Garam yang terbaik di dunia adalah daripada gunung himalaya kerana di situ kandungan garamnya tidak tercemar. Setiap rumah wajib ada, bukan sahaja sebagai penambah perasa makanan tetapi juga elok untuk kesihatan serta ikhtiar hindari sihir. 

Ia mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia seperti potasium, kalsium, magnesium, zink dan berpuluh-puluh jenis mineral lain.

Kita biasa disogokkan dengan amaran, pengambilan garam berlebihan akan menyebabkan darah tinggi. Hakikatnya garam yang disalah guna akan menyebabkan itu terjadi.

Garam sebenarnya mempunyai banyak jasa dan turut mendapat pengiktirafan pakar kesihatan. Dan lebih utama lagi Rasulullah SAW turut mengajar kita cara pengambilannya dalam aktiviti harian, agar ia menjadi penawar, bukannya racun berbisa.

Cara Rasulullah Gunakan Garam Halang Santau & Sihir

Cara Rasulullah Gunakan Garam Dan Kelebihannya

1. Hindari santau

Telah menjadi amalan rutin, sebelum makan Rasulullah akan meletakkan secubit garam di lidah untuk elak santau dan tapis makanan yang akan di makan.

2. Ambil garam apabila tiba di tempat baharu

Apabila Rasulullah sampai ke mana-mana destinasi baharu, Baginda akan ambil garam terlebih dahulu untuk tindak balas hormon badan agar dapat menyesuaikan diri di tempat baharu.

3. Mengaktifkan kelenjar penghadaman

Rasulullah SAW sentiasa memastikan ada sedikit garam di dalam mangkuk berhampirannya.

Ads

Baginda akan mengambil secubit garam menggunakan jari kelingking kanan dan meletakkannya di bahagian hujung hadapan lidah. Amalan ini akan bantu pengaktifan kelenjar enzim penghadaman.

4. Hindari sihir

Dalam amalan perubatan Islam, ia dilihat sebagai ubat merawat penyakit rohani. Ia perlu dilarutkan dalam air sebelum rawatan untuk yang terkena sihir atau santau.

Allah menciptakannya sebagai bahan penarik toksid, asid atau racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif.

Mengelak sihir atau gangguan jin bagi mereka yang bermalam di hutan. Garam adalah sumpahan jin. Baca padanya dengan Al-Fatihah (sekali) dan ayat al-Kursi (ayat 255 surah al-Baqarah – 7 kali) lalu ditabur di sekeliling khemah. InsyaAllah kita dilindungNya.

Ads
5. Memagar rumah & Premis Perniagaan

Para pengamal perubatan Islam menggunakannya untuk ‘membersihkan’ rumah atau ‘memagar’ rumah dengan taburan garam di sekeliling kediaman atau premis perniagaan.

6. Bahan penyeimbang

Ia bertindak sebagai unsur penyeimbang sistem tubuh badan kita kerana ia mempunyai kandungan mineral yang banyak diperlukan badan.

7. Mengaktifkan enzim penghadaman

Ia boleh jadi rosak dan bertukar menjadi racun apabila dimasak atau bertindakbalas dengan suhu yang tinggi atau panas.

Oleh itu, masukkan garam bukit ketika makanan masih suam bukan semasa panas. Cara ini dikeali sebagai masukkan garam atas darat sebagaimana amalan orang Arab.

Ads

Ia mengandungi sodium dan potassium yang sangat diperlukan oleh badan kita. Jika dimasukkan sewaktu makanan sedang panas, potassium akan rosak kecuali sodium. Kandungan sodium yang tinggi di badan adalah punca terjadinya darah tinggi.

8. Halau gangguan syaitan atau jin pada bayi

Bayi yang meragam menjelang senja dan menangis tanpa henti sepanjang malam, disyaki diganggu syaitan atau jin.

Sebagai ikhtiar, atasi masalah ini dengan mencampurkannya bersama hirisan bawang merah, bawang putih dan lada hitam. Campuran itu diletakkan dalam mangkuk yang terbuka di bahagian kepala bayi.

9. Merawat orang terkena gangguan makhluk halus

Rawatan ini dijalankan pada orang dewasa yang dikhianati (disihir). Cara rawatannya ialah dengan meletakkan garam yang dibaca al-Fatihah di perdu lidah. Perdu lidah ialah bahagian bawah lidah yang apabila diangkat akan nampak urat hijau lidah.

Artikel berkaitan:Guna 2 Bahan Dapur Untuk Buang Toksik Dalam Badan, Fedtri Yahya Kongsi Cara Rawatannya Sebelum Tidur

Artikel berkaitan:Baca Zikir Powerful Ini Sebagai Pelindung, Jika Terpaksa Keluar Dalam Tempoh Perintah Duduk Rumah Selama 14 Hari

Kashoorga: Banyak kebaikan garam rupanya. Cara penggunaan dan kuantiti yang akan memastikannya bertindak secara optimum.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI