Junjungan besar Rasulullah SAW adalah insan yang paling kita muliakan. Selain mengikut segala sunnahnya, kita juga dilarang sama sekali melukis gambar atau memberikan gambaran rupa fizikal Rasullah dalam apa juga bentuk dokumentasi samada bercetak atau visual digital.
Larangan ini adalah penghormatan kita kepada Rasulullah SAW demi menjaga kesuciannya. Sebenarnya sudah banyak kejadian di pihak kafir cuba melukis gambar Rasulullah seperti bentuk fizikal baginda. Jelas mereka tidak menghormati sensitiviti umat Islam.
Terkini adalah insiden yang melibatkan seorang guru Sejarah di pinggir kota Paris, Perancis yang menunjukkan karikatur Nabi Muhammad kepada muridnya dengan alasan sebagai membuktikan kebebasan bersuara.
Akibat daripada perbuatan tidak bertanggungjawab itu akhirnya nyawanya melayang, kepalanya dipenggal oleh salah seorang anak muridnya.
Tindakan adalah susulan rasa kecewa dan marah apabila Nabi junjungan besar umat Islam diperlakukan begitu.
Bagi menjelaskan mengapa kita dilarang melukis gambar atau melakonkan watak baginda dalam apa juga karya seni, ustaz Rahman Iskandar dari MUIS pernah menjelaskannya suatu ketika dahulu.
Menurutnya, ulama Ahli Sunnah sepakat MELARANG melukis, melakar atau mengukir gambar para Nabi dan Rasul.
Ads
Sebab-sebab larangan tersebut seperti berikut : 1. Menggambar wajah mereka adalah merupakan pembohongan di atas apa yang telah dilukiskan. Pembohongan terhadap mereka adalah perkara yang diharamkan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“Sesiapa yang berbohong ke atas ku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka”. [HR Bukhari dan Muslim]
Berdasarkan hadis ini, maka para ulama ahli sunnah sepakat bahawa HARAM melukis gambar Rasulullah SAW termasuk gambar para Nabi yang lain.
Tidak ada seorang pun manusia yang hidup di zaman ini yang pernah melihat wajah Rasulullah SAW dan juga nabi-nabi yang lain. Dari mana lukisan Rasulullah itu didapati, kalau bukan dari khayalan dan imaginasi?
2. Dengan melukis gambar para nabi dan Rasul juga adalah salah satu perkara yang menyakiti mereka. Ini kerana lukisan tersebut tidak dibuat secara tepat dengan yang asal. Menyakiti hati Rasulullah SAW adalah amat ditegah sama sekali. Firman Allah SWT:
Ads
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang menyakiti Allah dan Rasulnya, Allah melaknat mereka di dunia dan akhirat dan menyediakan mereka azab yang menghina mereka” [57: al-Ahzab]
Perbuatan puak-puak Syiah (mereka pernah adakan pameran) ini samalah seperti amalan masyarakat jahiliyah dahulu. Antara amalan jahiliyah ialah melukis dan membuat patung para Nabi dan orang soleh di masa lalu.
Sejarah keberhalaan membuktikan bahawa golongan awal telah menghasilkan gambar atau patung bertujuan untuk kenang-kenangan, tetapi kemudiannya sampai ke tahap mengquduskan dan menjadikannya sebagai perantaraan untuk beribadah.
Ahli tafsir menjelaskan tentang firman Allah SWT melalui lisan Nabi Nuh a.s., maksudnya : “Dan mereka berkata; janganlah sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) tuhan-tuhan kamu dan jangan pula kamu meninggalkan (penyembahan) wadd, dan jangan pula suwa’, yaghuts, ya’uq dan nasr.” [Nuh: 23]
Ads
Bahawa nama berhala yang disebutkan dalam ayat ini asalnya adalah nama-nama orang-orang soleh, tetapi ketika mereka meninggal dunia, syaitan membisikkan kaum mereka agar membuat patung-patung peringatan di majlis-majlis mereka dan menamakan mereka dengan namanya.
Maka kaum itu pun melakukannya. Asalnya ia tidak disembah, tetapi setelah generasi mereka hancur dan ilmu telah dilupakan, ketika itulah patung-patung tersebut disembah.
Konklusi bahawa membenarkan imaginasi lukisan atau gambaran Rasulullah SAW secara langsung atau tidak langsung boleh menjurus kepada memasukkan unsur-unsur khurafat, tahyul dan khayalan ke dalam akidah Islam.
Apabila ini terjadi, sedikit demi sedikit akan menghakis sifat Islam sebagai agama yang bersih daripada dongengan, lebih-lebih lagi ia akan merosakkan sistem ‘tasabbut’. Sistem ini memastikan setiap apa yang disandarkan kepada agama itu adalah betul-betul benar seperti yang disusun oleh para ulama seumpama dalam metodologi ilmu hadis dan ilmu usul fiqh.
Berasaskan dalil dan hujah yang dibentangkan maka kita dapati bahawa para ulama Islam serta beberapa institusi Islam terkemuka telah mengumumkan fatwa HARAM menghasilkan lukisan atau apa-apa gambaran berbentuk imej Rasulullah SAW.
Pengharaman ini adalah bertitik tolak daripada pendirian para ulama Islam yang mahu menjaga kepentingan Islam serta penganut agama Islam itu sendiri dan ia telah dijelaskan berpandukan hujah-hujah naqli (al-Qur’an dan al-Sunnah) dan aqli atau rasional pemikiran manusia.
Namun sekiranya masih kedapatan mereka yang masih mempertikaikan keputusan tersebut, itu bukanlah timbul kerana kepincangan hujah-hujah tetapi sekadar sifat manusia yang tidak pernah puas serta tidak tahu menghormati pandangan ulama yang telah sepakat.
Wallahua’lam.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Apakah yang disebut oleh Nabi SAW pintu segala kebaikan. Pintu segala kebaikan salah satunya adalah berpuasa.
Seperti yang diterangkan dalam Eksklusif Tazkirah Ramadan oleh Pendakwah Selebriti, PU Riz, puasa itu sebenarnya menjadi benteng untuk kita terhindar dari segala kesilapan, kejahatan dan kemaksiatan dalam hidup kita.
“Sedar tak sedar kita sebenarnya banyak buat silap. Tapi dalam bulan Ramadan inilah kita perlu didik diri kita jadi insan lebih baik dan insan yang soleh pada Allah Taala.
“Jangan risau tak akan ada mudharat pada diri kita bila kita berpuasa. Bahkan Allah gantikan dengan kesihatan yang lebih baik. Malah pada bulan ini jugalah menjadikan kita lebih rapat dengan Allah Taala.
“Selamat beramal dan jangan takut puasalah. Semoga Allah akan memberi kita kebaikan dunia dan akhirat,” tambahnya.
KASHOORGA: Jangan lupa ikuti secara Eksklusif Ramadan Kashoorga Tazkirah & Azan LIVE di palatform Digital Facebook setiap hari sepanjang Ramadan ini.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Kehadiran anak memang sangat dinanti bagi pasangan yang mendirikan rumah tangga.
Tak kira cepat atau lambat, kehadiran si cilik memang sangat ditunggu-tunggu untuk menceriakan lagi rumah tangga dibina.
Syukur pada Ilahi jika sebaik kahwin terus saja dikurniakan anak. Tetapi bagaimana pula yang terpaksa menunggu bertahun-tahun dan menggunakan pelbagai keadah untuk hamil.
Tidak berputus asa dan ketiadaan anak juga tidak menjadi penghalang untuk mereka melayari kehidupan berumah tangga. Malah keduanya dilihat sangat bahagia biarpun tanpa kehadiran si cilik.
Dalam laporan, Zaskia dikatakan menjalani proses kehamilan secara IVF awal Mac lalu di sebuah pusat kesihatan di Jakarta dan sepanjang proses doktor yang merawat memberi kata-kata semangat pada mereka berdua.
Menulis dalam kapsyen di Instagramnya, Zaskia mengakui kandungan kini sudah berusia 8 minggu dan menjelaskan pelbagai rintangan sudah ditempuhi bersama.
Dia juga turut mengharapkan, segalanya akan dipermudahkan sehinggalah saat mahu melahirkan nanti.
“Alhamdulillah , rintangan yang harus kami lewati cukup banyak. Usaha yang harus kami jalani sudah tak terhitung.
“Sepanjang hampir 10tahun lamanya kebersamaan ini, akan ada kebahagiaan kecil yang akan hadir menghampiri.
“Akhirnyaaa… Alhamdulillah aku hamil. Perjuangan mendapatkan garis dua ini ga sia-sia
“Ini jadi hadiah paling luar biasa bagi kami. Terima kasih untuk kamu @irwansyah_15 yang selalu bersedia menemaniku mewujudkan kehamilan ini. Dan buat kamu yang masih belum dapat ku sentuh, tumbuhlah sehat selalu.
Bagi memastikan kandungannya sihat, Zaskia turut menjaga pemakanannya dan memilih kurma muda kerana mempunyai khasiat luar biasa.
Menurutnya kurma muda lebih rendah gula, kalori dan kaya dengan anti oksidan. Malah dia turut mendoakan bagi yang belum hamil akan segera hamil dan berpesan kepada semua ibu hamil agar makan kurma untuk kesihatan yang lebih baik.
“Bismillah , jadi kangen umrah deh. Dulu setiap umrah ak pasti beli kurma muda gak tau kenapa suka bgt rasanya apalagi dingin2 gitu kayaknya makan banyak juga gak ngerasa dosa hha , ternyata manfaat kurma muda bukan cuman buat yang pada promil tapi buat ibu hamil insyAllah juga luar biasa khasiatnya .
“Kurma muda lebih rendah gula , kalori dan kaya anti oksidan .. bismillah semoga ikhtiyar temen2 disegerakan oleh Allah dan yang lagi hamil makin sehat sampai persalinan aamin ya Rabb , aku rasa yang IVF mungkin juga tidak ada salah nya konsumsi ini karna kurma baik untuk kesehatan calon ibu .
Tahun ini sambutan Aidilfitri sangat berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya disebabkan masalah COVID-19 yang masih belum pulih sepenuhnya.
Tiada sambutan seperti selalu dan sembahyang raya juga hanya dilakukan di rumah saja. Namun tidak perlu risau untuk tunaikan solat hari raya kali ini kerana boleh saja dilakukan di rumah secara berjemaah atau bersendirian.
Lebih afdal dapat dulakukan bersama ahli keluarga lain. Dan ini panduan jika mahu lakukannya di rumah.
Niat
Lafaz niat jika dilakukan secara bersendirian
Ini pula lafaz niat jika dilaksanakan secara berjemaah (imam/makmum)
Rakaat Pertama
1. Dimulai dengan takbirratul ihram.
2. Membaca doa iftitah:
3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali diselang-seli dengan bacaan tasbih. (Takbir tujuh kali dan tasbih enam kali).
Lafaz tasbih adalah seperti ini:
4. Membaca surah Al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah dalam al-Quran (digalakkan juga membaca surah al-A’laa).
Surah al-A’laa
6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.
Rakaat kedua
1. Dimulai dengan lafaz takbir intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).
2. Mengangkat tangan dan lafaz takbir lima kali di selang-selikan dengan bacaan tasbih (takbir lima kali dan tasbih empat kali).
3. Membaca surah Al-Fatihah.
4. Membaca mana-mana surah al-Quran (boleh juga baca surah al-Kafirun)
Surah al-Kafirun
5. Teruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.
6. Memberi salam.
7. Membaca doa.
Khutbah Aidilfitri selepas solat sunat hari raya
Setelah selesai menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri, kita (umat Islam) digalakkan untuk mendengar khutbah yang disampaikan oleh khatib sekiranya solat tersebut dilakukan secara berjemaah.
Rukun khutbah Aidilfitri adalah sebagaimana rukun khutbah solat Jumaat. Namun sunat di mulakan oleh khatib dengan lafaz takbir sebanyak sembilan kali berturut-turut pada khutbah pertama dan tujuh kali berturut-turut pada khutbah kedua.