Suatu hari Khalifah Umar bin Khattab melihat seorang pemuda berjalan seperti orang sakit. Lalu, Umar pun bertanya kepada lelaki itu, “Apakah engkau sedang sakit?” Pemuda itu menjawab, “Tidak.” Mendengar jawapan itu, Umar mengangkat cemetinya dan memukul pemuda itu. Ia lalu memerintahkan anak muda itu untuk berjalan dengan tegap.
Dalam sebuah hadis dari Anas bin Malik dikisahkan, Rasulullah s.a.w telah memberi contoh berjalan yang baik. “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w berjalan dengan tegap.” (Riwayat Muslim). Ketika berjalan, Nabi Muhammad s.a.w mengangkat kedua kakinya tinggi-tinggi kerana baginda berjalan dengan tegap.
Disebabkan tegapnya, Nabi s.a.w seakan-akan berjalan dengan tertumpu pada pangkal telapak kakinya. Rasulullah s.a.w berjalan dengan tegap, tidak longlai dan tidak berjalan seperti orang sakit atau perempuan. Kemampuan berjalan merupakan kurniaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada hamba-Nya.
Kisah di atas menggambarkan bahawa Islam pun mengatur tata cara atau adab berjalan yang baik. Setiap Muslim apabila sedang berjalan haruslah menjaga dan menepati adab berjalan.
1. Seorang Muslim hendaklah berniat benar ketika hendak berjalan. Niatkan berjalan itu untuk tujuan yang baik, sebagai ibadah dan mengharapkan reda dari Allah SWT. “Apabila berjalan ke masjid, niatkan untuk beribadah kepada Allah. Jika berjalan untuk bekerja, niatkan untuk mencari rezeki yang baik dan halal untuk keluarga.
2.Sekiranya anda berjalan untuk sesuatu yang haram. Sesungguhnya, kedua kaki ini akan memberi kesaksian dan berbicara pada hari kiamat. Untuk itu, hendaklah menghindarkan diri dari berjalan untuk sesuatu yang dilarang oleh agama. Sebab, setiap hayunan langkah kita itu akan berbuahkan dosa.
3.bersikap tawaduk dan tidak sombong. Allah SWT telah berfirman dalam al-Quran, :
“Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, kerana sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung.” Surah Al Israa ayat 37
“… Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri.” Dalam surah Lukman ayat 18.
4. Hendaklah seseorang itu berjalan dengan langkah yang biasa, tidak terlalu lambat dan tidak terlalu cepat.
5. Tidak menoleh ke belakang. Menoleh ke belakang saat berjalan akan membuatkan anda tergelincir dan berlanggar.
6. Tidak berpura-pura lemah ketika berjalan. Berpura-pura lemah ketika berjalan dengan maksud untuk dilihat orang lain adalah dilarang dalam Islam. Selain itu juga tidak boleh berpura-pura sakit ketika berjalan, kerana boleh mengundang kemarahan Allah SWT.
7. Berjalan dengan kuat. Setiap Muslim harus berjalan dengan tegap seperti yang dicontohkan oleh Nabi s.a.w. Menurut Syekh Sayyid Nada, cara berjalan seperti Rasulullah s.a.w ini lebih hampir dengan roh Islam. “Mukmin yang kuat lebih dicintai Allah SWT berbanding mukmin yang lemah,” tuturnya.
8. Hindari gaya jalan yang dicela. Contoh berjalan dengan sombong dan takabur, berjalan dengan gelisah dan gementar; berjalan dengan longlai seperti orang sakit; berjalan meniru lawan jenis; berjalan terburu-buru dan terlalu cepat; serta berjalan seakan-akan melompat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Masuk waktu tengah hari mata mulalah mengantuk tapi kebiasaannya kita tak melayan perasaan ini kerana perut mahu diisi juga pada waktu ini.
Tapi sebenarnya sangatlah elok kalau kita tidur sebentar sebelum masuk waktu Zohor atau pun dipanggil qailullah. Tak perlu lama antara 10-30 minit saja. Waktu rehat ini banyak manfaatnya malah dinyatakan dalam al-Quran sendiri.
Sabda Rasulullah SAW:
Riwayat ai-Tabrani:
“Lakukanlah Qailullah kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailullah.”
Hadis juga ada menyebut:
“Syaitan tidak melakukan Qailullah, oleh itu orang-orang mukmin yang melakukan Qailullah atau tidur sejenak sebelum Zohor selama 10 hingga 40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.”
Kebaikan Qailullah
1. Satu minit Qailullah bersamaan 45 minit waktu tidur malam
Qailulah (القيلولة) bermaksud tidur sebentar pada pertengahan siang hari selama 10 hingga 30 minit sebelum masuknya waktu solat Zohor. 1 minit Qailullah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur pada waktu malam.
2. Memudahkan untuk bangun malam
Qailullah pada waktu tengah hari memudahkan untuk bangun malam dan berqiamulail. Tidur sebentar ini bukan sahaja dapat memperbetulkan kualiti tidur seseorang malah ia memberi kesegaran yang sama seperti sebelum tidur malam, pada tahap neuro-kognitif.
3. Rehat selama enam hingga lapan jam
Menurut kajian, setelah berjaga selama 6 hingga 8 jam, manusia perlu berehat. Kebiasaannya sebagai umat Islam akan bangun seawal jam 5.30 pagi untuk solat Subuh. Jika dikira dari waktu Subuh hingga jam 12 tengah hari, ia sudah cukup 7 hingga 8 jam kita berjaga. Jadi, Qailullah amat sesuai dengan fitrah tubuh manusia.
4. Lebih cergas selepas bangun tidur
Menurut pengamal Qailullah, selepas bangun dari Qailullah, mungkin akan terasa pening sedikit selama 5 hingga 20 minit. Namun selepas itu, berlaku perubahan mendadak dari segi emosi, kecerdasan dan fokus.
Walau bagaimanapun ada waktu-waktu yang dilarang untuk tidur iaitu Hailulah dan Ailulah. Hailulah adalah tidur sehabis solah Subuh. Tidur selepas Subuh dilarang kerana ia boleh menyekat rezeki yang Allah turunkan pada pagi hari.
Ailulah pula tidur selepas melaksanakan solat Asar. Waktu ini dilarang kerana ia ‘menghadirkan’ pelbagai jenis penyakit seperti gila, sesak nafas, gelisah dan murung.
Oleh itu bagi mengekalkan kesegaran sepanjang hari, amalkan Qailullah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Setiap hari kita ada 24 jam dan dari 24 jam itu biasanya sekurang-kurangnya 6 jam akan dihabiskan untuk tidur. Setelah penat bekerja seharian, mesti badan pun perlukan rehat.
Tapi tahukah anda bahawa anda boleh dapat pahala ketika tidur?
Caranya mudah saja, iaitu dengan berwuduk!
Tanpa wuduk, anda hanya akan baring dan tidur mengikut rutin harian anda. Walau bagaimanapun apabila anda berwuduk sebelum baring untuk tidur, in shaa Allah anda akan mendapat pahala dengan sangat mudah.
Rasulullah SAW bersabda;
“Bersihkanlah badan-badan ini, dan Allah akan menyucikan kamu. Tak ada seorang hamba yang menghabiskan malamnya dalam keadaan suci kecuali malaikat menghabiskan malam itu bersamanya. Dan apabila hamba itu berpusing di waktu malam, malaikat itu berkata: “Ya Allah, ampunkan hambaMu, kerana dia tidur dalam keadaan bersuci.” (HR Tabarani, al-Mu`jam al-Kabir)
Hadis ini merupakan satu peringatan yang mudah tapi berkuasa. Ia menunjukkan bagaimana Allah SWT memberikan kita pelbagai peluang dan cara untuk mendapat pahala dan keampunan.
Ramai di antara kita yang minta orang lain doakan kita di saat kesusahan, tapi sayangnya kita tidak ambil peluang untuk malaikat mendoakan kita setiap malam ketika kita tidur.
Marilah kita hidupkan semula Sunnah yang semakin dilupakan ini. Jadikan ia sebahagian daripada rutin harian kita dan jadikan masa rehat kita sebagai masa malaikat mendoakan kita dengan izinNya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha’r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut dengan warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim, no. 2102: Ubahlah warna uban ini akan tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya).
Warna hitam hanya diharuskan bagi mereka yang menghadapi penyakit beruban walaupun masih terlalu muda dan untuk muslihat perang. Namun mewarnakan rambut adalah makruh bagi golongan muda yang tidak bermasalah.
Baru-baru ini bekas kelahiran program realiti Akademi Fantasia 6, Nubhan Ahamad telah mewarnakan rambutnya. Namun tindakannya itu telah ditegur oleh ibunya. Rentetan daripada itu, Nubhan tertanya-tanya hukum sebenar mewarnakan rambut walaupun pewarna yang digunakan disahkan halal penggunaannya.
HARI2 MAK DEN BEBEL… mmg x nampak sgt kalernya…sbb sya buat light2 je…tetap kantoi kat mak sya ? ada yg kata haram ada yg kata halal…confuse den…tolonglah ustaz2 bg pencerahan…????
https://www.instagram.com/p/Bo80fiNgSBK/?utm_source=ig_web_copy_link
Sejurus lps 5 minit sya up video minta pencerah…ustaz @pu_azman terus respon…tq ustz bg pencerahan…skrang rambut sey dah kontot…yg ponting mak den tak memotir ?
https://www.instagram.com/p/BpBjLSlgTJ4/?utm_source=ig_web_copy_link
Berikut hukum mewarnakan rambut:
1.Sunat
Mewarna rambut kerana uban dengan apa-apa warna selain dari warna hitam.
2. Harus
(a) Mewarna rambut dengan warna hitam untuk tujuan jihad.
(b Mewarna rambut bagi isteri dengan warna hitam untuk tujuan berhias bagi suami.
3. Makruh
(a) Mewarna rambut supaya kelihatan seperti orang soleh.
(b) Memutihkan rambut dengan apa juga bahan bagi tujuan untuk kelihatan tua atau mendapat kedudukan dalam masyarakat, atau diterima percakapannya.
4. Haram
(a) Mewarna rambut dengan warna hitam kecuali sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 2(a) dan (b) Mewarnakan rambut sehingga menyerupai (tasyabbuh) orang bukan Islam.
Kesimpulannya kalau kita rasa was-was, eloklah kalau kita tak payah buat.
Sumber kredit: @nubhan.ahamad dan Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI