
Isi Kandungan
ToggleWalaupun kehadiran Syawal lambat lagi, tetapi tidak salah untuk kita membuat persiapan lebih awal membuat biskut raya.
Maklumlah banyak waktu terluang di sebelah siang setelah selesai melakukan ibadah tertentu. Dan petang pula untuk menyediakan juadah berbuka.
Jadi apa kata kita mulakan minggu membuat biskut yang sangat mudah dan dekat di hati kita, iaitu biskut Cornflakes.
Cara paling mudah dan biskut Cornflakes ini sejak zaman mak-mak kita lagi menjadikan ia biskup raya wajib ada di setiap rumah.
Perkongsian resipi ini di laman sosial Facebook oleh Shahira Sharif untuk membuat biskut ini dengan bahan yang mudah untuk didapati.
Biskut raya yg sgt hot…cepat betul habisnya..kebetulan bahan2 pun ada jd kite buat lg…cornflakes crunchy…
Resepi cornflakes crunchy cookies
– 1 3/4cwn tepung gandum (1 cawan + 3/4 cawan)
– 1/4 cwn tepung jagung
– 1/2 sudu teh baking powder
– 2 cawan cornflakes ramas kasar
– 200g butter (suhu bilik)
– 3/4 cwn gula kastor
– 1 biji kuning telor
cara cara
Gula dan butter di pukul dalam 5 minit… Boleh guna whisk dan masukkan telor
Kemudian masukkan Campuran tepung dan cornflakes serta Baking powder n gaul sebati.
Panaskan oven terlebih dahulu 170 selama 10 mnt
Sapu nipis permukaan loyang dengan butter
Sudukan sedikit adunan pada loyang dan buat sampai habis..adunan yg belum buat tutup ye utk elakkan cornflakes lemau..
Bakar selama 15-20 minit guna api atas bawah…
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Lelaki Berkahwin Kena Jaga Adab Sebagai Suami Orang. ‘Bila Buat Kerana Allah, Dapat Pahala.’

Isi Kandungan
ToggleLelaki berkahwin kena jaga adab sebagai suami orang. Jangan sesekali lupa diri dan menganggap boleh lakukan apa saja seperti sebelum berkahwin.
Bila berkahwin, hati isteri adalah keutamaan buat suami. Tidak bermakna perlu berubah, namun letakkan had bila bergaul dengan wanita lain.
Bukan takut bini tetapi lakukan perkara ini demi menjaga hubungan yang baik dengan isteri. Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin dan hadam-hadam baik peringatannya ini:
Artikel Berkaitan:
Untunreka Yang Sudah Berkahwin, Ini Kelebihannya Bila Anda Sudah Ada Pasangan Hidup
Lelaki Berkahwin
Terjaga hati si isteri selagi terjaganya adab sebagai suami orang…
Adab sebagai suami orang ini, tak boleh sesaja hendak menyembang dengan mana-mana perempuan secara membabi buta. Kena fikir panjang, malah kena fikir sebab musabab kenapa perlu nak sembang…
“Atas alasan apa…”
Kena Jaga Adab
Kalau tak nampak sebab atau tak ada kepentingan serta keperluan pun untuk bersembang dengan perempuan lain, maka jangan sembang…
Diam, buat hal sendiri dan juga buat kerja sendiri. Biar nampak sombong tak apa lagi daripada nampak ramah macam YB (Yang Berhormat)…
Sentiasa hendak ambil tahu tentang orang lain daripada orang rumah sendiri…
Sebagai Suami Orang
Suami orang kena jaga adab bergaul, yang ini adab paling penting. Ada had, juga ada batas dan ada etikanya untuk berkawan, melayan, menyembang dan sebagainya dengan perempuan lain…
Seringkali kita sebagai suami, terbabas dengan perkara ni. Kita lupa adab itu, lupa akan perbuatan itu boleh menyebabkan isteri sakit hati, terasa hati. Kita melebihi batasan yang telah ditetapkan…
Jaga adab, maka yang lain-lain akan terjaga dengan sendirinya…
Baca Di Sini:
Buatlah Kerana Allah, Dapat Pahala.’
Posting ini mendapat reaksi positif daripada warganet dan menganggap tak kiralah suami atau isteri kenalah jaga batas serta adab selepas berkahwin demi keharmonian dalam rumah tangga.
Hasniza Ibrahim
Dua-dua pihak kena jaga. Dalam menjaga keharmonian rumah tangga ini bukan saja kerja seorang. Kena dua-dua pihak yang jaga baru rumah tangga boleh aman dan harmoni…Nur Yani
Tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi. Kalau rasa berlebihan dan melampaui batas, baik jauhkan. Syaitan sentiasa akan menghasut manusia ke jalan sesat. Sekali buat dan kantoi dengan wife atau husband selamanya tidak akan ada rasa percaya itu lagi.Mungkin betul lah orang cakap, walaupun sudah memaafkan, belum tentu dapat melupakan. Semoga kita semua dijauhkan dr perkara2 tidak baik.
Atikah Jamaludin
Suami dan isteri perlu saling menjaga batas pergaulan. Bahasa mudah dia, jaga ikhtilat di tempat kerja atau di mana-mana sahaja kita berada. Jaga ikhtilat tujuan utama kerana Allah, manakala tujuan kedua untuk jaga hati pasangan. Bila buat kerana Allah, pahala pun dapat…
Kashoorga: Masing-masing kena jaga batas, barulah rumah tangga bahagia.
Sumber: Firdaus Shakirin
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Dosa Bulanan Wanita, Sengaja Tangguh Mandi Wajib!
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Ini Panduan Solat Sunat Aidilfitri 2 Rakaat Di Rumah, Lakukan Bersama Ahli Keluarga Untuk Kukuhkan Ukhwah

Tahun ini sambutan Aidilfitri sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya disebabkan masalah COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.
Tiada sambutan seperti selalu dan sembahyang raya juga hanya dilakukan di rumah saja. Namun tidak perlu risau untuk tunaikan solat hari raya kali ini kerana boleh saja dilakukan di rumah secara berjemaah atau bersendirian.

Lebih afdal dapat dulakukan bersama ahli keluarga lain. Dan ini panduan jika mahu lakukannya di rumah.
Niat
Lafaz niat jika dilakukan secara bersendirian
Ini pula lafaz niat jika dilaksanakan secara berjemaah (imam/makmum)
Rakaat Pertama
1. Dimulai dengan takbirratul ihram.
2. Membaca doa iftitah:
3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir tujuh kali dan tasbih enam kali).
Lafaz tasbih adalah seperti ini:
4. Membaca surah Al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah dalam al-Quran (digalakkan juga membaca surah al-A’laa).
Surah al-A’laa
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat kedua
1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Mengangkat tangan dan lafaz takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih (takbir lima kali dan tasbih empat kali).
3. Membaca surah Al-Fatihah.
4. Membaca mana-mana surah al-Quran (boleh juga baca surah al-Kafirun)
Surah al-Kafirun
5. Teruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.
7. Membaca doa.
Khutbah Aidilfitri selepas solat sunat hari raya
Setelah selesai menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri, kita (umat Islam) digalakkan untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib sekiranya solat tersebut dilakukan secara berjemaah.
Rukun khutbah Aidilfitri adalah sebagaimana rukun khutbah solat Jumaat. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.
Artikel Berkaitan: Kelebihan Rajin Lakukan Solat Dhuha Setiap Hari, Rezeki Yang Datang Juga Tak Putus-Putus
SUMBER: KATA USTAZ.COM
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Bahagi Masa Untuk Hafal Al-Quran & Akademik.’ Graduan Hafizah Berjaya Genggam Dua Sijil Serentak, Khatam Dua Kali

Isi Kandungan
Toggle‘Bahagi masa untuk hafal Al-Quran dan akademik.’ Graduan hafizah berjaya genggam dua sijil serentak.
Malah mampu khatam dua kali sepanjang pengajian. Hebatnya gadis ini mampu bahagikan masa untuk belajar dan hafaz Al-Quran.
Artikel Berkaitan: ‘Layak Mengajar Tahfiz Seluruh Dunia.’ Khatam Al-Quran Dalam Masa 17 Jam, Iman Asri Pemegang ‘Syahadah Ula al-Fateh’
Bahagi Masa
Nadia Atifah Mamat, 22, mencatat sejarah menjadi graduan hafizah pertama politeknik apabila dianugerahkan Diploma Pengajian Perniagaan dalam Majlis Konvokesyen Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) kali ke-23 yang berlangsung baru-baru ini.
Lebih membanggakan, anak keempat daripada lima beradik ini juga berjaya khatam hafazan Al-Quran buat kali kedua serta turut menerima Sijil Tahfiz Malaysia daripada Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Untuk Hafal Al-Quran & Akademik
Menurut Nadia, rahsianya berjaya membahagikan masa mengikuti dua pengajian serentak adalah dengan mengenal kemampuan dan kekuatan diri berdasarkan empat pecahan waktu.

“Kaedah ini saya gunakan sejak di bangku persekolahan yang mana kekuatan diri saya dalam hafazan adalah pada waktu pagi dan malam manakala waktu tengahari dan petang untuk akademik,”
“Tidak dinafikan jadual rutin harian kami agak padat berbanding rakan-rakan sepengajian yang lain. Sering kali jadual kami penuh dari 8 pagi hingga 10 malam namun dengan dorongan dan sokongan daripada rakan-rakan dan para pensyarah membuatkan semua terasa ringan, indah dan berbaloi,” ujarnya ketika ditemui selepas majlis yang diadakan di Dewan Al-Jazari PSA.

INFO:
Selain mudah menghafaz, Nadia mampu menghafal empat mukasurat sehari secara konsisten, dia juga merupakan gadis yang unik dan berani. Dalam masa yang sama, berwawasan tinggi.
Jika pelajar tahfiz lain kurang minta menyertai aktiviti kokurikulum seperti sukan dan kebudayaan tetapi cukup berbeza dengan Nadia. Baginya, dia perlu berani cross border sebagai medan dakwah. Dalam erti kata lain, Nadia membawa dakwah islam dalam dimensi berbeza.

Graduan Hafizah Berjaya Genggam Dua Sijil Serentak
Menurut Ketua Jabatan Pengajian Am Haslina Abdullah, para pensyarah mengenali Nadia sebagai seorang pelajar yang berani, kuat tekad untuk mencapai kejayaan dan sangat lancar menghafaz atau istilahnya “masyi” dalam kalangan pelajar tahfiz.
“Beliau sangat komited dengan kelas walaupun semasa sesi tasmik secara dalam talian semasa tempoh pandemik COVID-19. Hatta dalam tempoh latihan industri juga, Nadia akan memastikan dia menghafaz al-Quran sebelum memulakan kerja seawal jam 7.30 pagi,”
Khatam Dua Kali
PSA adalah politeknik pertama yang memperkenalkan program berkembar Diploma Politeknik dan Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM.
“Graduan berkemahiran dan huffaz adalah manifestasi strategi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang digariskan Kementerian Pengajian Tinggi sekali gus melahirkan teknokrat huffaz yang menjadi penggerak pembangunan negara,” ujar Pengarah PSA, Dr. Mohd Zahari Ismail ketika mengulas kejayaan PSA melahirkan generasi kedua graduan Techno Huffaz.
Tahun ini seramai empat graduan Pensijilan Tahfiz al-Quran JAKIM berjaya dilahirkan PSA dengan dua daripadanya diraikan dalam Konvokesyen PSA kali ke-23 yang berlangsung pada 1 dan 2 Oktober 2022.
Seramai 1,684 graduan ijazah sarjana muda, diploma dan sijil daripada Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Perdagangan diraikan dalam majlis konvokesyen kali ini.
Artikel Berkaitan:
Ini Rupanya RAHSIA Sharifah Khasif Hafal Al-Quran, Ayuh Cuba Amalkan!
Pelajar Tahfiz Hanya Memerlukan Senaskhah Saja, Pensyarah Nasihat Hati-Hati Tentang Wakaf Al-Quran
Kashoorga: Tahniah buat Nadia Atifah Mamat dan keluarganya. Satu pencapaian yang membanggakan!
Sumber: Unit Komunikasi Korporat, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI