Seperti yang kita Tahu, masuknya bulan Ramadan Allah menjanjikan ganjaran berlipat ganda kepada seluruh umatNya.
Malah pada bulan mulia inilah ramai yang berlumba-lumba untuk melakukan kebaikan dan mengumpul pahala sebanyak mungkin sebelum berakhirnya Ramadan.
Jadi sebaik kita bangun untuk sahur teruskan hingga waktu berbuka puasa untuk melipatgandakan pelbagai bentuk amalan dalam mengumpul pahala berterusan.
Seperti perkongsian pengguna laman sosial twitter menggunakan nama akaun @tufairies yang memberitahu 13 perkara dibuat bermula azan Subuh sehinggalah sebelum bangun dari tikar sejadah.
Ads
– Solat sunat sebelum Subuh 2 rakaat. Ia lebih baik dari dunia dan seisinya [Al-Hadith].
– Solat Subuh berjemaah. Ia 27 kali ganda lebih baik daripada solat bersendirian [Al-Hadith].
Ads
– Isitighfār paling kurang 3 kali. Rasulullah SAW beristighfār tidak kurang daripada 70 kali sehari semalam [Al-Hadith].
– Membaca ‘Allāhumma ajirnā minannār’ sebanyak 3 kali.
– Membaca ‘Allāhumma antassalām wa minkassalām wa ilaika ya’ūdussalām hayyinā rabbanā bissalām wa adkhilnal jannata dārassalām tabārakta rabanā wa ta’ālaita yā zal jalāli wal ikrām’ sebanyak sekali.
– Membaca Surah Al-Fatihah sebanyak sekali.
– Membaca ayat Kursi sebanyak sekali.
– Membaca ‘Subhänallāh’ sebanyak 33 kali.
– Membaca ‘Alhamdulillāh’ sebanyak 33 kali.
– Membaca ‘Allāhu akbar’ sebanyak 33 kali.
– Membaca ‘Lā iläha illallāhu wahdahū lā syarīka lah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alā kulli syai in qadīr’ sebanyak sekali. Allah akan ampunkan dosa walau sebanyak buih di lautan [Al-Hadith].
Ads
– Berdoa.
– Membaca ‘Subhānallāhi wa bihamdihī subhānallāhil ‘azīm’ sebanyak 3 kali. Ia akan memberatkan neraca amalan kita di akhirat [Al-Hadith].
Selepas itu barulah bangkit dari tikar sejadah untuk buat apa saja urusan harian.
Amalkan ketika berseorangan.
Amalkan juga ketika bersama keluarga.
Ajarkan semua ini step by step kepada isteri dan anak-anak. Nanti bila sudah tidak bersama, masing-masing boleh amalkan.
Semoga anda semua dapat ilmu yang bermanfaat hari ini. InsyaAllah.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Perkembangan teknologi digital hari ini membolehkan sesiapa sahaja bertindak seperti wartawan di lokasi bagi sebarkan gambar orang meninggal dunia dan dan ‘berita’. Apa sahaja yang difikirkan akan menarik perhatian pengguna sosial media, maka ‘berita’ tersebut akan dimuat naik dengan harapan boleh menjadi viral dan sensasi.
Salah satu ‘berita’ yang kerap kita lihat ialah keberanian mereka memuat naik gambar mayat atau jenazah dalam keadaan yang mengerikan atau yang mengaibkan. Di sini orang ramai perlu maklum apa yang boleh dan tidak dilakukan.
Assalamualaikum W.B.T. Sesetengah masyarakat kita yang gemar mengambil dan menyebarkan gambar mangsa kemalangan atau kes tertentu di media sosial, apakah hukum perbuatan ini dari perspektif agama?
Jawapan:
Sabda Nabi Muhammad S.A.W:
لايؤمنأحدكمحتىيحبلأخيهمايحبلنفسه Maksudnya: “Tidak beriman seseorang daripada kamu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”. (Riwayat al-Bukhari: 13 dan Muslim:45)
Berdasarkan hadis di atas, jelaslah bahawa seorang muslim hendaklah menyukai segala kebaikan yang diperoleh oleh saudara muslim yang lain sebagaimana dia menyukai kebaikan itu untuk dirinya, dan membenci segala keburukan yang menimpa saudara muslim yang lain sebagaimana dia membenci keburukan itu menimpa dirinya.
Oleh itu hendaklah seseorang muslim berlaku ihsan dan berbuat baik kepada saudara semuslim-nya yang lain, menutup segala keaibannya serta menjaga hak-hak ke atas mereka (sesama muslim).
Justeru, pada asasnya perbuatan menyebarkan gambar mayat si mati adalah haram dan bercanggah dengan moral dan akhlak Islam kerana hal tersebut boleh membuka aib si mati dan menyakiti hati keluarga waris.
Islam sangat menitikberatkan kewajipan seseorang Islam terhadap saudaranya yang lain iaitu antaranya menjaga nyawa, harta dan kehormatan diri sebagaimana sabda Nabi S.A.W:
كُلُّالْمُسْلِمِعَلَىالْمُسْلِمِحَرَامٌ،دَمُهُ،وَمَالُهُ،وَعِرْضُهُ Maksudnya: “Hak setiap muslim ke atas muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya”. (Riwayat Muslim: 2564)
Berdasarkan hadis di atas, ia menunjukkan kewajipan seseorang muslim terhadap saudaranya yang lain maka haram ke atasnya untuk menumpahkan darah saudara muslim yang lain, mencerobohi hartanya seperti mencuri atau merompak atau menipu dalam urusan jualbeli, dan hendaklah menjaga kehormatan dirinya iaitu tidak boleh menghina sifatnya atau rupa paras atau keturunannya kerana hal itu boleh menjatuhkan kehormatannya dan hendaklah memelihara kemuliaan dirinya. (Rujuk: Al-Adab al-Nabawi, 1/137).
Firman Allah S.W.T:
….ولقدكرمنابنيآدم Maksudnya: “Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak Adam…..”. ( Surah al-Isra’ : 70)
Ayat di atas menunjukkan Allah S.W.T. memuliakan manusia samada semasa hidup atau matinya. Dan tidak syak lagi apa yang diharamkan oleh seseorang muslim ke atas saudaranya ketika hidup sama seperti pengharamannya setelah meninggal dunia.
Oleh itu, berdasarkan dalil-dalil di atas wajib ke atas kita untuk beradab dan memuliakan saudara muslim yang lain samada ketika hidup ataupun setelah meninggal dunia. Segala perkara yang boleh membawa kepada pencerobohan nyawa, harta dan kehormatan diri seseorang muslim adalah haram dan dilarang di sisi agama kita yang mulia.
Selain itu, perbuatan menyebarkan gambar mayat yang kurang elok atau tidak menutup aurat adalah suatu bentuk pendedahan aib dan ia merupakan suatu perkara yang ditegah dalam agama. Malah tiada khilaf dalam kalangan para ulama’ bahawa wajib menutup aurat jenazah. (Rujuk: Hasyiyah al-Dasuqi, 1/408).
Sehinggakan para ulama menitikberatkan hendaklah dijaga aurat dan aib si mati sekalipun ketika urusan memandikan jenazah.
Berkata Imam al-Nawawi: “Dan disunatkan agar ditutup mayat (ketika memandikan jenazah) daripada orang lain, kerana berkemungkinan terdapat pada badannya itu suatu aib yang beliau menutupinya dahulu (ketika dia hidup), dan boleh jadi terdapat badannya itu suatu tompokan darah, lalu disangka oleh orang yang melihatnya itu sebagai suatu hukuman baginya (mayat itu).” (Rujuk: Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 5/154).
Riwayat Abu Daud (3140), Ibnu Majah (1460)
Apatah lagi sekiranya keadaan mayat tersebut mengaibkan seperti tertanggal anggota dari badan, terburai jasad dan sebagainya maka itu boleh membuka aib si mayat tersebut. Jelaslah bahawa perbuatan seperti ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan dilarang tegas oleh agama.
Oleh itu, berdasarkan dalil-dalil di atas jelaslah bahawa wajib ke atas kita menutup aurat dan aib seseorang sekalipun orang tersebut telah meninggal dunia.
Malah wajib hukumnya bagi seorang muslim menutup apa juga yang tidak disukai oleh seseorang ketika hidupnya.
Barangsiapa yang melakukan sebarang perbuatan yang mendedahkan aurat dan aib si mati maka dia telah tergolong dalam golongan yang mencerobohi maruah saudara muslimnya yang lain dan ianya termasuk dalam perkara yang dibenci oleh Allah dan RasulNya.
Kesimpulan:
Perbuatan menyebarkan mayat orang yang meninggal dunia adalah haram kerana ia boleh mendedahkan aib si mati dan menyakiti hati keluarga waris.
Tambahan pula, sekiranya keadaan mayat yang agak tidak sempurna seperti terdedah aurat, tertanggal anggota tubuh dari badan maka haram menyebarkan gambar tersebut kerana Islam melarang umatnya mendedahkan aurat dan hal tersebut boleh menjatuhkan kehormatan si mati.
Selain itu ia boleh mendatangkan trauma kepada keluarga si mati dan boleh mengundang pelbagai perkara yang tidak diingini. Justeru, perbuatan menyebarkan gambar mayat perlu dihentikan kerana ia bercanggah dengan etika, moral dan akhlak Islam.
Di samping itu, individu yang melakukan perbuatan ini juga harus diambil tindakan tegas agar fenomena ini tidak berleluasa dalam masyarakat.
Wallahu a’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Ingin berubah bukan sekadar menutup aurat.’ Julia Farhana cuba jaga pertuturan, bersihkan hati dan jaga solat. Malahan tindakan selebriti ini memadam semua gambar tidak berhijab di akaun Instagramnya juga harus dipuji.
Benarlah bila sampai waktu dan ketika, manusia akan berubah menjadi lebih baik dengan izin Yang Maha Esa. Paling penting kita sentiasa berusaha menjadi manusia yang lebih baik.
Memetik laporan Harian Metro, pelakon, Julia Farhana Marin, 28, mengakui hatinya berasa sangat tenang dan lebih dekat dengan Allah SWT sejak mula bertudung beberapa hari lalu.
Menurut pelakon berdarah kacukan Melayu-Itali ini, dia memutuskan untuk bertudung tanpa paksaan atau permintaan daripada sesiapa pun.
Bukan Sekadar Menutup Aurat
“Alhamdulillah, saya ikhlas bertudung kerana Allah. Pada mulanya, saya berniat untuk bertudung pada bulan Ramadan yang bakal tiba nanti.
‘Tetapi akhirnya saya putuskan untuk terus mengenakan tudung dari sekarang. Doakan saya untuk terus kekal istiqomah dengan penampilan baru ini,” katanya.
Julia Farhana Cuba Jaga Pertuturan
Dalam masaa yang sama, tambah pelakon filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang itu, suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum, 32, paling banyak memberi dorongan kepadanya untuk berubah dan mendalami agama Islam sebelum mereka berkahwin lagi.
“Suamilah orang yang paling gembira bila melihat penghijrahan saya ini. Saya bersyukur kerana suami sangat memahami dan dia tidak pernah letak syarat untuk bertudung bila sudah berkahwin. Semuanya berlaku secara berperingkat bermula dari pakaian.
“Suami banyak memberi bimbingan dari segi tanggungjawab sebagai wanita Islam dengan menutup aurat, menjaga solat lima waktu dan membaca al-Quran,” katanya.
Bersihkan Hati & Jaga Solat
Mengulas mengenai gambar lamanya ketika belum bertudung, Julia berkata, dia sudah memadam semuanya di Instagram.
“Saya putuskan untuk memadam semua gambar tidak bertudung kerana tidak mahu ia membawa kembali ke zaman silam.
“Saya mahu berubah bukan sekadar menutup aurat saja, tetapi dari pelbagai aspek lain seperti pertuturan, bersihkan hati, menjaga solat dan hubungan dengan orang sekeliling,” katanya.
Dari anak kecil hingga mereka dewasa, ibu ayah bekerja keras untuk menyara mereka. Dan akan sampai satu masa mereka tidak lagi mampu bekerja mengharapkan ehsan anak-anak untuk meneruskan sisa kehidupan.
Inilah juga masa untuk anak-anak membalas budi dan pengorbanan yang dilakukan oleh orang tua membesarkan mereka.
Namun begitu realitinya tidak semua anak mampu menyediakan belanja atau nafkah kepada orang tua ini kerana hidup dalam kesempitan wang.
Dalam satu keadaan ada juga anak yang mempertikaikan tanggungjawab memberi nafkah atau menyara orang tuanya kerana masih ramai adik beradik yang lain.
Mengupas tentang nafkah untuk ibu bapa ustaz Azhar Idrusada memberi penjelasan tentang sejauh mana anak perlu beri nafkah kepada ibu ayah yang miskin dan hidup susah.
Apabila kedua ibu bapa itu tidak mampu lagi menyara kehidupan, miskin mereka maka wajib atas sekalian anak-anak mengeluarkan belanja nafkah keduanya dengan ijmak ulamak.
Ertinya : “Telah ijmak sekalian ulama atas bahawasanya nafakah kedua ibu bapa yang fakir keduanya yang tiada pekerjaan dan tiada harta wajib atas harta anak.” (Kitab Al-Isyraf)
Oleh kerana itulah apabila anak-anak kaya dan kedua ibu bapa miskin tidak boleh dikeluarkan zakat anak-anak kepada kedua ibu bapa dari kerana telah wajib atas anak-anak ketika itu mengeluarkan belanja nafkahnya.
Ertinya : “Dan tiada diberikan dari zakat bagi kedua ibu bapa dan tiada juga diberikan zakat kepada anak. Telah berkata Ibnu Al-Munzhir : Telah ijmak ulamak atas bahawa zakat tidak harus diberikan kepada dua ibu bapa pada ketika anak-anak menampung atas dua ibu bapa dengan memberi nafkah.” (Kitab Al-Mughni)
Dan tempat wajib anak-anak menanggung nafkah ibu bapa itu dengan syarat ibu bapa itu miskin dan anak-anak itu orang yang senang.
Maka jika kedua ibu bapa tidak mempunyai sedikit pun dari belanja maka wajib atas anak memberi semua belanja yang diperlukan.
Dan jika ibu bapa mampu mendapatkan separuh belanja maka wajib atas anak menampung kekurangan yang separuh lagi.
Jika ada dua orang anak maka masing-masing wajib mengeluarkan separuh.
Kesimpulannya wajib atas sekelian anak mengeluarkan belanja nafaqah hidup dua ibu bapa yang miskin dan jika anak-anak sengaja tidak memberi belanja tersebut maka anak-anak itu berdosa.
Menjadi kebiasaan bila tiba perayaan tahun baru Cina, kaum Melayu turut meraikannya. Terutama bila ada ramai kalangan sahabat berbangsa Cina.Bukan sekadar ada makan-makan tapi...