“Bila bercerai, ramai ambil peluang buka aib bekas pasangan.’ Tapi Mizz Nina tetap berterima kasih, mohon doakan kebaikan buat Noh.
Ternyata apa yang dilalui oleh Mizz Nina dan Noh juga dilalui oleh pasangan lain. Bercinta, berkahwin dan akhirnya memilih untuk bercerai setelah keduanya tidak lagi sehaluan.
Bukan sekali. Banyak kali juga saya tulis tentang Mizz Nina dan Noh.
Betapa banyak sikap baik Mizz Nina yang matang dan elok dibuat contoh.
Membaca berita ini, buat saya sedih sekali. Tapi pada masa yang sama tetap hormat yang sama datang pada Mizz Nina. Malah lebih lagi.
Kebanyakan perempuan bila bercerai, apatah lagi dengan banyaknya sokongan pada dirinya akan memilih untuk mengambil peluang menceritakan aib dan buruknya sikap pasangan secara terbuka.
Ramai Yang Ambil Peluang
Tapi Mizz Nina tetap seperti yang saya tulis sebelumnya. Kekal tenang, matang dan baik hati seperti adanya.
Ads
Tetap berterima kasih pada bekas suami. Malah, tetap setia menjadi sahabat baik walau bukan lagi menjadi isteri. Tetap mohon mendoakan kebaikan buat Noh. Dan tetap mohon jangan dibuka dan dijaja berita yang boleh jadi fitnah.
Buka Aib Bekas Pasangan
Dan dalam post yang lain. Tetap punya percaya pada kuasa yang Esa. Bahawa setiap satu ujian menimpa sentiasa tersembunyi hikmah dan kebaikan di sebaliknya.
Indeed.
May you grow strong.
Tapi Mizz Nina Tetap Berterima Kasih
Pasangan selebriti Mizz Nina dan Noh Salleh mengesahkan mereka sudah bercerai selepas 11 tahun berkahwin.
Perkara itu dikongsikan mereka menerusi hantaran di Instagram masing-masing, semalam.
Menurut Noh, 37, atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh, keputusan itu diambil selepas mempertimbangkan banyak aspek sebelum berpisah secara baik.
“Selepas berusaha dan memikirkan banyak pertimbangan, kami bersetuju untuk berpisah secara baik,” katanya.
Ads
Tambah Noh yang juga penyanyi kumpulan Hujan, dia dan Nina sudah diberkati dengan sebuah perjalanan yang dipenuhi detik indah, jatuh dan bangun bersama.
“Assalamualaikum. Saya dan Nina (isteri) mahu membuat satu pengumuman penting. Selepas melalui pelbagai cabaran dan berbincang, kami akhirnya sepakat untuk berpisah dan membawa haluan sendiri.
Ads
“Alhamdulillah, kami bersyukur kerana berpeluang untuk menjalani kehidupan indah selama 11 tahun dan melalui pelbagai dugaan, jatuh serta bangun bersama-sama.
“Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyokong yang selama ini banyak memberi sokongan dan kasih sayang kepada kami selama bertahun-tahun. Jangan risau, kami masih berkawan dan baik,” katanya.
Dalam masa sama, jelas Noh, semua yang terjadi sudah pun tersurat dan ditakdirkan Allah SWT selain memohon doa untuk kehidupan terbaik mereka selepas ini.
“Kita hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan. Mohon doakan kami dapat menjalani kehidupan di sepanjang tempoh idah.
“Saya amat menghargai kalian yang menghormati privasi kami berdua,” katanya.
Pasangan ini sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, setelah memfailkan perceraian pada 14 Jun di mahkamah sama.
Pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia sememangnya agak menggerunkan. Begitu ramai orang kehilangan ahli keluarga akibat wabak ini termasuk perginya ulama-ulama disegani akibat dijangkiti wabak ini.
Hari ini negara menerima berita sedih apabila dimaklumkan, Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) akibat jangkitan COVID-19.
Berita pemergian ulama disegani ini disahkan oleh Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim yang mengesahkan perkara itu memaklumkan Allahyarham disahkan meninggal dunia pada jam 2.45 petang pada Ahad.
Menurutnya, seluruh warga kerja Jabatan Mufti Negeri Perak mengucapkan takziah kepada keluarga Harussani.
Allahyarham yang disahkan positif Covid-19 pada 11 Mei lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) HRPB berikutan memerlukan bantuan oksigen untuk bernafas.
Harussani dilantik sebagai Mufti Perak bermula tahun 1985 sehingga kini dan memegang pelbagai jawatan di peringkat negeri mahupun Pusat.
Antara jawatan disandang termasuk Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Bahan-Bahan Terbitan Berunsur Islam, Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Lembaga Teks al-Quran, Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan dan Pengerusi Jawatankuasa Syariah Negeri Perak. Sumber : Sinar Harian
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sejak semalam media sosial hangat memperkatakan lamaran pelakon Kamal Adli terhadap Uqasha Senrose di pentas Anugerah Meletup Era 2020. Biar ada bersetuju dan tidak dengan tindakan lamaran itu tetapi nampaknya luahan hati Zizan Razak yang “dibahan”tentang soal jodohnya sekali lagi membuatkan pelakon itu bersuara.
Kali ini agak keras nadanya. Mungkin Zizan berasa kecewa apabila dirinya sekali lagi menjadi bahan gurauan melampau di media sosial.
Dalam fb officialnya ditulis tengah malam tadi, Zizan menulis perkara ini.
Melihat apa yang berlaku malam ni menjadi perbualan dimedia sosial tentang jodoh saya di media sosial selepas KAMAL ADLI melamar UQASHA SENROSE di pentas Ame 2020 malam tadi. Maaf saya katakan apa yang berlaku malam tadi pun bukan plan saya dan saya tidak tahu dan cuma memberi respon yang sporting untuk memberikan program nampak best. Dan bila sebut bab jodoh saya tidaklah sebangsat itu dan seperti yang anda sangkakan. Segalanya saya serahkan pada Allah. Kerana jodoh ajal maut itu bukan urusan kita dan semestinya dia.
Ternyata Zizan kurang senang apabila jodohnya menjadi bahan gurauan masyarakat kerana dirinya sedar jodoh maut ajal pertemuan itu ditentukan oleh Allah SWT.
Apa kesannya terhadap kita yang mungkin turut mempersendakan jodoh orang lain biarpun hal ini tidak kita perkatakan di hadapan orang mendengarnya?
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Celakalah bagi orang yang berdusta untuk berbicara untuk membuat satu kaum ketawa, celaka baginya, celaka baginya, celaka baginya." (Riwayat Abu Daud)
Walau kita membuat jenaka tetapi jenaka itu tidak boleh mengandungi celaan dan penghinaan kepada orang lain apatah lagi menyakiti hatinya. Dalam bahasa lebih mudah, jenaka jangan melampaui batas dan menyakiti hati orang lain mendengarnya.
Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.
Jangan sampai tergolong ghibah
Apa yang dimaksudkan dengan ghibah?
Ghibah secara istilah adalah menyebutkan sesuatu perkara yang terdapat pada diri seseorang Muslim sedangkan ia tidak suka (jika hal itu disebutkan). Baik dalam soal jasmaninya, agamanya, kekayaannya, hatinya, akhlaknya, bentuk lahiriahnya dan sebagainya. Cara melakukan ghibah juga bermacam-macam. Di antaranya dengan mengetengahkan keaiban seseorang dan meniru tingkah-laku atau gerak-geri tertentu dengan bertujuan untuk memperolokkannya dan mempersendakannya.
Secara bahasa mudahnya, ghibah bererti mengumpat. Namun ia tidak hanya menjurus kepada perbuatan mengumpat semata-mata. Ramai orang meremehkan permasalahan ghibah, pada hal dalam pandangan Allah ia adalah sesuatu yang keji dan kotor.
Hal itu dijelaskan dalam sabda hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam. "Ertinya : Ghibah itu ada tujuh puluh dua pintu, yang paling ringan daripadanya sama dengan seseorang lelaki yang menyetubuhi ibunya (sendiri), dan ghibah yang paling berat adalah mengumpat seorang lelaki atas kehormatan saudaranya". (As-Silsilah As-Shahihah,) Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda “barangsiapa menolak (ghibah atas) kehormatan saudaranya, nescaya pada hari kiamat Allah akan menolak menghindarkan api neraka dari wajahnya". (Hadis Riwayat Ahmad)
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Hati ibu mana tidak risau bila mana anak masih kecil hilang dari pandangan mata. Kerisauan ini tidak hanya dirasai ibu yang mengandungkannya tapi juga seluruh ahli keluarga yang mengharapkan anak kecil ini segera kembali ke pangkuan keluarga.
Jika kita masih bersedih dengan kisah adik Rayan yang terperangkap dalam telaga sedalam 32 meter selama lima hari dan hanya mampu hidup selama lima minit selepas diselamatkan di Maghribi, kini seluruh dunia tertumpu kepada kisah adik Fawaz Muhammad Al-Qatifan, 6 tahun dari Syria.
Kisah penculikannya mula menjadi sebutan selepas tanda pagar #savefawaz tular dan dapat dilihat dari video dirinya didera (dipukul dengan rotan) diikuti jeritan tangisan darinya yang berkata “Demi Allah jangan pukul saya” tular di media sosial.
Menyedihkan anak kecil ini diculik ketika pulang dari sekolah dan penculiknya meminta wang tebusan sebanyak 140,000 dolar namun keluarga Fawaz tidak mampu membayarnya. Jumlah itu terlalu besar buat keluarganya yang hidup serba sederhana.
Dalam video yang tular, dapat dilihat keadaan tubuhnya yang semakin kurus, Fawaz menjerit merayu supaya dirinya berhenti dipukul. “Demi Allah, jangan pukul saya.” Sambil dirinya teresak-esak menangis menahan kesakitan.
Bapa tidak mahu derma dikutip atas nama anaknya kerana telah mencukupi
Dalam pada itu, selepas video anaknya tular dan masing-masing mahu bersolidariti membantu mengutip wang untuk membantu membebaskan anaknya, bapa kepada Fawaz telah mengeluarkan satu video terbaru.
Jelasnya, dirinya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersolidariti dalam kes anaknya, Fawaz.
“Pada tarikh ini, kami telah mengumpul sejumlah wang dan keluarga Al-Qatifan akan melengkapkan jumlah keseluruhan untuk membebaskan Fawaz.
“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan semoga Allah memberkati kehidupan kalian. Namun masa yang sama, kami tidak mahu sesiapa di dalam atau di luar Syria mengutip derma atas nama anak kami Fawaz kerana wang tebusan yang diminta sudah mencukupi,” katanya.
Moga Allah terus menjaga anak syurga ini agar dirinya dapat kembali semula ke pangkuan keluarga secepat mungkin. Teruskan berdoa untuk keselamatan dirinya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...