Ramai ibu bapa ragu dan bimbang memukul anak yang belum baligh dalam urusan mendidik mereka. Sebagai ibu bapa, didikan anak cara Rasulullah SAW memang menjadi rujukan.
Tentunya kita mahu anak itu nanti menjadi anak soleh dan solehah; sempurna semua ibadatnya apabila dewasa kelak. Tapi jika didikan hanya bicara di mulut dan niat di hati namun tiada kesedaran menyegerakan untuk diterjemahkan menerusi perbuatan harian, maka lupakan lah impian tadi.
Mendidik anak kena dari usia muda. Bak kata pepatah Melayu, melentur buluh, biarlah daripada rebungnya. Selagi mana suruhan itu tidak memudaratkan kesihatan dan keselamatan anak yang masih hijau, maka ibu bapa harus istikomah mendidik anak cara Rasulullah SAW.
Kita ikuti penjelasan ringkas oleh pendakwah terkenal tanahair; Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid berkenaan cara mendidik anak di peringkat usia muda.
Biasakan anak dengan nama Allah SWT dan Rasulullah SAW
Hendaklah seseorang itu bermula daripada dia itu (anak) apabila sudah mula untuk berbicara. Diajar dan diingatkan kepada si anak untuk menyebut nama Allah. Agar supaya anak tersebut terbiasa menyebut nama Allah SWT. Dan menyebutkan nama Allah dengan benar dan nama Rasulnya Muhammad SAW.
Ads
Dirikan solat sebelum baligh
Demikian berterusannya tanggungjawab pendidikan kepada anak. Bermula dari usia tamyiz, usia anak itu sudah matang. Berfikir walaupun belum baligh. Perintahkan anakmu untuk solat pada usia 7 tahun. Umur 7 tahun kebanyakan anak-anak belum baligh.
Usia baligh minimum dalam ASWJ adalah usia 9 tahun qamariah. Kalau ada orang nampak tanda-tanda baligh sebelum umur 9 tahun qamariah, ia tidak dikira baligh kerana ia lain dari kebiasaan.
Bila dikatakan baligh? Dia (anak) dikatakan sudah baligh apabila nampak tanda pada usia 9 tahun qamariah dan maksimum usia baligh ialah 15 tahun.
Kalau sampai usia 15 tahun tidak nampak tanda-tanda baligh seperti air mani, haid bagi perempuan pada usia 15 tahun. Maka dia dianggap sudah baligh. Dalam kes ini, anak itu baligh bukan disebabkan tanda-tanda tadi tapi kerana lengkapnya usia 15 tahun.
Dibenarkan memukul anak belum baligh yang enggan solat
Maka seseorang memiliki tanggungjawab mendidik anaknya sebelum baligh. Pukullah ketika meninggalkan solat sebelum baligh juga supaya terbiasa menjaga solat sebelum diwajibkan solat kepadanya dengan baligh.
Ads
Kalau sudah baligh, baru di suruh solat? Mungkin dia tidak akan dapat ilmu itu dengan sempurna kerana masih belajar tetapi kalau dibiasakan sebelum baligh, lama -kelamaan dia faham dan dapat hayati cara dan kepentingan solat 5 waktu.
Pisahkan tempat tidur anak pada umur 10 tahun
Pisahkan pada mereka pada alas tidurnya atau tempat tidurnya. Ini merupakan didikan awal batasan pergaulan walaupun antara ahli keluarga sendiri.
Ajar anak makan guna tangan kanan
Anak itu bilamana sudah selesai atau berhenti daripada menyusui, maka kita akan dapati dia suka makan coklat, biskut. Pada tahap ini. Perlu ajarkan kepada anak agar makan dengan tangan kanan dan mengucapkan bismillah sebelum makan dan dalam setiap keadaan.
Ads
Baginda duduk dan hidangkan makanan, di depan Nabi ada budak kecil makan juga bersama dengan Nabi, tapi makan tak ikut aturan, dia ambil sana, dia ambil sini. Sebahagian orang mengatakan masih budak-budak tak apa. Mana dia faham dia tak faham. Justeru kepada budak-budak tu mesti diajarkan pada awal.
Sempurnakan pakaian anak kecil
Suatu hari Al Habib Abdul Qadir bin Muhammad As Seggaf rahimallah. Ada seorang datang kepada beliau, guru kepada Habib Umar. Bawa anak perempuan masih kecil mungkin umurnya 2 tahun 3 tahun dan masih kecil sangat. Pakai baju panjang tapi tidak memakai seluar panjang.Kalau budak kecil pakai baju begitu memanglah kelihatan comel.
Maka orang tuanya bawa kepada Habib Abdul Qadir. Habib doakan saya agar dianugerahkan anak, kemudian Habib Abdul Qadir berpesan kepada orang tuanya. Pakailah pakaian yang sempurna, tutup bahagian bahunya dan pakaikan seluar kerana bajunya kelihatan terangkat. Ya mungkin kerana memakai pampers.
Maka Habib Abdul Qadir mengatakan pakaikan pakaian yang menutup badannya dan pakai seluar. Kata orangtuanya, anak ini masih kecil. Lantas Habib Abdul Qadir berkata, justeru itulah anak masih kecil amat mudah untuk engkau bentuk dan pantau.
Pokok kalau masih hijau, bengkok sana bengkok sini. Nak bagi lurus letak kayu dan terus kayunya lurus ke atas. Apa sebabnya? Masih hijau. Kalau sudah kering sudah tua nak luruskan? Kemudian patah. Kholas!
‘Apa nak buat jika datang haid di Mekah?’ Cari pintu 79, khas untuk wanita uzur bermunajat. Jangan kecewa pasti ada hikmahnya. Mengerjakan ibadah umrah atau haji memang dituntut dalam Islam bagi mereka yang berkemampuan.
Sudah semestinya, apabila sudah tiba dan saatnya mendapat panggilan, mereka akan berpeluang membuat amal ibadah tersebut di Kota Mekah.
Namun begitu, adakala perancangan yang dibuat tidak mampu ditunaikan ketika berada di Tanah Suci. Terutamanya buat kaum wanita yang secara azalinya memiliki kitaran haid.
Nak buat ibadah kepada Allah jadi terbatas sehingga timbul rasa kecewa. Sebenarnya pasti ada hikmah atas apa yang berlaku, ikuti perkongsian Bebelan Cik Min tentang apa yang dapat kita lakukan apabila situasi ini terjadi.
Tip untuk mereka yang datang haid ketika berada di tanah suci, Mekah. Kadang-kadang apa yang kita rancang tak semestinya berjalan dengan lancar.
Malah, ada di kalangan jemaah umrah atau haji sudah ambil ubat untuk cegah haid tetapi darah tetap keluar! Jangan bimbang, datang haid tidak bermakna kita tidak dapat melihat kaabah dan tidak boleh beribadah.
Cari Pintu 79
Memang benar kita dilarang untuk bersolat dan membaca Al-Quran tetapi kita masih boleh membasahkan lidah kita dengan zikrullah, bermunajat dan berdoa serta memohon kemapunan dari Allah.
Malah, jika tiba-tiba datang haid ketika umrah jangan sedih! Boleh terus pergi ke pintu no 79 (setiap pintu ada tertera nombor). Kalau tak nampak nombor, pastikan ada tertulis King Fahd Gate atau Bab Al-Malik Fahd dalam Bahasa Arab.
Khas Untuk Wanita Uzur Bermunajat
Pintu ini dikhaskan buat wanita-wanita yang dalam keuzuran tapi ingin bermunajat dan berdoa di hadapan Kaabah. Masuk jer terus akan Nampak Kaabah di depan mata.
Jadi ambillah kesempatan selama berada di Tanah Suci ini untuk beribadah kepada Allah walaupun ketika dalam haid.
Jangan bazirkan masa anda di Tanah Suci ketika haid dengan duduk di hotel atau bershopping. Manfaatkan masa ini dengan ibadah kepada Allah ketika haid.
‘Wajah bersih, tiada kesan terbakar.’ Jenazah 4 beradik selamat dikebumikan dalam 1 liang lahad. Anak syurga, tiada dosa.
Beratnya beban yang ditanggung ibu, bapa mereka apabila kehilangan empat orang anak sekaligus. Namun ternyata Allah lebih menyayangi empat beradik ini.
Pasti ada hikmah di sebalik ujian berat, semoga ibu dan bapa mereka tabah berdepan hari-hari mendatang tanpa keempat-empat anak mereka.
Raut wajah empat beradik yang maut dalam kebakaran kediaman mereka di Kampung Sabak Awor, Muar, Johor, dikatakan dalam keadaan amat bersih langsung tiada kesan terbakar.
Perkara tersebut didedahkan pendakwah terkenal, Ebit Lew menerusi perkongsian di akaun media sosial miliknya malam tadi.
“Adik kecil Puteri Aisyah, Mohd Hakim, Mustakim dan Fatihah, kecil-kecil semuanya. Melihat wajah bersih cantik semuanya.
“Saya lihat wajah anak-anak semua comel bersih. Tidak terbakar. Ada calar-calar pun sikit-sikit. Empat beradik dijumpai di bilik air. Mungkin lemas asap dan haba panas,” katanya.
Jenazah 4 Beradik Selamat Dikebumikan
Kejadian pada 7.49 malam itu mengorbankan Puteri Aisyah Tenko To, 8; Mohd Hakim, 6; Mustakim, 4 dan Fatihah Aisyah, 3.
Jenazah empat beradik itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahat kira-kira 8.15 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu 6, Bakri, di Muar.
Menceritakan lawatannya itu, jelas Ebit Lew, dia sedih dan menangis selepas menghadiri pengebumian jenazah empat beradik berkenaan.
Katanya, dia turut sebak melihat tangisan ibu bapanya sepanjang urusan pengurusan jenazah di Muar Johor.
“Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. Ya Allah ampunilah sayangilah rahmatilah keluarga ini,” katanya.
Dalam 1 Liang Lahad
Menurut Ebit Lew, ibu kepada empat beradik itu berasal dari Kuala Kubu Bharu, Selangor dan mereka adalah dari keluarga susah sehingga tidak mempunyai barang elektrik dan televisyen.
Malah katanya, wanita itu memaklumkan salah seorang anaknya, Aisyah terlalu ingin menemuinya.
“Ibunya keluar lima minit beli barang bergesa balik lihat dah jadi begitu. Ya Allah Tuhanku sedihnya dengar,” katanya.
Dua hari lalu, tular seorang pekebun atas nama Azhar Baling membuat pengumuman di fb, ingin menyedekahkan semua timun ditanamnya.
Dalam pengumuman dibuat itu, pemilik akaun memaklumkan sesiapa saja boleh datang termasuk membawa lori untuk mengambil lambakan timun tersebut.
Tulisnya:-
“Askm selamat petang sapa-sapa nak timun boleh datang kebun saya. Boleh bawak lori. Kita bagi free. Kalau ada sapa sapa berhajat memerlukan boleh hubungi 0176666091 sekarang atau secepat mungkin.
Ekoran itu, di ruangan komen ramai yang mengakui bersyukur dengan hal ini dan mengakui kalau dekat, mereka pasti datang ke kebunnya. Bahkan mendoakan agar pekebun ini dimurahkan rezeki. Difahamkan, hal ini dilakukan kerana pekebun berasa kecewa dengan harga ambilan di ladang iaitu RM0.30 sen sekilo.
.
Ekoran statusnya itu, hal ini mendapat perhatian dari Pejabat FAMA daerah Baling yang telah datang dan membuat perbincangan dengan pekebun ini.
Dalam satu hantaran terkini di fb Pejabat Fama memaklumkan akan membeli timun pada harga RM0.70 sekilo bagi membantu pekebun.
“Usahawan tersebut merupakan peserta Kontrak Pemasaran dan memang menghantar bekalan secara tetap kepada Fresh Mart Baling serta hantaran ke Pasar Borong Selayang melalui Fresh Mart. Dana untuk projek tanaman pun di perolehi daripada Fresh Mart.
“Difahamkan Fresh Mart menawarkan harga RM 0.30/kg. Usahawan tidak berpuas hati dan menularkan untuk beri percuma timun di Fb. Usahawan pun tidak memaklumkan apa-apa info lebihan pengeluaran kepada pihak FAMA Daerah.
“Susulan daripada isu tular ini mulai semalam, pihak FAMA telah berbincang dengan usahawan untuk membantu buat belian pada harga lantai iaitu RM 0.70 /kg.
“Pada hari ini, Pengarah FAMa Negeri En Isa bin Hamzah dan Timbalan Pengarah FAMA Negeri Kedah (Operasi) En Mohd Adib bin Yusoff telah melawat ladang di kawasan Kg Lalang, Baling. Susulan daripada itu, pihak Pusat Operasi Sungai Petani telah mengatur pasaran belian timun secara Forward Agreement Kontrak Pemasaran”.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?