Maksudnya: Bahawa beliau melihat Abdullah bin al-Harith solat dalam keadaan rambutnya diikat di belakang. Beliau (Ibn Abbas) lantas bangkit dan melepaskan ikatan tersebut. Apabila dia selesai (solat), lantas dia menghadap Ibn Abbas dan berkata: “Mengapa kamu lakukan pada rambutku demikian?” Lalu Ibn Abbas menjawab: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Perumpamaan orang ini (yang solat dengan mengikat rambutnya) seperti orang yang solat sedangkan kedua tangannya diikat ke belakang.” Riwayat Muslim (1129)
Imam al-Munawi Rahimahullah dalam Faidh al-Qadir (7/185) berkata: Perkataan (معقوص) ialah himpunan rambutnya seperti orang yang solat dalam keadaan tangannya terikat kepada dua bahunya, hukumnya adalah makruh. Ini kerana rambutnya jika tidak dibiarkan bebas, tidak jatuh pada lantai atau bumi. Justeru, tidaklah jadi dalam makna syahid dengan semua juzuknya. Samalah seperti kedua tangan yang terikat pada bahunya, tidak terkena bumi ketika sujud. Abu Syamah berkata: Ini ditanggung pada makna ‘العقص’ selepas pintal sebagaimana dilakukan oleh ramai wanita.
Ibn al-Athir Rahimahullah berkata:“Makna hadis ini adalah apabila orang yang solat rambutnya diuraikan (tidak diikat), maka rambut tersebut akan jatuh ke tanah ketika sujud sehingga pemiliknya akan diberikan pahala sujud dengan rambutnya. Namun, apabila rambutnya diikat, jadilah ia termasuk dalam makna orang yang tidak sujud. Ia diumpamakan dengan orang yang terikat kedua tangannya, kerana kedua tangan tersebut tidak dapat menyentuh tanah ketika sujud (sepertimana rambut yang diikat ke belakang tidak dapat menyentuh tanah ketika sujud).” (Lihat al-Nihayah fi Gharib al-Hadith, 3/275)
Ads
Di dalam kitab Nail al-Authar disebut: “Hukum ini (larangan mengikat rambut ketika solat) adalah khusus bagi lelaki, tidak bagi wanita. Kerana rambut mereka (para wanita) adalah aurat, wajib ditutup di dalam solat. Apabila mereka melepaskan ikatan rambut, boleh jadi rambutnya terurai dan sukar untuk menutupnya sehingga membatalkan solat. Dan juga, ia akan menyulitkannya apabila perlu melepaskan rambut ketika hendak solat.
Nabi SAW sendiri telah memberikan keringanan kepada kaum wanita untuk tidak melepaskan ikatan rambut mereka ketika mandi wajib, sedangkan (hal ini) sangat perlu untuk membasahkan seluruh rambut mereka ketika mandi tersebut.”
Ads
Oleh itu, jika jemaah perempuan mengikatnya dalam sanggul, maka dibolehkan. Dalam permasalahan lelaki mengikat rambut, perlu dilihat, adakah sampai kepada tahap tasyabbuh (penyerupaan) kepada wanita atau tidak. Jika tasyabbuh dengan perempuan, maka seeloknya, hendaklah ditinggalkan. Panjang yang dihadkan yang tidak sampai kepada had keperempuanan.
Solat mereka tetap sah tetapi hukumnya makruh tanzihi bagi lelaki. Semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dalam melaksanakan agama-Nya. Aamiin.
Sumber kredit: Mufti Wilayah Persekutuan. Sahibus Samahah Dato’ Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
https://www.youtube.com/watch?v=iEtahr65YW0
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Viral mengenai tindakan model wanita berpakaian pengantin mengambil gambar di sebuah perkuburan bukan Islam di Batu Pahat Johor.
Malah kisah ini turut mengundang kemarahan netizen kerana dianggap tiada menjaga sensitiviti umat Islam dan seolah-olah mempersenda penganut agama lain.
Perkara ini turut mendapat perhatian Mufti Pahang, Datuk Dr Abdul Rahman Osman yang memberi pandangan mengenai perkara ini.
Menurut beliau, tiada larangan mengambil gambar di mana saja selagi tidak mendedahkan aurat dan melanggar syariat Islam.
Namun tambanya lagi, biarlah suasana gambar itu diambil tidak menjadi penyebab fitnah.
Malah sebagai Muslim penting untuk menjaga tingkah laku dan adab terutama ketika berada di tanah perkuburan Islam atau penganut lain.
“Di mana-mana saja boleh bergambar kerana tiada larangan dalam soal itu dengan syarat tidak nampak seperti memburukkan Islam atau merestui kepercayaan agama lain.
“Bagaimanapun, jika aktiviti itu cenderung membawa fitnah, lebih baik dielakkan.
“Ini kerana kita dituntut menjaga adab dan perbuatan termasuk ketika berada di kawasan perkuburan bukan Islam kerana Rasulullah sendiri menghormati penganut agama lain,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Portal Harian Metro turut melaporkan mengenai permohonan maaf pemilik butik, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26, yang mengakui kesilapannya memuat naik gambar dan mengadakan sesi fotografi di kawasan perkuburan bukan Islam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ketika pulang dari kerja, Syafiqah segera masuk ke biliknya dan mengambil putik kapas kerana bahagian telinganya terlalu gatal. Sedang asyik mengorek telinga dengan putik kapas, suaminya menegur.
“Mana boleh korek telinga waktu puasa-puasa ni sayang…batal puasa.”
Terus Syafiqah menghentikan perbuatannya mengorek telinga dengan putik kapas.
Persoalannya, benarkah mengorek telinga boleh membatalkan puasa? ni penjelasannya.
Soalan: Antara perkara yang menyusahkan masa puasa ialah apa yang diberitahu bahawa korek telinga membatalkan puasa. Begitu juga titik ubat di mata. Kalau kita gatal telinga, ataupun pedih mata maka memang susah. Betulkah batal?
Jawapan:
1. Antara anggapan yang salah ialah menyatakan semasa puasa tidak boleh ataupun membatalkan puasa memasukkan apa-apa benda ke dalam mata, telinga dan mulut, sekalipun bukan makanan dan minuman. Ini menyebabkan mereka yang gatal telinga ataupun hidung menderita sepanjang hari berpuasa. Ia berlawanan dengan sifat Islam yang mudah.
2. Ada yang melarang bercelak kerana bimbang masuk ke dalam rongga. Pegangan ini asalkan berasas riwayat kenyataan Ibn ‘Abbas:
الْفِطْرُ مِمَّا دَخَلَ وَلَيْسَ مِمَّا يَخْرُجُ
“Membatalkan puasa itu apa yang masuk, bukan apa yang keluar” (riwayat Ibn Abi Syaibah, sahih).
Namun, itu merupakan ulasan Ibnu ‘Abbas kepada mereka yang berbekam bagi menunjukkan ia tidak membatalkan puasa.
‘Apa yang masuk’ bermaksud makanan ataupun minuman ataupun yang mempunyai fungsi yang sama seperti makanan dan minuman yang masuk ke dalam jasad. Jika sekadar alatan tertentu maka ia tidak termasuk dalam maksud ini. Jika tidak mereka yang memasukkan berus gigi ataupun kayu sugi ke dalam mulut, ataupun berkumur semasa puasa tentu dianggap batal puasanya.
3. Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah (meninggal 728H) dalam Majmu al-Fatwa, setelah menyebut tentang khilaf ulama, beliau menjelaskan puasa merupakan amalan setiap muslim. Jika perbuatan seperti bercelak yang memang diamalkan secara meluas semasa zaman Nabi itu membatalkan puasa, tentu baginda s.a.w akan menerangkannya. Juga tentu para sahabat akan bertanya mengenainya. Namun apabila tiada hadis sahih tentang hal itu, maka menunjukkan memakai celak tidak membatalkan puasa. Demikian juga tentang mencium wangian, menyapu minyak di badan dan seumpamanya.
4. Maka korek telinga ataupun hidung, menggunakan eye drops yang sedikit dan tidak menyebabkan ia mengalir ke kerongkong adalah dibolehkan. Demikian juga memakai minyak rambut dan minyak urut sekalipun sifat minyak itu mudah meresap ke dalam kulit.
Sumber: DrMaza.com
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Menjadi tanggungjawab seorang anak untuk mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kedua ibu bapanya tidak kira di mana mereka berada.
Namun ada persoalan, bagaimana pula dengan status doa bagi anak yang tidak sah taraf atau ada yang lahir tanpa ikatan sah kedua-dua ibu bapanya. Adakah doa mereka ini akan diterima oleh Allah?
Dalam persoalan ini, Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin memberikan jawapannya. Menurut beliau anak itu dianggap tidak berdosa. Maka dia boleh sahaja mendoakan kebaikan untuk orang tuanya.
“Anak luar nikah itu tidak berbapa dan hanya beribu sahaja. Maka hadis ‘Dan anak soleh yang mendoakannya’ hanya merujuk kepada si ibu.
“Adapun bapa tirinya (sekiranya pasangan zina itu berkahwin) maka dia bukan bapa bagi anak luar nikah itu.
“Dalam hal ini, maka jelas kepada kita bahawa anak itu sekiranya ia soleh dan ikhlas mendoakan kebajikan ibunya maka tiada sebab untuk Allah tidak memakbulkan doanya,” jawabnya.
Ustaz Riza Kamaruddin
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?