
Gempar apabila gula-gula kesukaan ramai White Rabbit yang banyak dijual di kedai murah seperti Kedai RM2 ini rupa-rupanya telah disahkan tidak halal. ini adalah kerana gula-gula ini mengandungi gelatin babi.
Menurut laporan berita di TV Al-Hijrah, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh yang dihubungi secara langsung mengesahkan bahawa gula-gula berkenaan yang dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan mengandungi gelatin babi dan gelatin lembu.

Jadi bagaimana dengan status kita yang telah lama makan gula-gula berperisa susu yang diimport dari China yang mana pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah menerima permohonan sijil halal dari gula-gula susu White Rabbit ini.
Menjawab persoalan dan keraguan pada kita yang telah makan gula-gula ini sejak dulu, menurut Pendakwah Bebas, Ustaz Riza Kamaruddin jika sudah termakan, terasa dan akan terkenyang.
“Dalam hal ini Nabi ada menyebut, Allah mengangkat dosa orang yang terlupa dan tertidur. Inikan pula sebab seseorang itu tidak tahu sehingga dia diberitahu. Samalah kes dengan kita yang selama ini sedap makan gula-gula susu White Rabbit ini.


“Jadi apa yang boleh dilakukan adalah dengan beristighfar sahaja. Dan untuk mengelakkan kita berhadapan situasi ini lagi, tinggalkan terus makanan yang ada keraguan tentang status halal. Kita juga boleh menyokong #BuyMuslimFirst yang sudah tentu status halalnya diyakini,” tambahnya.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Malaysia #QuranHour Berlangsung 30 Ogos Nanti, Pilih 3 Surah Sebagai Pedoman Anak Muda

Isi Kandungan
ToggleMalaysia #QuranHour berlangsung 30 ogos nanti, pilih 3 surah sebagai pedoman anak muda. Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) buat kali pertama memfokuskan agenda anak muda serta peranan golongan dewasa dengan tiga surah menjadi pilihan iaitu Al-Insan, Al-Asr dan Al-Fatihah.
WUIF bersama rakan sinergi media Malaysia dari pelbagai platform media di seluruh negara bergabung untuk menyebarluaskan misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah pada Majlis Taklimat Sinergi Media Malaysia sempena Malaysia #QuranHour 2023, di Studio My #QuranTime, Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd.

Malaysia #QuranHour
Sesi pertemuan bersama rakan Sinergi Media kali ke-9 bertujuan bersama membawa misi menyampaikan nilai-nilai mulia al-Quran dengan menyeru lebih ramai rakyat Malaysia terutama golongan muda di dalam dan luar negara untuk menyertai program berinteraksi dengan al-Quran melalui baca, faham dan amal di platform media masing-masing.
Malaysia #QuranHour tahun ke 9 anjuran WUIF dengan kerjasama rakan sinergi, diadakan secara serentak di seluruh negara dan bersiaran langsung dari lokasi perdana, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (MTMZA), Putrajaya, pada pukul 12 tengah hari hingga 1 tengah hari pada 30 Ogos 2023.
Berlangsung 30 Ogos Nanti
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif WUIF, Marhaini Yusoff, Malaysia #QuranHour sempena sambutan Hari Kebangsaan ke 66, buat pertama kali ini memfokuskan agenda anak muda dan peranan orang dewasa dalam membawa misi “Malaysia Berakhlak Mulia : Pemuda Merdeka, Pemimpin Abrar.”
Pemuda menjadi tonggak dan aset penting dalam pembinaan negara pada masa hadapan. Gabungan anak muda dan orang dewasa saling melengkapi dalam melahirkan pemimpin abrar dan membawa legasi kebaikan yang membumikan al-Quran.
“Sehingga 12 Ogos 2023, para pemimpin, calon dan rakyat berhempas pulas dengan pelbagai cara untuk menentukan kepimpinan di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
“Kini tiba masanya kita semua bangkit untuk bersyukur dan membina legasi negara Madani yang amanah, ikhlas, teguh, harmoni, sejahtera, dan progresif. Ini selari dengan tema Hari Kebangsaan, “Malaysia Madani : Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan”.
“Kita perlu tinggalkan segala pertelingkahan, perbalahan dan perpecahan di segenap lapisan rakyat mahupun pemimpin. Dalam erti kata lain, rapatkan jurang perbezaan, besarkan persamaan dalam membangunkan negara Malaysia Berakhlak Mulia.
Pilih 3 Surah Pilihan
“Malaysia #QuranHour yang digerakkan sempena momentum Hari Kebangsaan pada 31 Ogos setiap tahun, mengajak seluruh masyarakat memahami intipati dan erti kemerdekaan dalam membangunkan sebuah negara yang aman, utuh dan progresif, melalui intervensi yang diformulasikan dari prinsip-prinsip al-Quran.
“Pendekatan tadabbur dengan al-Quran iaitu Surah Al-Fatihah (Pembukaan), Surah Al-Insan (Manusia) dan Surah Al-Asr (Masa) menjadi surah pilihan bagi mengangkat tema tersebut dapat melahirkan golongan pemuda berkemahiran dalam membina projek pembangunan negara sekaligus melahirkan para pemimpin abrar pada masa hadapan.”
Tambah beliau, dengan berpandukan kepada al-Quran dan Hadis, ia dapat membentuk kerangka fikir dan karakter diri yang mulia, seterusnya dapat menjiwai kemerdekaan sebenar dalam kalangan rakyat, khususnya golongan pemuda.
Impak daripada kempen #QuranHour juga diharapkan mampu melahirkan Muslim yang bersyukur, minda yang cerdas dan berkemahiran.
Al-Quran menjadi sumber bimbingan utama dan rujukan untuk meningkatkan jati diri secara holistik daripada aspek fizikal, emosi, spiritual, intelektual dan sosial.

Sebagai Pedoman Anak Muda
Daripada kekuatan dalaman yang terbina inilah akan wujud individu yang merdeka jiwanya dan berupaya melonjak sebuah tamadun bangsa dan negara.

“Kita harap peranan media sangat penting untuk membawakan semangat bangsa merdeka yang benar-benar melakukan sesuatu, bukan setakat bercakap atau berteori tetapi bertindak untuk melakukan kebaikan dalam masyarakat dan negara.
Melalui Malaysia #QuranHour, al-Quran menjadi tali penghubung dan solusi umat Islam di seluruh dunia. Dengan kerjasama Sinergi Media Malaysia dalam menjayakan kempen #QuranHour dapat dapat diteruskan dalam membawa misi MengQurankan Bangsa Mengikhlaskan Ummah pada 1500H.
Sumber: Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF)
Foto: Sinar Harian
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Kalau Berpakaian Gaya Islam Boleh Elak Dari Dosa, Pakailah.’ Tapi Jangan Pula Jadikan Pakaian Sebagai Penutup Salah

Isi Kandungan
Toggle‘Kalau berpakaian gaya islam boleh elak dari dosa, pakailah.’ Tapi jangan pula jadikan pakaian sebagai penutup salah.
Mungkin pada peringkat awal, pakaian kita yang menepati syariat mampu menghalang atau membuatkan seseorang berfikir dua kali untuk berbuat dosa.
Lama-kelamaan mungkin Allah jadikan hati kita cintakan kebaikan tanpa disedari. Ikuti perkongsian Ustaz Firdaus Mokhtar ini dan hadam baik-baik.
Artikel Berkaitan: ‘Walaupun Tutup Aurat Sempurna, Elak Post Gambar Di Media Sosial.’ Tak Salah, Tapi Banyak Datangkan Fitnah
‘Kalau Berpakaian Gaya Islam
Teringat pesan ustaz saya masa sekolah menengah dulu. Dia pesan tentang pakaian masa tu dekat saya dengan kawan-kawan.
Sekolah agama kan. Jadi pesanan agama lah.
Boleh Elak Dari Dosa, Pakailah
Ustaz pesan;
“Kalau berpakaian gaya Islam itu boleh elakkan kita daripada melakukan dosa, pakailah.
Contoh bila pakai kopiah kita terhalang daripada bersikap kasar masa bawa kereta, pakailah.
Bila pakai serban, menjadikan kita orang yang sangat menjaga bahasa bila bercakap, pakailah.
Bila berniqab menjadikan kita orang yang sangat lemah lembut dan elok gaya berjalan ala bidadari, pakailah.
Tapi Jangan Pula Jadikan Pakaian
Bila pakai tudung labuh sikit membuatkan kita pandai untuk hormat orang lain, pakailah.
Bila pakai baju Raihan (masa ni baju Raihan laku keras) menyebabkan kita tak masuk ke tempat maksiat, pakailah.
Baca Di Sini:
Asbab Doa Anak, Wanita Sebak Kongsi Pengalaman. Dulu Seksi Kini Tutup Aurat Mengikut Syariat

Wanita Bekerja Kalau Nak Rezeki Berkat, Kena Ikut Syarat Ini
Sebagai Penutup Salah
Biar awalnya kita berubah atau terhalang melakukan dosa disebabkan pakaian dulu. Moga akhirnya nanti kita sungguh-sungguh berubah asbab hidayah yang Allah bagi.”
Begitulah. Terima kasih ustaz yang pesan ke saya dulu. Ingat sungguh sampai ke hari ini.
Moga ada kebaikan buat saya dan kawan-kawan yang lain.
Kashoorga: Jangan tunggu sampai seru baru hendak berubah.
Sumber: Ustaz Firdaus Mokhtar
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Banyaknya Kelebihan Memiliki Ramai Anak Perempuan, Bertuah Ibu Ayah

Dengan izinNya, pasangan yang berkahwin pasti gembira dikurniakan cahaya mata tak kira anak lelaki atau anak perempuan. Ia adalah amanah dan anugerah terindah yang tiada bandingnya.
Anak mampu memberi kebahagiaan, mendekatkan dan meningkatkan kasih sayang antara suami isteri, juga akan mendapatkkan jaminan rezeki dari Allah.
Namun ini tidak bermakna pasangan yang belum dikurniakan anak, tidak akan bahagia hidup bersama; rezeki belum tiba. InsyaAllah berusahalah bersungguh ke arah itu.
Dikurniakan anak lelaki atau perempuan bukanlah satu persoalan pun, asalkan sahaja anak itu sihat dan bakal menjadi anak berakhlak tinggi.
Artikel berkaitan: ‘Bila Ada Anak Perempuan’ Soft Reminder Buat Ibu Ayah Moden
Artikel berkaitan: Untung Miliki Ramai Anak Perempuan, Kelebihannya Boleh Bawa Kita Ke Jalan Syurga
Cuma seperkara harus diingat anak lelaki dan perempuan memiliki keistimewaan berbeza antara mereka. Khas untuk kupasan ini, kita ketahui apa keistimewaan dikurniakan anak-anak perempuan.
1. Melindungi Orang Tua Dari Neraka
“Siapa yang diuji dengan kehadiran anak perempuan, maka anak itu akan menjadi pelindung baginya di neraka”. (HR Ahmad).
Jika pasangan suami isteri diberi anugerah dengan anak perempuan dan mampu melalui ujian Allah dalam hal memelihara dan mendidik mereka pada jalan Allah, maka anak-anak solehah ini akan menjadi pelindung kedua orang tuanya dari api neraka.
2. Dekat Dengan Rasulullah
“Siapa yang menanggung nafkah dua anak perempuan sampai baligh, maka pada hari kiamat antara saya dan dia seperti ini (baginda menggabungkan jari jarinya)”. (HR Muslim).
Rasulullah juga memiliki anak perempuan yang amat disayangi dan solehah, iaitu Fatimah Az Zahra. Pada hari kiamat nanti, orang tua yang memiliki dua anak perempuan dan tulus menghadapi kerana Allah, akan mendapat syafaat pada hari kiamat.
3. Jalan Masuk Surga
“Siapa yang memiliki anak perempuan, dia tidak membunuhnya dengan dikubur hidup-hidup, tidak menghinanya, dan tidak lebih mengutamakan anak lelaki, maka Allah akan memasukkannya ke dalam syurga”. (HR Abu Daud).
Allah menjamin syurga bagi orang tua yang memiliki anak perempuan dan memperlakukan anak tersebut dengan baik serta tidak membezakan kasih sayangnya dengan anak lelaki.
4. Lebih Dekat Secara Hati Nurani
Mereka memiliki hati yang lebih lembut, lebih dekat dengan orang tua terutama ibu kerana karakter perempuan yang hampir sama. Orang tua wajib menjaga dan melindungi mereka dari jalan atau pergaulan yang salah.
Harus dibiasakan dengan ilmu agama sejak kecil, sehingga ketika dewasa dia akan faham tentang ilmu agama dan memiliki keakraban yang lebih dengan orang tuanya kerana dididik nuraninya untuk menjadi anak yang berbakti.
5. Pelindung Di Hari Kiamat
“Siapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar, memberinya makan dan minum, dan pakaian dari hasil usahanya, maka semuanya akan menjadi pelindungnya pada hari kiamat”. (HR Ibnu Majah).
Jika kita dianugerahkan tiga anak perempuan dan bersabar dalam mengurusnya, bekerja keras mendidiknya menjadi anak solehah, kelak kita akan dilindungi ketika hari kiamat sebab kebaikan kita pada ketiga-tiganya.
6. Cermin Kelembutan Hati
Anak perempuan memiliki hati yang lembut. Umumya mereka terbiasa bermain segala sesuatu yang berhubungan dengan keindahan, seperti anak patung yang cantik atau bermain pondok-pondok.
Hal tersebut cerminan kelembutan hati yang telah Allah tanamkan sejak kecil sebagai ciri khas. Kita harus tahu membentuk mereka menjadi orang yang berhati dan bersikap lembut terhadap orang tua dan sesama manusia.
7. Mudah Dalam Membantu Orang Tua
Anak-anak ini seringkali lebih selesa bermain di rumah daripada di luar. Ini menjadi sisi positif jika kedua orang tua dapat mendidiknya dengan mudah. Orang tua dapat mula melatih kebiasaan tentang kewajiban perempuan sejak kecil, seperti membersihkan rumah dan memasak.
Dengan demikian ibu ayah merasa sangat bertuah ketika anak-anak tersebut sudah mampu membantu. Selain termasuk didikan agar anak berbakti, kebiasaan baik tersebut nantinya akan sangat bermanfaat untuknya ketika dia dewasa, menjadi lebih berdikari dalam hal apapun.
8. Berita Gembira Dari Allah
“Apabila mereka diberi khabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, merah padamlah wajahnya dan dia sangat marah… ketahuilah betapa buruknya apa yang mereka tetapkan itu”. (QS An Nahl : 58-59).
Anak perempuan adalah sebuah berita gembira dari Allah. Bagi orang yang menolaknya hal tersebut mereka dipandang buruk oleh Allah sebab Allah amat memuliakan perempuan dengan berbagai syariatNya seperti wajib menutup aurat agar tidak digoda oleh lelaki.
9. Cerminan Ibu
Mereka merupakan cerminan ibunya, jika seorang ibu mampu beri didikan agama dan menghindarkannya daripada pengaruh buruk persekitaran, maka anak tersebut juga akan menjadi wanita yang solehah seperti ibunya. Sebab itu sebagai orang tua, kita harus memberi contoh yang baik terlebih dahulu baru mengajarkan pada anaknya.
10. Kebanggaan Orang Tua
Pada masa sekarang, ramai perempuan memiliki peluang sama dengan lelaki dalam pelbagai hal; pendidikan mahupun pekerjaan. Orang tua yang memiliki anak perempuan dan mampu membesarkan hingga memiliki akhlak mulia, tentu akan merasa bangga sebab mampu menjadian anaknya tersebut sukses dan memiliki kemampuan yang sama dengan anak lelaki.
11. Peluang Untuk Berbuat Baik

“Tidaklah seorang muslim yang memiliki dua anak perempuan yang telah dewasa lalu dia berbuat baik pada keduanya kecuali akan dimasukkan ke syurga”. (Shahih Al Adabil Mufrad).
Kelebihan memiliki anak perempuan merupakan kesempatan atau ladang pahala yang besar dalam Islam. Orang tua yang berjaya menjaga dan mendidik sebaik mungkin sesuai kemampuannya, akan menjadikannya peluang untuk berbuat baik, peroleh pahala dan peluang yang dilorongkan untuk orang tua ke syurga.
12. Meningkatkan Kasih Sayang
“Aku pun melihat Abu Bakar mencium pipi puterinya sambil berkata, bagaimana keadaanmu puteriku?”. (HR Bukhari).
Anak perempuan yang memiliki sifat lebih lembut dan cenderung lebih manja, umumnya lebih disayangi oleh orang tua; lebih diawasi ketika bergaul dan berteman. Hal tersebut merupakan bentuk kasih sayang.
Memiliki anak-anak ini dapat menjadi lubuk meningkatkan kasih sayang, sehingga akan meningkatkan kasih sayang dan rahmat Allah pula bagi orang tuanya.
13. Dimuliakan Allah
Jelas dari berbagai ayat Al Qur’an dan hadis bahawa wanita selalu dimuliakan dan dilindungi, hal tersebut berlaku sejak kecil, selama masa dewasa, juga setelah anak perempuan tersebut berkeluarga.
14. Darjat Yang Sama
Mereka memiliki kedudukan sama dengan anak lelaki. Mereka tidak berbeza dalam hal kepandaian dalam pendidikan mahupun dalam pekerjaan paling utama tidak memiliki perbezaan di sisi Allah, semua memiliki kesempatan yang sama untuk beribadah dan mendapat jalan berbuat baik yang sama juga.
15. Lebih Cerdas Dalam Ilmu Dan Menerima Nasihat
Mereka cenderung menurut dan memudahkan orang tua dalam memberi ilmu dan memberi nasihat. Memang tidak semuanya baik dan penurut, hal itu bergantung daripada cara orang tuanya mendidik sejak kecil dan bagaimana cara orang tuanya menanamkan kesedaran nurani Islami di hati anaknya.
Anak-anak yang solehah, akan tetap mengingat nasihat orang tuanya untuk menjaga diri dan melakukan yang terbaik dalam setiap urusannya, hal itu dapat terjadi jika orang tua berhasil menanamkan rasa bakti sejak kecil.
Jangan lupa bersyukur, mengajarkan kebaikan dan memberi yang terbaik untuk anak kita.
Sumber artikel: dalamislam
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI