahun korang pun terus gatal piang menggeletar seluruh badan nak kahwin juga. Korang memang tengok diorang masuk tiktok joget gitu gitu madah sweet. Uish. Memey lah.. Bau wangi.
Hakikatnya.. Kahwin muda tak semudah yang korang tengok diorang ber-tik tok tu. Akhir cerita nanti, samada mereka akan rasa bersyukur atau menyesal semahu tidak kerana kahwin muda. Itu je.
Aku kahwin muda gak. Umur 20. Kawan aku semua tengah struggle nak habiskan STPM & diploma. Aku dah habis diploma terus gatai nak kahwin. Mama baba kata jangan. Nanti dulu. Kerja dulu. Taknak. Sebab apa? “Nak menghalalkan hubungan” alah alah alah jawapan akuuuuuuuuuuuuu
Nawaitu tu dia macam bercabang gak tu. Nak menghalalkan hubungan atau nak bebas dari ibubapa? Kamon. Jangan tipu aku. Korang mesti berangan kahwin muda best nanti dapat travel sesama laki bini dengan ikatan yang halal dan sah halal. Kan? Eleh kamon.
Budak viral tu siap upload video tips nak kahwin muda lagi. Kata dia cakap dengan makpak sambil muncung mulut “makkkk nak kahwinnnn” gitu. Aah. Aku pun macam tu gak dulu. Siap menangis sebab nak kahwin hahahahahahaharam j
Setiap tahun travel
Sama lah. Berangan. Nanti dah kahwin ada ikatan yang sah dan halal blablabla nak pergi memana senang takde mak bapak nak control. Paling paling pun husb boleh kautim waktu tu ler rasa. Maklumlah sesama muda. Sesama faham kononnya.. Tapi meh cerita yang tak best..
Kahwin muda ni, korang takde duit. Melainkan kalau korang kahwin dengan orang kaya macam kawan aku sorang ni lah. Itu memang seronoklah. Setiap tahun travel. Dia kahwin muda umur 19 tahun tapi laki dia umur 30 tahun dah kaya raya dah pun.
Tapi kalau setakat sama sama muda, masing masing pun baru nak cari hala tuju. Masa depan pun tak nampak. Cuma berbekalkan cinta yang penting aku cintakan kau.. Boleh. Tapi kuat ke?
Kuat ke nanti nanti dalam usia yang sangat muda, kawan kawan korang sibuk enjoy dengan kawan kawan lain pergi travel sana sini. Kau plak terperuk dalam rumah. Tak pun kalau laki kau kerja biasa biasa kau kena kerja sekali sejenis 10am-10pm. Dalam usia yang sangat muda.
Kawan kawan lain pergi karaoke tengah malam tapi kau tak sempat nak bersosial. Kawan pun takde. Dari kau rasa seronok berkawan, kau terus rasa keseorangan. Sorang sorang pergi. Nak ajak kau pun, kau dah kahwin. Nanti susah nak minta izin laki kata kawan kau.
Pikir bab masak, nafkah, basuh baju
Kawan kawan yang lain tengah seronok nak grad, kau pula tengah memikir nak masak apa tengahari esok, baju tadi dah basuh ke belum, esok laki kau nak pakai baju apa, eh tadi jiran ada pinjam senduk nasi nak pulang ke belum?
Itu baru cerita bab tu. Belum cerita bab : Sayang, abang takde duit nak bagi nafkah. Kau muda. Kau mesti akan memberontak punya. Sebab kau belum mampu nak faham erti tanggungjawab, tolak ansur, sabar & kuat. Jadi apa kau buat? Melawan. Bergaduh.
Nanti bila dah setahun, takde apa yang berubah. Kau mula fed up. Kau rasa menyesal kahwin muda sebab hidup tak maju. Setahun kerja 10am-10pm. Kawan kawan yang lain kerja dah office hour. Siap dapat bf best best lagi.
Belum cerita part kau pregnant. Nanti stress plak duit nak beranak. Budak muda sekarang kan kebanyakannya nak beranak kat hospital swasta. Nak kangkang orang cebukkan. Betul? Habis kalau kahwin sama muda kau rasa dapat ke kalau tak beriya? Kalau tak dapat? Memberontak lagi.
Gaduh dengan darah muda, angin naik turun, tak blend dengan orang matang, memang matilah. Kau muda, laki kau muda, sama sama muda. Jenis laki plak tak penyabar. Jenis kalau bercakap pun macam member member. Sekali bergaduh habis maki hamun semua keluar.
Nanti laki kata isteri tak hormat. Nanti isteri kata laki tak sayang. Bosan ah. Cari lain. Shake wechat.
Jangan kahwin sebab ikut trend
Takut tak imaginasi macam ni? Dah ready ke nak kahwin cepat cepat dik??? Fikirlah masak masak. Jangan terikut trend bila berkahwin. Kahwin sebab Allah. Bukan sebab viral 16 tahun kahwin kau nak juga sebab boleh tiktok laki bini sesama.
Alah dikkkk…. Zis pun dulu kahwin sebab trend juga. Wakaka. Waktu tu Erin Malek kahwin, Fatin Afifah kahwin, Diana Danielle kahwin, waktu tu semua umur range 18-20 gitu. Ish seronoknya kahwin muda! Nak gak ah. Cliche alasan aku, nak halalkan ikatan.
Nampak yang indah je dek. Nanti hari hari boleh duduk depan tv sesama. Nanti hari hari boleh tidur sebantal sesama. Nanti hari hari boleh keluar sesama. Tapi.. nanti.. bila kau kahwin.. Hidup kau berubah 360• dan kau akan rasa terkujat terkejut menggeletor pakej.
Dalam usia muda, kau dah kena hadap dugaan ibubapa mertua, ipar duai, yang mungkin tak sekepala. Kau dah ready ke mentally family laki kau kutuk kau waktu diorang tengah potong bawang kat dapur? Dah ready? Kalau setakat baru kena umpat sikit kau dah koyak, takyahlah dik.
Kalau dah kahwin muda, dah sah sah lah laki kau tu belum mampu mana nak sediakan kau sebuah rumah yang selesa. Dan semestinya kau akan duduk sebumbung dengan mertua. “Alah sekarang bf kita punya mak layan kita baik. Kita ngam dengan akak akak ipar kita semua”

Ye dik. Belum kahwin. Semua wangi. Nanti kau dah sebumbung, kau sembur perfume Victoria Secret pun bau taik petai dik. Itu baru bab family baik. Kalau dah awal awal tunjuk family dia tu tak baik. Adoi. Dah ready nak rasa baju kau basuh kena humban ke lantai?
Dah ready kau masak takde sorang pun nak sentuh sebab tak sedap? Dah ready kau kemas rumau orang kemas semula sebab rasa kau kemas tak betul? Dah ready nak rasa kena hina sebab kau takde apa apa melainkan SPM???????? Dah readyyyyyyy????
Dik. Kahwin muda memang best. Aku tak tipu memang best. Dapat plak laki satu kepala. Jenis jahat sama sama. Muda plak kan. Memang nak buat jahat jelah. Tapi bila kau dah penat. Kau nak buat baik. Laki kau belum move on lagi sebab dia sebenarnya belum puas enjoy..
Kau dah ready ke nak diduga dengan suami punya perangai plak? Dapat plak laki jenis cepat bosan. Sikit sikit complain kau tu tak pandai masak lah, tak kemas rumah lah, tapi tolongnya tidak. Kang kejap kejap kantoi ada awek lain kat wechat.
Nasihat simpan sikit kegatalan
So nasihat akak dik…… Sabarlah. Simpan sikit kegatalan itu. Simpan banyak lagi bagus dik. Dengar cakap akak. Akak dah kahwin muda. Dan akak cerai dalam usia muda juga dik. Akak MENYESAL kahwin muda. Sebab banyak benda akak terlepas dik. Banyak sangat sangat sangat.
Jangan menggelabah nak kahwin. Pergilah bawa makbapak kau tu pergi jalan jalan dulu dik. Pergi kumpul harta dulu dik. Pergi bina kerjaya dulu dik. Dik, nanti bila kau berjaya, beratur lelaki bagus bagus nak kau dik. So belajar lah bersabar sikit.
Sebenarnya aku memang sarankan, perempuan ni serendah rendah pendidikan biarlah diploma. Sekurangnya bila nak kerja mana mana, sedaplah sikit. Bela lah diri sendiri dik. Kita perempuan ni, seolah ada tamat tempoh. Cuma tak tahu je bila.
So sebelum dibuang, kau readykan lah diri nak masuk tong kitar semula yang mana satu. Untuk aku, sekurangnya asbab ada pendidikan, walau tak lah tinggi mana, terselamat juga aku nak survive kemana mana.
Anywayyyy.. ini aku tak pukul rata. Kalau kau sekarang dah tua pastu zaman dulu kau kahwin umur 18 tahun gitu, tapi masih bahagia & sempurna, janganlah samakan. Zaman sekarang dah tak mcm dulu zis zis sekalian. Nak cari yg berkualiti itu seolah mencari bintang ketika siang.
Hampir mustahil tapi ajaibnya tetap ada. Gitu. Madah pujangga aku. Ada je yang kahwin muda dan bahagia. Tapi kebanyakannya sebab bini dia umur 18 tahun laki dia umur 30 lebih memang lah bahagia. Semua dah tersedia. Laki pun, dah tua, dapat plak bergetah. Gila tak sayang?
Itulah contoh contohnya. Dan masih.. ini semua jodoh Allah juga. Apa apa jadi ada hikmah. Kahwin muda ke, kahwin lambat ke, ada hikmah. Aku cuma pesan yang belum kahwin ni jangan bergetar sangat semua aset. Rileks rileks sudah.
Tapi buat yang dah kahwin muda tu, tahniah & didoakan semoga uolls kuat semangat untuk tempuh dugaan rumahtangga yang penuh onak duri. Bahagianya susah nak jumpa, perit jerihnya susah nak elak. Kuncinya : sabar & banyakkan solat. Sekian..
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI