Sejak semalam, orang ramai mengucapkan tahniah kepada pelakon Serina Redzuawan yang berkahwin buat kali kedua selepas perkahwinan pertamanya menemui titik noktah. Memilih seorang pegawai polis dikenali sebagai Aidid sebagai pasangan hidupnya, Serina berkongsi rasa gembira itu di instagramnya semalam.
Memilih hari Jumaat sebagai keberkatan majlis dan diadakan secara kecil-kecilan sahaja, Serina mengharapkan rumahtangga baru dibinanya kekal bahagia. Malah dirinya turut berkongsi Papanya memberikan restu. Kenduri juga akan diadakan selepas hari raya.
Namun semalam juga semuanya berubah apabila bapanya, Chef Wan menulis Serina bernikah di Siam.
“Kakak saya hantar gambar ini sambil bertanya, adakah anak saya sudah berkahwin? Saya terkejut. Dia umum dalam Instagram. Dua minggu lalu, dia berkeras nak bernikah sebelum puasa. Dia kata dia dah nikah di Siam pun. Jantung saya bagaikan dipanah petir. Dalam pada itu, Chef Wan menjelaskan sebagai bapa, apa yang dilakukan anaknya itu cukup mengecewakan. Saya tidak melarang mereka bernikah. Pergi bernikah di Thailand kemudian baru beritahu saya, adakah bagus budi bahasa anak jenis begini?” luahnya.
Malah baru sebentar tadi di instagramnya juga Chef Wan meminta agar Serina tidak berbohong selepas Serina memuatkan naik luahan di instagramnya dan menafikan yang mereka bernikah di Siam seperti didakwa bapanya. Kata Serina, "Assalamualaikum, tujuan post Serina hari ni nak jelaskan kekeliruan dan nak minta netizen jangan mudah nak hukum orang lain dengan menambah fitnah kepada Serina & Suami. Lepas papa tulis dia tak tau kami nikah, dan dia kata kami kawin di siam itu adalah "TIDAK BENAR" KAMI BERNIKAH DI SEBUAH NEGERI DALAM MALAYSIA.
Ads
Masa yang sama Chef Wan turut meluah rasa di instagram dan menasihati anaknya itu untuk berlaku jujur.
” Itu sebab lain kali Rina jika tak nak orang memburukkan kau fitnah itu dan ini berlakulah jujur.Buat segala cara betul dan jangan sesekali membelakang kan mak bapak!Sendiri buat sendiri tanggunglah.Over the years u have hurt me enough in all your past history and relationship. Enough is enough.I can only share the truth.
Kenapa agama melarang dedah aib sendiri?
Ads
Di sebalik kemelut yang berlaku dan kita sama-sama mendoakan agar kesejahteraan keluarga ini sempena Ramadan bakal tiba, agama melarang kita mendedahkan aib dan dosa sendiri di media sosial.
Berkata benar adalah sikap yang baik. Namun tidak semua hal boleh dibicarakan di media sosial kerana kita digalakkan menutup aib diri dan keluarga apatah lagi jika kita sememangnya dikenali ramai.
Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa sahaja beriman dengan Allah dan kiamat, maka hendaklah dia bercakap dengan kata-kata baik atau berdiam diri. (HR Bukhari) Antara sebab kenapa kita dilarang mendedahkan aib dan dosa sendiri ialah kerana bimbang jika ada pihak yang mengambil kesempatan dalam situasi ini sekali gus menjadi punca kepada keretakan yang lebih besar, termasuklah boleh menyebabkan kecaman netizen dan menjadi sebab kepada mengumpat serta mencela beramai-ramai.
Ads
“Allah SWT tidak membenarkan hamba-Nya membuka aib orang lain di dunia kerana kesannya cukup besar dan dahsyat, malah di akhirat kelak, segala dosa di dunia akan dipertontonkan.
Jujurnya, tidak manusia terlepas dari melakukan dosa dan manusia juga bukan sempurna.
Nabi SAW pernah berpesan, walaupun setiap kita tidak lari daripada melakukan dosa, ia tidak bermakna kita dibenar untuk mendedahkan dosa yang pernah dilakukan sama ada secara senyap atau terbuka.
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA: “Rasulullah SAW bersabda; setiap pengikutku akan diampunkan kecuali orang yang mendedahkan kesalahan mereka. Contohnya adalah orang yang melakukan dosa pada malam yang Allah SWT menutupi baginya, sedangkan pada waktu pagi, dia akan berkata (kepada orang lain): “Saya melakukan dosa itu dan dosa tadi malam tadi, sedangkan Allah SWT menyimpan rahsia itu. Pada waktu malam Allah SWT menutupinya, tetapi pada waktu pagi ia mengoyakkan sampul yang disediakan oleh Allah sendiri. (HR Bukhari dan Muslim)
Jadi inilah sebab kenapa kita tidak harus terlalu terbuka di media sosial kerana dikhuatiri perkara lebih buruk berlaku di masa depan. Gambar : Ig Serina / Chef Wan
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Setelah hampir setahun menjalin ikatan pertunangan, akhirnya pelakon cantik Eyra Hazali, 21 tahun dan suaminya Muhammad Haziq Nadzli, 21 tahun selamat diijab kabulkan dalam satu majlis penuh sederhana tetapi meriah.
Pasangan merpati dua sejoli ini selamat dinikahkan pada Jumaat lalu oleh bapa pengantin perempuan dengan bersaksikan Abdul Jamel Jaafar selaku Pendaftar Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Cukup istimewa majlis pernikahan yang diadakan di Masjid As-Syakirin, KLCC dengan pihak pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin sebanyak RM3,001 bersama sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.
Sebaik sah diijab kabulkan, Eyra mengucap syukur dengan kelancaran majlis berkenaan walaupun sebelum itu diuji pelbagai dugaan.
Menurut Eyra, banyak dugaan dilalui menjelang hari pernkahan termasuklah lokasi untuk bernikah. Tambahnya lagi majlis ini adalah lokasi kedua yang ditukar sebelum majlis diadakan.
Dalam majlis yang dihadiri saudara dan kenalan rapat kedua belah pihak ini, Eyra kelihatan cantik dan tampil sopan mengenakan persalinan berwarna putih hasil rekaannnya sendiri dan dijahit oleh ibunya, Puan Qhuzie Johari.
Untuk majlis resepsi pasangan ini akan diadakan di Glam Hall, Mercu Mustapha Kamal Damansara Ahad nanti.
KASHOORGA: Mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia till jannah. Walaupun masih muda, tetapi diharapkan agar keduanya dapat bersama-sama mengharungi dugaan selepas ini. Apa yang penting kejujuran, sayang menyayangi dan saling bekerjasama dalam membina masjid yang baru dibina.
‘Nasib sempat elak.’ Imam diserang lelaki kurang siuman ketika solat subuh di sebuah masjid di Kuantan Pahang semalam. Mujurlah imam sempat elak daripada serangan lelaki tersebut.
Namun solat jemaah terhenti seketika atas tindakan lelaki tersebut, terkini lelaki tersebut teah ditahan untuk siasatan.
Lelaki dipercayai kurang siuman ditahan polis selepas menyerang seorang imam ketika solat subuh di Masjid Negeri Sultan Ahmad Satu, Kuantan.
Dalam kejadian kira-kira jam 6.18 pagi itu, suspek berusia lingkungan 40-an yang berpakaian baju Melayu warna ungu dan berkain pelikat serta berseluar hitam datang menyerang mangsa dari belakang.
Imam Di Serang Lelaki Kurang
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa adalah pelajar Maahad Tahfiz Thurath, Ilhan Muhammad Irham yang menjadi imam jemputan untuk solat subuh sempena Program Khatam Subuh 2.0 Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan.
“Ketika solat Subuh masuk rakaat kedua dengan anggaran bilangan jemaah seramai 80 orang, terdengar suara lelaki menjerit dari arah pintu ‘roller shuter’ masjid.
Ketika Solat Subuh
“Seminit selepas itu ketika imam masih membaca surah dalam solat, datang seorang lelaki dipercayai kurang siuman menolak jemaah dari arah belakang menuju ke imam serta cuba memukul imam dengan selipar di tangannya.
“Imam terus mengelakkan diri dari serangan itu menyebabkan solat dihentikan,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Katanya, pihak keselamatan masjid dan jemaah bertindak menghalang tindakan lelaki itu serta menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Malam tadi Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat pengumuman merayu orang ramai supaya duduk sahaja di rumah dan jang balik ke kampung.
Ini adalah untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 yang semakin serius kerana setakat ini telah mengorbankan dua nyawa.
Jadi sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, marilah kita sama-sama menurut perintah PM ini untuk tempoh dua minggu sehingga akhir Mac ini.
Walau bagaimanapun jika terpaksa juga keluar untuk membeli barangan keperluan harian, dibolehkan tetapi perlu berjaga-jaga dengan menjaga kebersihan diri.
Sekiranya perlu berbuat demikian (untuk bekerja atau membeli barangan keperluan), anda masih boleh keluar dengan mengamalkan zikir yang diajar oleh Rasulullah.
Perkongsian menarik ini dari pengguna laman sosial Facebook, Ustaz Khairul Anuar Basri boleh kita jadikan panduan.
Ini zikir WAJIB yang sangat powerful. Ringkas, padat dan menyeluruh.
Tambah-tambah dalam fasa kawalan pergerakan asbab Covid-19 sekarang ni.
Zikir ni saya dapat dari hadith Rasulullah SAW riwayat Tirmizi. Zikir ini juga ada disebut dalam kumpulan doa-doa Al-Ma’tsurat.
بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم
“Bismillāhilazī lā yadhurru ma’asmihī syai un fil ardhi walā fissamā’ wa huwassamī’ul ‘alīm”.
“Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat sesuatu apa pun yang di langit dan di bumi, dan Dialah yang maha mendengar lagi maha mengetahui”.
Amalkan zikir ini 3 kali di waktu pagi dan 3 kali di waktu petang. InsyaAllah, kita akan terhindar daripada :
– Bahaya dan malapetaka.
– Keracunan makanan.
– Sihir dan santau.
– Gangguan makhluk halus.
– Wabak dan virus.
Orang-orang yang selalu berurusan dengan orang lain, elok sangat la amalkan. Especially orang yang berniaga dan sebagainya.
Atau kalau kita kena keluar rumah dalam masa 2 minggu ni. Amalkan baca setiap kali nak melangkah keluar dari rumah.
So, itu saja yang saya nak kongsi pagi ini. Semoga bermanfaat.