Seorang suami wajib menyediakan segala keperluan rumah tangga mengikut kemampuannya. Menyediakan tempat tinggal ( rumah ) kepada isterinya, menyediakan keperluan asas dan sebagainya. Seorang suami hendaklah melayan isterinya dengan lembut dan penuh kasih sayang.
Tidak rugi apabila seorang suami itu sentiasa ‘memberi’ kepada isterinya. Malah isteri akan terus berdoa agar suaminya sentiasa dimurahkan rezeki. Rezeki yang didapati akan lebih berkat apabila dikongsi bersama.
“Jom lah teman abang pergi bandar jap. Nak cucuk duit.”
Maka puan isteri patuh sahaja. Bersiap sekejap, kami pun keluar dengan baby Ali sahaja. Hat lain tinggal bermain dengan sepupu-sepupu dia. Boleh la nak romantic sikit. ?
Usai cucuk duit, aku berhenti depan kedai emas ni.
AJAK BELI CINCIN
“Jom tengok cincin.”
“Eh, tak payah la. Saya gurau je hari tu bang,” balas puan isteri.
Namun raut wajah dah nampak teruja dan gembira yang tak dapat di sorok lagi.
“Jomlah. Hari tu kan abang dah janji dan belikan cincin.”
Maka kami berpimpin tangan masuk kedai emas ini. Aku jaga anak dan puan isteri mula melihat-lihat. Saja aku biarkan puan isteri pilih mana dia suka. Aku tak nak kacau atau pengaruh keputusan dia.
Ads
“Abang,” panggilnya.
Aku mendekat. Dua bentuk tersusun cincin atas meja kaca.
“Yang ni cantik, tapi mahal sikit. Yang tu pun cantik, cuma ringan. Tak padat,” katanya.
“Ambil yang tu lah. Mahal sikit tak apa. Emas tak rugi beli. Lagi pun harga agak murah la ni,” balasku.
“Boleh ke?”
Aku anggukkan kepala dan tersenyum saja. Terus suruh tuan kedai bungkus dan kira kan. Air muka puan isteri seronok bukan main.
REDA DAN RELA DI ‘PAU’ ISTERI
Masa tuan kedai menulis resit, dia ralit melihat loket rantai pula.
“Nak ke?” soalku.
Ads
“Eh, tak apa la bang. Ni dah cukup dah,” balas puan isteri.
“Yang mana?” soalku cuba menguji.
“Yang tu cantik kan bang?” balasnya.
Sah! Kena lagi. Hahaha.
Tak apalah. Sebenarnya aku dah redha dan rela di’pau’ oleh puan isteri kali ini.
SUDAH LAMA BERJIMAT-CERMAT
Dah lama aku berjimat. Motor Ex-5 buruk aku tu, entah berapa kali kawan-kawan suruh tukar lain. Aku senyum saja. Biarlah, motor tu masih boleh berjasa.
Kereta pun dah lama kawan-kawan suruh tukar besar sikit. Itu memang dalam perancangan juga. Dah mula menyimpan sikit-sikit untuk itu, tapi ‘cubit’ sedikit simpanan untuk hari ini.
Ads
Tak apa lah, itu perlahan-lahan tambah simpanan lagi.
Hari ini, biarlah aku gembirakan suri hati aku. Satu-satunya insan yang berada di sisi saat susah senang aku. Satu-satunya insan yang menerima segala baik buruk aku.
Satu-satunya insan dengan penuh sabar dan taat melayan setiap karenah aku.
Nak dihitung segala jasa isteri ini memang tidak terkira. Dari sekecil-kecil benda, sampai ke seperit-peritnya. Dari mencari sebatang cutton buds, hingga melahirkan anak. Semua dalam tangan mereka.
Tidak lah salah kita mempunyai hobi. Suka main motor, suka main kereta. Suka tukar rims port, suka tukar cat. Suka beli pancing, suka kumpul jam G-shock.
GEMBIRAKAN HATI ISTERI
Semua hobi itu tidak salah. Cuma kalau boleh, sisih sedikit dari duit dari bajet hobi kita itu untuk gembirakan puan isteri kita juga.
Tak semestinya barang kemas. Boleh saja bawa melancong, boleh sahaja belikan henpon. Atau bawa mereka menonton.
Nilai itu bukanlah perkara utama. Yang penting, kita sebagai suami menunjukkan usaha untuk menghargai mereka.
Tanpa mereka, tak jumpa nak cari spender. ?
Gituhhh!
Kesimpulannya sebagai suami, cubalah sedaya mungkin untuk menggembirakan hati isteri. Tak perlu yang mahal-mahal sebab isteri pun tahu kemampuan suami. Ada lebih, bagi lebih. Murah rezeki suami apabila ‘memberi’ kepada isteri.
Majlis perkahwinan atau kenduri kahwin sememangnya agak sinonim pada waktu musim cuti sekolah. Pada ketika inilah banyak jemputan yang bakal kita terima terutama dari rakan-rakan dan saudara mara. Sebelum mengadakan majlis, seharusnya kita perlu tahu tentang adab mengadakan majlis perkahwinan. Ini perlu kerana pada zaman sekarang banyak majlis yang diadakan dilihat lari dari garis panduan yang ditetapkan oleh Islam.
Seperti perkongsian Dr Hapiz Kodiang mengapa pentingnya pengantin menjaga adab di majlis hari bersejarah mereka.
Jadilah Pengantin Beradab Pada Hari Perkahwinanmu
Pada musim cuti sekolah ini, akan banyaklah jemputan kenduri kendara diterima. Saya mendoakan semua sahabat dan kerabat yang akan berkahwin, diberkati Allah sehingga ke akhirat.
Dalam kesempatan ini, saya ingin menyampaikan beberapa nasihat kepada tuan rumah dan bakal pengantin:
1. Hendaklah menyantuni semua tetamu yang datang ke kenduri mereka. Senyum dan mohon mereka terutama orang-orang soleh mendoakan kesejahteraan. Jangan sibukkan perhatian kamu dengan jurukamera, rakan-rakan kerja yang mahu berselfie sahaja.
2. Kepada jurugambar, jangan minta pengantin berbuat gaya-gaya lakon yg keterlaluan di atas pelamin atau di meja makanan beradap. Kena belajar jaga perasaan ibu bapa pengantin di sebelah, terpaksa menunggu lakonan manja selesai. Kadang-kadang jurugambar menjarakkan hubungan tetamu dengan pengantin yang menghabiskan masa utk ditangkap gambar.
3. Lagi satu, pastikan jurugambar merakamkan gambar semua pihak yg terlibat menjayakan kenduri kalian. Entah kalian tahu atau tidak bahawa ramai orang bersengkang mata atau pecah keringat berbulan sebelum itu utk kenduri kalian. Gambar-gambar mereka inilah bakal menjadi kenangan terindah utk tatapan satu hari nanti. Ia bukanlah suatu yg boleh diulang semula. Adapun gambar kamu pengantin berdua, boleh lakon semula di studio.
4. Saya perhatikan pengantin zaman sekarang kurang menyantuni tetamu yg datang. Malah mereka tidak peduli pun saudara mara dan kaum kerabat jauh yg datang. Sebelah petang pula, pengantin “lesap” pergi ke tengah sawah, padang bola, pantai utk berfoto lebih sweet. Ini perlu ditegur kerana selagi tetamu masih berkunjung, amat tidak manis, pengantin hilang dari tempat kenduri.
5. Wahai pengantin, kamu adalah tuan rumah yang mesti memuliakan tetamu. Rasul berpesan agar kita memuliakan tetamu. Jangan sibuk dengan juru foto. Selepas kenduri, bawalah juru foto ke mana kalian mahu bergambar.
6. Kepada bapa pengantin, arahkan DJ perlahankan muzik dan lagu supaya tetamu dapat bersembang dgn tenang. Bukan mudah utk bertemu sekali sekala. Lagu yg dipasang atau dinyanyikan itu mohon ambil kira pak imam, tuan guru, dan alim ulama yg hadir. Perlahankan lagu.
7. Oh ya, sebelum terlupa.. Kepada pengantin semua, pada hari perkahwinan kalian, berusahalah untuk mendapatkan doa dan nasihat daripada mereka yang hadir. Itu target yg lebih penting. Maka nasihat saya, jangan rosakkan keberkatan perkahwinan kalian dengan jurugambar dan rakan sekerja sahaja. Pastikan jiwa kalian wujud bersama tetamu yang hadir kerana belum tentu mereka akan bertemu lagi selepas itu.
Semoga Allah memberkati dan menghimpunkan kamu suami isteri dalam kebaikan!
Sumber kredit: FB: Dr Hapiz Kodiang
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Suatu ketika dulu, waktu zaman tiada telefon pintar atau gajet lain, diari menjadi teman paling setia. Pada diari inilah kita menulis apa sahaja aktiviti atau curahan hati yang terlintas ketika itu. Diari seolah-olah menjadi peneman tidur yang paling nyaman sekali.
Siapa sangka, impian sejak kecil yang ditulis dalam diari telah berjaya direalisasikan dan menjadi kenyataan.
Seperti perkongsian lelaki ini Amir Faisal M Khairi terbaca diari isterinya Munazieraa Ab Aziz sehari lepas nikah yang memasang impian untuk tinggal di sebuah rumah banglo di atas bukit yang menghadap tasik.
17 July 2010..
Sehari selepas saya akad nikah, saya terbaca diari zaman kanak2 isteri saya…ditulis masa umur 11 tahun pada 1997..
Diari tu bertulis:
Rumah impian saya…
– bungalow – 3 tingkat – atas bukit – menghadap tasik
saya hanya tersenyum..masa tu, saya masih student, harta saya ada cuma basikal..
saya tutup diari itu..tapi saya tak pernah lupa..
24 Oct 2019…
It tooks me 9 years of hard work..
alhamdulillah..rezeki kami, inilah rumah kami untuk membesarkan anak2..
Jika ditanya saya, apa impian saya..
hanya 1..
iaitu untuk memenuhi impian Munazieraa Ab Aziz
Impian yang ditulis ketika ketika zaman kanak-kanak isterinya itu disempurnakan oleh suami tersayang dengan menghadiahkan sebuah rumah banglo seperti yang digambarkan dalam diarinya.
Rata-rata netizen yang membaca turut gembira dengan perkongsian ini di laman sosial facebooknya. Masing-masing mendoakan pasangan ini akan kekal bahagia till jannah.
Tidak kurang juga yang turut tag nama pasangan masing-masing dan mahukan impian mereka juga terlaksana seperti pasangan ini.
Ketenangan dan ketenteraman jiwa yang diperoleh daripada amalan keagamaan memainkan peranan utama dalam kehidupan. Solat tahajud adalah solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam, iaitu selepas mengerjakan solat Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh.
Namun, waktu paling utama dilaksanakan solat tahajud adalah satu pertiga malam terakhir iaitu bermula jam 3 pagi hingga masuk waktu Subuh.
Dalil disyariatkan solat tahajud ini adalah sebagaimana firman Allah SWT: “Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)
Namun apabila pasangan suami isteri melakukan solat tahajud maka tersedia kelebihan buat mereka.
Ini kelebihan buat suami isteri yang mengamalkan solat tahajud:
1. Dirahmati Allah dan dijadikan keluarga yang penuh kasih sayang
Setiap suami isteri pasti ingin keluarganya sakinah mawaddah wa rahmah. Sakinah itu ketenangan.
Keluarga yang sakinah membuatkan seorang suami yang ketika di luar rumah penat kerana pekerjaan atau lelah kerana berdakwah, ia menjadi tenang apabila masuk ke dalam rumah dan bertemu dengan isterinya.
Mawaddah itu ertinya cinta kerana pertimbangan fizikal. Dek kerana merasa isterinya cantik dan suaminya tampan, hasrat cinta pun menyatukan keduanya.
Dari mawaddah inilah suami isteri saling memenuhi keperluan biologisnya dan mengubah syahwat menjadi pahala. Mawaddah umumnya khusus pada usia perkahwinan dalam usia muda. Apabila usia semakin bertambah, mawaddah bukan lagi keutamaan.
Lalu mengapa suami isteri tetap harmonis meskipun tidur saling memunggungi? Itulah rahmah. Cinta dan kasih sayang bukan kerana pertimbangan fizikal sama sekali. ia disebabkan akhlak, karektor dan kerana cinta itu sendiri.
Untuk suami isteri yang saling membangunkan dan menunaikan solat tahajud, Allah memberikan rahmatNya. Rahmat yang salah satu bentuknya menjadi rahmah dalam rumah tangga.
“Semoga Allah merahmati seorang lelaki yang bangun di waktu malam lalu solat dan ia pun membangunkan isterinya lalu sang isteri juga solat. Bila isteri tidak mahu bangun, ia percikkan air ke wajahnya. Semoga Allah juga merahmati seorang perempuan yang bangun di waktu malam lalu ia solat dan ia pun membangunkan suaminya. Bila suami enggan untuk bangun, ia pun memercikkan air ke wajahnya.” (HR. An Nasa’i. Hadits senada juga diriwayatkan Abu Dawud dan Tirmidzi)
2. Dicatat sebagai orang-orang yang selalu mengingat Allah
Alangkah bahagianya jika Allah memasukkan seorang hamba dalam kategori selalu mengingatNya. Sebab Allah menjanjikan, siapa yang mengingatNya maka Allah akan mengingat orang tersebut.
Saat ada masalah, ditolong oleh Allah. Saat memerlukan sesuatu, dibantu oleh Allah. Saat dizalimi, dibela oleh Allah.
Suami isteri yang saling membangunkan untuk solat tahajud meskipun hanya dua rakaat, mereka berdua mendapatkan keistimewaan ini.
“Jika seorang lelaki membangunkan isterinya di waktu malam lalu keduanya solat, atau solat dua rakaat bersama, maka keduanya ditulis dalam kelompok orang-orang yang selalu mengingati Allah”(HR. Abu Daud, An Nasa’i dan Thabrani).
Dengan keistimewaan seperti ini, tidakkah kita mahu berusaha membiasakannya?
Sumber: webmuslimah.com via III
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Selain melakukan perubatan moden untuk menyembuhkan sesuatu penyakit, terdapat juga pelbagai kaedah yang diamalkan sebagai alternatif dan ikhtiar untuk merawat penyakit.Antaranya adalah dengan perawatan...