Berbanding zaman dahulu, ujian scan semasa mengandung pada hari ini lebih canggih dan tepat. Ini termasuklah ibu ayah yang bakal menimang anak boleh melihat wajah anak berbanding dahulu hanya mengetahui jantina sahaja.
Ujian ultrasound ini bukan saja mengetahui jantina bayi, kesempurnaan fizikalnya tetapi mampu juga mengesan jika bayi di dalam kandungan mempunyai kelainan fizikal.
Menjawap satu pertanyaan adalah dibolehkan ibu mengandung menggugurkan anak berusia 120 hari yang mengalami kecacatan seperti tempurung kepala tidak sempurna, dipetik dari pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, ini adalah hukum menggugurkan kandungan berusia 120 hari wajar kita ketahui. Semoga pencerahan ini mampu menghuraikan permasalahan ibu ayah.
JAWAPAN
Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda hingga ke hari Kiamat.
Pengguguran bayi dikalangan wanita Islam merupakan satu fenomena semasa yang menjadi permasalahan bersifat domestik dan antarabangsa. Namun, ia bukanlah satu perkara baru dan telah dibincangkan oleh para ulama’ dalam kitab-kitab Fiqh klasik dan moden.
Hukum menggugurkan bayi dalam kandungan boleh dibahagikan kepada dua bahagian; iaitu menggugurkan kandungan sebelum berusia 4 bulan dan menggugurkannya selepas berusia 4 bulan. Ini berdasarkan sabda Nabi SAW daripada Ibn Mas’ud RA:
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap daripada kamu dihimpunkan penciptaannya di dalam rahim perut ibunya selama 40 hari, kemudian jadilah (nutfah) itu segumpal darah selama tempoh itu juga, kemudian jadilah (`alaqah) itu segumpal daging selama tempoh itu juga, kemudian diutuskan malaikat dan ditiupkan ke dalamnya roh”. Riwayat al-Bukhari (3208) dan Muslim (2643)
Menggugurkan kandungan yang berusia empat bulan atau kurang daripadanya adalah termasuk dalam perkara yang menjadi perselisihan di kalangan para ulama’ kerana dalam tempoh tersebut roh belum lagi ditiupkan ke dalam kandungan. Majoriti ulama mengatakan bahawa hukumnya adalah haram. Sebahagian lain mengatakan bahawa hukumnya adalah makruh. Manakala sebahagian yang lain pula berpendapat bahawa hukumnya adalah harus dengan syarat-syarat tertentu. Rujuk Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah (2/58-59), Nihayah al-Muhtaj (8/416). Boleh rujuk perbahasan dalam masalah ini melalui artikel kami yang terdahulu dibawah tajuk: “Al-Kafi #659: Hukum Gugurkan Janin Bagi Wanita Yang Sibuk Berkerja”[1]
Adapun menggugurkan kandungan selepas berusia 4 bulan, para ulama’ bersepakat bahawa hukumnya haram kerana pada usia tersebut, roh telah ditiupkan ke dalam kandungan ibu berdasarkan hadith Ibn Mas’ud RA. Rujuk Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah (2/57), al-Mughni (8/418).
Ads
Namun, diharuskan menggugurkan bayi di dalam kandungan walaupun sudah ditiupkan roh kepadanya (selepas berusia 4 bulan), jika ia boleh mengancam nyawa ibunya. Rujuk Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah (2/57)
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-26 yang telah diputuskan pada 7 Mac 1990 menyatakan:-
(1) Menurut Ijmak Fuqaha’, haram menggugurkan janin yang telah berumur lebih 120 hari kerana pengguguran itu dianggap satu jenayah bunuh ke atas janin yang telah ditiupkan roh kecuali pengguguran itu untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang teruk.
(2) Makruh menggugurkan janin yang berumur antara satu hari hingga 40 hari sekiranya tidak mendatangkan bahaya pada ibu dan mendapat persetujuan daripada kedua-dua suami dan isteri.
Ads
(3) Ijmak Fuqaha’ berpendapat hukum pengguguran janin yang berumur sebelum 120 hari adalah harus sekiranya janin itu cacat dan berpenyakit yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Muzakarah telah mengambil keputusan bahawa adalah haram menggugurkan janin di dalam kandungan kecuali atas sebab-sebab kecacatan yang teruk yang boleh membahayakan nyawa ibu.
Kesimpulan
Berdasarkan nas, perbincangan dan fatwa di atas, kami simpulkan bahawa bayi di dalam kandungan yang berusia 4 bulan dan ke atas tidak boleh digugurkan kecuali pengguguran itu bertujuan untuk menyelamatkan nyawa ibu atas sebab-sebab kecacatan yang teruk dan setelah mendapat nasihat daripada pakar-pakar perubatan yang berautoriti.
Kami menasihatkan agar pihak yang bertanya mendapatkan pandangan daripada pakar-pakar perubatan yang berautoriti mengenai kedudukan bayi di dalam kandungan dan kesan yang mungkin berlaku kepada ibu dan bayi jika bayi di dalam kandungan tersebut tidak digugurkan.
Semoga Allah SWT memberikan kita kebaikan dan kefahaman yang sahih dalam memahami syariat-Nya seterusnya memberikan kekuatan kepada kita untuk mengamalkannya. Amiin.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perasaan was-was semasa solat menyebabkan kita seakan hilang arah petunjuk tertib dan rukun solat. Ada sahaja yang kita teragak-agak, lupa seketika dan tersasul sama ada dalam pergerakan atau bacaan.
Keadaan ini boleh menyebabkan solat kita sama ada terus terbatal atau kurang pahalanya. Ia seakan ‘penyakit’ yang tiba-tiba muncul semasa solat. Kita cuba ketahui apakah amalan yang boleh membantu kita atasi rasa was was ini oleh ustaz Azhar Idrus.
Sungguhnya was-was itu ialah hembusan syaitan ke dalam hati manusia supaya jadi seorang itu sedih atau susah hati atau berpusing hatinya hingga tiada yakin ia akan sesuatu.
Syaitan yang mewaswaskan orang yang solat ini namanya Khanzab dan di antara amalan untuk menjauhkan Khanzab ini dari mewaswaskan kita ialah membaca :
“Wahai Rasulullah! Adalah syaitan itu menghalang aku dari sembahyangku dan dari bacaanku. Maka sabdanya : Yang demikian itu ialah syaitan yang disebut dengan Khanzab. Apabila kamu merasai kehadirannya maka mintalah berlindung dengan Allah daripadanya dan buat isyarat seperti meludah atas pihak kirimu tiga kali. Kata Uthman : Aku telah berbuat seperti itu dan Allah telah menghilangkan daripada aku.” (Hadith riwayat Muslim dan Al-Hakim dan At-Tabarani)
Dan antara amalan yang elok dilakukan ialah amalan yang disebut oleh Syeikh Sulaiman Al-Bujairimi :
Bolehkah saya menggunakan tanah di kaki jalan milik Majlis Kerajaan Tempatan yang terletak di belakang rumah saya (tanah di antara jalan raya dan belakang rumah saya anggaran keluasan dalam 4 kaki persegi) untuk bercucuk tanam?
Jika boleh, adakah hasil tanaman tersebut boleh saya makan?
Jawapan
Berkaitan hukum memakan hasil tanaman di tanah milik kerajaan tempatan, kami berpandangan bahawa hukumnya adalah syubhah. Hal ini kerana hukum syarak melarang mengambil hak milik seseorang menjadi harta peribadinya. Firman-Nya bermaksud:
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil. kecuali dengan cara perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.”
Maksudnya: “Daripada Said Bin Zaid dia telah berkata, aku telah mendengar Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang mengambil sejengkal tanah secara zalim, maka Allah akan bebankan dengan mengalungkan tujuh bumi kepadanya.”
[HR al-Bukhari & Muslim 3024]
Tanah rizab milik kerajaan adalah tanah simpanan yang mempunyai perancangan jangka panjang dan kepentingan awam. Sudah pasti ia akan digunakan semula dan tidak boleh digunakan dengan sewenang-wenangnya.
Bagaimanapun, sekiranya tuan memohon kebenaran untuk mengusahakannya dan kerajaan membenarkan untuk digunakan maka bolehlah digunakan dan hukum mengambil hasil daripada tanaman yang ditanam di kawasan tersebut adalah halal.
Namun, layaklah bagi pemilik tanah iaitu kerajaan tempatan meletakkan syarat tertentu bagi menjaga hak masing-masing seperti tidak boleh membina binaan kekal serta risiko bakal ditanggung oleh pihak yang membangunkan tanah itu, sebagai contohnya.
Ramai suka membeli belah. Ia terapi bagi orang perempuan. Kadang, selagi tidak padan dari gaya tudung, baju hinggalah ke kasut dan beg tangannya, orang perempuan merasakan penampilan mereka tidak lengkap.
Tidak hanya orang perempuan, ada juga lelaki yang suka belanja mewah dan membuat koleksi atas alasan lelaki perlu tampil maskulin. Istilah duit kita, harta kita, suka hati kitalah nak berbelanja di mana pun mungkin hanya sesuai di dunia, tapi tidak di akhirat.
Dikongsi satu soal jawap bersama Ustaz Syamil Esa dari Majlis Ulama Isma (MUIS), ditanya tentang pemilikan harta begini, wajar untuk kita sama-sama belajar agar di akhirat kelak, kita tidak menyesal saat ditanya di hadapan Allah kelak ke mana kita membelanjakan wang miliki kit aitu.
SOALAN : Ustaz, saya pernah menerima mesej melalui whattsap yang tular mengatakan segala barang-barang, pakaian yang kononya akan dipakai tetapi sampai sudah tidak dipakai, beg yang penuh satu almari, pinggan mangkuk dan tupperware yang menjadi hiasan semata, kasut yang berjenama sekadar dibuat koleksi , tudung, jam dan sebagainya semuanya akan dihisab diakhirat kelak, betul ke?
JAWAPAN :-
Secara umumnya setiap nikmat yang kita ada akan dihisab dan dipersoal termasuk segala pakaian, makanan, hatta ilmu pengetahuan pun akan ditanya ke mana amalannya.
Ianya berdasarkan hadis “ Tidak akan berganjak dua kaki anak Adam pada hari kiamat nanti hinggalah dia ditanya mengenai empat perkara : mengenai umurnya di mana dia habiskan, mengenai waktu mudanya ke mana digunakan, mengenai hartanya dari mana dia dapatkan dan ke mana dia belanjakan, dan mengenai ilmunya ke mana dia amalkannya”
Kemudian dalam al-Quran juga Allah berfirman dalam surah At-Takathur ayat 8
“Kemudian kamu akan ditanya mengenai nikmat-nikmat (dikurniakan)”.
Jadinya segala apa yang berkaitan dengan kepemilikan kita akan dipersoal ke mana ia digunakan.
Tidak salah untuk membeli pakaian baru, atau menyimpan barang-barang tertentu, ia juga sebahagian daripada perkara yang halal yang diizinkan syariat.
Namun dalam berbelanja dan mengumpul harta benda dan aset, ia perlu diseimbangkan dengan kebertanggungjawaban kita di dunia, dan apa pula yang kita sediakan jawapannya di akhirat.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi rutin atau satu kemestian buat kebanyakan kita pergi ke pasar mahu pun pasar raya bagi membeli keperluan rumah dan diri.Namun satu perkara yang...