Realiti kehidupan pada hari ini ialah anda kena kukuh dalam kewangan. Bukan hendak mengajar anda jadi mata duitan, tetapi inilah hakikat sebenar.
Tanpa kewangan yang mencukupi, kehidupan berumah tangga boleh jadi porak-peranda.
Ya, memang wang bukan segala-galanya. Namun segala-galanya memerlukan wang. Nak kahwin kena ada wang, nak makan kena ada wang, nak minum kena ada wang. Nak bersalin pun kena ada wang.
Jadi, kalau anda hanya ada cinta sahaja, itu tidak memadai. Anda kena lengkapkan cinta dengan usaha untuk mendapatkan wang.
Persiapkan diri anda dengan wang untuk berkahwin. Barulah nampak ada usaha hendak menjadikan anak dara orang sebagai pasangan.
Selain cinta yang mekar di dada, apa lagi keperluan untuk melengkapkan cinta anda itu?
Ads
MATANG BERFIKIR
Dalam sebuah perkahwinan, perkara yang lebih penting berbanding cinta adalah kematangan akal untuk berfikir. Anda perlu matang untuk membuatkan cinta itu seimbang dengan akal. Hal ini akan membantu anda membuat keputusan.
Jangan terlalu ikut perasaan. Emosi kita cuma sementara. Jika suatu hari nanti perasaan cinta anda semakin pudar, kematangan akal andalah yang akan jadi penyelamat kerana perkahwinan yang bahagia perlukan pasangan yang sama-sama matang apabila terpaksa hadapi cabaran.
Ads
TANDA FIKIRAN SUDAH MATANG
Anda dikatakan matang apabila anda mampu ketepikan emosi di saat genting. Anda matang apabila anda mampu lihat hikmah di sebalik setiap ujian. Anda matang apabila anda mampu sabar ketika syaitan berbisik. Anda matang apabila anda belajar dan terus belajar, walaupun sudah banyak yang anda lihat di sekeliling anda setiap hari.
Sebelum memikul tanggungjawab sebuah perkahwinan, silalah matangkan diri terlebih dahulu.
Ads
PENTINGNYA KEWANGAN
Ada sesetengah individu beranggapan wang tidak penting sebaliknya cinta yang penuh di dada itu lebih penting. Katanya rezeki orang yang berkahwin itu lebih murah. Hakikatnya, rezeki itu perlu diusahakan. Rezeki takkan datang bergolek.
Selepas kahwin, banyak lagi cabaran yang bakal datang. Konflik rumahtangga, ipar duai, perihal tempat tinggal, anak-anak, kawan-kawan atau majikan yang tak memahami. Sebuah perkahwinan perlu dipertahankan dengan adanya sikap saling setia, jujur dan tanggungjawab.
Justeru sila penuhkan dada dengan ilmu rumahtangga. Cinta kena kukuh dan dalam masa yang sama gigihlah berusaha untuk mencari wang demi menjaga keharmonian rumahtangga anda. Cinta sahaja tak cukup kalau mahu rumah tangga bahagia.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ala..sebelum kahwin kenalah kenal-kenal dulu. Tak kan kenal sekejap terus nak kawin je. Ramai anak muda hari ini lebih suka bercouple sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Malah pasangan muda-mudi hari ini menjadikan fasa bercouple ini sebagai tempoh untuk mengenal hati budi masing-masing.
Berikut perkongsian The Muhammad Shafri tentang budaya couple di kalangan anak-anak muda.
Ramai orang hari ini dia pilih untuk bercouple sebelum nikah padahal Allah dah janji dalam Al-Quran lelaki yang baik untuk perempuan yang baik dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Begitu juga lelaki yang tak baik untuk perempuan yang tak baik dan perempuan yang tak baik untuk lelaki yang tak baik.
https://www.youtube.com/watch?v=O2CQusuanEs
Kata mereka macam mana nak kahwin kalau kita tak couple dulu? Bukankah kita kenal hati budi masing-masing dulu sebelum pilih untuk berkahwin? Tentang memilih pasangan hidup ini Islam dah ajar dah. Kalau kita ada kenal seseorang yang kita tak tahu sama ada dia baik untuk kita dan kita baik untuk dia maka bertunanglah terlebih dahulu.
TEMPOH KENAL HATI BUDI
Kerana dalam Islam ikatan tunang itu adalah tempoh sesi kenal hati budi masing-masing. Hikmahnya kalau lelaki dan perempuan rasa tak serasi maka ikatan tunang itu boleh di putuskan. Tapi ramai orang hari ini yang dia baru bertunang tapi gaya seperti orang yang sudah berkahwin. Hanya saja mereka tak duduk serumah dan tidur sekatil.
Kepada mereka yang bercouple sebelum nikah ini mungkin kalian lupa bila bercouple tak semestinya akhirnya kalian menikah dengan pasangan couple kalian. Kerana jodoh itu adalah rahsia Allah jadi bila jodoh itu rahsia Allah maka hanya Allah saja lah yang tahu siapa jodoh kalian.
Mungkin juga kalian lupa atau kalian tak tahu bahawa bercouple sebelum nikah itu adalah perkara yang di tegah dalam agama sekalipun atas title ‘couple islamik’. Kepada mereka yang bercouple atas nama agama. Mengunakan agama demi untuk kepentingan diri sudah-sudahlah tu menjadi penunggang agama.
BUANG MASA
Maaf cakap bagi saya bercouple sebelum nikah ini hanyalah membuang masa. Sebab kita hanya akan berkahwin, bercinta, bercouple dengan orang yang betul-betul jodoh kita. Kalau dia bukan jodoh tak akan ke mana kerana lambat atau cepat dia pasti akan tinggalkan kita.
Dan yang last sekali kalau orang yang kita kenal saat dia dia pergi meninggalkan kita atas alasan apa sekalipun, silalah terima hakikat dan segeralah move on. Kerana hanya orang yang betul-betul jodoh kita yang akan stay dengan kita.
Perkara pertama yang golongan suami perlu utamakan setiap kali mendapat gaji adalah nafkah isteri. Ini yang selalu suami-suami lupa walaupun bukan semua suami culas memberi nafkah kepada isteri.
Janganlah diabaikan nafkah isteri. Dapat sikit, beri sikit, dapat banyak, beri banyak kerana pentingnya isteri reda dengan pemberian nafkah suami.
Jika isteri tidak reda, bimbang sempit rezeki suami. Semoga perkongsian dari Khairul Johari ini memberi manfaat kepada anda semua.
Perkara yang paling suami terlepas pandang, hutang nafkah. Sebab apa rezeki selalu tak cukup? Sebab apa dapat banyak pun duit tapi masih tak cukup?
Duit habis tetapi tak nampak duit dibelanjakan untuk apa? Hati kusut, tanyalah isteri anda dari hati ke hati. Adakah dia reda untuk segala nafkah suami terhadap isteri?
JANGAN KEDEKUT DENGAN ISTERI
Tanya isteri, adakah dia betul-betul menghalalkan segala hutang nafkah yang suaminya berhutang itu? Percayalah, banyak perkara yang isteri pendamkan dalam hati sebenarnya. Tetapi dia tidak akan meluahkan kerana mahu menjaga hati suami. Keduanya sebab mahu mengelakkan pergaduhan.
Jangan kedekut dengan isteri. Perasan tak pasangan yang bahagia selalunya si suami tidak kedekut dengan isteri. Perasan tak? Makan isteri berkira, sampai isteri kena keluarkan duit sendiri. Dalam tidak sedar, kita suami dah berhutang dengan isteri. Kita tengok isteri nampak seperti tidak kisah, kita tahu ke dalam hati dia?
Mak ayah dia lepaskan dia untuk menjadi isteri kamu, untuk dijaga seperti yang mereka jaga. Bukannya kamu kerahkan tenaga dia seperti babu. Bukan untuk kamu kerahkan kudrat dia siang malam 24 jam tanpa rehat. Bukannya untuk kamu lukakan hati dia sedangkan hati kamu, kamu mahu dia jaga.
KAHWIN BUKAN UNTUK SEDAP SEMATA
Kalau dia tahu layanan kamu terhadap anak dia, agak-agak dia akan berkahwin dengan kamu? Kahwin ini bukan untuk sedap semata-mata tetapi banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Di atas dunia bolehlah kita mengelat, tetapi kita kena ingat Allah Azza Wajalla Maha Melihat.
Kita akan dipersoalkan di akhirat kelak. Jadilah suami yang bertanggungjawab. Sayangilah isteri, jagalah perasaan isteri. Isterilah punca rezeki suami semakin bertambah. Semoga kita terus bahagia dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
VIDEO KASHOORGA:
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ada kala kita diberikan ujian apabila mempunyai dua calon jodoh dalam satu masa. Di sana kita sayang, di sini kita suka. Justeru kebuntuan datang melanda. Hati mulai berbelah bagi.
Perasaan kasih dan sayang tiada sesiapa yang memaksa. Kita sendiri kena faham apa sebenarnya yang kita mahukan dalam perkahwinan.
Jadi apabila kita ada dua pilihan, mana satu yang kita perlu pilih? Dalam hal ini, anda perlu meneliti kriteria setiap calon. Ya, memang pastinya ada yang terkecewa.
Namun anda perlu betul-betul terbuka dalam memilih. Ingat ya, anda perlu jaga hati semua orang. Jadi mintalah bantuan daripada Yang Maha Esa.
Ini yang perlu anda lakukan!
LANGKAH PERTAMA – ISTIKHARAH
Jangan lupa dirikan solat istikharah supaya ALLAH membantu anda dalam proses membuat pilihan. Petunjuk daripada-Nya pasti membantu anda membuat pilihan yang betul. Petunjuk selalunya diberikan melalui mimpi dan gerak hati. Mudah-mudahan anda dapat petunjuk yang mudah dikenal pasti.
Sebelum solat istikharah, anda perlu penuhi terlebih dahulu solat fardu. Jangan tinggal solat. Rajinkan diri membuat solat sunat. Solat ialah tiang agama. Berdoalah ALLAH tunjukkan jalan dan mintalah pada Dia supaya tiada hati yang terluka. Manalah tahu, si dia yang tidak terpilih akan berasa dendam. Jadi elakkanlah semua itu terjadi. Biarlah masing-masing terbuka hatinya.
LANGKAH KEDUA – MENERIMA
Buka hati anda untuk melihat kebaikan antara calon. Lain orang pasti lain sikap dan perangainya. Pasti ada kebaikan antara mereka yang mencuri hati anda. Namun hati-hati. Jangan tertipu dengan kebaikan yang palsu. Selidiki tahap agamanya, solatnya, puasanya dan amal jariahnya. Bukanlah bermaksud perlu mencari ustaz atau ustazah. Namun carilah pasangan yang ada pegangan agama yang kukuh demi masa depan yang lebih baik.
Pada hari ini, mungkin memilih si dia yang mempunyai kedudukan kewangan lebih baik menjadi keutamaan. Pun begitu, janganlah sampai anda jadi orang yang mata duitan. Ya, memang wang itu penting. Sekali lagi ditegaskan, calon jodoh perlulah saling melengkapi. Pilihlah yang agamanya kuat, tahu tanggungjawab dan menyenangkan hati anda dari segi sikapnya. Di samping itu, perasaan cinta juga penting supaya anda ada rasa kasih kepadanya.
LANGKAH KETIGA – NASIHAT
Dapatkan nasihat daripada individu lebih berpengalaman. Paling dekat ialah daripada ibu bapa. Tiada salahnya jika anda mahu mendapatkan pandangan daripada sahabat baik. Rangkumkan semua pendapat dan buatlah pilihan yang dekat dengan hati anda.
Nasihat daripada orang tua dan sahabat baik boleh dijadikan panduan. Mereka boleh nampak orang yang sesuai untuk anda. Ada kala mata kita dikaburi dengan perasaan cinta. Jadi, pandangan orang lain boleh menjadikan pilihan kita lebih bersifat realistik.
Selamat memilih!
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...