
Tidak dinafikan setiap daripada kita tidak terlepas dari perasan ingin disayangi dan dicintai oleh seseorang. Bertemu dan berkenal-kenalan dengan seseorang hinggalah akhirnya membawa kepada hubungan lebih halal.
Situasi ini tidak ada salahnya tetapi biarlah dengan cara yang betul. Jika mahu bertemu pun eloknya ditemani rakan supaya tidak mendatangkan fitnah pada kedua-duanya.
Jika bebas keluar berdua-duaan akan mendatangkan perasaan yang sukar untuk kita kawal, iaitu hawa nafsu.
Dalam perkongsian Penceramah Bebas, Da’i Wan ada memberi sepotong ayat yang boleh kita gunakan untuk mengawal gelojak hawa nafsu apabila seorang lelaki bertemu perempuan atau sebaliknya.
Menurut Da’i Wan, kata ulama ada satu keadaan syaitan akan dapat mengawal seseorang lelaki mahupun perempuan iaitu apabila syahwat seseorang itu berada naik dan tinggi.
Ayat yang dikongsi oleh Da’i Wan ini boleh diamalkann sekiranya berhadapan dengan situasi berkenaan. Katanya lagi baca ayat ini berulang kali jika rasa tak mampu untuk melawan hawa nafsu.
KREDIT FOTO: INSTAGRAM DA’I WAN
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Pengakhiran Cukup Indah, Jemaah Meninggal Dalam Keadaan Sujud Terakhir Di Masjid

Hidup lawannya mati dan setiap insan yang bernyawa akan merasai mati sebagaimana janji sejak di luf mahfuz lagi. Masa yang sama, tiada apa yang lebih indah andai dijemput Allah dalam keadaan sedang sujud kepadaNya. Walau pemergian ditangisi kaum keluarga namun bagi insan yang terpilih pergi dalam keadaan khusnul khatimah pasti berasa berbahagia bertemu Sang Pencipta.
Seorang jemaah di Masjid Nurul Huda, Kampung Sungai Kelambu, Peserai di sini rebah dalam sujud terakhirnya ketika menunaikan solat sunat di masjid berkenaan pada malam Sabtu.
Difahamkan, kejadian itu disedari jemaah masjid yang kehairanan apabila melihat Abd Hamid Salleh, 67, bersujud terlalu lama, sebelum rebah ketika menunaikan solat kira-kira jam 9 malam.
Allahyarham bagaimanapun disahkan meninggal dunia tidak lama selepas itu oleh seorang jemaah yang juga seorang petugas kesihatan.
Anaknya, Nurfadhilah Abd Hamid ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin berkata, kejadian itu hanya diketahui sebaik sahaja dimaklumkan oleh jemaah masjid yang datang ke rumahnya dan memaklumkan kejadian itu.
“Sebaik mendapat khabar itu, kami bergegas ke sana dan melihat ayah sudah meninggal dunia, sebelum polis dan pihak kesihatan hadir untuk proses selanjutnya,” katanya.
Jelas Nurfadhilah, walaupun masih terkejut dengan pemergian arwah, dia dan keluarganya reda dan mengharapkan pemergian ayahnya yang juga pesara Telekom Malaysia itu dalam keadaan ‘khusnul khatimah’.
Banyak habiskan masa di masjid
Menurutnya, ketika hayat ayahnya banyak menghabiskan masa di masjid selepas bersara selain mengusahakan kelapa sawit.
“Setiap hari ayah akan ke masjid pada setiap waktu dari Subuh hingga ke Isyak. Pada Ramadan pula, biasanya ayah akan berbuka ala kadar dan bergegas ke masjid untuk solat Maghrib, sebelum balik ke rumah untuk sambung makan.
“Selepas itu dia akan ke masjid sekali lagi untuk solat Isyak dan tarawih bersama-sama. Itulah rutinnya dan kami sangat faham. Walaupun ayah pergi ketika kita hampir menyambut hari raya, namun kami sekeluarga reda kerana ayah pergi dalam keadaan mudah dan dalam bulan yang mulia.
“Alhamdulillah, tiada rasa ralat kerana kami percaya dengan aturan ALLAH SWT. Impian ayah untuk menunaikan haji setelah dua kali tertangguh juga dapat direalisasikan pada tahun 2019, sebelum wabak Covid-19 melanda,” katanya.
Tambahnya, jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kelambu, Peserai pada Ahad, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah ketika dihubungi, mengesahkan ada menerima laporan mengenai kes berkenaan. Sumber : Sinar Harian
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Semoga Jadi Asbab Mommy, Daddy Ke Syurga.’ Baru 4 tahun, Anak Betty Rahmat Pandai Baca Al-Quran, Siap Bertaranum

Isi Kandungan
Toggle‘Semoga jadi asbab mommy, daddy ke syurga.’ Baru 4 tahun, anak betty rahmat pandai baca Al-Quran, siap bertaranum.
Benarlah anak kecil adalah kain putih, dia membesar mengikut apa yang emak dan ayahnya corakkan. Sudah menjadi tanggungjawab ibu, bapa dalam mendidik anak-anak agar menjadi anak yang baik dan soleh dunia, akhirat.
Berbangga dengan anak kecil ini, walaupun baru berusia empat tahun, namun kebolehan dia membaca Al-Quran meraih perhatian warganet.
Artikel Berkaitan:
Semoga Jadi Asbab
Kita sendiri tersenyum bangga, apatah lagi mommynya. Sejuk perut ibunya melihat perkembangan positif sang anak.
Di saat rakan sebayanya asyik dengan telefon bimbit, anak kecil ini membuktikan dia berbeza.
Mommy, Daddy Ke Syurga
Sebelum itu, pelakon Betty Rahmad berkongsi video anaknya yang sedang khusyuk membaca Al-Quran di akaun Instagram miliknya. Kemampuan anaknya yang masih kecil cukup membanggakan.
Keletah Ardy Wira telah mencuri perhatian ramai warganet apabila sudah pandai membaca al-Quran walaupun baru berusia empat tahun.
Baru 4 tahun
Baru-baru ini, Betty berkongsi sebuah hantaran di laman Instagram yang memaparkan anak sulungnya sedang khusyuk membaca al-Quran.
Kongsinya,
MasyaAllah TabarakallahSemoga kamu jadi asbab Mummy & Daddy ke syurga
Wira’s everyday routine before sleep boleh cuba. But ini version dia berangan baca konon-konon tengok Al-Quran dan taranum.MasyaAllah semoga terang hati, jadi pencinta Al-Quran, membesar dengan sihat dan dilindungi Allah SWT.
Anak Betty Rahmat Pandai Baca Al-Quran
Komen Warganet:
Juraidahothman
Siap bertaranum lagi tuu, masyallah. Semoga membesar menjadi ahlul Quran ya sayang.Hawa_rahim02
Kakak Teha you’re the best teacher. Sy kagum dengan kebolehan wira pada umur sekarang.. congrats! Betty, youre the best mom too
Siap Bertaranum
I_am_sitie
Amboii dia punya tarranum, idgham bukan main lagi… Hai la anak soleh. Nanti boleh jadi imam mummy..Anjee_ganu
Subhanallah..wira ada suara yang lunak. Boleh jadi imam nanti, insyallah. Tahniah buat ibubapa Wira. Moga menjadi anak soleh dunia akhirat.
Baca Di Sini:
Kashoorga : Semoga anak-anak kita menjadi anak yang pandai membaca Al-Quran. Amin.
Sumber : Instagram Betty Rahmad
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Beza Umur Hampir 20 Tahun.’ Lelaki Ini Tidak Kekok Isteri Lebih Berusia, Terima Jodoh Ketentuan Allah

Isi Kandungan
Toggle‘Beza umur hampir 20 tahun.’ Lelaki ini tidak kekok isteri lebih berusia, terima jodoh ketentuan Allah. Benarlah bila kita ikhlas menerima pasangan kita seadanya, bab umur bukanlah satu masalah besar.
Malahan bagi dua lelaki ini, usia hanyalah angka dan paling penting adalah kasih sayang serta sifat saling memahami antara satu sama lain.
Atas faktor itulah menjadikan dua pemuda berusia 24 dan 28 tahun ini tidak kekok memperisterikan wanita yang jauh lebih tua daripada mereka yang masing-masing berusia 46 dan 38 tahun.
Mereka enggan mengambil pusing mengenai tanggapan orang sekeliling dan bahagia melayari bahtera rumah tangga.
Artikel Berkaitan: Kurang Saingan Keistimewaan Bercinta Dengan Wanita Lebih Berusia, Kenal Pasti 9 Lagi Kelebihan Lain!
Beza Umur Hampir 20 Tahun
Sebelum itu, impian Muhammad Hakim Hanif Rosli untuk berumah tangga pernah berkecai selepas putus tunang tahun lalu.
Meskipun perit, Muhammad Hakim, 24, yang kini menetap di Kampung Kebakat, Tumpat, Kelantan, tidak menutup pintu hatinya untuk bercinta lagi.
Ditakdirkan pemuda itu berkenalan dengan Haslinda Haron, 46, menerusi aplikasi WeChat, Disember lalu.
Perkenalan tidak sampai 24 jam itu membuahkan bibit cinta hingga meyakinkan Muhammad Hakim untuk menyunting Haslinda sebagai suri hidupnya walaupun wanita berkenaan adalah ibu kepada lapan anak dan nenek dua cucu.
Lelaki Ini Tidak Kekok
Bagi Muhammad Hakim, umur hanya sekadar angka kerana apa yang lebih penting, dia dan isteri menyayangi satu sama lain.
“Saya pernah menjalin hubungan dengan perempuan sebaya dan yang lebih muda.
“Bagaimanapun hubungan itu tidak berpanjangan dan saya pernah merancang berkahwin sebelum Aidiladha tahun lalu.
“Hasrat itu tidak kesampaian apabila putus tunang dan selepas beberapa bulan, Allah temukan saya dengan isteri.
“Kami kenal tidak lama iaitu kurang dua bulan dan sah menjadi suami isteri pada 17 Februari lalu,” katanya.
Menurutnya, salah satu perkara yang membuatkannya tertarik dengan Haslinda adalah kerana isterinya pandai berjenaka.
Isteri Lebih Berusia
Katanya, Haslinda juga tidak kisah menerima dirinya yang hanya bekerja kampung dan dia bersyukur kerana mendapat restu keluarga untuk berkahwin.
“Keluarga okay, tiada halangan cuma mereka ada menasihatkan saya untuk berfikir sehabis baik kerana enggan saya terburu-buru dalam soal perkahwinan.
“Lagipun saya anak sulung daripada lima beradik, jadi mungkin sebab itu keluarga mahu saya fikir masak-masak sebelum buat keputusan namun hati saya mengatakan isteri orangnya (pilihan tepat) ketika itu.
“Saya tidak kisah soal umur kerana apa lebih penting dapat pasangan yang jujur, ikhlas dan setia.
“Cuma ada yang mengatakan isteri tanggung saya kerana dia bekerja tetap namun saya abaikan sahaja,” katanya.
Terima Jodoh
Sementara itu, jelas Haslinda yang bekerja sebagai guru tadika, perkahwinannya sebelum ini bertahan 22 tahun sebelum dia dan bekas suami sepakat membawa haluan masing-masing pada 2018.
Katanya, jurang umur lebih dua dekad juga bukan halangan walaupun dia tiada pengalaman dengan pasangan lebih muda sebelum ini.
“Tempoh perkenalan kami singkat sangat kerana hari ini kenal, esok jumpa dan terus suami bawa berjumpa keluarganya.
“Mujur ibu bapanya terima saya dan keluarga. Anak-anak juga tiada masalah, malah mereka terima keputusan saya.
“Walaupun suami jauh lebih muda, dia amat bertanggungjawab dan penyayang orangnya. Sakit demam saya, dia jaga dan saya berasa bahagia dapat suami sepertinya.
“Saya doa kepada Allah supaya panjangkan jodoh dengan suami sampai saya tutup mata,” katanya.
Ketentuan Allah
Bukan hanya Muhammad Hakim dan pasangannya, Muhammad Amirul Suhanan dan Emmayuza Yusof juga antara pasangan suami isteri yang mempunyai jurang umur yang jauh. Awalnya hubungan pasangan ini tidak lebih daripada sekadar rakan sekerja.
Beza umur juga menyebabkan Muhammad Amirul, 28, lebih selesa memanggil Emmayuza, 38, kakak sebagai tanda hormat.
Kini panggilan kakak bertukar sayang dan semuanya selepas Muhammad Amirul serta Emmayuza diijabkabulkan menjadi suami isteri pada 27 Februari lalu.
Perkahwinan mereka bersandarkan rasa cinta dan buktinya, Muhammad Amirul sedia menerima Emmayuza dan empat anak hasil perkahwinannya terdahulu.
Manakala Emmayuza pula sanggup menerima lamaran Muhammad Amirul yang 10 tahun lebih muda daripadanya.
Baca Di Sini:
Gara-gara Handphone Rosak Masa Pergi Travel, Tak Sangka Boleh Sangkut Jodoh
Panggilan Kakak Bertukar Sayang
Berkongsi detik awal pertemuan mereka, terang Muhammad Amirul, dia dan isteri dahulunya bekerja di sebuah pasar raya yang sama.
“Saya kerja di bahagian khidmat pelanggan manakala isteri pula sebagai ketua juruwang.
“Memandangkan kami satu tempat kerja, maka saya selalu sangat mengusiknya dan berasa kosong apabila dia tidak datang serta tiada di depan mata.
“Kiranya hari saya tidak sempurna kalau tidak mengusiknya. Isteri juga ambil berat terhadap saya kerana jika tidak datang, dia akan tanya kenapa, jadi daripada situ timbul perasaan sayang antara kami,” katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, dia tiada pengalaman menjalin hubungan dengan wanita lebih berusia sebelum berumah tangga.
“Bagaimanapun itu yang dinamakan jodoh, jadi saya terima sahaja ketentuan-Nya.
“Cuma biasalah emak dan ayah ada tanya saya adakah sudah betul-betul bersedia ketika saya beritahu mereka hasrat untuk berkahwin dengan isteri.
“Bukan kerana mereka tidak izinkan, cuma mahukan kepastian yang saya sudah bersedia jadi suami dan saya sendiri tahu bukan mudah jaga ‘anak orang’ tambahan isteri sudah ada empat anak.
“Tetapi saya percaya rezeki Allah itu luas, jadi saya cuba usaha sehabis baik, doa dan yakin pada-Nya,” katanya yang tidak pernah menerima sindiran termasuk daripada rakan kerana memilih wanita lebih berusia sebagai isteri.
Tidak Sangka Bertemu Jodoh
Sementara itu, kongsi Emmayuza, dia tidak pernah terfikir untuk mendapat ‘pucuk muda’.
“Dulu saya pernah katakan tidak ingin (kahwin lelaki muda), tetapi akhirnya itu yang saya dapat.
“Suami dulu suka usik dan keletahnya itu yang membuatkan saya selesa hingga akhirnya jatuh cinta.
“Lagipun raut wajahnya lembut dan dia juga baik orangnya,” katanya yang kini giat menjalankan perniagaan dalam talian.
Akhiri Emmayuza, keluarganya tidak membantah keputusannya malah memberi restu kepadanya untuk berkahwin lagi walaupun dengan pasangan lebih muda.
Sumber : myMetro
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI