‘Biar macam makcik, asal aurat terjaga.’ Mia Ahmad kuatkan hati, berpakaian kerana Allah. Benarlah berubah ke arah kebaikan bukanlah sesuatu yang mudah.
Apatah lagi dirinya merupakan seorang selebriti pasti setiap apa yang dilakukan mendapat perhatian ramai.
Tidak dinafikan bertudung labuh, antara salah satu cara menutup aurat dengan sempurna. Pun begitu, ada yang memandang sinis dan melabelkan imej sedemikian tidak moden.
Itulah situasi yang dialami pelakon Mia Ahmad apabila dirinya mengambil keputusan untuk berubah.
“Bila orang cakap tudung labuh macam mak cik dan tak moden, ini jawapan saya. ‘Maaf, saya berpakaian kerana Allah.’
“Ada juga yang cakap saya tidak akan istiqamah, malah ada yang kata, suami saya tidak akan sokong.
‘Pun begitu, saya kuatkan hati kerana saya tahu, saya buat benda yang betul. Semuanya kerana ALLAH, ” ujar Mia lagi.
Ads
Asal Aurat Terjaga
Malah, jelas ibu kepada dua orang cahaya mata ini, alasan utama yang membuatkan dia mengubah cara berpakaian adalah untuk menjadi yang lebih baik, bukan untuk nampak baik.
“Alhamdulillah banyak benda yang baik-baik datang sepanjang penghijrahan ini. Semoga Allah terus menjaga niat hati saya dan kita semua.
“Semoga Allah memberi hidayah buat kita semua. Hidayah yang berpanjangan. Amin,” ungkapnya.
Mia Ahmad Kuatkan Hati
Luahan hati pelakon drama Hati Perempuan itu dimuat naik menerusi perkongsiannya di laman Instagramnya.
Turut disertakan satu rakaman video yang memaparkan gambar Mia Ahmad berpakaian sopan dengan bertudung labuh.
Untuk rekod, Mia mendirikan rumah tangga bersama penjaga gol pasukan bola sepak JDT, Mohd Izham Tarmizi.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata dan kini sedang menanti kehadiran zuriat yang ketiga.
Berpakaian Kerana Allah
Reaksi warganet terhadap perubahan Mia:
“Biar macam mak cik, asalkan aurat terjaga.”
“Alhamdulillah, kita berubah bukan kerana makhluk, kita berubah kerana Allah SWT. Kita mahu dapat reda ilahi. Semoga Mia terus istiqamah.”
“Sweet apa pakai tudung labuh. Cantik dan sopan.”
“Semoga kita sama-sama istiqamah setelah kita diuji. Tanda Allah sayang buat hamba terpilih.”
Ads
“Tudung labuh lagi cantik dan sopan. Betul, kita berpakaian kerana Allah.”
“Cantik tengok Mia macam ini. Abaikan kata-kata orang, yang menuju akhirat nanti kita. Tiada siapa yang tolong, kalau bukan diri kita sendiri.”
Dahulu, jika ada masalah, kita akan curah perasaan pada orang terdekat seperti suami, isteri, adik beradik, kawan, kaunselor atau sesiapa sahaja, dengan harapan dapat melepaskan tekanan. Hari ini, peranan itu kemudiannya dipermudahkan dengan adanya sosial media.
Nampaknya, kita menggunakan sosial media untuk meluahkan segalanya. Curahan hati itu pula ada yang ditulis secara terus terang dan ada dengan cara memberi simbol atau isyarat tidak langsung.
Namun hakikatnya masalah yang dihadapi sedikitpun tidak berjaya menyelesaikan masalah malahan bertambah buruk kerana curahan hati di sosial media bermakna kita menelanjangi kehidupan kita kepada orang luar yang kita tidak kenal secara dekat dan mereka juga bukan ahlinya.
Lantas bagaimana untuk melepaskan segala apa yang terbuku dalam hati? Kepada siapa wajar dicurahkan?
Kita ikuti penjelasan pendakwah terkenal Indonesia iaitu Habib Ali Zaenal Al Kaff berkaitan curahan hati ini.
Pesan ulama,”Walaupun seorang isteri, jangan pernah menceritakan kisah lama kamu kepada suami kamu. Walaupun kamu seorang suami, jangan perasan untuk kelihatan romantik dengan menceritakan masalah kamu, keburukan kamu, kisah silam kamu yang buruk kepada isteri kamu kerana, tidak ada tempat curahan hati yang lebih baik kecuali Allah SWT,”
Allah Maha Menutupi segala keburukan atau aib kita. Tapi kalau manusia? Manusia punyai banyak kelemahan, apatah lagi mudah tercuit apabila dihasut dan digoda syaitan.
“Pasti di saat dia berasa benci atau marah pada kamu, segala sesuatu tentang keburukan kamu akan disebarkan. Itu lah manusia. Makanya jangan pernah menceritakan apa pun keburukan kamu atau kisah silam kamu kepada orang lain,”
Hakikatnya apa pun juga dosa dari kisah silam kita, Allah pasti akan hapuskannya. Jangankan dosa kecil, dosa besar sekalipun akan dimaafkan, dengan syarat, kita datang kepada Allah dengan hati ikhlas bersama tiga syarat berikut :
Menyesali perbuatan itu
Tidak mengulangi kesilapan atau kesalahan itu
Ada kemahuan kuat untuk tidak mengulanginya lagi dan meninggalkannya terus.
Pada saat itu, maka Allah pasti akan mengabulkan doa kita. Allah SWT pasti akan menerima taubat kita.
Kashoorga : Berbeza keadaanya masyarakat kita hari ini lebih suka curah perasaan dalam sosial media. Elakkan lah daripada mengadu di mana –mana platform sosial media. Mengadu lah kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sudah masuk tahun 2021 namun nampaknya masih ada yang tidak boleh move on dengan ilmu sihir.
Terkini penyanyi Satu Lagi Peluang Andi Bernadee mengakui dirinya disihir oleh individu mengenalinya. Walau tidak menyatakannya siapa tapi Andi akui ketika diubati oleh seorang ustaz, katak kering dijumpai di atas keretanya selain paku keluar dari tekaknya.
“Sejujurnya, saya tak mahu percaya semua ini. Saya cuba kuat, namun tewas juga. Kali ini, saya tak sedar diri ketika dirasuk hingga ustaz datang mengubati.” “Rakan serumah memaklumkan saya meraung dan memekak tak ingat dunia. Ustaz memaklumkan wanita yang dimaksudkan pernah bekerja dengan saya. Cuma, tidak dijelaskan sama ada di kalangan artis atau sebaliknya.” “Ustaz akan datang berubat ke rumah selama tiga hari. Setakat ini, insya-Allah saya semakin okay,” jelasnya (petikan dari Berita Harian).
Dalam perkongsian di instagramnya, Ande Bernadee yang semakin aktif sebagai pelakon menulis:-
“Allhamdulillah, terima kasih awak . Saya tak tahu apa salah saya pada awak. Apapun ini semua ujian Allah..”
Dalam pada itu, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Kedua yang bersidang pada 11 Julai 2011 / 9 Syaaban 1432H telah membincangkan mengenai Hukum Sihir. Mesyuarat telah membuat keputusan seperti berikut :
1. Hukum pengamal sihir adalah kafir.
2. Sekiranya pengamal sihir itu menyebabkan kematian, maka pengamalnya boleh dikenakan hukuman Qisas ( Hukuman Qisas (Bahasa Arab: قصاص) adalah sama seperti hukuman hudud juga, iaitu hukuman yang telah ditentukan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran dan Hadis. Hukuman qisas ialah kesalahan yang dikenakan hukuman balas.
a) Membunuh dibalas dengan bunuh (nyawa dibalas dengan nyawa). b) Melukakan dibalas dengan melukakan. c) Mencederakan dibalas dengan mencederakan.
3. Hukum orang yang mendapatkan khidmat ahli sihir adalah berbeza berdasarkan situasi berikut: Pertama: Sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir, membenar dan mempercayai perkhabarannya dengan berkeyakinan ahli sihir itu dapat mengetahui perkara ghaib, maka orang yang seumpama ini dihukum kafir. Ia dikira kafir kerana: i. Dia telah mensyirikkan Allah dengan ahli sihir tersebut dalam mengetahui perkara ghaib yang asalnya adalah milik Allah sahaja. Firman Allah SWT:
Mafhumnya: “Katakanlah tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib kecuali Allah…” (al-Naml: 65)
ii. Demikian juga disebabkan mempercayai ahli sihir. Baginda SAW bersabda: Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.” (Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim dari Abu Hurairah RA)
Adapun bagi sesiapa yang mendapatkan khidmat ahli sihir dan mempercayai perkhabaran ahli sihir tersebut dalam keadaan dia menyakini bahawa ahli sihir itu tidak mengetahui perkara ghaib. Sebaliknya ahli sihir itu mengambil berita-berita yang dikhabarkan kepadanya daripada jin yang mencuri dengar dari sumber lain atau qarin yang sentiasa mendampingi manusia. Para ulama berbeza pandangan, sebahagian mereka berpandangan orang seperti ini tetap dikira terkeluar dari agama, manakala sebahagian ulama yang lain berpendapat orang seperti ini telah melakukan salah satu dosa daripada dosa-dosa yang besar.
Kedua: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir hanya untuk bertanya, ia dikira telah melakukan dosa besar dan tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 hari sebagai halangan daripada melakukan dosa tersebut. Nabi SAW bersabda.
Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi tukang tilik dan bertanya kepadanya tentang sesuatu perkara, tidak diterima solat yang dilakukannya selama 40 malam.” (Hadith riwayat Muslim dan Ahmad)
Ketiga: Sesiapa yang mendatangi ahli sihir bertujuan membuktikan pembohongan ahli sihir tersebut kepada orang ramai dan mengingkari perbuatannya, maka usaha orang itu dibenarkan dan dia berhak memperolehi pahala. Bahkan perkara ini menjadi wajib bagi sesiapa yang berkemampuan melakukannya kerana ia termasuk melaksanakan kewajipan al-Amr bi al-Ma’ruf wa al-Nahy ‘an al-Mungkar.
4. Orang yang menggunakan khidmat ahli sihir boleh dikenakan hukuman Ta’zir.
5. Pengamal sihir dan orang yang menggunakan khidmat ahli sihir sekiranya tidak bertaubat adalah termasuk dalam golongan ahli neraka.
6. Mempelajari ilmu sihir adalah haram secara mutlak walaupun dengan apa-apa tujuan.
7. Semua pihak adalah diharamkan daripada menyebarkan,
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sesungguhnya kita hamba yang hanya mampu merancang, tetapi Tuhan juga menentukan segalanya.
Kita sudah rancang yang terbaik, tetapi kalau bukan dia jodoh kita, memang kita perlu terimanya dengan hati terbuka. Mungkin ada hikmah yang Allah telah berikan di sebaliknya.
Tetapi janganlah kita berputus asa untuk menadah tangan berdoa kepadaNya agar ditemukan dengan insan yang lebih baik dan mulia.
Paling penting seorang lelaki yang mempunyai ilmu agama terpuji dan dapat membimbing kita hingga ke syurga.
Ramai di antara kita di uji dengan hebat. Ada yang Allah uji, tarikh dah dekat tetapi majlis terpaksa di batalkan di sebabkan perkara-pekara yang tak dapat dielakkan.
Hati mana yang tidak gundah.
Ada majlis semua dah siapkan, barang semua dah beli, tetapi tetap tak dapat dilansungkan.Ada yang kawin kerana terpaksa kerana desakan dari keluarga faktor umur.
Ada yang sempat bertemu dengan ajal sebelum jodoh. Semua kuasa Allah. Kita merancang dengan penuh harapan, susun rapi.
Tapi Apabila Allah berkehendak, maka di hadirkan ujian-ujian yang mampu mengetarkan jiwa.
Tapi ramai di antara kita cepat berubah, terbiar dan membiarkan.
Cukuplah bersedih. Apa guna kita terus larut dalam kesedihan yang tidak membawa apa-apa hasil?
Soal jodoh memang kita perlu mencarinya tetapi ada hal-hal yang harus kita fahami. Cuba fahami dengan baik istilah ‘menunggu’ dan ‘menjemput’. Adakah sama maksudnya?
Contoh mudah. Seorang wanita berkenan kepada seorang lelaki. Dia menyukai lelaki itu dalam diam. Hari demi hari berlalu, dia menunggu sahaja sambil melihat sang lelaki dari kejauhan.
Dia menunggu sambil berkhayal, membayangkan dapat bina hidup yang indah-indah dengan lelaki tersebut. Membayangkan punya anak yang soleh, membayangkan punyai waktu yang sentiasa romantis dengan sang suami kelak.
Menunggu sambil berangan, nak pula baca novel-novel yang lagha. alahai… Akhirnya, pelajarannya entah ke mana. Solat selalu lupa,kucar-kacir, hubungan dengan keluarga tidak mesra.
Kerana apa? Sebab, terlalu banyak berkhayal mengingati lelaki yang dicintai dalam diam. Kesudahannya, lelaki itu berkahwin dengan orang lain, tidak sedikit pun ingin memandang kepada dirinya.
Menunggu pada hal yang sia-sia.
Mana kalau menjemput pula dengan pelbagai cara. Salah satunya dekati kamu suka sama seorang.
Hari-hari melihat dia dari jauh, kau sebut namanya dalam doa.Berusaha jadi lebih baik , mendekati masjid.Sertai usrah,jaga hubungan dengan Allah, dengan keluarga dan orang terdekat.
Carilah seseorang untuk cari tahu tentang dia. Jika ada kekuatan taaruflah dengan dia.Kalau dia betul jodoh kita, Allah permudahkan.
Jika tidak, Allah sulit dan jauhkan.
Kerana Allah tahu kita sesuai untuk siapa dan dengan siapa yang kita akan bahagia bersama.
Yakini Allah sebagaimana kamu yakini cinta sejati.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Antara amalan sunat yang boleh dilakukan apabila tibanya Syawal adalah dengan melakukan ibadah puasa sunat enam hari pada bulan Syawal. Ini berdasarkan sebuah hadis...