Subhanallah! Pemuda ini meninggal dunia saat melaungkan azan kedua solat Jumaat! Apakah amalannya sehingga ramai alim ulama mendoakannya?
Disebutkan dalam hadis yang dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan lainnya[1], bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
إذا أراد الله بعبد خيرا استعمله قيل : ما يستعمله ؟ قال : يفتح له عملا صالحا بين يدي موته حتى يرضي عليه من حوله
“Apabila Allah menginginkan kebaikan kepada seorang hamba, Allah jadikan ia beramal.” Lalu para sahabat bertanya, “Apa yang dimaksud dijadikan dia beramal?” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Dibukakan untuknya amalan shalih sebelum meninggalnya sehingga orang-orang yang berada di sekitarnya ridha kepadanya.”
Baru pulang dari menziarahi jenazah Sdra Amirul Najmie Asrul Leonard. Siswa sem 5 Diploma Pengajian Islam Pengkhususan Dakwah dan Pengurusan.
Budaknya sangat baik. Kerap juga datang ke bilik saya untuk bertanya perihal pengajiannya. Sering bertugas sebagai bilal pelatih di Masjid KUIPSAS. Kebanyakan pensyarah dan ahli jemaah Masjid KUIPSAS mengenali beliau. Perginya dalam keadaan yang sangat mulia, dalam bulan Ramadan yang mulia, pada hari Jumaat yang mulia di tempat yang mulia iaitu Masjid Sungai Panching Selatan selepas tidak sedarkan diri ketika sedang mengalunkan azan kedua Solat Jumaat tadi.
CORETAN RAKAN KARIB
Melalui coretan seorang pemuda menerusi akaun Facebook dikenali sebagai Muhammad Izzan, pemuda ini berkongsi mengenai sahabatnya yang meninggal dunia ketika melaungkan azan.
Ads
“Selamat pulang wahai teman. Rehatlah, sungguh kami cemburu dengan cara ALLAH mengambilmu”
Saya rasa tidak perlu saya perkenalkan siapa adinda Amirul ini pada saya. Ramai orang tahu yang dia kawan rapat saya.
Gambar kami yang beratus-ratus keping, selalu menjadi teman lepak saya, teman bercerita saya, kalau Ramadhan biasanya dia akan teman saya ke masjid-masjid tempat saya bertugas imam Tarawih.
Amirul yang saya kenali,
Dia seorang yang sangat meminati bacaan Al-Quran saya, sehinggakan bila saya mengaji dalam kereta pun, dia pasti akan rakam.
Dia seorang yang banyak membantu orang.
Dia seorang yang ceria. Mudah didekati.
Ads
Dia seorang yang sentiasa gigih dalam apa yang dia lakukan. Saya teringat dia selalu minta saya ajar cara mengeluarkan suara yang betul ketika azan. Sehingga dapat, dia usahakan.
Semalam hari yang saya rasa seolah mimpi.
Amirul, kau telah pergi selamanya. Bertemu Allah dalam keadaan kau sedang mengalunkan azan Jumaat. Jemaah melihat hal ini. Menjadi saksi mulianya kau menghadap Sang Pencipta.
Gelak tawa, susah senang dan memoriku bersama kau Mirul, tak kan sesekali dilupakan.
Aku yakin kau juga senang bersama aku. Allah pinjamkan 3 tahun untuk kita saling mengenali. Moga kita tergolong dalam apa yang dijanjikan Allah menerusi sebuah hadis,
إن الله يقول يوم القيامة : أين المتحابون بجلالي؟ اليوم أظلهم في ظلي يوم لا ظلَّ إلا ظلِّي.
Nabi saw berkata, sesungguhnya Allah akan berkata di hari akhirat kelak : Di mana mereka yang saling berkasih kerana keagunganKu? Hari ini Aku naungi mereka dengan naunganKu. Dan hari ini tidak ada naungan melainkan naunganKu sahaja.
Ads
Banyak lagi kalau saya hendak tulis tentang Amirul. Namun linangan air mata lebih pantas dari jari yang mencatit.
BERIKUT KOMEN-KOMEN DARIPADA RAKAN-RAKAN DAN NETIZEN YANG NYATA ‘CEMBURU’ DENGAN PEMERGIAN ALLAHYARHAM AMIRUL NAJMIE ASRUL LEONARD DI BULAN YANG MULIA INI.
Semoga roh Almarhum dirahmati Allah swt dan ditempatkan dalam kalangan para solihin.
Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan kehadiran cahaya mata sebagai penyeri rumah tangga yang dibina. Kehadiran zuriat tentu akan menambah bibit bahagia buat pasangan suami isteri dalam melayan telatah dan ragam mereka.
Namun, tidak semua pasangan bernasib baik dalam melayari bahtera rumah tangga untuk memiliki zuriat mereka sendiri. Walaupun berat untuk menerima ketentuan ini, setiap yang berlaku sudah ditetapkan Allah SWT. Sebagai manusia kita perlulah berusaha dan sentiasa bersangka baik denganNya.
ANAK ITU REZEKI
Anak itu rezeki. Dalam rezeki yang Allah berikan ini, kita juga diberikan ujian sebagai pemegang amanah. Jadi mereka yang dapat rezeki anak juga perlu bersedia dengan ujianNya.
Untuk kita yang belum ada anak mungkin itu yang terbaik untuk kita pada masa ini. Mungkin kita belum mampu diuji dengan cabaran ada anak ini.
Setiap orang lain ujiannya. Masing-masing diuji berdasarkan tahap iman dan amalnya. Allah tahu sejauh mana hati kita dapat menahan sabar dan tabahnya kita menghadap sesuatu ujian.
Oleh itu bagi mereka yang sudah mempunyai zuriat, usahlah menyakiti pasangan yang belum lagi dikurniakan zuriat. Janganlah ‘cederakan’ perasaan pasangan yang Allah belum lagi kurniakan cahaya mata kepada mereka sebaliknya berdoalah agar mereka segera dikurniakan anak yang diidam-idamkan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Ramai yang tidak menyedari membesarkan anak lebih banyak ujiannya. Teruskan positif, hanya Allah yang mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah : 216
Tenangkan hati. Fikir secara positif. Ingat nilai akhirat lebih dari nilai dunia.
Akhir sekali, ada anak dan tiada anak adalah ketentuan Allah. Mengapa kita mahu mempertikaikan ketentuan jika kita beriman pada Qada dan Qadar.
Sumber kredit: FB: Dr.Zabidi
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Siapa yang tidak kenal Ayana Jihye Moon. Gadis ini adalah satu-satunya yang beragama Islam di dalam keluarganya. Ayana tetap dengan pendiriannya untuk memeluk Islam dan mengenakan tudung. Di Korea, penduduk yang beragama Islam sangat sedikit. Hanya satu peratus penduduk yang beragama Islam daripada 50 juta penduduk.
Ayana memeluk agama Islam pada 2012. Untuk lebih mendalami ajaran agama Islam, Ayana pun rela untuk hijrah ke Malaysia untuk melanjutkan pengajian di Universiti Islam Antarabangsa (UIA).
Baru-baru ini melalui laman Instagramnya, Ayana berkongsi berita gembira. Ia bermaksud Ayana memiliki dua orang ahli keluarganya yang memeluk Islam, selepas adik perempuannya yang baru saja menjadi mualaf pada tahun lepas, adik lelakinya pula memeluk Islam.
Hal tersebut dikongsikan Ayana menerusi Instagram peribadinya pada hari Isnin (11/3/2019).
Tulisnya: “Lihat, di mana nama saya? Saya sangat berbangga kerana menjadi saksi untuk adik lelaki saya hari ini. Alhamdulillah, Allahu Akbar?
Hebatnya cara dididikan ibu ini. Enam orang anaknya berjaya bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran. Nor Latifah Abdul Rahman, 50 dari Telok Kalong, Kemaman berkata selain menjadikan al-Quran amalan harian, pemakanan anak-anaknya juga sentiasa dijaga rapi.
JAGA PEMAKANAN ANAK-ANAK
“Saya akan pastikan anak-anak saya minum susu kambing dan makan kurma. Badam juga baik untuk daya ingatan anak-anak. Saya juga akan pastikan mereka makan makanan yang saya dimasak. Kalau pergi mana-mana memang saya bawa bekal dari rumah.
Selain menjaga pemakanan anak-anaknya, Nor Latifah juga memperdengarkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran kepada anak-anaknya sejak dari dalam kandungan. Wanita ini cukup bertuah kerana enam daripada lapan orang anaknya bergelar hafiz 30 juzuk al-Quran.
Pada majlis bersempena Haflah Takrimi Akademi Al-Quran Amalillah kali pertama di Taman Tamadun Islam (TTI), anaknya Engku Sofiah Engku Saharuumnizam, 14 telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang. Engku Sofiah telah berjaya menguasai 30 juzuk al-Quran dalam tempoh lima bulan 10 hari di Akademi Al-Quran Amalillah (AKMAL) yang beroperasi di Bukit Payong, Marang.
TAK KISAH BERBELANJA BESAR UNTUK PENDIDIKAN ANAK-ANAK
Selain Engku Sofiah, lima lagi anaknya yang telah berjaya menyempurnakan hafalan 30 juzuk al-Quran ialah Solehah Radhiah 25, Engku Mahmud Nasri 23, Engku Muhammad Luthfi 20, Engku Ahmad Syafiq 17, dan Engku Daud Shauqi 12.
“Disebabkan memilih hantar anak-anak ke pusat pengajian swasta, secara kasar belanja sekolah ke lima-lima mereka dalam RM3,000 setiap sebulan.
“Suami saya tidak kisah anak-anak nak ambil jurusan apa sekalipun, asalkan ayat-ayat al-Quran tersemat di dada.”
Menurut Latifah dia dan suami yang merupakan seorang pesara, Engku Saharuumnizam Engku Abdul Aziz 57, tidak kisah berbelanja besar demi untuk pendidikan anak-anak.
KASHOORGA: Moga tip yang dikongsikan bermanfaat kepada ibu bapa bagi melahirkan generasi yang cemerlang.
Sumber kredit: Sinar Harian VIDEO:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Solat jenazah ibu bapa, anak lebih afdal jadi imam...Hati mana yang tak tersentuh bila mana melihat anak yang kematian ibu bapa mengambil tanggungjawab menyempurnakan...