Siapa tidak mengenali pelawak dan juga pelakon Shuib Sepahtu. Setiap kali melihat dia beraksi di pentas pasti tidak akan kering gusi mendengar lawak spontannya.
Ada saja yang keluar dari mulutnya yang tidak pernah kering idea dalam menghiburkan orang ramai.
Kita sekadar melihat luarannya sahaja, tetapi ramai tidak tahu amalan baik yang tidak pernah kita nampak dari mata kasar.
Walaupun personaliti Shuib yang dilihat begitu sibuk mencari rezeki dunia, tetapi tersembunyi amalan yang disimpan untuk bekalan di akhirat.
Dalam satu posting oleh Imam Muda Asyraf mendedahkan bahawa insan ini nampak biasa tetapi sebenarnya amalan beliau sangat luar biasa.
Ads
Menurutnya sejak bertugas sebagai DJ di sebuah radio dan perlu bangun ke konti seawal jam 4 pagu, jadi Shuib tidak melepaskan peluang solat Tahajjud hampir setiap hari. Bukan itu sahaja, malah Surah Al-Waqiah menjadi amalan beliau.
Niat datang nak COD… Tapi kena tazkirah dengan Shuib
Sebahagian orang, amalan baik mereka terlalu jauh ke dalam mereka sembunyikan…
Insan yang saya kenal ini sejujurnya nampak biasa-biasa. Tapi mungkin tak ramai yang tahu amalan beliau yang luar biasa… .
Ads
Semenjak bertugas sebagai DJ radio yg terpaksa pergi ke konti studio seawal 4 pagi, beliau tidak melepaskan peluang untuk solat tahajud hampir setiap hari..Surah al-Waqiah menjadi amalan beliau..
Bahkan hampir setiap pagi beliau tidak melepaskan peluang bersedekah jamu makan tak kira siapa samada Pak Guard, cleaner dll setiap awal pagi.. istiqamah hingga hari ini. Murah rezeki beliau… .
Ini antara apa yg sy dapat tahu dari org rapat beliau.. @shuibsepahtu @aisyasyraf_hq
Ternyata perkongsian ini mendapat respon bagus dari warganet. Masing-masing setuju dengan pendapat yang diberikan oleh Imam Muda Asyraf.
tok_ayah_haji Subhanallah. Sebab tu kita jangan nak judge orang sesuka hati. Golongan artis ni tak semuanya jahil tapi ramai yg lebih baik amalannya dari kita. Ingat tu…….muhasabah diri tu dulu sebelum mengutuk golongan artis ni.
saleesa19 Allah lebih tau hati dan amalan setiap hambanya, sebab tu kita jangan menilai orang dari luaran..semoga kita juga dapat amalkan tahajud istiqomah… by the way Ustaz.. jaga social distancing
wanhidayah_naomihoshi betul tu ustad, setuju dgn ustad..jgn menilai iman seseorang dgn luarannya..nampak ja rock sempoi gelak2, tp dialah yg paling kuat amal ibadatnya pada Allah..daripada pakai jubah 3 lapis dok aniaya n zalimi org terang2..dan fikirlah 1000x dulu sblm nk aniaya atau menzalimi org sbb manatau doa dia mustajab, mmg kena bayar balasan cash dgn Allah blk..terutama yg jenis tak tunjuk warak ni, style rock sempoi gelak2
Allah tidak akan menguji kehidupan seseorang itu melainkan mampu. Meski bukan semua mampu hadapi ujian berat itu tetapi mampu untuk belajar sesuatu daripada apa yang dihadapinya.
Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3).
Antara tujuan Allah SWT memberikan ujian kepada hamba-hamba-Nya adalah untuk melihat siapakah di antara mereka yang sabar dan baik amalannya. Tambahan pula, setiap ujian yang ditimpakan oleh Allah SWT ini, berbeza-beza melihat kepada kemampuan setiap hamba-Nya.
Maksudnya: “Dialah (Allah SWT) yang telah menciptakan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” (Surah Al-Mulk : 2)
Firman Allah SWT lagi:
لَا يُكَلِّفُ اللَّـهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Maksudnya: “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.” Surah Al-Baqarah: 286 (sumber Mufti Wilayah)
Dari satu perkongsian fb Farah Adilah Shamsudin, dirinya berkongsi betapa ujian itu maha berat bila mana dia kehilangan ibu dan ayah selang seminggu dalam bulan Jun ini akibat Covid-19 dan masalah kesihatan. Bukan itu dia juga kehilangan adiknya dan makcik dalam hari yang sama pada 23 Jun lalu dalam tempoh beberapa jam saja. Ternyata, bukan semua mampu hadapi namun Allah sentiasa bersama hamba-hambaNya yang redha. Mari kita sama-sama doakan agar diri Farah Adilah diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini dengan hati yang redha.
Dalam hantaran semalam di fbnya, Farah berkongsi luahan rasanya ini selepas diuji kehilangan ayah tersayang semalam.
Sebagai anak kedua, dirinya memaklumkan, ayah kesayangannya Shamsudin bin Abdullah telah kembali ke rahmatullah pada 27/6/2021 jam 5.01pagi tadi di ICU Hospital Sungai Buloh.
Moga arwah di tempat di kalangan orang-orang beriman di syurga kelak. Amin. Mohon doa dari semua ya. Al Fatihah. Untuk pengetahuan semua, ayah boleh diuruskan pengebumiannya seperti kematian biasa.
Kematian ke 4 dalam bulan ini utk keluarga terdekat saya.
1.Azizah Mohd Yusoff(mama):15 jun 2021 8.30pg 2.Normah Mohd Yusoff (mak cik):23 jun 2021 3.20pg 3.Farah Nadiyah Shamsudin (adik): 23 jun 2021 7.11ptg 4.Shamsudin Abdullah (ayah):27 jun 2021 5.01 pg
Allahuakbar, betapa kerdilnye aku Ya Alla. Tak terdaya melawan takdirmu. Sungguh kuat ujianmu. Tiadalah daya ku Ya Allah. Aku mohon ampun atas segala salah dan silap ku. Ampunilah aku. Janganlah kau ambil lagi keluargaku Ya Allah.
Allah, damailah ayah di negeri abadi. Berbahagialah bersama mama, adik dan Cik Mok. Tunggu kami di sana ayah. Kami akan menyusul.
Sebelum ini pada 23 Jun dirinya turut berkongsi kesedihan bila mana adik kesayangannya meninggal dunia. Tambah Farah Adilah dia kehilangan dua ahli keluarga pada tarikh itu di mana adik dan makciknya disahkan meninggal dunia.
Kongsinya, sungguh aku lemah.Ya Allah. Ya Allah. Ampunkan dosaku Ya Allah. Maafkan aku Ya Allah. Sungguh berat ujian mu Ya Allah.
Rahmati adikku, rahmatilah dia. Ampunkan dosa dosanya. Sesungguhnya aku menjadi saksi kepada segala kebaikannya Ya Allah. Mohon doa dari kalian semua agar adik saya, makcik saya dan ibu saya di tempatkan di syurga yang tertinggi dan ditempatkan di kalangan orang-orangberiman di syurga kelak Amin. Damailah mama, Iya dan Cik Normah. Kalian sudah pun menjadi bidadari syurga. Berehatlah la dari kesakitan dan fitnah dunia. Kami akan menyusul. Mohon doa dari semua ya. Al Fatihah. Sumber Fb : Farah Adilah
Untuk yang mahu mencari jodoh, jom sertai webinar jodoh kami.
WEBINAR JODOH : SUAMI KIRIMAN ILAHI
Jom Sis semua yang masih single terutamanya sejenis yang pemalu! Kita belajar ilmu menjemput jodoh
Dengan ilmu menjemput jodoh, Sis akan..
Tak tertanya-tanya lagi “Dimana atau ada ke bakal imamku”
Jelas dan yakin dengan langkah-langkah mudah ikhtiar mencari jodoh (Tip: Islam itu Mudah dan Indah)
Akan dijauhi heartbreak dan lelaki yang tak serius
Yang sudah berstatus ‘Dimiliki’, ambillah manfaat ilmu ini untuk memudahkan dan percepatkan lagi jodoh Sis
Setiap orang di dunia ini diuji dengan palbagai dugaan. Ada yang dilahirkan sempurna dan cukup sihat.
Dan ada pula yang diduga apabila hidup dalam keadaan tidak sempurna seperti orang lain. Namun sebagai hambaNya, kita perlu menerima qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah. Hanya Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita.
Perkongsian seorang pemuda lembam yang dikongsi di laman sosial Facebook Tok Anjang boleh dijadikan inpspirasi. Biarpun dilahirkan tidak sempurna tetapi tidak jemu beribadah kepada Allah.
Walaupun keadaannya begitu, pemuda yang dikenali dengan nama Adam menarik perhatian apabila sanggup meredah perjalanan sejauh 3KM perjalanan ke surau, 5 kali sehari hanya untuk melaungkan azan di surau.
Bayangkan dia menghabiskan 15km sehari perjalanan pergi dan balik setiap hari hanya untuk menjadi muaazzin di surau berkenaan.
PEMUDA GOPENG DATANG 3KM SETIAP HARI UNTUK AZAN 5 WAKTU.
Bulan Ramadhan bersamaan PKP ini ayah mertua Tok Anjang sakit tenat, sehinggalah Allah menjemput beliau@Haji Mokhtar 4 hari sebelum Hari Raya pada usia 85 tahun. Al fatihah. Seorang yang ramah dan disenangi oleh semua.
Selama sebulan itu bila ada kesempatan Tok dan isteri akan turun ke rumah mertua di Kg Tersusun Kopisan untuk ziarah dan berbuka puasa bersama Mak Mertua dan yang lain lain. Setiap kali berbuka kami akan berpandukan azan maghrib dari surau dihadapan rumah. Azan nya biasa je, tak berapa sedap pun tapi suara azan tak sedap itu lah setiap maghrib, Isya’, Subuh, Zohor, Asar.
Surau kampung Tersusun (konsilidetet) sejak beberapa tahun ini sunyi menyepi kerana kampung ini tiada lagi warga tua. Jamaah solat hari biasa hanya 4-5 orang. Majoriti lelaki dah meninggal dan yang muda banyak berhijrah. Yang tinggal adalah makcik makcik janda.
Dijadikan cerita.
2 malam sebelum raya kami keluarga yang berhampiran berkumpul untuk berbuka dan tahlil dirumah mertua. Sebelum masuk waktu berbuka Tok teringatkan Muazin yang saban hari berbakti mengumandangkan Azan Maghrib sekali gus isyarat berbuka kepada orang kampung.
Tok tanya kepada anak buah. “ADAM tu hari hari azan maghrib tu makan apa masa berbuka sorang di Surau tu?” Dia dah le lembam, slow dan macam budak budak sikit.” Maka bertanya le anak buah kepada ADAM tu. Erm…jawapan yang diterima dari Adam. “Adam makan kurma dan air kosong je. Makan nasi lepas Isya, bila balik rumah.”
‘Allahuakbar! Betapa pedihnya jawapan Adam tu. Rasa hati ini disiat siat. Kami ni rumah berhadapan surau hari hari makan sedap lauk berbagai sejak hari pertama Ramadhan. Tok merata Perak bagi orang makan. Ni depan rumah je! Selepas 28 hari puasa baru kami tau yg anak berjasa ini minum air kosong dengan kurma.
Kecoh kami satu rumah dan buat pertama kalinya ADAM berbuka bersama kami. Banyak makannya dengan lauk penuh. Gembira, sedih, kasihan sangat melihatnya.. Terasa pulak kejam nya kami satu rumah. Moga Allah ampunkan kami.
Kemudian baru Tok Anjang tahu yang Adam ni berumur 24 tahun. Tinggal di Taman Kinta 3km jauhnya bersama ibunya. Seorang pemuda yang lembam dan tidak bekerja. Sering bersendirian bersama motornya kesana sini. Namun Allah memberikan kerja kepada beliau menjadi Muazzin tanpa gaji bagi Surau Kg Konsulidetet.
Setiap subuh dan waktu lain Adam akan datang dengan motornya ke surau dari Taman Kinta untuk Azan dan solat. Hebat anak ni. Adam pandai baca Quran dan hafal Doa doa. Jom kita bagi gaji bulan kepadanya. Paling tidak pun duit minyak motor untuk datang surau. Biar sikit tapi berterusan. Kita tumpang pahala anak ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
SOALAN: Saya akan bernikah dengan seorang lelaki pada hujung tahun ini. Namun saya tidak mampu untuk melakukan kenduri. Apakah hukumnya seseorang yang bernikah tanpa membuat sebarang kenduri?
JAWAPAN:
Berkahwin merupakan sesuatu yang harus. Mengisytiharkan perkahwinan pula adalah sunat bagi mengelakkan prasangka buruk masyarakat. Melakukan perkara yang boleh menimbulkan syak wasangka atau fitnah adalah berdosa.
Justeru jika suami isteri yang tidak mengisytiharkan perkahwinan mereka tinggal serumah, tentulah perbuatan ini dipandang serong. Ia dikira berdosa kerana menyebabkan timbulnya fitnah.
Ada beberapa cara untuk mengumumkan perkahwinan mengikut keselesaan masing-masing.
Antaranya:
1. Melalui medium media sosial seperti Facebook dan juga Instagram.
2. Melalui jamuan makan kecil.
3. Memperkenalkan pasangan kepada ahli keluarga dan rakan-rakan melalui ziarah menziarahi.
Namun adalah lebih bermakna jika diadakan kenduri. Perlu diingatkan bahawa kenduri tidaklah semestinya besar.
Apa yang penting ia mencapai hasrat perisytiharan sesebuah perkahwinan. Ijab kabul hanya dengan “Aku Terima Nikahnya…”
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...