Hati ibu mana tidak risau bila mana anak masih kecil hilang dari pandangan mata. Kerisauan ini tidak hanya dirasai ibu yang mengandungkannya tapi juga seluruh ahli keluarga yang mengharapkan anak kecil ini segera kembali ke pangkuan keluarga.

Jika kita masih bersedih dengan kisah adik Rayan yang terperangkap dalam telaga sedalam 32 meter selama lima hari dan hanya mampu hidup selama lima minit selepas diselamatkan di Maghribi, kini seluruh dunia tertumpu kepada kisah adik Fawaz Muhammad Al-Qatifan, 6 tahun dari Syria.

“Demi Allah Jangan Pukul Saya”, Moga Allah Terus Menjagamu Anak SyurgaKisah penculikannya mula menjadi sebutan selepas tanda pagar #savefawaz  tular dan dapat dilihat dari video  dirinya didera (dipukul dengan rotan) diikuti jeritan tangisan darinya yang berkata “Demi Allah jangan pukul saya”  tular di media sosial.

Menyedihkan anak kecil ini diculik ketika pulang dari sekolah dan penculiknya meminta wang tebusan sebanyak 140,000 dolar namun keluarga Fawaz tidak mampu membayarnya. Jumlah itu terlalu besar buat keluarganya yang hidup serba sederhana.

Ads

Dalam video yang tular, dapat dilihat keadaan tubuhnya yang semakin kurus, Fawaz menjerit merayu supaya dirinya berhenti dipukul. “Demi Allah, jangan pukul saya.” Sambil dirinya teresak-esak menangis menahan kesakitan.

“Demi Allah Jangan Pukul Saya”, Moga Allah Terus Menjagamu Anak SyurgaBapa tidak mahu derma dikutip atas nama anaknya kerana telah mencukupi

Ads

Dalam pada itu, selepas video anaknya tular dan masing-masing mahu bersolidariti membantu mengutip wang untuk membantu membebaskan anaknya, bapa kepada Fawaz telah mengeluarkan satu video terbaru.

Jelasnya, dirinya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersolidariti dalam kes anaknya, Fawaz.

Ads

“Pada tarikh ini, kami telah mengumpul sejumlah wang dan keluarga Al-Qatifan akan melengkapkan jumlah keseluruhan untuk membebaskan Fawaz.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin dan semoga Allah memberkati kehidupan kalian. Namun masa yang sama, kami tidak mahu sesiapa di dalam atau di luar Syria mengutip derma atas nama anak kami Fawaz kerana wang tebusan yang diminta sudah mencukupi,” katanya.

Moga Allah terus menjaga anak syurga ini agar dirinya dapat kembali semula ke pangkuan keluarga secepat mungkin. Teruskan berdoa untuk keselamatan dirinya.

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI