Nyawa manusia saat ini di beberapa buah negara menjadi sangat murah, pesakit telah diletakkan dalam beberapa zon, tiada harapan (lalu dibiarkan), kritikal (icu, ccu penuh), dll. Tidak mustahil keadaan yang sama boleh berlaku di negara, keluarga atau diri kita.
Awal tahun 2020 yang begitu menginsafkan, teguran dan ancaman Allah melalui pelbagai bentuk musibah di seluruh dunia, semua ini membenarkan firmanNya dan hadis Nabi SAW tentang kita telah berada di ambang kiamat. Kiamat kecil yang dekat adalah mati.
Firman Allah, Surah AlAnbiyaa’, ayat 35,
“Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan”.
Persiapan untuk menghadapi musibah ini dan kematian dari sudut ROHANI,
1. Taat segala perintah Allah dan tinggalkan larangan Allah. Hentikan segala maksiat terangan atau sembunyi, jagalah lidah masing² kerana itulah anggota badan paling berbisa.
2. Usaha perbaiki Solat Fardhu di awal waktu dan khusyuk, perbanyakkan solat sunat, taubat nasuha, Istighfar, selawat dengan rasa cinta pada Nabi SAW, bacalah alQuran lebih lama, itulah penawar kepada segalanya. Berdoalah dengan lebih yakin dan khusyuk.
3. LELAKI, jadilah anak, suami dan bapa yang bertanggungjawab, penyayang, pemaaf dan prihatin. Kita tidak tahu punya masa atau tidak untuk membahagiakan ahli keluarga. Mohon maaf dan nekadlah ingin berubah jadi soleh dan baik, tiada istilah terlambat selagi masih bernyawa. Tugas terbesar lelaki adalah memastikan masuk SYURGA sekeluarga.
4. WANITA, jadilah anak, Isteri dan Ibu yang penyayang, lembut dan pemaaf. Tutuplah aurat dengan sempurna, tinggalkanlah pakaian yang mengikut kehendak nafsu kepada mengikut kehendak Allah swt. Peringatan bagaimana lagi untuk kita benar² kuat untuk berubah. Hadiah terbaikseorang wanita adalah dirinya menjadi sebab kebaikan buat seluruh keluarga. jadilah solehah, hidup dan mati pasti indah.
5. Dan lain-lain amal Soleh.
Marilah kita kembali kepada Allah saat hidup, sebelum kembali kepadaNya saat mati.
Dialah Allah, Tuhan sekalian alam yang Maha Penyayang, Maha Pengampun dan Maha Pemaaf. Siapapun kita, banyak mana pun dosa, jika ikhlas benar² ingin bertaubat dan berubah Allah pasti akan terima dan menolong kita, hidup menjadi lebih tenang dan senang.
InsyaAllah, Aamin ya Mujib.
ARTIKEL BERKAITAN: Hukum Guna ‘Hand Sanitizer’ Beralkohol Untuk Solat
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI