Sudah menjadi trend hari ini kita melihat anak-anak muda atau yang digelar Budak-Budak Baru Nak UP (BBNU) tidak malu mewarnakan rambut dan juga kuku.
Perbuatan ini kerana mahu tampil cantik dan berbeza dari orang lain. Ada yang mewarnakan rambut dengan warna putih, hijau, merah ataupun kuning keemasan.
Bukan sahaja rambut, malah bahagian kuku juga turut diwarnakan. Tidakkah mereka ini terfikir bagaimana jika tiba-tiba meninggal dunia sedangkan rambut dan kuku masih lagi diwarnakan.
Apakah hukumnya dan bagaimana menguruskan jenazah mereka yang tidak sempat menukar kembali angota badan kepada keadaan asal.
Ads
Dalam persoalan ini, apabila ditanya kepada Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin menjelaskan hukum asas mewarnakan rambut atau kuku itu adalah haram bagi lelaki dan perempuan.
Dan jika mereka ini ditakdirkan meninggal dunia dalam kedaaan belum sempat menukar kepada keadaan asal, jenazahnya tetap diuruskan seperti jenazah Muslim lain.
“Warna yang lekat pada rambut ataupun kuku jenazah akan tetap dibiarkan begitu sahaja. Tidak boleh dipotong, dibuang atau digunting pada mana-mana anggota badan mayat.
Ads
“Jadi saya mahu ingatkan kepada generasi muda hari ini terutama kaum Muslimin yang sering mewarnakan rambut itu sentiasalah mengingati mati.
“Persembahan yang kalian akan bawa bertemu dengan Allah itu merupakan suatu bentuk larangan dan tegahan dari Allah SWT yang kamu akan bawa sampai mati depan Allah nanti.
“Alangkah azabnya bila kita mati dalam keadaan begitu rupa. Jadi kepada yang mewarnakan rambut atau kuku itu hendaklah segera bertaubat kepada Allah SWT,” ujar Ustaz Riza.
Ads
Ustaz Riza Kamaruddin
Menurutnya bersihkan semula kuku dan hilangkan warna pada rambut berkenaan. Namun begitu lain pula hukumnya bagi wanita yang sudah berkahwin.
“Untuk wanita bujang memang tidak ada alasan untuk mewarnakan rambut. Hukumnya tetap haram. Tapi bagi wanita yang sudah berkahwin berbuat begitu dengan niat berhias untuk menarik perhatian suami, hukumnya adalah diharuskan.
“Dan bagi kaum lelaki pula, jika mahu mewarnakan rambut hanya dibenarkan guna warna merah seperti inai dan hanya untuk mereka yang ada uban sahaja,” tambahnya lagi.
Wallahualam
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Telinga konon mendengar, tapi mata dekat skrin handphone.’ Ini kesilapan komunikasi suami, isteri kerana tak mendengar dengan baik. Konon kusyuk dan fokus dengan apa yang pasangan ceritakan.
Rupa-rupanya, masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Segalanya tak masuk ke otak, bila pasangan tanya balik apa yang dia ceritakan, mulalah terpinga-pinga. Memang bikin geram.
Di seminar hari tu, kami belajar tentang 12 kesilapan dalam komunikasi. Fokus ke arah rumah tanggalah.
Memang kita dan pasangan bercakap setiap hari, tapi dalam berkomunikasi itu rupanya ada banyak yang kita silap.
Itu yang tiba-tiba rasa sudah tak sefaham. Kita cuba cakap, pasangan tak faham. Atau sebaliknyalah.
Saya tak nak kongsikan semua, sebab karang panjang berjela pula kan. Nak sebut satu saja. Dan ini menjadi kesilapan yang pertama dan ramai orang buat.
Tapi Mata Dekat Skrin Handphone
Apa dia?
‘Kita tak mendengar dengan baik.’
Iya, nampak macam kita bercakap dengan pasangan kita. Tapi hakikatnya tidak.
Telinga konon mendengar, tapi mata dekat skrin handphone. Kita boleh jawab soalan pasangan kita bagi masa bersembang, tapi percayalah, perbualan itu takkan melekat.
Esok lusa bila kita sembang balik tentang hal yang sama, haram tak ingat apa-apa.
Ini Kesilapan
“Eh ada ke kita cerita hari?” Haa gitu. Hilang ingatan.
Itulah kesan akibat tak mendengar dengan elok. Kita tak cukup fokus. Sambil berbual, kita buat kerja lain. Kita berbual juga dengan orang lain dekat whatsapp.
Macam mana kita nak fokus 3,4 cerita serentak. Memang takkan jadi. Biasanya yang mendapat perhatian mata, itu yang lebih kita ingat.
Mata tengah pandang telefon, maka itulah yang kita ingat lebih. Berbanding suara lain yang sedang berbual sebelah kita.
Jadi, nak baiki komunikasi dalam antara suami isteri, baiki dulu cara kita mendengar. Dengar dengan baik, dengar elok-elok.
Kaedahnya masa bersembang, letak dulu benda lain. Mata pandang ke pasangan. Senyum. Beri tumpuan.
Insyallah semua yang kita bualkan bersama akan jadi ingatan yang cukup dalam. Bahkan lebih indah akan jadi kenangan manis.
Sebab apa? Sebab kita bercakap sambil memandang, dengar dengan tekun, semuanya akan jatuh ke hati.
Maka kita akan ingat sampai mati.
Ewahh.
Begitulah gais.
Selamat beramal ya.
Kashoorga : Kadang-kadang pasangan atau isteri hanya ingin suaminya mendengar luahan. Tak membantu pun tak mengapa, sekurang-kurangnya hilang beban di hati.
Dalam perhubungan suami isteri, perbuatan menziharkan pasangan dianggap sesuatu yang tidak wajar dilakukan kerana ia perbuatan masyarakat jahiliah.
Kesan zihar jika dilakukan dengan niat yang tidak baik amat buruk padahnya.
Walaupun tanpa niat apa-apa sekalipun, kadangkala perbuatan itu akan menyebabkan pasangan tersinggung kerana menyamakannya dengan mana-mana ahli keluarga.
Namun begitu kita ikuti penjelasan lanjut daripada Ustaz Syed Shahridzan berkenaan isu ini.
SOALAN:
Assalamualaikum ustaz. Mohon penjelasan dari ustaz. Saya perlu tahu tentang hukum zihar sebab kakak saya baharu berkahwin dan suaminya ada memberitahunya bahawa dia ada melihat gambar arwah neneknya. Suaminya berkata bahawa wajah kakak saya ada iras-iras muka arwah nenek dia.
Setahu saya kalau samakan wajah isteri dengan ibu dan nenek, dianggap menziharkan isteri kan? Kalau dikira zihar, adakah jatuh talak? Mohon pencerahan ustaz secepat mungkin. Mohon maaf dan terima kasih.
JAWAPAN:
Zihar bermaksud seorang suami menyamakan isterinya dengan salah seorang mahramnya seperti ibu, kakak, nenek dan seumpamanya untuk tujuan berpisah dengan si isteri.
Zihar merupakan adat masyarakat jahiliyyah yang diamalkan untuk berpisah dengan isterinya dan menggantung isteri agar tidak boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain. Apabila berlakunya zihar maka haram lelaki itu bersetubuh dengan isterinya sehingga kaffarah ditunai.
Amalan zihar adalah perkara yang dilarang sama sekali oleh Islam dan ia merupakan dosa yang sangat besar kerana ia berbentuk penganiayaan terhadap si isteri. Ini kerana isteri tidak boleh disentuh oleh suaminya dan juga tidak boleh berkahwin dengan mana-mana lelaki lain disebabkan zihar bukan lah talak atau cerai.
Memandangkan zihar ini adalah adat masyarakat jahiliah maka ulama fiqh telah menentukan lafaz-lafaz tertentu yang dianggap zihar dan seumpamanya. Oleh itu lafaz zihar terbahagi kepada dua jenis; Sarih (jelas) dan Kinayah (kiasan)
Lafaz sarih adalah lafaz si suami ditujukan pada isterinya dengan menyatakan, “Kau haram bagiku seperti haramnya belakang(zahr) ibuku”, atau “Kau seperti belakang ibuku”.
Maka lafaz sarih ini dikira sebagai zihar walaupun tidak berniat zihar kerana lafaz sarih pada zihar tidak memerlukan niat. Jadi apabila terujar lafaz sebegini maka dikira sebagai zihar.
Namun lafaz ini dikira agak mustahil berlaku dalam masyarakat Islam Melayu kerana ia tidak menjadi ujaran atau sebutan dalam adat istiadat masyarakat kita.
Tetapi jika bernar-benar terlafaz maka termeterailah hukum zihar ke atas suami dan Isteri walaupun tanpa niat zihar.
Manakala lafaz kinayah tidak dikira sebagai zihar melainkan si suami melafazkan lafaz kinayah itu dengan tujuan menziharkan isteri.
Contoh lafaz kinayah seperti, “Tangan awak seperti tangan ibu saya”, “Muka awak macam muka ibu saya lah”, “Kulit dan muka awak sebijik macam nenek saya masa muda-muda dulu”. Contoh lafaz ini biasa berlaku dalam masyarakat kita.
Namun begitu tidak perlu dirisaukan, lafaz kinayah tidak akan dikira sebagai zihar melainkan si suami benar-benar berniat untuk menziharkan isterinya.
Apa pun lafaz-lafaz kinayah seperti di atas kebiasaannya dalam adat Melayu bermaksud memuliakan si isteri sepertimana si suami memuliakan ibu dan neneknya, niat seperti ini tidak dikira sebagai zihar.
Fakta ini adalah disebut dengan jelas di dalam kitab “al-Fiqh al-Manhjai”: فإنقصدبهاالظهاركانمظاهرا, وإنكانقصدبهاتشبيهزوجتهبأمهأوأختهفيالكرامةوالتقديرلميكنمظاهراوليسعليهشيءأبدا
“Jika seorang suami bermaksud ZIHAR dengan lafaz itu maka (bermakna) dia adalah penzihar. Jika dia bermaksud menyamakan isterinya dengan ibunya atau kakaknya pada sudut kemuliaan dan penghargaan maka dia bukan lah penzihar dan tiada apa-apa kesan pun sama sekali”.
Secara umumnya zihar tidak sama dengan talak iaitu apabila zihar dengan lafaz sarih termetrai maka tidak terjatuh talak, cuma suami isteri diharamkan bersetubuh sehingga lah si suami melunaskan kafarah.
Namun jika dengan lafaz kinayah yang sesuai dilafazkan oleh si suami dengan niat untuk mentalaqkan isteri maka jatuhlah talak dan dikira sebagai talaq satu.
Nampaknya setiap hari ada saja mangsa yang disahkan meninggal dunia akibat jangkitan wabak koronavirus, COVID-19 ini.
Dan terbaru seorang petugas kesihatan iaitu Doktor menjadi mangsa kesembilan hari ini.
Dalam kenyataan di laman sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata mangsa adalah warganegara Malaysia berusia 48 tahun yang merupakan kes ke 890 dan mempunyai sejarah perjalanan ke Turki.
Virus koronavirus yang sangat membahayakan kerana boleh bawa maut. Sumber Google
Ikuti perkongsiannya ini
Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat pertambahan satu (1) lagi kes kematian baru berkaitan COVID-19 telah dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaru ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sembilan (9) setakat ini.
Kes kematian kesembilan adalah merupakan kes kematian pertama di kalangan kakitangan kesihatan yang melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia (kes ke-890) berusia 48 tahun yang merupakan seorang doktor perubatan KKM. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke negera Turki. Beliau telah dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar pada 17 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 18 Mac 2020 dan diberikan bantuan alatan pernafasan sejak 19 Mac 2020 setelah keadaan kesihatan beliau merudum. Beliau disahkan meninggal dunia pada jam 10.33 pagi, 22 Mac 2020.
Kes jangkitan COVID-19 ini disyaki bukan dari kalangan barisan hadapan (frontliners) mahupun daripada kalangan rakan kerja (working colleague) yang berhadapan dengan pesakit COVID-19. Ianya adalah berkait dengan sejarah perjalanan ke luar negara.
Seluruh warga KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga arwah.