Jumaat lepas menjadi suatu peristiwa bersejarah apabila solat Jumaat telah berlangsung di masjid Haga Sophia.
Ini adalah Solat Jumaat pertama sejak 86 tahun lalu apabila sebelum ini Haga Sophia dijadikan sebuah muzium.
Artikel Berkaitan: Subhanallah, Lepas 85 Tahun Jadi Muzium, Hagia Sophia Kembali Jadi Masjid Semula
Sebelum ini, bangunan berkenaan membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan yang dibina sejak kurun keenam itu.
Bangunan itu ditukar kepada masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul.
Dan pada 10 Julai lalu Mahkamah Tinggi Turki membuat keputusan membatalkan status muzium Hagia Sophia.
Ia selepas membenarkan permohonan petisyen oleh sebuah kumpulan agama yang mahu membatalkan keputusan Kabinet pada 1934 yang mengubah bangunan itu kepada muzium.
Presiden Turki, Recep Tayyop Erdogan yang mahu tapak warisan dunia itu kepada sebuah masjid walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat (AS) dan pemimpin Kristian Ortodoks.
Dan Jumaat lalu juga turut menyaksikan Erdogan telah membacakan dua surah, iaitu Al-Fatihah dan Al-Baqarah (ayat 1-5) sebagai tanda pembukaan semula masjid Haga Sofia.
Ini dilakukan Erdoga saat Shalat Jumat pertama di Hagia Sophia dalam 86 tahun. Mengenakan suit hitam serta berkopiah putih, Erdogan terdengar fasih melantunkan ayat suci Al Quran dengan suaranya yang merdu.
Malah solat Jumaat berkenaan turut disertai oleh penduduk sekitar yang turut menunaikannya di luar masjid.
FOTO KREDIT: SUMBER GOOGLE
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Landasan Kashoorga: Tazkirah On The Go, Raikan Anak Yatim & Sampaikan Ilmu Dalam Medium Berbeza
Landasan Kashoorga: Tazkirah On The Go, raikan anak yatim & sampaikan ilmu dalam medium berbeza. Ramadan adalah bulan barakah yang Allah berikan kepada hambanya. Seluruh umat Islam berpeluang mendapatkan kebaikan-kebaikan yang dijanjikan Allah sepanjang bulan ini.
Hikmah pada bulan Ramadan sangat besar kerana ianya bulan yang sering ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam untuk meningkatkan ibadah kepada Allah Taala.
Meneruskan kesinambungan segmen Tazkirah Ramadan Kashoorga yang telah diadakan setiap tahun selama empat tahun, Landasan Kashoorga memilih konsep ‘Event On Ground’ bagi tahun 2023. Soal jawab agama berkaitan bulan Ramadan antara topik yang diketengahkan.
Landasan Kashoorga: Tazkirah On The Go yang dibawakan oleh portal Islamik Kashoorga dari Nu Ideaktiv Sdn Bhd dengan Kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).
Landasan Kashoorga: Tazkirah On The Go
Jika kebiasaan tazkirah diadakan di masjid dan surau tapi kali ini kami bawakan ke Stesen Sentral Kuala Lumpur sebagai kelainan demi memberi pengisian bermanfaat buat orang ramai walaupun dalam kesibukan mengejar masa dalam perjalanan.
Selain itu, program Landasan Kashoorga juga adalah salah satu aktiviti Kashoorga untuk mengimarahkan bulan Ramadan dengan perkongsian ilmu yang harapnya dapat memberi manfaat buat semua.
Raikan Anak Yatim
Majlis diserikan dengan dua slot tazkirah. Tazkirah pertama bertajuk Meraih Pahala Ramadan: Ibadah On The Go akan disampaikan oleh Ustaz Rahim Azhari yang merupakan pendakwah bebas dan juga speaker motivasi yang aktif berkongsi ilmunya baik di platform media sosial dan juga majlis sekitar Lembah Klang.
Manakala untuk slot tazkirah kedua, ‘Keberkatan Ramadan’ disampaikan oleh Ustaz Adnin Roslan. Ustaz ini mungkin tidak asing lagi bagi yang biasa melayari TikTok.
Sampaikan Ilmu Dalam Medium Berbeza
Beliau yang juga penulis buku Tarbiah Sentap ini selalu berkongsi video menjawab pelbagai kemusykilan agama dengan cara yang santai namun menusuk ke jiwa.
Dalam majlis yang sama, Kashoorga turut meraikan anak-anak yatim sementara menunggu waktu berbuka. Encik Syamil dari Ideaktiv dan Encik Mohd Taha dari KTMB mengambil kesempatan menyantuni anak-anak dari Pusat Jagaan Cahaya Kasih dengan penyerahan duit raya dan cenderahati untuk mereka.
Tetamu kehormat juga turut meluangkan masa bergerak ke platform EtS untuk acara agihan cenderati kepada pengujung di sekitar platform dan juga di dalam train.
Terima kasih juga kepada penaja-penaja lain seperti Muas Mo Event Stylist, Kedai Ayamas, McDonalds, Pusat Pakaian Hari-Hari, Gula Cakery, Ryns Avenue, Icahfa, Yeo’s serta My Kitchen Partners kerana kesudian berkongsi masa, tenaga dan rezeki untuk memeriahkan majlis kali ini.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Jangan Halalkan Hutang Orang Liat Nak Bayar, Asbab Kita Masuk Syurga
Isu hutang memang ramai yang sensitif. Kerana ramai yang mulut manis sebelum mendapatkannya dari kita. Namun bila sudah memperoleh wang dihajati, dari kawan boleh menjadi lawan malah ada terus bermusuhan.
Pernah berhadapan dengan kawan yang suka meminjam tapi liat nak bayar? Lebih sakit hati, dia media sosialnya dia suka post makan sedap-sedap, pergi melancong ke sana sini tapi bila kita minta bayar hutang, dia block nombor telefon kita.
Kalau inilah yang terjadi, jangan halalkan hutang walau satu sen kerana di akhirat kelak, orang yang berhutang dengan kita akan merangkak ingin berjumpa dengan kita. Mereka ini akan menanggung dosa-dosa kita. Malah mereka ini adalah saham kita di akhirat.
Perkara di atas khusus untuk mereka yang sengaja tidak mahu membayar hutang kita, lain bagi yang belum betul-betul mampu. Nampak seperti kejam tapi dosa kita dengan Allah, kita hanya perlu meminta keampunan Allah tapi dosa kita sesama manusia, selagi tidak diampun dan dihalalkan, dosa itu akan terus dipikul olehnya.
Ini bersesuaian dengan hal di bawah ini.
"Kerana hutang berkaitan dengan hak manusia, maka ia tidak boleh ditebus dengan meminta maaf, taubat atau pun istighfar. Ia juga tidak boleh ditebus dengan solat ataupun haji. Hutang hanya boleh dibayar sama nilai dengan hutangnya. Selagi belum dibayar, maka hutang itu akan terus mengikat seseorang bahkan selepas dia mati."
– Tidak Masuk Syurga Kerana Hutang, Ustaz Umar M. Noor hlmn 111-112, Solusi Isu No. 46-
Isu sengaja tidak membayar hutang ini juga dalilnya ada disebut menerusi dalil di bawah ini.
Sayyidina 'Imran bin Husain berkata Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang ada apa-apa hak ke atas seseorang yang lain (seumpama hutang dan sebagainya) dan dia memberi penangguhan pembayaran kepada saudaranya itu , maka dia mendapat pahala sedekah bagi setiap hari yang dia tangguhkan." (Musnad Ahmad).
Bila sebut tentang berhutang, ada pemberi yang menderita seumur hidup tambah lagi jika mereka menjadi penjamin hutang yang besar dan masa yang sama pemiutang lepas tangan. Ada bermacam-macam penderitaan dialami oleh pemberi hutang.
Jadi ingatlah, sentiasalah berusaha membayar hutang kita walau sedikit dan insya Allah jika terus istiqomah membayar, hutang akan habis. Jangan sengaja larikan diri tidak membayar kerana kita tidak tahu ajal kita sampai bila.
Kena tahu juga, waris atau anak tidak diwajibkan membayar hutang kita kerana itu bukan tanggungjawab mereka. Tapi kalau kita mati meninggalkan harta, beritahulah anak supaya langsaikan hutang yang belum habis dibayar agar ruh kita tak tergantung di akhirat atau kita merangkak-rangkak mencari orang yang kita berhutang untuk meminta maaf.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Abah, Lelaki Budiman Yang Miliki Akhlak Baik”, Ustazah Norhafizah Musa Kongsi Kerinduan
Tiada apa yang lebih rindu bila kita kehilangan orang disayangi. Inilah yang dikongsikan oleh pendakwah terkenal, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa yang meluahkan rasa rindu pada arwah abahnya, Tuan Guru Ustaz Haji Musa bin Salleh, 85 yang telah pergi menemui pencipta pada 20 September 2021, tepat jam 12.05 tengahmalam isnin lalu akibat sakit tua dan telah 15 tahun diuji dengan sakit yang kerap dan berpanjangan.
Dikongsi di instagramnya, @ustazahnorhafizahmusa, pendakwah ini berkongsi kebaikan dilakukan oleh arwah bapanya yang lebih 40 tahun 40 tahun mendambakan diri untuk pendidikan dan dakwah di seluruh Negeri Sembilan. Kerjaya sebagai guru agama , guru al-Quran dan guru Bahasa Arab mendarah daging dalam dirinya.
Dikebumikan di kampung halamannya di Teratak Baiti Jannati di Kuala Jempol, diiringi anak, menantu dan cucu, semua urusan dapat dilaksanakan termasuk 30 anak cucu menyempurnakan bacaan 30 juzuk untuk abah/ atuk tercinta.
Dalam perkongsiannya lagi, Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa memaklumkan, akhlak arwah bapanya sangat baik.
Akhlaknya ketika susah dan senang, sehat dan sakit adalah sama. Amat mulia. Alhamdulillah dalam keuzuran yang amat sangat dengan berat hanya sekitar 30-35 kg lebih sahaja, almarhum mendidik anak cucu sepanjang sakit terlantar dengan contoh kesabaran, husnuzzon dengan Allah, zikrullah selalu dan banyak berselawat kepada Rasulullah SAW.
Begini rasa kehilangan dan kerinduan. Rindu yang amat. Allahul Musta’an.
Laki-laki budiman yang tak pernah menyakiti hatiku, tidak juga pernah mencubit, merotan, memukulku semasa kecil/ sepanjang hayatku. Laki-laki budiman yang setiap waktu mengalir darinya kasih yang mendalam terhadap anak-anaknya ( biiznillah wa birahmatillah).
Laki-laki budiman yang menghargai dan menghormati insan-insan yang dikasihi oleh anak-anaknya. Ketika bertemu dengan sahabat ustazah, kak Rohaya yang sentiasa temani ustazah ke kuliah-kuliah, abah tanggalkan kain serban di kepalanya untuk jadi alas lapik tangan bersalaman sebentar dengan kak rohaya. Kata kak Aya, luruh jantung kak Aya tengok akhlak abah ni. Abah ucap terima kasih kerana sudi jadi sahabat anaknya.
Laki-laki budiman ini kerap tersenyum kecil melihat anak perempuannya ini kehilangan sabar dengan kehidupan, diusap dan ditepuk dan dengan lembut dia katakan “bukan yang ini ko penceramah yang suruh orang sabar tu” sambil dia tersenyum. Ya Rabb…
Laki-laki budiman ini amat suka menyentuh dan menggenggam tangan anak-anaknya hingga ke hari terakhir kehidupannya. Beliau suakan tangannya untuk isteri dan anak-anak, menantu-menantu dan cucu cicitnya agar dia dapat menggenggam lagi tangan-tangan kami.
Antara pesanannya yang sangat ustazah ingat.. “Abah bilo tengok Kak Cik di televisyen, hati abah berdobar-dobar. Anak aku ni menyampaikan dengan ilmu yang mantap ko tidak. Ko sajo nak bercakap yo. Abah berdoa, Kak Cik jadi orang berilmu, menunduk tak meninggi. Buku mesti baco. Telaah kitab tu wajib untuk kito yang menyampaikan. Ilmu tak amal macam pokok koring, elok eh di tobang yo, tak berguno..” dan terlalu banyak nasihat selama 46 tahun kehidupan dengan laki-laki budiman ini.
Semoga Allah menjadikan seluruh anak cucu dan keturunan beliau sebagai jariah yang besar buat beliau kerana beliau adalah pendidik yang mendidik keluarga dan masyarakat dengan ilmu dan akhlaknya.
اللهم اغفر لهم و ارحمهم و عافهم واعف عنهم.
Semoga Allah menempatkan ibu bapa kita semua dalam Syurga Firdaus bersama Rasulullah SAW dalam keredhoanNYA. Aamiin.
Sesungguhnya kami ( anak cucu) semua menjadi saksi bahawa Ustaz Tuan Haji Musa bin Salleh adalah seorang ayah, suami, datuk yang terbaik kepada ahli keluarganya, selalu mendoakan ummah, memanfaatkan masa sihatnya untuk dakwah dan mendidik masyarakat. Semoga Allah menjadikan kami semua jariah terbaik untuk almarhum Ustaz Tuan Haji Musa Bin Salleh.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI