Mungkin tiada dalam fikirannya bahawa namanya akan dijulang seperti hari ini. Namun inilah takdir Allah buatnya kerana mempunyai sekeping hati yang tulus ikhlas membantu orang di dalam kesusahan, Allah “angkat” namanya hingga dikenali ramai.
Sebagai manusia, kita dituntut membuat kebaikan semasa hidup bahkan Allah SWT memberikan pilihan dalam kehidupan kita seperti disebut dalam surah Al-Syura ayat 20.
Maksudnya: “Sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) mendapat faedah di akhirat, Kami akan memberinya mendapat tambahan pada faedah yang dikehendakinya; dan sesiapa yang menghendaki (dengan amal usahanya) kebaikan di dunia semata-mata, Kami beri kepadanya dari kebaikan dunia itu (sekadar yang Kami tentukan), dan ia tidak akan beroleh sesuatu bahagian pun di akhirat kelak.” Surah al-Syura (20).
Ads
Kerana punya hati yang cukup ikhlas, berbekalkan RM50, Viva milik kakaknya dan sebuah bot, Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar dijulang sebagai hero kerana di mana ada mangsa banjir, di situ ada kelibat dirinya.
Ads
Ramai ingin memberinya hadiah termasuk kereta lebih mahal dari vivanya namun semuanya ditolak dengan baik kerana takut maintenance tidak mampu dibayar, sekaligus membuktikan dirinya “masih berpijak di bumi nyata” sebagaimana dirinya sebelum dikenali ramai.
Dek kerana ketulusan hatinya, berkat menjaga anak-anak kakaknya yang sudah meninggal, doa ibu bapa yang sentiasa ada untuknya serta doa dari orang ramai, Abang Viva telah dianugerahkan Adiwira Prihatin Musibah oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dua hari lalu.
Ads
Dikongsi di akaun Tik tok offcialnya @abangvivaofficial, Azwan Omar menulis “Allhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua saya telah menerima sijil pnghrgaan ADIWIRA PRIHATIN MUSIBAH.
Videonya menerima sijil penganugerahan dari Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed telah dilihat oleh 1.3 juta orang dan semuanya mengucapkan syukur di atas penganugerahan itu pada Selasa lalu ketika kunjungannya ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang.
Terima kasih abang Viva, semoga setiap perbuatan dan amalannya dipandang penghuni langit yang akan sentiasa mendoakannya.
Kebiasaannya ramai yang membaca surah Yaasin pada hari Khamis malam Jumaat untuk memohon keberkatan.
Tetapi dalam masa Perintah Kawala Pergerakan, kita sangat digalakkan untuk membacanya setiap masa bagi memohon kepada Allah melindungi negara kita.
Dan bagi mengisi masa terluang sepanjang PKP ini, beberapa rakan artis turut menganjurkan #ngajichallenge di rumah masing-masing secara di alam maya.
Cabaran ini telah disahut untuk dua pelakon wanita yang cantik, Uyaina Arshad dan juga Mira Filzah. Mereka dilihat mengaji secara online dan memberi cabaran kepada rakan lain untuk membacanya juga.
Cabaran ini disambut baik oleh rakan yang telah ditag nama di laman sosial masing-masing. Malah netizen turut boleh mendengar suara mereka mengaji surah Yaasin ini.
Bagi kedua-dua arts ini, Uyaina terlebih dahulu mengaji dan kemudian meletakkan nama Mira Filzah untuk meneruskan bacaan.
Ternyata sikap mereka berdua ini amat dipuji warganet. Mereka dilihat membuat amal ibadah tanpa menganggu urusan orang lain. Malah rata-rata warganet memuji kesedapan suara kedua-duanya.
Thank you Kak @lizaali27 for initiating this beautiful challenge. Ni Yana sambung surah Yassin ayat 11-20 ✨ Dan Yana challenge @mfmirafilzah untuk sambung ayat 21-30 pulak
Selain Netflix & TikTok, korang jangan lupa baca Quran & terjemahannya jugak okay? Stay safe, everyone!
Suatu ketika dahulu, taraf pendidikan antara pasangan suami isteri pernah menjadi isu hangat di kalangan masyarakat. Sebahagian gadis yang mempunyai ijazah merasakan pasangan mereka juga harus sama taraf, tidak sekufu dengan mereka yang hanya ada sijil SPM. Malah isu wang hantaran juga menjadi perdebatan khususnya bila mana gadis disukai itu mempunyai ijazah sarjana muda, ijazah sarjana mahu pun Doktor Falsafah (PhD) kerana ia dinilai dari segi taraf pendidikan gadis tersebut.
Lebih memburukkan keadaan, ada segelintir ibu bapa yang menolak calon dibawa anak mereka kerana dikatakan tidak sekufu dari segi pendidikan selain gusarkan adakah dengan pekerjaan tersebut mampu menyara keluarga tanpa yakin rezeki datang dari Allah. Jika Allah sudah mengatur dan berkehendak, setiap makhluk itu ada rezekinya tanpa kita perlu rasa risau.
Di aplikasi Tik Tok, perkongsian seorang isteri @fiza.abdulrahim mengenai betapa dirinya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang sangat baik, penyayang dan sangat rajin di sebalik kerjaya hanya sebagai seorang posmen.
Dari perkongsiannya, Fiza menjelaskan suaminya pernah meminta maaf kerana mereka tidak sekufu dari segi taraf pendidikan di mana suaminya hanya seorang posmen sedangkan dia memiliki ijazah. Bagaimana pun, Fiza melahirkan rasa syukurnya dan tidak memandang “perbezaan” tersebut kerana suaminya sangat rajin bekerja membuatkan dia sangat bertuah dan menyayangi suaminya sepenuh jiwa dan raga.
Sikap ambil berat dan sentiasa meletakkan keluarga dalam keutamaan sudah mencukup buat dirinya. Bahkan jelas Fiza, keluarganya turut menerima suaminya dengan baik dan menganggap seperti anak sendiri.
Di sebalik kerjaya sebagai posmen yang gaji permulaan sekitar RM1300 dengan sekurang-kurangnya lulus Bahasa Melayu dalam SPM atau lulus dalam PMR (sumber jobcari.com), Fiza dalam perkongsiannya memaklumkan suaminya ada melakukan kerja sambilan lain seperti menjadi penghantar makanan, menjadi makenik selain ada menternak kambing dan semua itu sudah cukup buat dirinya. Malah mereka juga sudah empat tahun berumahtangga dan sangat bahagia.
Benarlah kata orang, bahagia itu kita yang cipta dan ia bukan boleh dicari atau ada dijual di tepi jalan. Tak kisahlah dari segi taraf pendidikan kerana semua manusia itu sama di sisi Allah taala. Moga pasangan ini kekal bahagia hingga Jannah. Sumber : Tik Tok @fiza.abdulrahim
Terkurung di sebalik tirai besi dan terpisah daripada dunia luar, namun hati mereka tetap celik dengan nur al-Quran.
Demikian semangat mengagumkan yang ditonjolkan kira-kira 13,464 banduan yang ditempatkan di seluruh penjara Maghribi apabila berjaya bergelar hafiz atau penghafaz al-Quran.
Menurut portal berita Hidayatullah, semua itu hasil bimbingan agama dan program hafazan al-Quran yang disediakan di penjara-penjara berkenaan.
“Lebih 67,000 banduan menyertai program berbentuk tilawah dan syarahan anjuran penjara Maghribi dengan kerjasama Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Islam Maghribi dan lebih 13,000 banduan bergelar hafiz,” katanya sebagaimana dipetik menerusi laman web Hidayatullah.com yang memetik laporan portal hespress.com baru-baru ini.
Melihat sambutan menggalakkan itu, lapor portal berita tersebut, pihak berkuasa penjara Maghribi merancang untuk meneruskan kerjasama dengan kementerian berkenaan dalam program itu.
“Kami berjanji untuk meneruskan usaha mempromosikan bimbingan Islam di semua penjara Maghribi,” katanya
Untuk rekod, Islam merupakan agama majoriti di Maghribi dengan kira-kira 99 peratus populasi penduduknya menganut agama suci itu.
Lapor portal Hidayatullah, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pada Mei lalu menamakan Maghribi sebagai salah satu negara terbaik di dunia dari segi hafalan al-Quran.