‘Isteri enggan serumah dengan mentua.’ Suami wajib sediakan tempat tinggal yang tidak bercampur dengan orang lain termasuklah dengan ibu, bapa mertua.

Sebenarnya isu tinggal bersama mentua merupakan isu yang sering menjadi perdebatan. Tidak semua selesa tinggal dengan mentua. Oleh itu, sebaiknya sebelum berumah tangga, bincang baik-baik agar tidak menjadi masalah di kemudian hari.

Artikel Berkaitan

Reject Terus Calon Suami Yang Tak Mahu Sediakan Tempat Tinggal Buat Isteri

Isteri Enggan Serumah

Ikuti perkongsian Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil ini dan hadam baik-baik apa yang disampaikan,

‘Isteri Enggan Serumah Dengan Mentua.’ Suami Wajib Sediakan Tempat Tinggal Yang Tidak Bercampur Dengan Orang Lain
Isteri enggan tinggal bersama mentua

1) Tanggung jawab suami menyediakan tempat tinggal untuk isteri berdasarkan kemampuannya, sama ada beli, sewa atau pinjam dari orang lain.

Dengan Mentua

2) Antara hak isteri yang wajib suami sediakan ialah tempat tinggal yang tidak bercampur dengan orang lain termasuk ibu bapa mentua. Perkara ini ditegas oleh ulama-ulama mazhab Syafie antaranya Imam Syamsuddin al-Ramli di dalam karyanya, “Ghāyat al-Bayān Syarḥ Zubad Ibn Arsalān”:

وَلَو اشْتَمَلت دَار على حجر مُفْردَة الْمرَافِق جَازَ إسكان الضرات فِيهَا من غير رضاهن وَكَذَا إسكان وَاحِدَة فِي علو واخرى فِي سفل مَعَ تَمْيِيز الْمرَافِق لِأَن كلا مِمَّا ذكر مسكن.

Ads

Maksudnya: “Jika sebuah rumah terdapat bilik-bilik yang memiliki kemudahan-kemudahan yang tersendiri, suami harus menempatkan isteri-isterinya di dalamnya tanpa reda mereka.

Begitu juga menempatkan salah seorang isterinya di tingkat atas dan seorang lagi di tingkat bawah beserta kemudahan-kemudahan yang dapat dibezakan (dipisahkan) kerana kedua-duanya disebut sebagai tempat tinggal (yang berbeza)”.

Suami Wajib Sediakan

3) Berdasarkan kenyataan di atas, si isteri berhak mendapatkan hak tinggal di tempat sendiri bersama suami dan anak-anaknya tanpa dicampurkan dengan orang lain.

4) Isteri juga berhak mendapat tempat tinggal sendiri yang memiliki keperluan-keperluan asas hidup seperti dapur, perkakas asas rumah, tandas dan tempat tidur yang tidak dikongsi oleh orang lain kecuali suami dan anak-anak.

Baca Di Sini

Ads

Peguam Syarie Kongsi Bahana Adik Ipar Tinggal Serumah, Isteri Baru Bersalin Mengaku Anak Bukan Dari Benih Suami

Ustaz Datuk Kazim Elias Kongsi 4 Punca Mengapa Perkahwinan Tak Bahagia, Salah Satunya Buat Isteri Macam Orang Gaji

Tempat Tinggal

5) Suami boleh menempatkan si isteri dalam sebuah bilik yang besar dalam sebuah rumah yang besar yang bercampur ahli keluarga yang lain. Dengan syarat bilik itu lengkap dengan kemudahan-kemudahan asas rumah. Dengan itu si isteri mampu bergerak bebas dan urusan privasinya tidak terganggu oleh orang lain.

6) Ini kerana bilik sebegitu (point 5) sudah termasuk dalam kategori rumah kediaman yang tersendiri. Berlainan jika isteri ada hak privasinya hanya dalam bilik tidur di sebuah rumah yang bercampur dengan orang lain. Bahkan tiada privasi ketika dia ingin menggunakan kemudahan dan barang keperluan di dalam rumah.

Yang Tidak Bercampur Dengan Orang Lain

7) Suami boleh menempatkan isteri serumah dengan mentuanya atau dengan madunya berdasarkan syarat keredaan dari si isteri. Jika isteri tidak reda si suami tiada hak untuk memaksa si isteri berbuat demikian. Begitu sebaliknya, si isteri tidak boleh paksa si suami tinggal bersama ibu bapanya(isteri).

Ads

8) Taat kepada perintah ibu bapa itu wajib hukumnya, tetapi bukanlah secara mutlak. Seseorang wajib mentaati kedua-duanya selagimana arahan itu tidak bercanggah dengan syariat, tidak berunsur maksiat dan tidak mengambil hak orang lain.

Wallahualam.

Kashoorga : Kadang-kadang tinggal berasingan adalah untuk elak masalah di kemudian hari.

Sumber: Dr. Syed Shahridzan Ben-Agil

Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.

 

Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?

KLIK DI SEENI