Semua orang disarankan bersedekah tanpa mengira status. Kecil, besar, tua muda, bekerja makan gaji, berniaga atau mungkin juga tiada sumber pendapatan tetap seperti suri rumah.
Bagi para wanita yang tidak bekerja kita boleh juga lipat gandakan sedekah kita walaupun dari rumah. Jangan fikir, kalau tak ada gaji atau pendapatan tak seberapa banyak seperti orang lain, maka kita tak perlu bersedekah.
Nak bersedekah tak perlu tunggu kaya. Bagaimana caranya? Kita baca penjelasan daripada Ustaz Iqbal Zain tentang cara bersedekah terbaik yang boleh dilakukan oleh suri rumah.
Bagaimana wanita boleh bersedekah, sedangkan mereka adalah suri rumah dan mereka juga tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?
Apabila seorang wanita mendengar tentang keutamaan sedekah, ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata: “Bagaimana, sedang aku tak punya duit?” Walaupun demikian, kita wanita diperintahkan untuk bersedekah.
Rasulullah SAW bersabda: “Wahai setiap wanita, bersedekahlah dan perbanyaklah istighfar sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka.”
Dan sabda baginda itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita. Dan solusinya? Sebenarnya mudah. Sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta’ala begitu luas dan tiada henti. Dia menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.
Sedekah itu beraneka ragam:
Tasbih: Setiap tasbih dan tahmid adalah sedekah.
Takbir & tahlil: Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.
Ads
Mengajak kebaikan: Amar ma’ruf nahi munkar anda (mengajak yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.
Kiriman ucapan yang baik: Bukalah whatsapp, facebook, Instagram dan lain-lain anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.
Senyum: Senyum anda kepada suami dan anak-anak anda, serta kepada sesama kaum muslimat adalah sedekah.
Solat Dhuha: Dua rakaat Dhuha menyamai 360 sedekah.
Tolak maksiat: Tahanlah diri anda daripada keinginan untuk berbuat buruk. Itu pun sedekah.
Tidak mengganggu: Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang di jalan. Itu pun sedekah.
Ads
Ucapan salah: Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui. Itu pun sedekah.
Beri jiran makan: Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan. Itu pun sedekah.
Beri haiwan makan: Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia. Itu pun sedekah.
Muliakan tetamu: Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari. Itu pun sedekah.
Saling membantu: Berusahalah menolong dan membantu orang lain, sama ada orang Islam ataupun bukan Islam. Itu pun sedekah.
Ads
Tuntut ilmu dan sebarkannya: Tuntutlah ilmu agama, ajar dan sebarkan. Baik dengan cara mendengar, membaca atau menulis sesuai kemampuan anda. Itu pun sedekah.
Beri orang kehausan minuman: Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.
Kaedah penting:- Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapa pun. Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita (kedua orang tuamu, suami dan anak-anakmu). Mereka yang paling utama. Yang paling dekat kemudian yang terdekat. Perlu diingatkan bahawa “Sedekah itu menghapus dosa sebagaimana air mematikan api.”
Aamiin Ya Robbal ‘Alamin (mengirimkan/menyebarkan artikel ini juga adalah sedekah). Wallahu’alam. – Ustaz Iqbal Zain –
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Imamkan sendiri solat jenazah.’ Bakti pelajar cemerlang 11A buat ibu hingga ke liang lahad. Masyallah hebatnya anak ini, bagaimanalah didikan ibu, bapanya hingga menjadikan dia sehebat ini.
Sejuk perut ibu mengandung, bukan saja bijak malah berbudi hingga ke hujung usia ibu tercinta. Semoga dia terus kuat berdepan ujian berat ini. Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul.
Bakti pelajar cemerlang 11A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Muhammad Syahril Saidi, 18, terhadap ibunya hingga ke akhir hayat selepas wanita itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lati, Jelawat, Bachok, Kelantan.
Ibu remaja itu, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, meninggal dunia pada jam 8.20 malam, Sabtu akibat menderita angin ahmar sejak tahun 2019.
Muhammad Syahril yang juga anak bongsu daripada enam beradik tersebut bagaimanapun berlapang dada menerima berita duka mengejutkan itu selepas tiga hari menyambut kegembiraan hasil kecemerlangan yang diraih pada keputusan SPM yang diduduki.
“Tak apa, saya reda,” balasnya ringkas ketika menerima ucapan takziah dan dipeluk Ahli Parlimen Bachok, Mohd Syahir Che Sulaiman yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada arwah di rumahnya.
Bakti Pelajar Cemerlang 11A Buat Ibu
Sementara itu, nenek saudara remaja itu, Zainab Otman, 58, menjelaskan bahawa Muhammad Syahril berada dalam keadaan tenang walaupun bersedih dengan pemergian ibu tersayang.
“Mereka yatim piatu sememangnya anak yang baik dan bergilir-gilir menjaga ibu mereka yang sakit.
“Mereka sudah menjalankan tanggungjawab sebagai anak dengan amat sempurna,” ujarnya.
Hingga Ke Liang Lahad
Tambah Zainab, arwah bapa Muhammad Syahril sudah lama meninggal dunia lebih 11 tahun lalu semasa pelajar itu berada di darjah satu.
“Mereka tinggal menyewa di rumah sekarang selepas rumah kayu asal di kampung yang sama, sudah usang,” katanya.
Kisah pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang itu mendapat perhatian umum apabila Muhammad Syahril tidak hadir untuk menerima keputusan SPM di sekolah kerana menjaga Tuan Faridah.
Muhammad Syahril menerima keputusan peperiksaan itu selepas pihak sekolah hadir ke rumahnya pada Khamis.
Kata ulama tersohor Indonesia, Buya Hamka atau nama sebenarnya Haji Abdul Malik Karim Amrullah, “Jika kalian ingin melihat orang islam maka lihatlah ketika hari Raya Idul Fitri, itulah orang Islam. Tetapi jika mahu melihat orang beriman maka datanglah ke masjid ketika sholat subuh.
Apa yang kita fahami, masjid akan dipenuhi oleh ramai orang ketika hari perayaan walau pun ianya adalah solat sunat sahaja. Tapi mereka yang ke masjid untuk solat Subuh, bilangannya boleh dikira dengan jari kerana lebih ramai sayangkan tilam dan selimutnya.
Tahukah, solat Subuh mempunyai banyak kelebihan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya yang berjaya menunaikannya dengan sebaiknya. Disebabkan itu, di dalam sebuah hadith yang sahih dinyatakan bahawa solat Subuh merupakan salah satu solat yang berat untuk dilaksanakan buat orang munafiq. Ini kerana, ia memerlukan usaha dan keazaman yang tinggi kerana ketika itu manusia baru sahaja bangun daripada tidur mereka. Hal ini disebutkan oleh junjungan besar kita Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Seseungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafiq adalah solat isyak dan solat al-Fajar (subuh). Sekiranya mereka mengetahui (pahala) apa yang terdapat pada keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya walaupun dalam keadaan merangkak.” [Riwayat Muslim (651)]
Apakah kelebihan solat subuh berjemaah ini yang Allah sediakan untuk orang-orang yang bangun di dini hari. Di senaraikan lima keistimewaan Allah beri untuk mereka yang solat Subuh berjemaah.
1. Apabila ia berjalan ke masjid maka setiap langkahnya akan diberikan pahala. Setiap satu langkahnya akan ditulis satu pahala kebaikan, dihapus darinya satu dosa dan akan diangkat darjatnya ke satu tingkat.
Bahkan menunggu waktu solat Subuh berjemaah itu merupakan karamah di Jannah yang Allah sahaja maha mengetahuinya.
Imam Al-Bukhari dan Muslim telah meriwayatkan sebuah hadits dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda,
“Barang siapa yang pergi ke masjid pagi atau petang hari nescaya Allah akan menyiapkan satu tempat untuknya di jannah setiap kali ia datang pagi dan petang.”
2. Apabila ia masuk masjid, maka sudah tertulis pahalanya walau belum solat lagi ketika itu.
3. Para malaikat akan memohonkan keampunan baginya dan mendoakannya selalu.
4. Apabila ia mengerjakan solat berjamaah, maka akan ditulis baginya pahala sebanyak 25 atau 27 darjat.
5. Akan dituliskan baginya pahala-pahala kebaikan, dihapus darinya dosa-dosa dan diangkat darjatnya ke tingkat yang tinggi.
Keutamaan ini berlaku untuk solat Subuh dan solat-solat lainnya. Hanya solat Subuh sahaja memiliki keistimewaan khusus yang tidak dimiliki solat-solat lainnya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Sihat adalah nikmat terbesar diberi oleh Allah SWT kepada hambaNya. Bila tubuh badan sihat, banyak aktiviti boleh kita lakukan termasuk beribadah dengan sempurna, dapat menikmati makanan sihat seperti diajarkan Rasulullah, dapat berolahraga dan banyak lagi. Bahkan Rasulullah sendiri mengamalkan segelas air dicampur dengan madu asli setiap pagi. Menjelang waktu dhuha, Baginda memakan tujuh biji kurma ajwa.
Minyak zaitun juga antara makanan kesukaan Baginda dan dimakan pada sebelah petang. Seperti kita ketahui pokok zaitun banyak khasiatnya dan disebut dalam Al-Quran. Malah sukan olahraga seperti memanah, berkuda dan berenang adalah antara aktiviti dilakukan oleh Baginda Rasulullah.
Said bin Jubir berkata dari Ibn Abbas r.a bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Kesembuhan dapat diperoleh melalui tiga cara: pertama dengan meminum madu, berbekam dan terapi besi panas. Dan aku tidak menganjurkan umatku untuk melakukan pengubatan dengan besi panas.” (HR. Bukhari).
Di saat dunia sedang diuji dengan pandemic Covid-19 yang semakin mengganas terutama varian Delta, sebagai umat islam kita disarankan untuk memperbanyakkan doa memohon perlindungan dari Allah SWT. Bacalah doa ini selepas solat terutama doa diberi kesihatan yang baik dan selalu berada dalam lindungan Allah SWT.
Doa agar diberi kesihatan dan selalu dalam lindungan Allah SWT
“Allahumma inna nas alukal afwa wal adiyata wal mu’aafaatad daa’imata fiid dunyaa wal ‘aakhirati wal fauzu bil jannati wannajaati minan naari.”
Ertinya: Ya Allah, kami mohon keampunan, kesihatan dan perlindungan yang terus menerus di dunia dan di akhirat, kemenangan masuk syurga serta diselamatkan dari api neraka.”
Ertinya: “Ya Allah, ampunilah aku, kasihanilah aku, berilah petunjuk kepadaku, selamatkanlah aku (dari berbagai penyakit), dan berikanlah rezeki kepadaku.” (HR. Muslim).
3. Doa agar diberi kesihatan yang baik untuk keluarga dan selalu dalam kesejahteraan
“Allaahumma inni a’udzubika min zawali ni’matika, wa thahawwuli a’fiyatika, wa faja’ati niqmatika, wa jami’i sakhatika.”
Ertinya: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya nikmat-Mu dan hilangnya kesihatan dari-Mu dan datangnya kutukan-Mu secara tiba-tiba dan dari segala kemarahan-Mu.” (HR. Bukhari Muslim, Abu Dawud dan Tirmidzi).
Ketiga-tiga doa ini boleh kita amalkan setiap hari, agar Allah SWT sentiasa melindungi kita dan keluarga kita dari segala macam penyakit dan bahaya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...