Wanita khususnya para isteri adakalanya tersepit di satu persimpangan. Ia satu dilema melibatkan alam pekerjaan atau memilih duduk di rumah menjaga anak-anak.
Ada isteri yang kerjayanya sangat stabil dan melibatkan bidang profesional. Tapi masa yang sama, kesibukan kerja membuatkan kita tidak mampu memberikan seratus peratus perhatian menjaga anak kecil.

Masa yang sama, permintaan dari suami yang menyakinkan kita untuk berhenti kerja di mana mereka berjanji akan menanggung segala keperluan rumahtangga termasuk memberi kita duit poket antara sebab isteri semakin sukar membuat pilihan.

Sebenarnya sebelum berhenti kerja, banyak yang isteri fikirkan. Antaranya harapan keluarga yang ingin lihat anaknya berjaya dan memegang duit sendiri. Mampu berikan ibu bapa duit titik peluh bekerja tapi dalam masa yang sama semakin tersepit kerana suami beriya minta kita berhenti dan menguruskan anak sepenuh masa.

Namun sebelum membuat keputusan, khususnya bagi pasangan baru berumahtangga, fikir dengan sebaik-baiknya dan kena tahu dari sudut kemampuan kewangan suami untuk menanggung keluarga sepenuhnya.

Ini kerana keindahan itu tidak selalunya manis kerana ada kalanya terselit kepahitan yang membuatkan penyesalan timbul dari tindakan yang diambil.

Ads

Dikongsi dari Tik Tok @amniasri wanita yang pernah mengalas kerjaya dalam bidang chemical engineering dan kini berniaga berkongsi kisahnya yang boleh kita jadikan sedikit panduan buat isteri yang tersepit dengan keputusan ini.

Katanya, keputusan berhenti kerja dilakukannya beberapa tahun lalu antara keputusan paling sukar pernah dirinya buat selain hampir menyesal.

Ini kerana kerjaya dalam bidang oil & gas adalah impiannya sejak dulu. 7 tahun berkecimpung dalam bidang chemical engineering.

Ads

“Tapi demi sebuah cinta, aku korbankan segalanya. Meninggalkan minat, rakan seperjuangan serta kerjaya impian demi cinta seorang lelaki tidaklah semudah disangka. Semakin lama, aku semakin tiada nilai di mata orang sekeliling termasuklah suami aku sendiri.

“Menangis, meratap, menyesal pun tak guna. Dihina, diumpat, dicaci sebagai “perempuan tiada hasil”.

“Oleh itu, hari ini aku bangkit berjuang. Walau pun bukan lagi sebagai process safety engineer yang disegani, dapat jadi tok toker yang disayangi jadilah,” katanya.

Ads

Dalam komen bersama pengikutnya, Amni mengakui dia memilih anak-anak yang masih kecil ketika itu tetapi keputusan itu ada pro dan kontranya. Bahkan ada yang memaklumkan mereka juga pernah melalui dilema sebegini. Ada yang meninggalkan kerjaya sebagai pensyarah serta jawatan profesional lain demi anak-anak.

Bahkan ada yang mengakui selepas mengambil keputusan besar itu, dua tahun tidak bercakap dengan ibu sendiri yang ternyata agak berkecil hati dengan keputusan berhenti kerja tersebut.

Ya, inilah dilema terbesar para isteri kerana sesetengahnya bekerja untuk membantu ekonomi suami sendiri. Dan jangan lupa, dalam alam rumahtangga juga ada ujiannya. Cinta itu ada kalau hati tengah sayang dan ketika badai melanda, nilai seorang isteri sangat kecil di mata suami. Apa pun semoga setiap keputusan dibuat khususnya yang ingin berhenti walau ada kerjaya stabil, semoga ada ganjaran dari Allah.

https://www.tiktok.com/@amniasri/video/7016350172863122714?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id6973624686812366338

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI