Pingat emas yang sepatutnya dimenangi oleh atlet paralimpik negara dalam acara lontar peluru F20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Muhammad Ziyad Zolkefli bagaimana pun terlepas kerana kelewatan memasuki call room dalam tempoh beberapa minit. Walau mencatat rekod dunia 17.94 namun kemenangannya dibatalkan selepas menerima bantahan dari kem Ukraine sekaligus menyaskikan emas berkenaan bertukar tangan menjadi milik Maksym Koval yang mencatat rekod 17.34 m.
Ramai yang kecewa dengan insiden terlepas emas ini tapi apa yang membuat lebih ramai orang kecewa, bila mana netizen dari negara ini menyerang Instagram atlet Ukraine, Maksym Koval dengan kata-kata kesat. Dengan kata-kata agak kesat, langsung tidak mencerminkan adab kita adalah bangsa yang disanjung tinggi di mata dunia kerana sikap sopan santun kita. Sehinggakan timbul persoalan siapa yang OKU sebenarnya? Tidak tahan dengan insiden diserang secara peribadi, Koval telah meminta maaf di atas instastorinya.
Hal ini turut mendapat perhatian dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang berkongsi tweet mengenai insiden memalukan ini kerana hal Ziyad Zolkefli, kesalahan tidak seharusnya diletakkan di tangan atlet Ukraine tersebut kerana mereka ada hak membantah.
Islam merupakan agama yang mengajar penganutnya agar menjaga akhlak dan tingkah laku yang baik. Tidak sepatutnya bagi seorang Muslim itu berkelakuan kurang sopan apatah lagi menyakiti orang kurang upaya (OKU).
Sabda Rasulullah SAW: ملعون من كمه أعمى عن الطريق
Maksudnya: “Adalah dilaknat orang yang memesongkan orang buta dari jalan laluannya”. Al-San’ani mengatakan hadis ini sebagai pedoman buat umat Islam supaya membantu orang kurang upaya (OKU) dari segi emosi dan fizikal, agar boleh menjalani kehidupan seperti orang lain.
Maka tidak seharusnya seorang Muslim itu menyakiti orang kurang upaya (OKU) melalui kata-kata dan perbuatan yang boleh menyakitkan mereka. (Lihat al-Tanwir Syarah al-Jami’ al-Saghir: 9/569).
Ads
Nasihat kami kepada orang-orang yang menyakiti orang kurang upaya (OKU), jagalah akhlak dan tingkah laku kita semua daripada perkara keji. Ingatlah sesungguhnya Nabi Muhammad SAW diutuskan untuk memperbaiki akhlak dan budi pekerti, seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah:
إنما بعثت لأتمم صالح الأخلاق
Maksudnya: “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang baik”.
Semoga kita semua menjadi contoh teladan buat keluarga, masyarakat dan negara secara keseluruhannya. Wallahua’lam.
Ads
Sekalipun kita kecewa dan marah, tidak patut untuk menghamburkan kata-kata kesat. Ingat, setiap perbuatan dan tulisan kita akan dihitung oleh Allah SWT.
Seluruh pasukan harus dipersalahkan, bukan Ziyad
Ads
Memetik kata, bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Seri Zolkples Embong bersama Bernama, adalah sukar bagi IPC untuk merombak keputusan itu, selain jawatankuasa itu perlu menghormati peraturan Olahraga Para Dunia (WPA).
“Peraturan adalah peraturan. Peraturan dan undang-undang dibuat untuk dipatuhi bukan untuk dilanggar,” katanya kepada Bernama.
“Takkan mereka (IPC dan WPA) nak longgarkan peraturan hanya untuk menyelesaikan kes Malaysia, pada awalnya kenapa kita tidak mengikut peraturan ditetapkan,” tambah Zolkples yang juga Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Paralimpik London 2012.
Beliau berkata, berhubung pembatalan pingat emas dimenangi Muhammad Ziyad pada temasya berprestij itu, kontinjen negara dan juga rakyat Malaysia tidak seharusnya menyalahkan pasukan Ukraine, sedangkan mereka mempunyai hak untuk melakukan bantahan.
“Keseluruhan kontinjen, daripada CDM (chef-de-mission) ke urus setia, pengurus pasukan dan jurulatih, mereka semua kena bertanggungjawab. Ini satu kecuaian bagi saya dan kecuaian yang tidak boleh diterima. Sepatutnya mereka menjaga atlet, Muhammad Ziyad tidak sepatutnya dipersalahkan,” katanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Bagi yang biasa menghantar emoji love (walau tidak mempunyai maksud tersirat kepada lawan sejenisnya) selepas ini harus memikirkan tindakan itu. Ini kerana di Arab Saudi, ia satu kesalahan yang agak serius.
Seorang pakar dalam jenayah siber di Arab Saudi memberi amaran kepada orang ramai bahawa tindakan menghantar emoji ‘love’ menerusi aplikasi WhatsApp boleh berdepan hukuman penjara.
Memetik perkongsian Sinar Harian, akhbar Okaz melaporkan pengirim emoji itu boleh dihukum penjara dua hingga lima tahun dan denda 100,000 riyal (RM111,556) jika disabit bersalah seperti ditetapkan di bawah undang-undang di Riyadh.
“Penghantaran emoji itu adalah satu bentuk jenayah gangguan. Selain itu, penggunaan beberapa imej dan ungkapan ketika bersembang dalam talian juga adalah kesalahan sama jika aduan difailkan oleh penerima,” menurut laporan itu memetik kenyataan Al Moataz Kutbi.
Menurutnya, pengguna tidak boleh sewenang-wenangnya terlibat dalam perbualan tanpa persetujuan individu lain yang boleh menyebabkan mereka berasa terganggu atau tidak selesa terutamanya apabila menggunakan emoji ‘love’.
Jelas Al Moataz lagi, gangguan boleh ditakrifkan melalui pernyataan, perbuatan atau gerak isyarat dengan konotasi seksual dalam apa jua bentuk termasuk menggunakan teknologi moden.
“Ia termasuk emoji yang dikaitkan dengan konotasi seksual mengikut budaya sesebuah masyarakat seperti emoji ‘love’ dan bunga ros,” tambahnya.
Difahamkan, denda yang dikenakan boleh mencecah 300,000 riyal (RM335,000) jika pesalah melakukan kesalahan berulang.
Seorang professor di Fakulti Dakwah Dan Usulludin Universiti Islam Madinah, Asy Syaikh Prof Dr. Sulaiman Ar Ruhaili pernah menulis tentang emoji love ini dan hukum penggunaannya.
Simbol ini yang digambarkan dalam bentuk hati yang digunakan sebagai ekspresi tanda cinta di hati kerana cinta itu di hati, hukum asalnya, jika digunakan untuk hal-hal yang dibolehkan seperti seorang suami mengungkapkan cinta kepada isterinya atau ahli keluarganya, maka IA DIBOLEHKAN. Asalkan tidak ada isykal (kesulitan) di dalamnya.
“Adapun jika digunakan kepada sesama lelaki atau kepada sesama wanita, maka saya katakan ini tidak sesuai. Saya tidak katakan ini haram, namun saya katakan ini kurang sesuai. Dan perbuatan ini bukan sifat orang-orang yang menjaga muru’ah (wibawa) dan orang-orang yang berakhlak baik.
Adapun jika digunakan untuk hal-hal yang dibolehkan sebagaimana saya sebutkan di atas, seperti seorang suami mengirimkan simbol ini kepada isterinya atau kepada ibunya, atau kepada saudari perempuannya, untuk menunjukkan rasa cinta, maka menurut saya tidak mengapa,”katanya menjawap persoalan ditanya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
‘Cukuplah zahirkan rasa syukur, hargai apa yang pasangan lakukan.’ Suami tak perlu susah-susah faham isteri, memadai hargai apa yang isteri lakukan untuk rumah tangga.
Seorang isteri tidak pernah meminta lebih, tak pernah meminta dibeli hadiah yang mahal sebaliknya cukuplah suami hargai isterinya.
Wahai para suami,
Pimpinlah isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan padanya selalu. Waktu yang terbaik untuk kalian beri nasihat adalah semasa berehat, minum petang, waktu beriadah dan sebelum kalian tidur.
Sebenarnya isteri ini tak minta pun kita faham dia sangat-sangat. Cukuplah kita zahirkan rasa syukur kita dan hargai apa yang dia lakukan untuk rumah tangga kalian.
Hargai Apa Yang Pasangan Lakukan
Dari bahagian kita, kita tunaikan tanggungjawab kita dengan baik. Fokus untuk laksanakan kewajiban kita dan penuhkan hak isteri sepenuhnya.
Kita yang ada kudrat lebih ini, perlu ambil masa untuk ringankan beban isteri.
Dalam sehari, bertanyalah pada isteri bagaimana keadaannya pada hari tersebut. Beri ruang kepadanya untuk meluahkan dan kita pasang telinga betul-betul apa yang dia nak ceritakan.
Suami Tak Perlu Susah-Susah Faham Isteri
Jika semua itu kita buat dengan baik, maka insyallah harmoni rumah tangga. Dan isteri tak akan minta lebih.
Ambil masa untuk memahami hati dan perasaannya. Jangan biarkan dia hadap sendirian. Dia perlukan kalian, para suami untuk selalu memimpin, membantu dan menyokong tindak-tanduknya dalam hidup.
Moga pesanan ini kita ambil ibrah dan hikmahnya ya.
Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Kunci keharmonian bermula dari seorang pemimpin (suami).
Jika kekurangan salah satu rukun itu maka perkahwinan tidak sah.
Namun menjadi satu isu penting ialah bidang kuasa wali. Terdapat kes kahwin lari, akad nikah berulang, kahwin paksa, bapa angkat bertindak sebagai wali kepada anak angkatnya dan sebagainya, di mana semuanya berkisar mengenai bidang kuasa wali.
Oleh kerana wali merupakan salah satu syarat sah nikah maka bukan semua orang boleh menjadi wali. Syarat-syarat sah menjadi wali ialah:
Islam
Baligh (sekurang-kurangnya sudah berumur 15 tahun).
Berakal – Orang gila, mabuk dan orang yang sangat bodoh tidak sah menjadi wali.
Lelaki – Orang perempuan tidak sah menjadi wali.
Adil
Merdeka
Perkara pertama dalam soal wali ialah wali mujbir iaitu ayah kandung dan datuk ke atas. Mereka ada kuasa untuk menikahkan anak dara/cucu dara tanpa persetujuan mereka dan ada kuasa untuk bubarkan nikah mereka (dengan perintah mahkamah).
Tapi bagaimana kalau anak menipu isu pernikahan, menggunakan isu wali hakim tetapi masa yang sama ayah masih hidup.
Dikongsi dari akaun Tik Tok @Tokadi Hipster, dirinya berkongsi satu info penting yang harus diketahui oleh anak gadis iaitu tidak boleh sebarangan orang lain mewalikan pernikahan mereka kerana pernikahan boleh difaraqkan.
Jelasnya, ia bermula dari pertanyaan seorang bapa yang menyuruhnya membuat semakan mengenai pendaftaran nikah anaknya.
Bapa ini mahu tahu sama ada anaknya sudah bernikah atau belum? Dan sesuatu yang amat mengejutkan, anaknya sudah bernikah kurang dari sebulan berdasarkan semakan dilakukannya,
Dan bapa ini seterusnya bertanya bagaimana anaknya itu telah bernikah sedangkan dirinya bapa dan wali yang sah.
Berdasarkan semakan tok kadi ini mendapati wanita ini membuat permohonan wali hakim dalam borangnya dengan alasan wali ghaib.
Dan mengejutkan di dapati wali tidak ghaib sebaliknya rumah hanya berselang dua taman dari perumahan diduduki anaknya.
“Anak duduk dengan bekas isteri saya ustaz,”kata bapa ini lagi. Dan katanya anaknya itu menipu dan langsung tidak mencari dirinya.
Dalam pada itu, Tokadi Hipster ini menjelaskan, mengikut hukum pernikahan anak ini tidak sah kerana walinya masih hidup tapi anak memohon menggunakan wali hakim. “Tuan Sebagai wali mujbir boleh memohon memfaraqkan pernikahan ini di mahkamah. Ini kerana wali mujbir boleh memohon faraqkan pernikahan kerana sekufu.
“Sekufu ada beberapa jenis antaranya agama, akhlak, pekerjaan, keturunan dan kesempurnaan fizikal,”kata Ustaz ini lagi. Dan bapa ini akur dan akan buat permohonan di mahkamah unntuk membubarkan pernikahan anaknya.