Indahnya poligami, bukan saja sanggup berkongsi kasih, dua isteri ini tetap setia di sisi walaupun suami mereka terlantar sakit. Benarlah hidup bermadu ini bukanlah mudah, namun dua wanita hebat ini mampu melaluinya dengan baik.
Biarpun kini sang suami diuji dengan kesihatannya, mereka berdua tetap setia malahan bertolak ansur apabila salah seorang perlu keluar mencari rezeki.
Manakala seorang lagi perlu duduk di rumah untuk menguruskan suami dan rumah tangga. Kagum sungguh!
“Mereka berdua ibarat nyawa saya… hidup dan mati saya,” kata Maaroof Noordin, 58, menggambarkan kasihnya terhadap isteri, Noraini Ishak dan Eff Rizam Abd Ghafar, masing-masing berusia 42 tahun.
Kedua-dua isterinya itu, Noraini dan Eff Rizam bukan sahaja mampu berkongsi kasih dengan Maaroof malah kini setia menjaganya yang terlantar sakit, meskipun dalam keadaan hidup mereka dihimpit kesusahan.
Bukan Saja Berkongsi Kasih
Jelas Maaroof, kehidupan mereka bertiga berubah selepas dia kehilangan kaki kirinya akibat penyakit kencing manis pada Oktober lalu sekali gus tidak lagi mampu meneruskan pekerjaannya sebagai tukang rumah.
Ads
“Kini isteri kedua (Eff Rizam) terpaksa menggalas tugas menyara keluarga bekerja sebagai tukang kebun di sebuah kilang di Gebeng dengan pendapatan RM1,500 sebulan.
“Isteri pertama (Noraini) pula menguruskan rumah termasuk menjaga keperluan saya,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di Kampung Cherating Lama, di sini, hari ini.
2 Isteri Ini Tetap
Bercerita tentang perkahwinannya dengan kedua-dua isterinya itu, ungkap Maaroof, dia berkahwin dengan isteri pertama sejak 2007 dan kini sudah hampir lima tahun berpoligami, namun tidak dikurniakan anak bersama kedua-dua isterinya itu.
Sementara itu, Eff Rizam berkata, dia dan madunya sudah membahagikan tanggungjawab masing-masing selepas suaminya terpaksa dipotong kaki kerana penyakit kencing manis.
Setia Di Sisi
“Namun dengan pendapatan sekarang memang tidak mencukupi malah sewa rumah dan bil api air juga sudah dua bulan tertunggak.
Ads
“Untuk kos rawatan suami termasuk barang keperluan dan kos ulang alik ke hospital sahaja sudah mencecah RM600 sebulan,” katanya.
Terdahulu, nasib keluarga terbabit mendapat perhatian badan bukan kerajaan (NGO) Amal Team yang memberikan sumbangan berupa katil, kerusi roda serta barangan keperluan harian termasuk makanan.
Walaupun Suami Terlantar Sakit
Pemudah Cara Amal Team, Jamilah Salleh berkata, selain bantuan awal yang diberikan, pihaknya juga telah memanjangkan kes berkenaan kepada Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang untuk bantuan selanjutnya.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga Maarof bersama isterinya, Noraini dan Effa Rizam boleh menghubungi talian 016-800 6507 untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Bagi yang ingin menyalurkan sumbangan pula boleh berbuat demikian melalui pindahan wang ke akaun Bank Simpanan Nasional 11111 41000 296605 atas nama Maaroof Noordin.
Pagi tadi kemenangan berpihak kepada Siti Nor Hidayah Mohd Ali, isteri arwah Abam Bocey apabila mahkamah memerintahkan Ali Puteh membayar RM60,000 kepada bekas kakak iparnya itu selepas memuat naik hantaran menghina di instagram.
Dalam perkongsian di instagramnya hidayah_hamzahh, isteri arwah mengucapkan syukur di atas kemenangan ini.
Tulisnya :-
Alhamdulillah syukur pada Allah kes saman. Hakim putuskan kemenangan kepadaku Hidayah Hamzah syukur pada Allah..terima kasih kepada Peguam kami, Mak, Abah,Anakku hamzah, adik beradik famili & rakyat Malaysia yang mendoakan kami sekeluarga. Aamin2….
Dalam pada itu semasa keputusan penghakimannya, Hakim Mahkamah Sesyen Zulqarnain Hassan berkata, pihak yang mengejar harta bukannya isteri arwah (Abam Bocey) sebaliknya plaintif-plaintif,” kata di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat.
Dipetik dari Sinar Harian, beliau berkata demikian ketika keputusan prosiding kes saman fitnah membabitkan keluarga Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan terhadap Siti Nor Hidayah Mohd Ali selaku defendan.
Dalam kes itu, ibu, Allahyarham Sabariah Arshad; bapa, Syed Mohd Ridzuan Syed Hassan; kakak, Sharifah Nor Wahidah Syed Mohd Ridzuan dan Ali Puteh dinamakan masing-masing plaintif pertama hingga keempat.
Ketika membaca keputusan penghakimannya, Zulqarnain berkata, setelah meneliti semua keterangan saksi dan hujahan peguam, mahkamah berpuas hati bahawa pihak yang mengejar harta ialah bukannya defendan sebaliknya plaintif-plaintif.
Katanya, ia jelas pada hari kedua Abam atau nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia, ahli keluarga plaintif adalah pihak yang mengajak Siti Nor Hidayah untuk berbincang mengenai harta arwah.
“Malah telefon arwah diambil oleh Ali Puteh manakala beg duit arwah diambil (arwah) ibunya.
“Perbuatan itu seolah-olah tidak memahami kesedihan isteri arwah yang juga dalam dilema sedang memikirkan bagaimana untuk mengharungi masa depan dan membesarkan anak yang masih kecil,” katanya.
Beliau berkata, mahkamah berpuas hati persekitaran dan keadaan pada masa berkenaan amat menyedihkan bagi isteri Allahyarham dan dia berada dalam keadaan tertekan.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Memang sedih kehilangan insan tersayang sekelip mata. Belum puas bermanja, orang yang kita sayang pergi meninggakan dunia fana ini.
Namun mengenang segala amalan baiknya ketika hidup menjaadikan kita reda dengan apa yang berlaku.
Seperti perkongsian kisah kematian remaja berusia 21 tahun, arwah Muammar Ashraf Ahmad Faizul yang boleh dijadikan teladan untuk kita yang masih hidup.
Dikatakan majlis pengebumian arwah pada Jumaat lalu berjalan begitu lancar dengan diiringi ribuan orang dari dekat atau jauh termasuk guru yang mendidiknya, rakan pengajian, kenalan serta penduduk setempat.
Menurut bapanya, Datuk Ahmad Faizul Ghazali, berkata arwah yang merupakan anak ketiga daripada sembilan beradik itu memiliki sifat yang sangat istimewa.
Selain sering menjalankan tugas ibarat dirinya adalah anak sulong, bapanya berkata antara amalan yang sering dilakukan oleh Muammar ketika hayatnya adalah arwah sering bangun malam bagi menunaikan solat taubat dan hajat bagi keselamatan mereka sekeluarga.
“Bukanlah tujuan saya berbangga mendedahkan sifat anak kepada khalayak bagi saya semua orang ada kebaikan masing-masing cuma ini lebih kepada inspirasi, dakwah dan teladan sekali gus menjawab pertanyaan (kebaikan Muammar) diajukan kepada kami sebelum ini.
“Muammar adalah seorang anak yang sangat penyayang kepada orang tua, ibu bapa dan adik-beradiknya, malah kasih sayangnya dan peranannya seperti anak sulung.
“Rutinnya, dia sering bangun malam menunaikan solat taubat dan hajat untuk keselamatan kami semua,” katanya.
Anak ketiga dari sembilan beradik.
Tambahnya bapanya lagi, Muaamar juga dilihat lebih suka berkawan dengan orang terbuang (yang tidak dipandang atau dijauhi orang lain) dan itu caranya memuliakan serta memberikan sokongan terhadap orang itu.
“Arwah juga amat penyayang dengan haiwan seperti ular, kucing dan burung seboleh mungkin dia akan cuba mencari jalan untuk membantu,” katanya lagi.
Menceritakan keadaan jenazah arwah anaknya itu, bapa berusia 44 tahun ini menyifatkan ia sebagai satu pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata
Mana tidaknya, ketika ingin memandikan jenazah, kelihatan wajah Muammar yang juga merupakan penuntut Maahad Tahfiz Al-Quran Pandang Rengas, Kuala Kangsar sangat suci dan bersih malah seperti sedang tidur nyenyak.
Perkongsian sebelum kehilangannya.
“Keadaan jasad Muammar suci bersih. Wajahnya sangat tenang seperti tidur nyenyak.
“Urusan pengebumiannya sangat lancar dan cepat serta dipimpin seorang tokoh al-Quran dari Syria, Syeikh Mustofa Zaidan yang turut bersama sejak awal lagi.
“Kehilangannya memang tiada galang ganti dan suatu kehilangan besar buat kami, tetapi kami sangat terharu mengenangkan cara dia pergi dengan segala kurniaan Allah ini sedikit sebanyak membaluti segala kedukaan kami semua.
“Kami reda dan menganggap ada hikmahnya mudah-mudahan dapat menumpang syafaat darinya,” katanya yang sedar beberapa perubahan ketara sebulan sebelum pemergiannya.
Dalam perkahwinan, setiap pasangan pasti mengimpikan kebahagiaan dan kesetiaan hingga ke akhir hayat. Namun, apabila si suami menyuarakan hasrat untuk berkahwin lagi, emosi isteri...