Jodoh itu ‘semahalnya’ rezeki yang dikurniakan oleh Allah SWT. Tidak perlu terlalu bimbang jika jodoh belum hadir dalam kehidupan anda. Usah bermuram durja jika sampai saat ini, jodoh belum mewarnai hidup anda yang makin sepi.
Tak usah galau jika dia yang diidamkan, belum juga hadir dan bersanding di pelaminan yang diimpikan. Sebab jodoh, sampai bila-bila pun adalah sebagian daripada rezeki.
Jodoh adalah rezeki. Rezeki adalah kurniaan Allah SWT. Allah memberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya, dan menahannya bagi siapa yang dikehendakiNya. Dia Maha Mengetahui keperluan seluruh hambaNya. Maka jodoh akan diberikan tatkala seseorang memerlukannya.
Gambar sekadar hiasan.
REZEKI DAN MISTERI
Ads
Jodoh ialah rezeki. Maka ia misteri. Ada rahsia agung di dalamnya yang mustahil diketahui detail oleh hambaNya yang bernama manusia. Oleh kerana jodoh itu satu misteri maka jodoh tidak boleh ditebak dengan siapa, bila bersanding dengannya, bagaimana ceritanya, menjadi yang keberapa atau bagaimana kesudahannya.
SIAPA JODOH KITA
Yang paling pasti, dia adalah sosok terbaik menurut takdir Allah SAW. Dia tidak mungkin menzalimi hamba-hambaNya. Hakikatnya tidak siapa yang tahu tentang bilakah seseorang itu akan bertemu jodohnya dan siapa jodohnya. Namun jodoh itu perlu diusahakan kerana jodoh tidak datang menggolek. Selain doa, untuk mencari jodoh, seseorang itu perlu bijak membawa diri.
Ads
Tidak ada jawapan “May be Yes, May be No”. Ini kerana apa yang tertulis dalam Lauhul Mahfuzh yang terjaga rahsianya adalah pasti. Jodoh menjadi penting ketika usia seseorang sudah masuk angka ‘genting’ dalam hitungan manusia. Saat genting boleh dinilai daripada segi kesihatan, kemungkinan hidup kerana mengidap penyakit, soal zuriat, dan tuntutan orang tua.
Ads
Semua ini wajar difikirkan. Hal ini kerana perkahwinan itu merupakan terminal hidup selepas lahir dan sebelum mati. Allah telah menentukan jodoh masing-masing jika tidak di dunia, di syurga nanti. Yakinlah dengan perancangan Allah.
VIDEO:
https://www.youtube.com/watch?v=aDyYhc9Dxt0
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Ternyata beliau sangat gembira dalam gembirakan orang lain. Ramai bertanya kenapa barangan yang dijual di hari pembukaan nanti sangat murah-murah.
Ustaz Ebit Lew menjelaskan ketika PKP lalu dia belajar sesuatu yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Baginya hidup hanya sekali dan hidup untuk Allah sayang.
Beliau juga terkenang saat dulu pernah bekerja di petrol pam dan ada antara hamba Allah yang menyelitkan duit dalam poket bajunya.
Waktu itu beliau senyum tidak henti kerana dengan duit berkenaan boleh digunakan untuk membeli telur goreng.
Malah semua duit gaji diperoleh diberikan kepada emaknya di kampung. Emaknya tidak tahu beliau tidak mempunyai duit lain ketika itu.
Jadi Beliau sangat menghargai RM2 yang diberi kerana nilainya snagat besar pada dirinya.
Jadi sangat bermakna padanya jika dapat menggembirakan orang lain dan memberikan bantuan walaupun dengan perkara kecil.
Diakhir posting, Ustaz Ebit Lew mahu semua mendoakan kejayaannya sempena pembukaan kedai runcit pertama di Bandar Baru Bangi.
“Doakan yer..best bila dapat gembirakan ramai orang. Orang tanya kenapa Elewsmart murah sangat hari pembukaan elewsmart. Saudaraku, Murah..untuk semua yer..semua dialu-alukan yer..
“Senyuman orang lain buat saya rasa gembira. Masa PKP saya semakin belajar sesuatu yang tak pernah saya rasa begitu sebelum ini..buat orang tersenyum. Hidup ini cuma sekali. Hidup untuk Allah sayang.
“Buat saya teringat masa dulu. Kerja petrol pam, ada orang selit rm2 dalam poket saya. Senyum saya tak berhenti. Happy sangat boleh beli telur nak goreng. Semua duit gaji bagi dekat mak dekat kampung.
“Mak tak tahu pun saya tiada duit lain. Besar rm2 tu untuk saya. Walau sekali sekala jer dapat begitu tapi nikmat dalam hidup saya. Begitulah teringin nak buat semua orang senyum tanpa mengira bangsa,latar belakang siapa sahaja tak terkecuali. Bila kita berkongsi niat hadiah rasa happy sangat.
“Allah beri rasa bahagia sangat dapat gembirakan orang walau dengan perkara kecil. Anak menangis kita beri mainan. Pujuk anak yang lapar tiada makan. Beri hadiah. Best sangat rasanya. Jumpa orang beri hadiah.
“Doakan yer Sabtu ini hari pertama pembukaan Bandar Baru Bangi. Ahad di Kajang. Minggu seterusnya setiap hari 8 cawangan lain. Berdebar rasa. Pohon doa semua kerana doa semua sangat penting dalam hidup saya.-ebitlew
Ibadah korban adalah ibadah yang sangat dituntut melakukannya bagi setiap individu yang berkemampuan. Firman Allah SWT:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: “Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).”Surah al-Kauthar (2).
Hukum melakukan ibadah korban ialah sunat muakkad yang bererti seseorang itu mempunyai lebihan harta dari keperluan dirinya dan keluarga yang ditanggungnya pada siang hari raya haji dan malamnya serta hari-hari tasyriq tetapi dia tidak melakukan korban maka hukumnya adalah makruh.
Berbanding tahun lalu, harga bagi satu bahagian korban tahun ini bermula dari RM680. Kenaikan segala kos membuatkan harga binatang ternakan juga melambung naik.
Kita sering mendengar ibadah korban dilakukan di negara-negara Islam lain khususnya yang ekonominya tidak sebaik Malaysia. Ia banyak diuruskan oleh pihak Ngo dan orang perseorangan. Kadar satu bahagian masih dianggap murah berbanding Malaysia. Bahkan ia sering diwar-warkan penerimanya hanya menikmati daging setahun sekali sebagai “ayat penarik simpati” kepada rakyat negara ini yang memiliki rezeki lebih.
Namun sesuatu yang perlu kita perhalusi ialah, jangan terperanjat kerana wujud sisi gelap ibadah korban di luar negara ini yang mampu mengaut untung jutaan ringgit semusim. Ia dikongsikan oleh Ustaz Mohammad Yaakub Yusra Yusoff mengenai sisi gelap dunia korban. Berhati-hatilah dalam memilih ibadah korban murah khususnya di luar negara.
Binatang korban yang dipilih mesti mencukupi syaratnya.Bukan nak murah saja
Ini perkongsiannya :-
Orang Bangladesh bila masuk kandang depa akan tanya mana yang paling besaq. Tapi kebanyakkan kita bila korban selalu tanya ” ada tak yang murah dan cukup umur”.
Bila nak buat korban, pastikan cari yang paling banyak daging sebab lebih banyak manfaat untuk penerima.
Sisi gelap yang berlaku dalam dunia KORBAN ni adalah banyak yang collect dengan nilai paling tinggi tapi pilihan binatang korban dengan nilai yang sangat rendah. Berpadalah dalam mengambil untung ya.
Paling membimbangkan korban luar negera, saya pernah tengok satu claim berkaitan buat korban di kemboja/Africa dengan angka mencecah 3000 ekor. Pengalaman peribadi ke Kemboja memang agak sukar @ mustahil untuk menguruskan urusan korban dan serahan sebanyak itu. Malah saya membayangkan kat mana la tempat nak uruskan lembu sebanyak itu.
Ada iklan korban di Africa dengan kos 250 satu bahagian, sedangkan nilai pasaran lembu di sana tidaklah begitu murah. Sebab tu dalam ibadah korban yang paling baik buatlah di tempat yang berdekatan dan tempat yang kita bekerja cari rezeki. Sunat kita tengok binatang korban kita. Maslahah ni nak elak dari kes-kes penipuan jugak.
Elakkan mentaliti buat korban nak yang murah ya.
Bayangkan kalau dapat buat collection 1000 ekor untuk buat korban, kutipan RM800 satu bahagian total dapat RM5600. Bila ke kandang, beli lembu yang kurus dan kecil dengan harga RM4000 maka keuntungan selepas tolak kos upah sembelih dan lapah adalah sekitar RM1500.
Total untuk 1000 ekor bersamaan PROFIT RM1.5 juta.
Saya sarankan untuk tahun ni, peserta-peserta carilah Surau/ Masjid atau madrasah di kawasan berdekatan ya. Ambillah kesempatan untuk uruskan binatang korban sendiri. Biaq puas hati dalam ibadah ni.
Alhamdulillah minggu ni sempat datang ziarah lembu kami yang di fidlot di Tenang Agro Farm Kuala Nerang, anggaran semua akan cecah 100kg bersih untuk daging sahaja menjelang Raya haji.
Demi Allah sepanjang 4 tahun dah buat korban di MADAD. Kami merekodkan kerugian yang konsisten, sebab collection dari peserta hanya RM4900 untuk seekor lembu. Tapi tahun lepas kami bayar lembu seekor semua atas RM4900. So memang takdak profit langsung malah perlu di absorb kos tahun lepas ja dekat RM30 ribu untuk hampir 100 ekor.
Ingat ya tak semua buat murah tu tipu, cuma kena hati hati. Banyak juga NGO yang telus dan buat betul siap beraudit.
Kalau betul nk buat beli tiket p sana terus biaq puas hati. Beli tiket tu pun dah dapat pahala sambil isi masa untuk khidmat umat.
Doakan ya projek korban kerjasama MADAD, AAA dan KIUT dapat bagi manfaat sebaiknya.
p/s : Saya tak jual lembu korban ya. Cuma pelik macam mana harga daging mentah di sebahagian negara luar lagi mahal dari harga kita. Apatah lagi lembu hidup. Sepatutnya lebih mahal bukan murah. Sumber : FB Mohammad Yaakub Yusra
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Tiada apa lebih menyedihkan saat kehilangan orang disayangi. Sebagai hamba-Nya, tiada upaya kudrat untuk kita menolak ketentuan Allah. Semuanya sudah tertulis sejak azali lagi, iaitu ketika roh masih di luh mahfuz.
Ternyata gurauan seorang anak untuk bertemu arwah ibunya menjadi kenyataan apabila dirinya dijemput Illahi selepas mengalami serangan asma yang kronik ketika berada di sekolah sebelu, dikejarkan ke hospital. Namun Allah lebih menyayangi anak syurga ini.
Dikongsikan dari page fb pengurusan jenazah secara percuma seluruh negara, Mr Wan Cai Official, skuad Unit Khas Van Jenazah-16 Kedah telah menyempurnakan jenazah adik Adik Asnor Izzani Aiza Bt Azhar, 12 tahun semalam.
Sebak, akan perkongsian ini.
Adik Aiza dikebumikan ditanah perkuburan Islam Pokok Sena Lama Alor Setar Kedah seusai disolatkan. Anak bongsu dari 5 orang adik beradik ini dikatakan meninggal dunia setelah mengalami serangan asma yang teruk.
Serangan asma tersebut berlaku sekitar jam 11.00 pagi semalam semasa adik Aiza berada disekolahnya. Difahamkan adik Aiza hadir kesekolah bagi menggantikan cuti ganti sempena Tahun Baru Cina.
Adik Aiza adalah pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Pokok Sena. Semasa kejadian asma berlaku adik Aiza dikata sempat mengadu kepada seorang cikgunya. Adik Aiza memberitahu badannya terasa sangat letih dan sukar bernafas.
Cikgu tersebut kemudiannya menghubungi bapa kepada adik Aiza bagi memaklumkan keadaannya. Cikgu tersebut juga menghubungi pihak ambulan apabila melihat adik Aiza semakin lemah.
Pihak yang tiba tidak lama kemudian telah memberi bantuan awal dan membawa adik Aiza ke Hospital Sultanah Bahiyah. Namun adik Aiza disahkan sudah meninggal dunia apabila tiba di perkarangan kecemasan hospital.
Rezeki anak kecil ini saat jenazahnya diuruskan. Ramai yang datang membantu arwah.Moga impian arwah bertemu arwah ibunya menjadi kenyataan.
Beberapa hari sebelum meninggal dunia adik Aiza ada berseloroh kepada kakaknya. Adik Aiza memberitahu kepada kakaknya beliau mahu pergi berjumpa dengan arwah ibunya. Difahamkan adik Aiza kehilangan ibunya ketika berumur 5 tahun.
Di usia 5 tahun itu adik Aiza terputus kasih dari seseorang yang bernama ibu. Walaupun tidak bernasib baik seperti kanak-kanak yang lain adik Aiza tetap diberi kasih sayang oleh bapanya. Anak bongsu ini dijaga bagai menatang minyak yang penuh.
Arwah ibu kepada adik Aiza meninggal dunia selepas 5 tahun menderita penyakit strok. Penyakit strok yang dialami oleh si ibu dikatakan terjadi selepas bersalinkan adik Aiza.
Kini impian adik Aiza dimakbulkan. Allah telah menyeru anak kecil ini pulang ke pangkuan-NYA. Semoga adik Aiza bertemu dengan ibu yang melahirkannya. Selamat jalan adik Aiza.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Salam bersalaman memohon kemaafan memang sudah jadi budaya kita ketika menyambut raya. Namun begitu batasan untuk bersalaman meskipun bersama ahli keluarga perlu juga dijaga.Ini...