Ajal maut jodoh pertemuan sudah tertulis di luh mahfuz. Ada kala, jodoh datang dengan orang bujang tapi ada juga bertemu duda yang mempunyai anak-anak yang masih kecil.
Dahulu, ibu tiri sering dilabelkan sebagai garang dan kejam hingga anak-anak memberontak menerima emak baru dalam hidup mereka. Namun masa beredar, sikap dan perubahan istilah ibu tiri garang tidak lagi timbul.
Namun dalam berhadapan “dunia baru” ini, ada tips perlu diketahui olah anda yang memilih duda sebagai teman hidup kerana emosi manusia berbeza-beza dan kita juga berhadapan dengan anak-anak yang sesekali kita ketemui.
Perkara pertama yang paling penting harus anda faham ialah ANDAH HARUS MENERIMA ANAK-ANAK dengan hati yang lapang.
Anda harus menerima dan mengasihani anak-anak ini seperti anak sendiri biarpun anda tidak memiliki pengalaman melahirkan anak lagi. Anda juga harus bersedia menerima penolakan dari mereka namun tak perlu takut dan menyerah jika ditolak.
Selalulah berfikir ada jalan keluar dari kemelut selagi anda berusaha mencapainya. Hal sulit yang anda harus fikirkan ialah anda jangan mengalah untuk bersaing dengan anak-anak ini kerana mereka juga belum memahami anda.
PERHATIAN DAN PEMBELAAN DARI SUAMI adalah hal yang selalu diperebutkan antara ibu tiri dan anak-anak. Jika anda berkeras kerana merasakan suami menyayangi anda, kebencian itu akan makin mendalam dalam hati mereka. Sebaliknya daripada terus bertekak hal perhatian dan kasih sayang ini, anda harus menunjukkan bahawa anda adalah ibu tiri yang terbaik.
Yakinkan anak-anak, anda bukan pencuri ayah mereka atau diri anda adalah ancaman yang mahu menarik perhatian ayah mereka sebaliknya tunjuki semua itu dengan PERBUATAN BAIK kerana ia adalah senjata memujuk paling ampuh.
Anak-anak ini dapat merasainya sama ada anda ikhlas menyayangi mereka atau ia satu perbuatan sia-sia. Jadi jangan cuba-cuba untuk menipu mereka. Jika anda belum bersedia menerima anak-anak ini dan menyayangi mereka sepenuh hati, tundalah pernikahan itu dahulu untuk anda bertenang dan selepas benar-benar yakin dengan keputusan dibuat.
Namun kalau sudah terlanjur bernikah dan berada dalam dilema ini, belajarlah untuk mengasihi mereka sepenuh hati dengan cara yang profesional.
Hargai keberadaan mereka dalam hidup anda dan anak-anak ini juga adalah sebahagiaan dari kehidupan suami. Yakinkanlah suami bahawa anda memerlukan masa untuk belajar menerima dan menyesuaikan diri dengan anak-anak yang belum pernah anda kenal sebelum ini.
JANGAN BERUSAHA MENJADI IBU MEREKA, hal ini paling penting kerana terlalu masuk campur akan menjadikan masalah lebih rumit. Anda adalah orang baru dan tidak pernah kenal ibu mereka tapi ada ikatan batin yang kuat antara ibu dan anak ini. Jadi jangan cuba sesekali berusaha menjadi ibu mereka. Tapi bersikaplah bahawa anda sentiasa menyayangi mereka tapi dengan cara anda sendiri.
FOKUS PADA PERKEMBANGAN PERHUBUNGAN kerana ia akan lebih menguntungkan dan lebih rasa dihargai. Hargai hubungan mereka dengan ayahnya, sejarah kehidupan dan kebiasaan serta kesukaan mereka lakukan sebelum anda hadir dalam hidup mereka. Anda juga harus membuka diri seluas mungkin membina hubungan dengan anak-anak ini. Jangan bersikap kaku dan menjaga formaliti yang mungkin akan membuatkan hubungan itu terus kaku.
Kena ingat, anda adalah isteri baru ayah mereka dan orang baru dalam hidup mereka dan menjaga keberbatasan itu. Sentiasalah bekerja sama dengan pasangan untuk memastikan hubungan harmonis terjaga. Ia mengambil waktu dan ia bukan terjadi dalam semalam sahaja.
Jadilah ibu tiri baik kerana jika diizinkan anda juga bakal bergelar seorang ibu dan bakal punya anak sendiri. Jadi bila binaan kasih sayang itu sudah erat, hubungan anda tiada lagi masalah di masa depan.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI