‘Bela kucing memang mulia.’ Tapi berdosa besar, bila tak jaga hak & menyakiti hati jiran yang tak selesa dengan kehadiran kucing yang berak merata-rata.
Tidak dinafikan memang mulia bila seseorang itu sayangkan kucing. Beri makan setiap kali jumpa kucing, namun jika perkara ini dijadikan kebiasaan, kucing-kucing ini akan membiak dengan cepat dan membawa masalah kepada jiran tetangga kerana tak semua kucing bertuan.
Tak salah nak sayangkan kucing, tapi ikut cara yang betul. Jangan abaikan aduan dan masalah jiran bila mereka bersuara kerana tak semua yang selesa dengan kucing.
Ikuti perkongsian Muharrik Daei ini dan hadam baik-baik bila kita menyakiti hati jiran.
Artikel Berkaitan: ‘Kucing Memang Kesayangan Nabi.’ Penyayang Biar Bertempat, Jangan Bela Hingga Susahkan Jiran
Bela Kucing
Meow oh meow!
“Beli roti canai kak?” Tegur aku pada seorang kakak jiran aku yang tinggal beberapa selang rumah dari rumah aku pagi tadi di kedai roti canai.
“Oh, ustaz ke. Saya beli roti canai dan nasi lemak untuk anak-anak ni. Lambat pulak menunggu roti ni.” Rungutnya.
Memanglah pagi minggu kalau beli roti canai bungkus ni. Berjam-jamlah jawabnya.
Aku pun melabuh punggung duduk di satu meja menunggu dengan kakak ini.
Memang Mulia
“Ustaz nak beli apa?” Tanyanya.
“Saya nak sarapan ni.” Aku pun pesanlah sarapan aku.
“Kak, marilah minum sekali kak sementara menunggu roti canai ini. Saya pun ada hal nak cakap dengan kakak ni. Ingatkan nak jumpa akak di rumah akak pagi ni, tapi terjumpa di sini baik saya cakap terus saja dengan akak.”
“Eh apa hal pulak ini ustaz. Suspen saya.” Ujarnya sambil ketawa.
“Orderlah minum dulu kak.” Kataku.
Aku lihat setelah makanannya sampai dan minumannya, dia seperti tak sabar nak tahu apa yang aku nak katakan pada dia.
“Ustaz nak jemput kenduri ke? Tanyanya.
“Eh tak lah kak.” Aku ketawa.
“Begini kak, saya ini hendak minta maaf dulu sebelum saya cakap ini.”
“Eh kenapa pulak? Ini mesti pasal kucing akak ni kan?”
Tapi Berdosa Besar
Aku lihat muka nya mula berubah. Dari ceria dan ketawa terus masam mencuka.
“Haa kak. Maaf ya kak.” Ujarku lembut.
Belum sempat aku menyambung, dia terus saja marah-marah.
“Ustaz pun sama macam jiran lain. Tak faham-faham.”
Aku terus terdiam. Tak jadi hendak bertanya. Takut kena seranah kat kedai kopi tu.
“Ustaz tahu tak, kucing yang kencing, yang berak merata-rata dekat rumah jiran semua itu termasuk rumah ustaz itu bukan kucing saya tau ustaz.
‘Itu street cat. Kucing liar. Orang buang dekat taman kita. Tak baik ustaz tuduh tuduh saya macam itu. Saya hormat ustaz. Ustaz jangan buat macam ni dengan saya.”
Bila Tak Jaga Hak
Aku terus terdiam. Seperti ada malaikat 44 lalu. Kecut perut aku. Suaranya walau tak kuat tapi semakin meninggi. Namun aku berani kan juga hati aku untuk menegur.
“Maaf kak. Dia macam ni kak, memang kucing liar. Tapi masalahnya, akak beri mereka makan hari-hari. Jadi dia membiak. Dan menganggu jiran kak.”
“Tak kan saya tak bagi makan, dia datang rumah akak. Dalam islam pun mulia bela kucing ni.”
“Mulia itu mulia kak, kalau akak jaga hak jiran tapi berdosa besar kalau menyakiti jiran. Bela kucing itu mulia tetapi tak boleh di bandingkan dengan dosa menyakiti jiran kak.”
Aku mulalah bersyarah kerana dah tak boleh tahan. Tapi aku cakap dengan nada selembut yang boleh agar tidak menyinggung perasaannya.
Baca Di Sini:
Bicara Rasulullah Wanita Terima Azab Di Neraka! Dosa Kerana Di Hatinya Tiada Belas Ihsan Kepada Kucing
Menyakiti Hati Jiran
Panjanglah tazkirah aku dengan kakak ni tapi syukur aku dapat cool down dia. Dia akur.
Aku hormatinya kerana sayangkan binatang. Tetapi di samping itu, ia amat menganggu jiran dengan tahi kucing, kencing kucing atas pasu bunga, laman dan juga rak kasut kereta dan motor. Baunya jangan ditanya. Memang tak boleh tahan.
Ramai yang mengadu tapi tak diendahkan. Ramai juga orang yang menyewa di perumahan aku ini pindah kerana tak tahan.
Kucing liar tu memang alasannya tetapi ia memang kucing dia puluhan ekor. Memang dia ada buat tempat kucing tetapi kebanyakannya dilepasnya tak kira siang dan malam.
Pernah satu ketika itu hampir bergaduh kerana jiran yang teraniaya itu menangkap kucing dan membuang di luar kawasan perumahan kerana tak tahan.
Nabi Tak Suruh
Dari segi hukum tidak salah kita menangkap dan membuang kucing yang menganggu kehidupan kita ke tempat lain asalkan kita tidak menyakiti binatang tersebut.
Nabi tak ada pula suruh kita bela kucing. Yang nabi suruh kita buat adalah jangan menyakiti binatang. Berdosa menyakiti binatang. Namun bela kucing ini harus. Boleh bela atau boleh tak bela.
Kalau bela kucing, jaga juga hak jiran. Dosa besar menyakiti jiran.
Di akhirat nanti, kucing tidak akan dipertanggungjawabkan memikul dosa-dosa ini, tetapi orang yang bela yang menanggung segalanya.
Kucing tidak berakal tetapi tuan kepada kucinglah yang patut menggunakan akalnya.
Berhati-hatilah terhadap amaran Rasulullah s.a.w. akibat perbuatan menyusahkan jiran.
Kalau ada kawan kawan dalam Facebook ini yang bela kucing, jagalah hak kucing dan hak jiran. Gagal salah satunya neraka akibatnya.
Moga ada manfaat untuk renungan kita.
#muharrikdaie
Kashoorga: Tak salah sayang dan bela kucing, tapi berpadalah.
Sumber : Muharrik Daei
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI