
Isi Kandungan
TogglePenularan virus COVID-19 memasuki fasa serius apabila negara kita mencatat dua kematian.
Salah seorang yang meninggal dunia akibat COVID-19 ini adalah seorang lelaki Islam berusia 34 tahun.
Mangsa yang merupakan kes ke 178 dikatakan sebelum itu telah menghadiri perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling hujung Februari lalu. Dia dikatakan tidak ada sejarah penyakit kronik dan meninggal dunia disebabkan penyakit merbahaya ini.
Sehubungan itu, jenazah mangsa yang berasal dari Johor perlu diuruskan megikut hukum pengurusan mayat pesakit ebola menerusi kenyataan yang dikeluarkan Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri.
Menerusi kenyataan itu dinyatakan jenazah mangsa Covid-19 hanya ditayammum atas balutan beg jenazah berdasarkan muzakarah berkaitan hukum pengurusan mayat pesakit Ebola.
Datuk Dr Zulkifli juga berkata bahawa kaedah itu dibuat pada permukaan beg berdasarkan muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada Februari 2015.
“Kelonggaran diberikan sekiranya ada kemungkinan wujud kemudaratan kepada nyawa manusia yang menguruskan jenazah,” tambahnya lagi.

Perkongsian mengenai pengurusan jenazah COVID-19 ini juga telah dijelaskan oleh seorang pengguna @HasrulRizwan di laman sosial di twitter
Dia turut menjelaskan pertanyaan berkaitan oleh warganet.
Ikut prosedur Ebola
Kaedah jika jenazah mangsa AIDS
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Apabila Wanita Melamar Lelaki, Terima Atau Tolak?

Situasi wanita melamar lelaki bukan lah sesuatu yang baharu, cuma dalam masyarakat kita melamar cara ini kurang dipraktikkan. Mungkin juga bimbang dijolokan sebagai perigi mencari timba. Namun betapa Maha suci Allah, perkara ini tidak menjadi kesalahan di sisi agama.
Rasulullah SAW pernah dilamar oleh isteri pertamanya iaitu Saidatina Khadijah binti Khuwailid r.a pada usia baginda 25 tahun, manakala Khadijah berusia 40 tahun. Ini adalah usia yang pendapatnya diterima secara umum dalam catatan sejarah.

Besar jurang jarak usia namun itu bukan halangan menghalalkan pernikahan. Kita ikuti catatan ustaz Somad yang telah disunting berkenaan hal ini sebagai pencerahan buat mana-mana wanita yang ingin melamar lelaki pujaan hati tetapi ragu-ragu untuk berbuat demikian.
Mungkin bahasanya bukan “wanita melamar lelaki”, kerana dalam Islam, wanita itu mempunyai wali, maka ketika ia akan menikah, walinya lah yang menerima pinangan. Jadi ungkapan yang tepat adalah, bolehkah wali menawarkan wanita yang dia walikan kepada seseorang yang soleh?
Dalam al-Quran surat al-Qashash ayat 27 ada menyebut:
“Berkatalah Dia (Syu’aib): “Sesungguhnya aku bermaksud menikahkan kamu dengan salah seorang dari kedua anakku ini, atas dasar bahawa kamu bekerja denganku lapan tahun dan jika kamu cukupkan sepuluh tahun maka itu adalah (suatu kebaikan) dari kamu. Maka aku tidak hendak memberati kamu. dan kamu insya Allah akan mendapatiku termasuk orang-orang yang baik”.
Dalam ayat ini disebutkan bahwa nabi Syu’aib menawarkan anak gadisnya kepada Nabi Musa. Imam al-Qurthubi mengulas kisah ini:
Dalam kisah ini terkandung makna bahawa wali boleh menawarkan perempuan yang dia walikan kepada seorang lelaki. Ini adalah tradisi yang terus dilaksanakan; seorang yang soleh dari suku Madyan menawarkan puterinya kepada orang yang soleh dari Bani Israel.
Umar menawarkan Hafshah puterinya kepada Abu Bakar dan Usman, dan wanita itu sendiri menawarkan dirinya kepada Rasulullah SAW.
Tindakan ini merupakan perbuatan baik apabila seorang wali menawarkan perempuan yang dia walikan atau perempuan itu sendiri menawarkan dirinya kepada lelaki yang soleh mengikuti ash-Shalafu ash-Shaleh (Tafsir al-Qurthubi, juz.13, halaman: 271 Maktabah Syamilah).
Bahkan Imam al-Bukhari dalam kitab Shahihnya menulis satu Bab: Seseorang menawarkan puterinya atau saudari perempuannya kepada orang yang baik.
Kemudian dalam bab ini Imam al-Bukhari meriwayatkan hadis:
Dari Abdullah bin Umar, Sesungguhnya Umar bin al-Khatab, ketika Hafshah menjadi janda kerana suaminya, Khunais bin Hudzafah as-Sahmi yang juga salah seorang shahabat telah meninggal di Madinah. Maka Umar berkata,
“Aku datang kepada Usman, aku tawarkan Hafshah kepadanya, ia menjawab, “Aku akan memperhatikan keadaanku”. Berlalu beberapa malam, kemudian ia menemuiku dan berkata, “Telah terlihat jelas bagiku bahawa aku tidak menikah saat ini”. Maka aku menemui Abu Bakar, aku katakan, “Jika engkau mahu, aku nikahkan engkau dengan puteriku Hafshah”.
Abu Bakar diam, ia tidak menjawab apa-apa. Aku lebih berharap kepadanya daripada Usman. Berlalu beberapa malam. Kemudian Rasulullah SAW meminangnya, maka aku pun menikahkannya dengan Rasulullah SAW.
Lalu Abu Bakar datang seraya berkata,
“Ketika engkau menawarkannya kepadaku engkau berharap kepadaku, akan tetapi aku tidak membalas”. Umar menjawab, “Ya”. Abu Bakar berkata, “Tidak ada yang mencegahku untuk kembali kepadamu (memberikan jawapan), hanya saja aku mengetahui bahawa Rasulullah SAW pernah menyebut tentang Hafshah. Aku tidak mungkin membukakan rahsia Rasulullah SAW. Andai Rasulullah SAW meninggalkannya, pastilah aku menerima Hafshah”. (HR. Al-Bukhari).
Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani mengulas hadis ini:
Dalam hadis ini terkandung makna: seseorang boleh menawarkan puterinya atau orang lain yang dia walikan kepada orang yang ia yakini kebaikannya kerana mengandung manfaat yang dapat diperoleh oleh orang yang ditawarkan tersebut dan tidak perlu malu dalam masalah ini. (Kitab Fath al-Bari, juz. 11, halaman: 82).

Imam al-Bukhari juga memuat satu bab dalam kitab Shahihnya:
Bab: Seorang perempuan menawarkan dirinya kepada orang yang soleh.
Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani mengulas hadis-hadis yang ada dalam bab ini:
Dalam dua hadis ini mengandung makna: Boleh bagi perempuan menawarkan dirinya kepada seorang lelaki yang dia kenal dan dia inginkan, tidak perlu merasa malu baginya dalam masalah ini.

Dan orang yang ditawari tersebut memiliki pilihan (untuk menerima atau menolak), akan tetapi tidak selayaknya dia tolak dengan jelas, cukup dengan diam. (Kitab Fath al-Bari, juz. 11, halaman: 80).
Dari beberapa dalil di atas dapat kita ambil kesimpulan bahawa menawarkan saudari, anak perempuan atau orang yang kita walikan kepada orang yang soleh adalah sunnah.
Terkadang seorang wali lebih rela membiarkan anak gadisnya dibawa pergi malam minggu oleh orang-orang yang tidak jelas, daripada menawarkan kepada orang yang soleh. Itulah salah satu sebab banyaknya kemungkaran saat ini.
Akan tetapi dalam hal ini perlu juga diperhatikan sifat amanah, agar jangan sampai menjadi bahan ejekan dan cacian.
Artikel berkaitan:Nikahi Wanita Itu Kerana Empat Perkara, Harta, Keturunan, Cantik Agama, Tapi Pilihlah Agama
Wallahu a’lam bi ash-shawab.
Sumber artikel: somadmorocco
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
27 Pelajar Bertemu PenciptaNya Ketika Sedang Belajar Al-Quran, Dalam Kebakaran Sekolah Tahfiz Di Liberia. Subhanallah!

Subhanallah, betapa soal kematian itu hanya Allah sahaja yang tahu. Bila dan di mana serta bagaimana cara kematian itu menjadi rahsia Allah.
Semalam diberitakan 27 murid terkorban dalam satu kebakaran di sebuah sekolah agama di Liberia yang berlaku pada hari Rabu lalu.

Kebanyakan murid yang terkorban ini berusia 10 hingga 20 tahun selain dua guru mereka yang turut meninggal dunia dalam kebakaran tersebut.
Dikhabarkan menurut portal al-Jazeera, kanak-kanak itu dilapor sedang belajar al-Quran ketika api merebak.

Kebakaran yang bermula sekitar tengah malam itu turut memusnahkan bangunan asrama penginapan murid-murid terlibat serta sekolah mereka yang terletak di Paynesville, di pinggir Monrovia.
Dilaporkan mangsa terperangkap dan tidak dapat keluar dari bangunan disebabkan tiada pintu kecemasan selain terhalang oleh jeriji besi pada tingkap.
Mangsa yang terselamat hanyalah seorang imam, guru dan dua murid. Bagaimana pun punca kebakaran masih lagi disiasat.


Majoriti rakyat Liberia beragama Kristian namun ada sejumlah minoriti Islam di kalangan 4.5 juta penduduk.
Presiden Liberia George Weah dalam pada itu hadir melihat sendiri lokasi kejadian dan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa tragedi.
SUMBER: AWANI & BERITA HARIAN
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
“Tak Boleh Bagi Upah Daging Korban Sesuka Hati, Kecuali…” – Ini Penjelasan Lengkap PU Azman

Menjelang sambutan Aidiladha tidak lama lagi, pasti ada yang sudah merangka untuk melakukan ibadah korban.
Namun tahun ini ibadah korban tetap dilaksanakan walaupun mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Dikatakan hanya 20 orang sahaja boleh berada di kawasan penyembelihan termasuk tukang sembelih.
Dalam pada itu ada persoalan yang bertanya adakah boleh bagi upah daging korban kepada tukang sembelih atau lapah ini.
Pendakwah selebriti, PU Azman dalam laman instagramnya telah menjelaskan hukum kepada perkara ini.
Menurut PU Azman tidak boleh beri upah daging korban kepada mereka. Jika mahu beri upah, berilah duit tetap bukan daging korban.
Baca penjelasan lengkap PU Azman ini.
Tak boleh bagi daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah dengan niat upah. Kerana ada nilai jual beli. Sedangkan sembelihan korban bukan untuk dijual beli (ditukar ganti manfaat).
Tapi, boleh bagi daging korban kepada tukang sembelih dan tukang lapah atas niat mereka ini sebahagian daripada fakir miskin atau masuk dalam senarai list tuk terima sedekah daging.
Jadi, tukang sembelih dan tukang lapah jangan memandai-mandai nak menentukan nak bahagian itu nak bahagian ini sampai nampak macam upah buat kerja.

Dalil.
أَمَرَنِي النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ أَقُومَ عَلَى الْبُدْنِ، وَلاَ أُعْطِيَ عَلَيْهَا شَيْئًا فِي جِزَارَتِهَا.
Maksudnya: Nabi suruh aku untuk buat sembelihan unta dan suruh aku tak bagi dagingnya sebagai upah penyembelih dan juga pelapahnya.
(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Kalau ramai-ramai masak SOP tulang,
tolong jaga SOP.
Bergaullah dengan SOPan.
SOPaya selamat daripada COVID.
Kredit Foto: Instagram PU Azman
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI