Bagi yang telah kehilangan insan tersayang atau kenalan rapat, digalakkan untuk menziarah kubur mereka, lantaran itu adalah satu perbuatan baik yang dapat memberi keinsafan selain menitipkan doa buat mereka yang telah pergi.
Setelah membersihkan kawasan berhampiran kubur, gunakan kesempatan ini untuk menyedekahkan doa serta membacakan surah-surah al-Quran. Namun adakah perbuatan ini dianjurkan Islam? Apakah yang kita lakukan selama ini (membaca al-Quran) di kubur sekadar ikutan? Kita baca penjelasan lanjut PU Salman menerusi entri di facebooknya. Semoga memberi manfaat buat semua.
Artikel berkaitan: Benarkah Orang Yang Sudah Meninggal Kenal Orang Yang Ziarah Kuburnya?
Artikel berkaitan: 15 Minit Percubaan ‘Masuk’ Kubur Hidup-hidup, Amat Menginsafkan
Ulama berselisih pendapat tentang hukum membaca al-Quran di kubur. Jumhur ulama mengharuskannya manakala mazhab Maliki berpendapat makruh dan ulama Saudi kata bid’ah (haram).
Pendapat jumhur ulama iaitu mazhab Syafie , Hambali dan Hanafi lebih kuat pandangannya dan menjadi pilihan berdasarkan hujah-hujah berikut:
- Tiada nas yang melarang baca al-Quran di kubur. Maka ianya diharuskan secara umum berdasarkan nas-nas yang menyuruh kita membaca al-Quran
- Nabi Muhammad SAW meletakkan pelepah pada dua kubur yang diazab penghuninya dan Nabi SAW bersabda:
لعله يخفف عنهما، ما لم ييبسا
Mudah-mudahan diringankan azab mereka berdua selagi belum kering.
(HR Bukhari dan Muslim)
Ibnu Daqiq al-Id berkata:
أخذ بعض العلماء من هذا: أن الميت ينتفع بقراءة القرآن على قبره، من حيث إن المعنى الذي ذكرناه في التخفيف عن صاحبي القبرين هو تسبيح النبات، ما دام رطبا، فقراءة القرآن من الإنسان أولى بذلك
Sebahagian ulama mengambil dari hadis ini : Sesungguhnya mayat mendapat manfaat bacaan di kuburnya yang diambil hadis ini berdasarkan diringankan dua penghuni kubur kerana tasbih tumbuhan (pelepah) selagi mana ianya lembap.
Bacaan al-Quran lagi bermanfaat dari tasbih itu. Antara yg berpendapat sebegini ialah imam Khattabi , Ibnu Mulaqqin dan imam Nawawi dalam syarah sahih Muslim.
- Hadis mauquf diriwayatkan dari Ibnu Umar:
أن أحمد نهى ضريرا أن يقرأ عند القبر، وقال له : إن القراءة عند القبر بدعة، فقال له محمد بن قدامة الجوهري : يا أبا عبد الله : ما تقول في مبشر الحلبي؟ قال : ثقة. قال : فأخبرني مبشر عن أبيه أنه أوصى: إذا دفن، يقرأ عنده بفاتحة البقرة وخاتمتها، وقال : سمعت ابن عمر يوصي بذلك، قال أحمد بن حنبل : فارجع فقل للرجل يقرأ.
Imam Ahmad bin Hambal melarang seorang buta membaca al-Quran di kubur. Imam Ahmad pun berkata,”Sesungguhnya membaca al-Quran di kubur itu bid’ah. Lalu Muhammad bin Quddamah al-Jauhari bertanya kepada imam Ahmad “Apa pandangan kau terhadap Mubasyir al-halabi?”
Beliau menjawab “Seorang thiqah (diterima hadisnya).” Lalu Muhammad berkata “Mubassyir telah memberitahu aku hadis dari ayahnya yang berpesan jika dia dikebumikan bacakan permulaan dan penutup al-Baqarah dan dia berkata “Aku mendengar ibnu Umar berkata demikian. Imam Ahmad pun berkata “Kembali engkau berkata kepada lelaki buta tadi dan suruh dia baca al-Quran di kubur.”
Hadis ini diriwayat Khilal dari Abu Bakr bin Sadqah dengan sanad yang hasan (Imam Nawawi dan al-Hafiz) dan Haithami mengatakan perawi thiqah (majmauz zawaid).
- Telah sabit Nabi SAW solat di kubur dan solat itu mengandungi ayat al-Quran . Hadis yang diriwayatkan Imam Muslim itu menceritakan Nabi SAW solat di kubur seorang wanita (cleaner masjid) Seusai solat Nabi SAW bersabda:
“Sesungguhnya kubur ini dipenuhi dengan kegelapan dan Allah SWT memberi cahaya kubur ini dengan sebab solat ku.
Apa Yang Patut Dibaca?
Ibnu Abidin berkata:
ويقرأ من القرآن ما تيسر له من الفاتحة، وأول البقرة إلى المفلحون، وآية الكرسي، وآمن الرسول، وسورة يس، وسورة الملك، وسورة التكاثر، والإخلاص اثنتي عشرة مرة، أو إحدى
عشرة، أو سبعا، أو ثلاثا
Dan dibacakan di kubur surah al-Fatihah, surah al-Baqarah ayat :1-5, ayat kursi, 2 ayat akhir al-Baqarah , surah Yasin, surah al-Mulk, surah takathur, al-Ikhlas 12, 11, 7 atau 3 kali.
Kesimpulan, perbuatan ini adalah perkara khilaf . Kita di Malaysia majoriti ikut mazhab Syafi’e mengharuskan perkara ini. Malahan sunat hukumnya seperti disebut oleh imam Ramli :
وسن أن يقرأ عنده يعني القبر ما تيسر
Dan sunat baca al-Quran di sisinya iaitu di kubur apa yang termampu. (nihayatul muhtaj)
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI