Setiap hari duduk di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pastinya ada sahaja resipi baru yang mahu dicuba.
Salah satunya adalah pemanis mulut atau dessert yang pasti membuka selera di petang hari iaitu, Sagu Gula Melaka.
Viral perkongsian di laman sosial oleh Nur Aqilah Jufri yang memberitahu cara memasaknya dan tip untuk memastikan sagu yang dimasak jadi sebiji-sebiji, tidak berketul dan melekat.
Ayuh, kita kongsikan resipi mudah ini.
Resepi Sagu Gula Melaka
Bahan -bahan :-
Sagu
Pewarna
1 tin susu cair (pakai santan boleh, pakai susu segar pun boleh cume rasa lain-lain )
2 sudu gula Melaka
1 ketul gula merah
1 helai daun pandan (tak ada pun tak apa)
Secubit garam
1/2 air
Isi jagung (tak ada pun tak apa)
Cara – cara :-
– Masak sagu sehingga kembang (jadi clear).
– Cuci sagu dan letak pewarna & biarkan selama 20 minit & selepas tu cuci lalu bawah air paip je supaya susu tidak bewarna.
– Untuk kuah, masukkan susu cair, air (saya sukat pakai tin susu cair tu juga), gula merah, gula Melaka, daun pandan, jagung & garam. >Biarkan masak seketika.
– Akhir sekali campurkan kuah susu & sagu tu.
*TIPS SAGU*
-Pastikan air betul-betul mengelegak baru masukkan sagu, kalau tidak nanti hancur dan hilang.
-Jangan basuh sagu, kalau basuh nanti hancur.
-Kacau setiap 5 minit supaya sagu tidak berketul.
-Cuci sagu pada air paip & masukkan ke dalam bekas berisi air paip supaya tidak melekat.
-Selepas warna, biarkan dalam 20 minit supaya warna melekat & cuci kembali sagu selepas itu supaya kuah susu tidak bewarna.
-Pastikan penapis dicuci selepas tos sagu, kalau tidak nanti sagu melekat dekat penapis.
#sagugulamelaka #sagujagung #sagusedap
SUMBER: FACEBOOK: NUR AQILAH JUFRI VIA MASAK APA HARI NI
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Sering Jaga Tahajud, Al-Mulk Tak Tinggal.’ Kematian Anak Soleh Akibat Lemas Disebut-Sebut Kerana Kebaikannya
‘Sering jaga tahajud, Al-Mulk tak tinggal.’ Kematian anak soleh akibat lemas disebut-sebut kerana kebaikannya. Masyallah anak muda ini bukan saja disenangi rakan terdekat, malahan guru dan pensyarahnya memuji akhlak baiknya.
Pemergian anak muda ini secara tiba-tina amat menyentap perasaan kedua ibu bapa dan keluarga. Malahan rakan terdekat yang menyaksikan setiap kebaikan Hussain Hakimi merasai kehilangannya.
Artikel Berkaitan
Sering Jaga Tahajud
Benarlah orang yang baik akan disebut-sebut kebaikannya walaupun dia telah pergi. Dr Zulkifli al-Bakri yang pernah berkhidmat di Pejabat Mufti bersama ayahanda arwah turut meluangkan waktu mengunjungi keluarga arwah.
Kongsi Dr Zulkifli di akaun Instagramnya,
Solat jenazah dan kemudiannya menziarahi Ustaz Ridzuan Awang, mantan Ketua Penolong Mufti semasa saya menjawat jawatan Mufti Wilayah Persekutuan.
Anak beliau, almarhum Hussain Hakimi telah meninggal dunia akibat lemas ketika mandi sungai di Hulu Langat, semalam.
Saya doakan Ustaz Ridzuan sabar dan tabah menghadapi pemergian anakanda yang dikasihi. Tidak mudah untuk menghadapinya kerana saya juga telah merasainya.
Moga roh anakanda Hussain Hakimi tenang di sana.
Al-Mulk Tak Tinggal
Dalam posting yang sama, Ustaz Ridzuan Awang turut berterima kasih kepada Dr Zulkifli yang sudi meluangkan masa. Tulisnya di ruangan komen,
جزاكم الله خير الجزاء
Terima kasih Dato datang ziarah kami di rumah dan sebelum itu pergi ke kubur, solat jenazah ghaib untuk anakanda kesayangan kami Hussain Hakimi. Semoga doa yang Dato ungkapkan dimakbulkan Allah SWT.
secara tiba-tiba sangat kami terasa menyentap hati, ketenangan dan kegembiraan kami bersamanya.
Hussain Hakimi sangat istimewa pada kami dan sangat kami sayang sebab akhlaknya yang sangat baik, kesungguhannya menuntut ilmu, himmahnya yang sangat tinggi buat kebajikan dan semangat juangnya untuk Islam.
Kematian Anak Muda
Kehadiran rakan-rakan arwah yang sangat ramai dan para gurunya serta saudara mara dan sahabat kami di tanah perkuburan saat urusan persemadiannya sejak awal hingga akhir sangat menyentuh perasaan kami betapa anak kami ini terlalu istimewa.
Semoga ini semua isyarat yang baik untuknya, penzahiran redha, rahmat dan sayangnya Allah kepadanya. Damaikanlah dikau di sana wahai anak ku. Moga syurga untuk mu wahai anak ku Hussain Hakimi.
Malahan pemergian anak muda ini turut mendapat perhatian pendakwah terkenal, Ustazah Norhafizah Musa. Luahnya,
Akibat Lemas Disebut-Sebut
Allahu Akbar!
Telah kembali ke rahmatillah, seorang anak muda yang teramat giat membantu PAS Lembah Pantai sepanjang PRU ke-15 ini.
Bahkan sebelumnya dengan akhlak beliau dan kepimpinan yang disenangi ramai, beliau mengajak pemuda seangkatan agar hidup untuk dakwah Islam.
Sepanjang pilihanraya, almarhum siang malam membantu. Slogannya, “ada kerja apa lagi nak buat”. Sampai tengah malam bertanya, nak buat apa lagi.
Kerana Kebaikannya
Qaddarallah, selepas PRU, beliau dan sahabat-sahabat hendak merehatkan diri di lokasi air terjun, beliau tergelincir dan mati lemas, dua jam pasukan bomba berusaha nak keluarkan beliau yang tersepit di batu. Allahuakbar!
Rehatlah wahai anak! Allah telah pilih hidup mu begitu indah. Lihatlah bagaimana orang sekeliling mu memuji mu. Kamu selalu menjaga tahajjudmu. Kamu anak muda yang menangis di tikar sejadah. Allahuakbar.
Ya Allah tempatkanlah almarhum di tempat yang terbaik di sisi-Mu bersama para Solihin.
Semoga Allah beri ketabahan kepada ahli keluarga almarhum.
Baca Di Sini
Posting Terakhir Arwah Tentang Solat! Sempat Berdakwah Kongsikan Ceramah Live Ustazah Asma’ Harun
Kashoorga: Salam takziah untuk seluruh ahli keluarga arwah. Al-Fatihah.
Sumber : Instagram Dr Zulikifli Al-Bakri , Ustazah Norhafizah Musa
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
‘Dulu Bapa Angkat, Sekarang Suami’
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Untungnya Lahir Bulan Mac Walaupun Kelam Kabut Bab Pilih Pasangan, Tapi Seorang Yang Baik, Jujur & Manja
Pasti ramai yang ingin tahu tentang karektor pasangan mereka untuk lebih saling memahami. Ia juga antara daya tarikan agar hubungan yang dijalin kekal hingga ke hari tua.
Jika mereka yang dilahirkan pada bulan Februari dikatakan seorang yang romantik. Jadi bagaimana pula dengan mereka yang dilahirkan pada bulan Mac?.
Apakah sifat yang ada pada mereka yang dilahirkan pada bulan ketiga dalam 12 bulan ada ini.
Ini adalah hasil kajian dari Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah selama 25 tahun tentang sikap dan perwatakan seseorang mengikut bulan kelahiran mereka.
Walau bagaimanapun ia sekadar adalah untuk pengetahuan dan pembacaan sahaja. Jangan ambil perkara ini terlalu serius.
Bagi mereka yang dilahirkan pada bulan Mac ini dikatakan seorang yang mempunyai personaliti menarik dan menawan.
Perlu ambil tahu mereka juga seorang yang mudah didampingi tapi dalam masa sama seorang pemalu dan memendam rasa.
Walau bagaimanapun sifat paling bagus yang ada pada mereka ini adalah dikatakan baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati.
Mereka juga dikategorikan sebagai orang yang sukakan kedamaian dan begitu peka pada orang lain. Dan paling menarik keperibadian orang March ini tidak cepat marah dan sangat amanah.
Selain itu mereka juga gemar melancong dan sangat suka berangan. Namun begitu yang tiidak begitu baiknya sikap mereka ini dikatakan sangat manja, suka diberi perhatian tinggi dan kelam kabut dalam memilih pasangan.
MAC
# berpesonaliti yang menarik dan menawan
# mudah didampingi
# sangat pemalu dan pemendam rasa
# sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati
# sangat sensitif pd perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
#suka pada kedamaian
# sangat peka kepada orang lain
# sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
# tidak cepat marah dan sangat amanah
# tahu balas budi dan tahu kenang budi
# pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
# kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal
# suka berangan-angan
# suka melancong
# sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
# kelam kabut dalam memilih pasangan
# suka dengan hiasan rumahtangga
# punya bakat seni dalam bidang muzik
# kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik
# jangan terlalu moody.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Sajjad dan JAIS: Adakah Sedekah Menghalalkan Dosa?
Sejak dahulu lagi, usahawan Sajjad agak terkenal dengan kontroversi. Semuanya berkaitan dengan isu jantinanya yang tidak pernah selesai. Namun baru-baru ini, sekali lagi Sajjad menjadi tumpuan selepas mendapati dirinya digari dan menangis di instagramnya. Ia berikutan dakwaan dikasari oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang menyiasat berikutan aduan dan dakwaan mengenai dirinya berpenampilan wanita. Masa yang sama, Sajjad berkata, dia turut berbuat kebaikan
Ikuti penjelasan Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Ahmad Sanusi Azmi yang menulis isu ini, antara Sajjad dan JAIS, adakah sedekah menghalalkan dosa di fbnya.
1.Pihak JAIS telah mengesahkan bahawa mereka telah memanggil Encik Sajjad sebagai proses siasatan di bawah Seksyen 10, Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor yang menyentuh soal menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina.
2. Berdasarkan laporan yang diterima, pihak JAIS hanya bertugas menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima pada tahun 2018 dan 2020. Malah apa lebih serius, peruntukan seksyen 10 tersebut menyentuh soal penghinaan terhadap Islam. Jadi, En Sajjad seharusnya memberikan kerjasama penuh terhadap dakwaan tersebut kerana ia melibatkan isu penghinaan terhadap Islam.
3. Pihak En Sajjad pula memberikan respon bahawa beliau telah dikasari sehingga mengungkit kebaikan menganjurkan majlis amal buat pelajar tahfiz. Benar, dalam hadis Rasulullah menjelaskan bahawa amalan yang baik akan menghapuskan dosa, tetapi seseorang itu juga dituntut untuk meninggalkan dosa dan bertaubat agar amalan mereka diterima Allah.
4. Seorang Muslim tidak boleh mendakwa telah banyak bersedekah sedangkan dalam masa yang sama dia turut melakukan perkara yang dicegah yang membawa kepada dosa. Apakah bersedekah kepada pelajar tahfiz membolehkan kita melakukan perkara yang dilarang oleh Allah?
5. Satu perkara yang sering diperkatakan tentang En Sajjad adalah isu pemakaian ala wanita yang ditegah keras oleh Rasulullah. Sabda Rasulullah:
لَعَنَ اللهُ المُتَشَبهِينَ مِنَ الرّجالِ بالنّسَاءِ، وَالمُتشبِهاتِ مِن النّسَاءِ بالرّجَالْ
“Allah melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.” (HR al-Bukhari).
Menurut al-Imam al-Nawawi, lelaki yang berkelakuan seperti wanita dari aspek perbuatan dan pemakaian adalah termasuk dalam golongan yang dilaknat di dalam hadith ini.
6. Perlakuan dosa terlaknat seperti ini hendaklah diiringi dengan sesalan taubat untuk meninggalkan dosa tersebut. Ia bukan sekadar disucikan dengan memberi makan kepada pelajar tahfiz. Ini selaras dengan firman Allah:
وَآخَرُونَ اعْتَرَفُوا بِذُنُوبِهِمْ خَلَطُوا عَمَلًا صَالِحًا وَآخَرَ سَيِّئًا عَسَى اللَّهُ أَن يَتُوبَ عَلَيْهِمْ
“Dan (sebahagian) yang lain mengakui dosa-dosa mereka. Mereka telah mencampur adukkan amal yang baik dengan amal yang lain, yang buruk. Mudah-mudahan Allah akan menerima taubat mereka.”
7. Menurut al-Imam Ibn Asyur, ayat ini menjelaskan bagaimana seorang muslim seharusnya tidak mencampurkan amalan yang soleh dengan amalan dosa dan maksiat. Mereka yang melakukan sedemikian seharusnya meninggalkan dosa-dosa yang mereka lakukan. Kata Ibn Asyur:
فالاعتراف بالذنب كناية عن التوبة منه ، لأن الإقرار بالذنب الفائت إنما يكون عند الندم والعزم على عدم العود إليه
“(Ayat al-Quran tentang) mereka yang mengakui dosa mereka ini adalah sebuah perumpaan mengenai orang yang bertaubat dari dosa mereka. Kerana pengakuan mengenai dosa yang lalu menunjukkan sikap penyesalan dan (mereka seahrusnya) berazam untuk tidak kembali kepada dosa.” (Tafsir IbnAsyur)
8. Namun apabila seseorang itu memcampurkan perbuatan baik dengan dosa, dan kemudian terus konsisten melakukan dosa, ia jelas bercanggah dengan ayat al-Quran di atas yang menuntut kaum muslimin untuk bertaubat meninggalkan dosa mereka dan mudah-mudahan Allah menerima taubat mereka.
9. Malah apa yang lebih membimbangkan adalah ancaman Allah untuk tidak menerima sumbangan sedekah orang yang fasik. Firman Allah:
قُلْ أَنْفِقُوا طَوْعًا أَوْ كَرْهًا لَنْ يُتَقَبَّلَ مِنْكُمْ إِنَّكُمْ كُنْتُمْ قَوْمًا فَاسِقِينَ
“Katakanlah (wahai Muhammad kepada mereka): "Dermakanlah harta kamu sama ada dengan sukarela atau kerana terpaksa, (sumbangan kamu) tidak akan langsung diterima, (kerana) sesungguhnya kamu adalah orang-orang yang fasik".
Semoga Allah membimbing kita.
Apa yang penting, matlamat tidak pernah menghalalkan cara. Seharusnya kita hidup berlandaskan Al-Quran dan Hadis. #SinarUntukMalaysia
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI