
Soalan: Apa hukumnya bila kita mahu bersolat tetapi pegang Al-Quran. Ini adalah disebabkan tidak hafal banyak surah. Adakah solat saya akan terbatal atau bagaimana?

Jawapan:
HUKUM MEMEGANG AL QURAN KETIKA SEDANG SOLAT
Membaca Surah Al Fatihah tidaklah menjadi satu masalah kepada kebanyakkan kita ketika menjadi imam tetapi yang selalu kita risaukan ialah apabila mahu membaca ayat-ayat lain selepas Surah Al Fatihah
Allah berfirman di dalam Al Quran :
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ
Maksudnya: “Maka bacalah apa-apa yang kamu mampu untuk membacanya (daripada al-Qur’an) dan laksanakanlah solat”
Surah al-Muzammil: 20
Maka membaca surah-surah yang mudah dan sudah dihafal itu bukanlah menjadi satu kesalahan sekalipun kita mengulang surah yang sama.
Maka timbul satu persoalan ketika Bulan Ramadhan yang akan menjelang tidak lama lagi mengenai bacaan Al Quran dengan memegang mashaf ketika solat

Hukumnya adalah harus melihat dan membaca al-Qur’an daripada mushaf dalam solat fardhu mahupun solat sunat, bahkan diwajibkan untuk melihat mushaf jika tidak menghafal surah al-Fatihah. Ini adalah pendapat dalam mazhab Imam Asy-Syafi’e dan Imam Ahmad Rahimahallah. Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (4/95)
Dinasihatkan bagi yang memegang telefon pintar agar mengaktifkannya kepada mod penerbangan supaya ketika kita merujuk aplikasi Al Quran tidak di ganggu dengan deringan ataupun mana-mana mesej yang boleh menganggu kekhusyukan solat.

Pengasas Akademi Al Bayan
Peneraju Pendidikan Masyarakat
ARTIKEL BERKAITAN: Jaga Solat, Sayangi Ibu, Rahsia Rezeki Ustaz Ebit Lew Mencurah Masuk. Kini ‘Sibuk’ Tolong Orang Susah!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Percaya Isyarat Finger Cross Datangkan Keuntungan & Nasib Baik.’ Wajib Jauhkan, Takut Jatuh Fitnah

Isi Kandungan
Toggle‘Percaya isyarat finger cross datangkan keuntungan & nasib baik.’ Wajib jauhkan, takut jatuh fitnah kerana terpesong dari ajaran Islam yang sebenar.
Sesungguhnya hanya Allah SWT yang berkuasa menentukan untung nasib dan takdir seseorang itu. Walaupun niatnya baik untuk mendapat nasib yan baik, namun niat tidak menghalalkan cara.
Ikuti kemusykilan berkaitan isu ini dan hadam jawapan yang disampaikan agar kita tak terikut den gan benda viral semata-mata hingga terpesong akidah.
Artikel Berkaitan: Realiti minda saintifik dan minda tahayul yang mana harus dipercayai
Percaya Isyarat
Soalan:
Assalamualaikum, baru-baru ini tular di media sosial berkenaan hand gesture atau isyarat tangan finger cross yang menunjukkan doa untuk mendapat nasib yang baik dan mengelak daripada keburukan. Mohon penjelasan berkenaan hukumnya dan adakah perbuatan itu menyerupai salib dan memohon daripadanya.
Ringkasan Jawapan:
Boleh melakukan apa-apa isyarat atau finger cross atas apa-apa tujuan atau pemudah cara komunikasi dan semata-mata isyarat sahaja, di samping mempercayai sepenuhnya bahawa hanya Allah SWT yang berkuasa menentukan untung nasib dan takdir seseorang itu.
Walau bagaimanapun sekiranya boleh mendatangkan fitnah dan tohmahan, maka hendaklah menghindarinya.
Bahkan haram sekiranya mempercayai dengan melakukan isyarat finger cross boleh mendatangkan keuntungan dan nasib baik serta dapat menghindari perkara buruk. Umat Islam seharusnya mengucapkan salam dan berdoa kepada Allah SWT agar mendapat kebaikan dan dihindari daripada keburukan.
Huraian Jawapan:
Hand Gesture atau isyarat tangan mempunyai fungsi dan maksud yang tersendiri sebagai pemudah cara berkomunikasi sesama manusia.
Sebagai contoh di Malaysia, umum mengetahui bahawa isyarat mengangkat ibu jari menunjukkan tanda bagus atau baik , begitu juga dengan isyarat jari telunjuk dan jari tengah berbentuk V yang membawa maksud keamanan(peace).
Finger Cross
Dalam hal ini, hukum melakukan isyarat tangan adalah diharuskan seperti mana kaedah fiqh yang menyebut:
الأَصْلُ فِي الأَشْيَاءِ الإباحَة حَتَّى يَدُل الدَّلِيل عَلَى التَّحْرِيمِ
Maksudnya: Asal bagi sesuatu perkara adalah harus sehinggalah terdapat dalil yang menunjukkan kepada keharaman (perkara tersebut).
Datangkan Keuntungan & Nasib Baik
Selain itu, isyarat tangan dengan melakukan silangan jari tengah dan jari telunjuk (finger cross) menunjukkan isyarat berharap supaya memperoleh nasib yang baik dan menghindar nasib malang.
Sebagai contoh, seseorang itu akan menyilangkan jarinya sebagai isyarat mengharap tuah dan nasib yang baik serta isyarat untuk mengucapkan kejayaan dan kebahagiaan.
Isyarat finger cross dikatakan amalan masyarakat Kristian pada era awal dan pertengahan agama Kristian sebagai isyarat memohon kebaikan dan menghindar keburukan.
Wajib Jauhkan
Namun menurut Larry Ray Palmer, dakwaan ini tidak terdapat bukti yang kukuh. Selain itu, isyarat finger cross tidak diguna dan dipraktikkan oleh masyarakat Muslim dan Buddha.
Menurut beliau lagi, wujud teori yang menyatakan bahawa isyarat ini digunakan oleh penganut agama Kristian pada era awal bagi menyembunyikan identiti agamanya kerana mengamalkan agama Kristian menjadi satu kesalahan.
Oleh itu dengan memberi isyarat finger cross mereka dapat mengenali satu sama lain dan menjadikan ia sebagai isyarat rahsia.
Pada era peperangan di antara Perancis dan England pada tahun 1337 hingga 1457, isyarat finger cross digunakan oleh tentera berpanah sebelum menarik tali busurnya sebagai tanda doa dan mengharap untuk mendapat keberuntungan yang baik agar anak panahnya menepati sasaran.
Berdasarkan kenyataan di atas, isyarat finger cross bukanlah satu isyarat khusus bagi agama Kristian seperti salib bahkan ia tidak diamalkan dalam upacara keagamaan mereka.
Baca Di Sini:
Percaya Keajaiban Batu Cincin, Jemaah Bawa Balik Toyol Ke Tanahair – Ustaz Daud Che Ngah
Takut Jatuh Fitnah
Walau bagaimanapun, perbuatan mempercayai keberuntungan dan nasib baik akan berlaku dengan melakukan isyarat finger cross adalah bercanggah dengan ajaran Islam.
Hal ini kerana keberuntungan dan nasib hanya ditentukan oleh takdir Allah SWT. Hadis yang diriwayatkan oleh Yahya bin Ya’mur RA, Nabi SAW bersabda:
أَنْ تُؤْمِنَ بِاللَّهِ وَمَلاَئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَتُؤْمِنَ بِالْقَدَرِ خَيْرِهِ وَشَرِّهِ
Maksudnya: Beriman kepada Allah SWT, para MalaikatNya, Kitab-kitabNya, para RasulNya dan Hari Akhirat, serta beriman kepada takdir baik dan buruk. – Riwayat Muslim
Di samping itu, melakukan isyarat finger cross serta mempercayainya adalah amalan segelintir daripada mereka yang bukan Islam dan fasik.
Hal ini dibimbangi akan terjerumus dengan ancaman tasyabbuh atau menyerupai mereka. Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar sabda Nabi SAW:
مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ

Maksudnya: Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka. – Riwayat Abu Daud (4031)
Tinggalkan Jika Janggal
Imam al-San’ani di dalam karyanya Subul al-Salam menyebut bahawa hadis ini menerangkan tentang mereka yang menyerupai golongan fasik, kafir atau ahli bidaah khususnya dalam meniru pakaian, tunggangan dan perbuatan mereka.
Selain itu, jika isyarat finger cross ini boleh mendatangkan kejanggalan dan bercanggah dengan adat kebiasaan masyarakat maka hendaklah ia dihindari dan dijauhi.
Imam al-Ghazali di dalam karyanya Ihya’ ‘Ulum al-Din menukilkan sebuah hadis yang menyebut:
أَنْ يَتَّقِيَ مَوَاضِعَ التُّهَمِ
Maksudnya: Hendaklah berhati-hati dengan ruang-ruang tohmahan.
Berdasarkan hujah di atas, dapat disimpulkan bahawa boleh melakukan apa-apa isyarat atau finger cross atas apa-apa tujuan atau pemudah cara komunikasi dan semata-mata isyarat sahaja, di samping mempercayai sepenuhnya bahawa hanya Allah SWT yang berkuasa menentukan untung nasib dan takdir seseorang itu.
Hindarkan Diri
Walau bagaimanapun sekiranya boleh mendatangkan fitnah dan tohmahan, maka hendaklah menghindarinya.
Bahkan haram sekiranya mempercayai dengan melakukan isyarat finger cross boleh mendatangkan keuntungan dan nasib baik serta dapat menghindari perkara buruk.
Bagi umat Islam, seharusnya seseorang itu mengucapkan salam dan berdoa kepada Allah SWT agar mendapat kebaikan dan dihindari daripada keburukan.
Kashoorga : Lebih baik kita berdoa dan meminta pada Allah untuk memohon pertolon gan.
Sumber : Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Bahagia Dapat Bantu Golongan Susah” – Ustaz Ebit Lew Tawar 100 Kerja Kosong Di Pasaraya Miliknya

Isi Kandungan
ToggleSebelum ini tular cerita mengenai pendakwah bebas ini, Ustaz Ebit Lew yang tidak putus-putus asa menghulurkan sumbangan kepada golongan memerlukan.
Biarpun menerima pelbagai dugaan dan rintangan, tetapi niat yang baik diteruskan dengan mencari pahala berganda.
Dalam posting terdahulu juga, Ustaz Ebit Lew memberitahu dia sangat bahagia jika dapat menghulurkan pertolongan kepada golongan susah.
Pohon doakan yer sahabatku semua. Doa semua sangat penting dalam usaha ini. Syukur 10 elewsMart dan DC kami sedang renovate.
Saya pergi mana semua tanya kenapa tiba-tiba nak buka 10 cawangan ElewsMart? Hari-hari saya kerja buat Training. 3 Restoren ParamountCoffeeHouse. Butik Elews. Kenapa tiba-tiba mart.
Saya sangat bahagia dapat membantu orang susah..Melihat senyuman mereka setelah tangisan. Saya fikir macam mana nak bantu mereka walau sedikit tapi berterusan. Saya teringin nak bantu semua tanpa mengira bangsa dan agama.
Kita sebuah keluarga. Saya nak buat food bank di setiap ElewsMart Dan teringin nak bantu jual dengan harga paling murah dan dapat bantu semua orang. Begitu juga peluang pekerjaan.
Masa PKP. 3 lori besar beli makanan agihkan 3hari jer dah habis. Disitu saya fikir nak bantu lebih ramai orang. Saya juga ada ambil tangungjawab untuk bayar sewa dan yuran anak sekolah ramai orang. Saya bahagia buat kerja ini.
Dari kecil saya bercita-cita nak jadi asbab kebaikan buat semua manusia. Nak Allah sayang. Nak Redha Allah. Nak lihat senyuman lebih ramai orang.
Dulu saya miskin susah. Alas tidur orang pernah bagi. Yuran pun begitu. Doakan yer semua.
Artikel Berkaitan: “Siapa Betulkan Solat, Allah Betulkan Hidup Dia” – Antara 21 Pesanan Bermakna Ustaz Ebit Lew Ketika IG Live Bersama Neelofa
Dan terbaru sekali lagi Ustaz Ebit Lew menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia apabila dikatakan menawarkan 100 pekerjaan bagi mengisi kekosongan jawatan di 10 cawangan pasar raya miliknya Elews Mart di sekitar Lembah Klang.
Pasar raya yang akan dibuka pertengahan bulan depan itu menawarkan jawatan seperti pengurus, penolong pengurus, pegawai pemasaran, penyelia dan kakitangan peruncitan bagi setiap cawangan tersebut.
Perkara tersebut dikongsi melalui akaun Facebook dengan mengumumkan lokasi cawangan di Bandar Baru Bangi, Cyberjaya, Subang Perdana, Sungai Buloh, Shah Alam dan beberapa lagi lokasi terpilih.
Jadi kepada yang hilang pekerjaan ketika PKP lalu, bolehlah mengisi kekosongan jawatan ditawarkan ini dengan menghantar resumu ke hrelessmart@gmail.com untuk dilihat secara mendalam oleh pihak pengurusannya.
“Doakan yer…Elews Mart membuka peluang pekerjaan untuk 100 orang.
“Siapa berminat untuk bersama ElewsMart untuk jawatan Branch Manager, Assistant Manager, Marketing Officer, Supervisor dan Retail Staf untuk 10 tempat. Bandar Baru Bangi,Kajang, Cyberjaya,Subang Perdana, Sg Buloh, Prima Sri Gombak, Gombak Traders,Shah Alam, Damansara dan Balakong Cheras.
“Boleh email Resume ke hrelewsmart@gmail.com
ElewsMart
Saudaraku, Murah

Sebaik muat naik posting ini, menerima pelbagai komen netizen dan rata-rata memberi cadangan supaya beliau membuka cawangan di negeri lain juga.
Ini kerana rata-rata mereka turut berhasrat ingin membeli-belah di pasar raya tersebut selain membuka peluang pekerjaan bagi golongan menganggur.
Semoga dipermudahkan urusan
Terus dimurahkan rezeki
Buka cawangan di tempat lain
Terus berkembang maju di serata dunia
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Suami Sekarang Tak Mampu Solat & Belajar Agama Di Masjid, Akibatnya Anak Isteri Tidak Memahami Agama

Isi Kandungan
ToggleSuami sekarang tak mampu solat dan belajar agama di masjid, akibatnya anak isteri tidak memahami agama sehingga hilang suasana ‘madrasah’ dalam rumah.
Jika dahulu, para suami mencari masa untuk solat berjemaah dan mendalami agama di masjid tapi sekarang jarang sekali. Tidak dinafikan kesibukan membataskan segalanya.
Artikel Berkaitan:
Zaman Sekarang Isteri Bekerja Untuk Bantu Suami,Tapi Bolehkah Suami MAKAN Duit Isteri
Suami Sekarang
Hingga tanpa sedar, rumah tangga yang kita idamkan bertukar suasana. Rumah yang sepatutnya dihiasi dengan bacaan Al-Quran kita hanya ada muzik yang kuat lagi melalaikan.
Ikuti perkongsian Ustaz Khann Da’ie Khann dan hadam baik-baik apa yang dimaksudkan dengan suasana “madrasah’.
Tak Mampu Solat
Hari ini ramai suami tidak mampu pergi solat dan belajar agama di masjid-masjid. Akibatnya, suami tidak mengajar anak isteri memahami Islam. Maka wujudlah ‘tiga suasana’ di rumah-rumah di seluruh dunia:
1) Suasana ‘pawagam’
TV dan audio yang besar-besar, karaoke, video games. Anak-anak dibesarkan dalam suasana kelalaian sehingga rasa terkilan bila terlepas drama di televiyen.
Menangis bila tengok drama-drama, ada juga ibu bapa yang bersyukur bila anak-anak terpilih jadi penyanyi buat maksiat di pentas-pentas.
Belajar Agama Di Masjid
2) Suasana ‘hotel’
Rumah yang dihias mewah-mewah seperti hotel, berhawa dingin. Sentiasa tukar sofa baru, tilam-tilam mewah, bilik air mewah sehingga menjadi tempat rehat yang lebih merehatkan diri daripada berada di rumah Allah.
3) Suasana ‘restoran’
Rumah yang dipenuhi dengan makanan seperti restoran mewah setiap saat dalam kekenyangan.
Fikiran hanya fikir makan dan minum saja, fikir untuk penuhkan perut, peti ais penuh dengan makanan, aiskrim dan pembaziran berlaku dengan begitu banyak.
Akibatnya Anak Isteri
Kita perlu berubah kepada ‘kefahaman agama’ agar suasana rumah berubah.
Suasana rumah seperti rumah baginda Nabi Muhammad saw dan sahabat-sahabatnya di Madinah tidak wujud lagi iaitu suasana rumah seperti madrasah.
Hidupkan suasana bacaan al-Quran dan hadis di rumah.
Kemudian, hidupkan suasana dakwah. Bercakap mengenai kebesaran Allah dan suasana ilmu di rumah.
Hidupkan suasana zikir dan solat-solat sunat di rumah. Rumah penuh dengan Nur al-Quran-Hadis, maka Allah turunkan rahmat, keberkatan dan sakinah. Keluarga hidup bahagia.
Tidak Memahami Agama
Lahirkan anak-anak alim-alimah, hafiz-hafizah dan daie- daieyah yang memperjuangkan Islam di seluruh alam.
Suasana ini yang perlu kita wujudkan dalam rumah kita. Hari ini anak-anak kita makan makanan penyihat otak dan penguat ingatan, kismis serta macam-macam lagi tapi pencapaian exam tak cemerlang.
Belajar tak pandai-pandai, rupanya bukan salah makanan kesihatan tapi sebenarnya hati anak-anak gelap sebab tak dengar hadis.
Hidup Dalam Bersederhana
Wujudkan amalan bacaan taklim Hadis Nabawi di rumah kita. Cari satu masa kumpul keluarga baca hadis-hadis Nabi dan baca kisah-kisah para sahabat dalam kitab Hayatus Sahabah agar isteri dan anak-anak kita mengenali kehidupan para sahabat dan insan-insan yang telah berjaya.

Barulah ahli keluarga hidup secara sederhana dan tak berhajat kepada mewah-mewah sehingga kadang kala melebihi kemampuan bapa/suami*
Semoga kita semua berazam untuk hidupkan suasana rumah seperti madrasah di rumah, insyallah.
Baca Di Sini:
‘Ujian Kaya Itu Mencabar.’ Isteri Kena Bersyukur, Kalau Allah Belum Bagi Suami Kaya
Kashoorga: Semoga Allah menjadikan insan yang lebih baik hari ini serta mengampunkan dosa-dosa kita yang lalu.
Sumber: Ustaz Khann Da’ie Khann, Hayyu Asyir Nasr City, Bumi Kaherah.
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI