Isi Kandungan
ToggleUngkapan I Love You mungkin biasa sahaja kedengarannya. Namun percayakah anda bahawa ungkapan itu sangat berkuasa? Malah ayat itu sebenarnya boleh menjadikan seseorang runtun hatinya mengikut situasi yang sedang berlangsung.
Jom perhatikan situasi anda yang mungkin terusik dengan ungkatan ‘aku cintakan kamu’
KETIKA BERGADUH
Ketika bergaduh antara suami dan isteri, jika ada salah seorang mengungkapkan ‘I love you‘ pasti pihak yang satu lagi akan mudah terusik. Malah mungkin akan membuatkan anda berdua terimbas kembali saat-saat dilamun cinta.
Keadaan bergaduh suami isteri memang tidak dapat dielakkan. Maklumlah dua individu berbeza perlu berkongsi semuanya. Maka akan wujudlah situasi berbeza yang boleh mencetuskan perselisihan faham.
Justeru jangan kedekut untuk mengungkapkan ‘aku cinta kamu‘ kepada pasangan.
KETIKA BERJAUHAN
Jika ada antara anda yang perlu bertugas di luar kawasan, cubalah telefon pasangan anda dan bisikkan ‘I love you‘. Pasti si isteri akan tersentuh dan boleh menitiskan air mata. Terasa ingin terbang memeluknya.
Ungkapan ini sungguh berkuasa hingga mampu mencetuskan rasa rindu yang teramat kepada pasangan.
KETIKA DIA SUDAH TIADA
Ungkapan ‘I love you‘ jika ditulis pada kertas oleh pasangan anda, simpanlah kertas itu sebaik mungkin. Jika umur si dia tidak panjang, dan anda menatap kembali tulisannya di atas kertas itu, pasti emosi anda terganggu.
Terasa-rasa si dia masih ada. Terasa-rasa ingin bersama si dia. Kenangan manis bersamanya akan bermain di mata. Begitulah hebatnya ungkapan ‘I love you‘ yang hanya ada tiga perkataan tetapi sangat bermakna bagi mereka yang tahu menghargai.
VIDEO KASHOORGA:
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Setiap Manusia Berhak Bahagia, Allah Izinkan Perceraian Untuk Beri Peluang Yang Lebih Baik Buat Hamba-Nya
Isi Kandungan
ToggleSetiap manusia berhak bahagia, Allah izinkan perceraian untuk beri peluang yang lebih baik buat hamba-Nya. Memang tidak dinafikan rumah tangga ini tak selamanya bahagia dan setiap daripada kita miliki pilihan.
Sama ada memilih untuk setia biarpun diperlakukan yang tidak-tidak oleh pasangan atau hendak move on mencari peluang yang lebih baik.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie, Puan Suzana Ghazali dan hadam baik-baik pesanannya:
Artikel Berkaitan:
Setiap Manusia Berhak Bahagia
Soalan klien saya, seorang isteri pertama yang dimadukan secara rahsia awal tahun ini. Ketika hanya dia sahaja sebagai isteri pun, suami sudah gagal laksanakan tanggungjawab dan selepas ada yang kedua, suami janji hendak berubah tapi janji hanya tinggal janji.
“Berdosakah mohon cerai kerana suami tak mampu dalam poligami?”
Allah Izinkan Perceraian
Saya kongsikan jawapan buat anda dengan isu serupa:
Perkahwinan adalah amanah, bukan saja kepada pasangan tetapi kepada Allah Maha Kuasa. Tika anda bersetuju untuk menerima seseorang sebagai teman hidup, anda sebenarnya telah berjanji dengan Allah untuk membahagiakannya.
Untuk Beri Peluang
Fitrah manusia tidak akan sunyi daripada melakukan kesilapan. Bila pasangan tersilap, tugas anda untuk membetulkannya. Kekurangannya untuk ditampung dan diatasi bersama kelebihan kita. Sama juga, kekurangan kita perlukan dia untuk menampungnya.
Jika kekurangan yang boleh diperbetulkan tersebut secara sengaja enggan dibetulkan, nyatalah hikmah perkahwinan yang ditetapkan bukan saja oleh agama Islam malah agama-agama lain iaitu untuk kebahagiaan bersama suami isteri, tidak berjaya diperolehi lagi.
Yang Lebih Baik
Lantas, jalan terakhir yang boleh dipilih ialah keluar daripada perkahwinan iaitu cerai.
Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud:
“Mana-mana perempuan yang memohon cerai tanpa sebab yang munasabah, dia tidak akan mencium bau syurga.” – Hadis riwayat Abu Daud.
Allah SWT tidak sukakan perceraian tetapi DIA halalkan sebab DIA tahu, makhluknya yang bernama manusia ini feelnya tak serupa; ada yang baik malah ramai juga sebaliknya.
Buat Hamba-Nya
Merujuk kes ini, si isteri telah dianiayai sejak awal, sejak suami belum berkahwin lain lagi. Ironiknya wanita berstatus isteri, akan kekal bertahan selagi dia tidak dicurangi.
Hikmah suami curang pula sebenarnya adalah untuk wanita yang butakan mata sendiri dengan cinta suami ini agar sedar betapa suami tak sayangkan dia sangat pun sebaliknya dipergunakan. Kalau sayang, kebajikan anda akan dijaga sebaiknya bukan?
Setiap manusia berhak untuk bahagia dan DIA izinkan perceraian bagi berikan peluang untuk setiap makhluknya bahagia dengan pilihan yang lebih baik.
Paling penting, sentiasa dapatkan bantuan-Nya dalam membuat keputusan agar hidup sentiasa dalam reda-Nya! Tak guna bertahan sedangkan anda dan pasangan sedang menambah dosa kepada-Nya, nauzubillah!
Baca Di Sini:
Syarat Bahagia Pasangan Bekerja; Sama-sama Penat Urus Rumahtangga
Kashoorga: Semoga Allah mengurniakan jalan terbaik buat mereka yang diuji dalam rumah tangga.
Sumber: Puan Suzana Ghazali
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Lepas Laung Azan Sedap Dari Kebiasaan, Bilal Ini Rebah. Matinya Dalam Husnul Khatimah Di Malam Jumaat!
Isi Kandungan
ToggleSesungguhnya hanya Allah yang tahu bila masanya kematian akan menjemput. Malah Dia juga mengkehendaki kematian dengan cara yang bagaimana.
Sesungguhnya hanya insan terpilih yang dijemput bertemu PenciptaNya ketika sedang mengerjakan ibadah atau dalam keadaan husnul khatimah.
Seperti perkongsian yang tular di media sosial minggu lalu di mana seorang bilal yang juga warga emas meninggal dunia setelah selesai melaungkan azan Isyak.
Perkara ini dikongsi di laman sosial facebook Masjid An-Nur Felda Telor Timur hingga mendapat perkongsian lebih ribuan warga net.
Jemaah masjid ini dikenali dengan nama Ahmad bin Saad (Mat CB), 68 tahun, seorang yang sangat aktif di masjid dan sering melaungkan azan secara sukarela. Lebih mulia arwah meninggal pada malam Jumaat. Subhanallah.
Posting ini menjadi tular apabila turut diselitkan beberapa keping gambar di mana kelihatan foto jemaah mengelilingi jenazah sejurus dia rebah.
Sementara itu, Setiausaha masjid berkenaan Noratzman yang dihubungi Mstar memberitahu arwah baru sahaja ketika itu mengalunkan azan sejurus bacaan Yasin yang dilakukan setiap minggu pada Khamis malam Jumaat di masjid berkenaan.
“Selepas bacaan Yasin, dia terus bangun untuk azan Isyak. Habis sahaja azan, dia turun mimbar nak tutup suis mikrofon terus rebah”.
“Dalam pada itu, sempat Imam pangku ajar mengucap. Dalam tiga minit dia dah tiada. Semalam memang sedap dia azan, sedap dari biasa.
“Bunyi elok, sedap lain macam. Arwah ini seorang yang peramah, baik dan menghormati orang,” ujar Noratzman yang juga bekerja sebagai Pembantu Tadbir di Sekolah Kebangsaan Teloi Timur.
Pengakhiran sangat cantik
Syeikh Amri Al-Baluni Pengakhiran yang sangat cantik! Allahuakbar
Eliey Rumaizah Alhamdulilah.. Pengakhiran yg sngt baik.. dimlm jumaat arwah dijemput allah..semoga syurga ditempat mu…
Zaiful Azhar Innalillah…Allah muliakn kematian arwah..di waktu dan tempat yg sgt mulia..moga roh arwah dicucuri rahmatNya.
Deanna Ismail alhamdulillah salam takziah..pengakhiran malam jumaat
innalillahiwainnailaihirojiun
Zam Zzr Alhamdulillah…pengakhiran yg terindah untuk beliau…alfatihah
Kematian yang dicemburui
Suhana Abd Majit Innalilahiwainna ilaihi roojiunn……pengakhirat yg sgt dicemburui …dipanggil Allah tika selesai melaung azan ..dmlm penuh barakah ddlm masjid yg penuh berkat…..moga roh arwah ditempatkan bsama2 para solihin…. Al fatihah … Takziah buat keluarga .
Aamiin
Nikmah Lee Kematian yang dicemburui..mati dimalam jumaat beroqah dan ditempat yang sangat mulia disisinya…mati khusnul khotimah..semoga roh allahyarham dicucuri rahmat hendaknya.Al-Fatihah..Aamiin
Nor Farahhana Hassan Alfatihah…kematian yg dicemburui… Semoga roh arwah dicucuri rahmat aamiin
Lexx Luu Allahuakbar. Mati dalam keadaan sebut nama Allah, mati dalam keadaan wuduk, mati dalam keadaan hendak mendirikan solat, Allah pilih hambanya yang dikehendaki beliau. Allahurabbi. Semoga syurga untukmu wahai hamba Allah yang bertaqwa. Kematian yang sangat dicemburui.
Ditempat di kalangan orang beriman
Norshihah AbdRahim Al fatihah muga rohnya dicucuri rahmat Dan ditempatkan bersama org beriman aamiin
Noorhazlin Yahya innalillahi wa inna ilaihi roji’un…
moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dlm kalangan orang2 yang beriman dan diterima segala amalannya… Aamiin ya robbal alaamiin…
Nurhaslinda Ciklin Allahuakbar..moleknya kematian arwah…mg ditempatkan dlm klgn org beriman
SUMBER FOTO: KREDIT FACEBOOK MASJID AN-NUR TELOR TIMUR
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Seawal Usia 6 Tahun Imam Muda Hassan Dah Ulang-Alik Naik Bas Tambang, Demi Menuntut Ilmu Agama
Mula dikenali sejak menyertai Imam Muda musim kedua, program realiti tersebut telah membawa banyak perubahan dalam diri Mohd Hassan Adli Yahaya atau Hassan Adli setelah dinobatkan sebagai juara.
Dikenali sebagai seorang insan yang murah dengan senyuman Hassan Adli punya aura yang tersendiri.
Dalam usia enam tahun, Hassan sudah mula berdikari. Demi kerana menuntut ilmu agama, Hassan yang berasal dari kampung Sungai Wangi, Ayer Tawar, Perak menaiki bas tambang seorang diri dari rumahnya di kampung Sungai Wangi ke stesen bas Sitiawan.
IBU BERATKAN SOAL PENDIDIKAN AGAMA
Ibunya, Arfah Md. Nor amat mementingkan soal pendidikan agama. Sebab itulah dia nekad untuk menghantar Hassan ke sekolah tadika Islam di Seri Manjung. Meskipun jarak tadika tersebut jauh dari rumah mereka. Namun ibunya percaya untuk menuntut ilmu, jarak bukanlah penghalang.
“Saya mahu Hassan mendalami ilmu agama. Meskipun tahu Hassan masih terlalu muda untuk berdikari tetapi saya selalu berdoa kepada Allah agar menjaga keselamatannya. Selalunya saya akan menghantar Hassan ke depan rumah kerana bas akan lalu di hadapan rumah kami.
“Saya naikkan Hassan hingga ke tangga bas dan berpesan kepada pemandu dan juga konduktor bas untuk melihat-lihatkan Hassan. Biasanya Hassan akan duduk di kerusi paling hadapan iaitu di belakang pemandu bas.
“Sampai sahaja di stesen bas Sitiawan, Hassan akan menunggu ustaz mengambilnya di situ untuk dibawa ke sekolah tadika di Seri Manjung. Selesai belajar di sekolah tadika, Hassan akan dihantar semula ke stesen bas Sitiawan. Hassan akan menaiki bas tambang untuk pulang ke rumah. Saya akan menunggu Hassan di tepi jalan kerana sudah tahu waktu Hassan akan sampai ke rumah. Begitulah rutin Hassan setiap hari,” cerita Arfah.
NAK TUNTUT ILMU PERLU ADA PENGORBANAN
Menurut Arfah untuk menuntut ilmu perlu ada pengorbanan. Dia amat bersyukur kerana pengorbanannya mendidik Hassan mendalami ilmu agama tidak sia-sia. Hassan meneruskan persekolahannya di Seri Manjung sehingga darjah tiga.
“Pernah juga terjadi ustaz yang sepatutnya mengambil Hassan di stesen bas Sitiawan terlupa mengambil Hassan. Saya sudah berpesan kepada Hassan jika ustaz terlupa mengambilnya, saya minta Hassan menghubungi saya menggunakan telefon awam. Dalam sebulan ada dua, tiga kali jugalah insiden ini berlaku.
“Kebiasaannya saya akan minta Hassan naik semula bas tambang untuk pulang ke rumah. Saya amat berterima kasih dengan pemandu dan konduktor bas kerana ‘menjaga’ Hassan sepanjang tempoh Hassan berulang-alik menaiki bas sewaktu dia belajar di Seri Manjung. Ketika darjah empat, Hassan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Sungai Wangi jadi tiada masalah kerana dekat dengan rumah kami,”tutur Arfah lagi.
Dilontarkan persoalan bagaimana Arfah begitu yakin melepaskan Hassan menaiki bas seorang diri, ini jawapan Arfah. Apabila kita berniat ke arah kebaikan nescaya Allah akan melancarkan segala urusan.
“Saya sentiasa tawakal dan berdoa kepada Allah moga-moga semua perkara dipermudahkan. Saya hanya fikirkan yang positif sahaja dan yakin Allah akan sentiasa akan membantu. Yang penting niat kita perlu betul.
“Sebagai ibu saya hanya menjalankan tanggungjawab untuk membekalkan ilmu agama yang cukup kepada anak-anak. Saya mahu anak-anak saya terdidik dengan pendidikan agama kerana mahu melihat mereka berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat,”jelas Arfah.
Menurut Arfah sebelum Hassan menyertai program Imam Muda dia terlebih dahulu menyertai program realiti Akademi Al Quran musim ke empat yang disiarkan di TV9. Hassan ada meminta izin dan pendapat untuk menyertai pertandingan tersebut.
“Perkara yang baik tentulah saya menggalakkannya. Sebagai ibu, saya sentiasa memberi sokongan. Meskipun Hassan tersingkir awal daripada program Akademi Al Quran saya bersyukur kerana Hassan menjadi juara untuk program Imam Muda musim kedua. Pada saya jika sudah rezeki pasti tidak ke mana,”jelas Arfah penuh makna.
CUBA NASIB
Penyertaan Hassan Adli dalam program realiti Akademi Al Quran pada 2010 sekadar untuk mencuba nasib. Bukan kemenangan yang dihajatinya cuma ingin menimba pengalaman baru. Ketika itu Hassan baharu sahaja menamatkan pengajian dalam bidang Ilmu Wahyu, pengkhususan Al Quran Sunnah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
“Ketika menyertai Akademi Al Quran, saya orang ketiga yang tersingkir daripada program realiti tersebut. Saya redha kerana percaya ada rezeki lain untuk saya. Lagi pun saya sekadar mencuba-cuba dan terfikir untuk menang. Pada masa yang sama juga program realiti Imam Muda musim pertama juga berjalan serentak.
“Atas nasihat kawan-kawan mereka telah menggalakkan saya untuk menyertai audition Imam Muda musim ke dua pada 2011. Ketika audition, saya demam. Saya menyertai audition yang terakhir di Kuala Lumpur. Pada hari terakhir audition, saya juga merupakan peserta terakhir.
“Saya tidak menjangka yang saya akan terpilih untuk ke peringkat seterusnya hinggalah ke peringkat akhir. Persaingan cukup sengit kerana peserta-peserta semua hebat-hebat belaka. Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya.,”ungkap Hassan Adli.
Pernah menjangkakan yang dia akan tersingkir awal sama seperti program realiti Akademi Al Quran yang disertainya sebelum ini, nyata sangkaan anak muda ini meleset sama sekali. Akui Hassan menjadi juara Imam Muda musim kedua ibarat seperti mimpi.
“Sungguh saya tidak pernah menyangka untuk menjadi juara Imam Muda musim kedua. Saya anggapnya sebagai rezeki dari Allah. Bukan calang-calang peserta yang menyertai program ini. Ketika itu, hanya tinggal saya dan Nazrul Izwan Zolkiflee. Apabila nama saya disebutkan sebagai juara, saya tergamam namun dalam masa yang sama berasa amat gembira. Kejayaan saya adalah berkat sokongan ibu, keluarga dan rakan-rakan,”tutur Hassan Adli.
TAHAP KEYAKINAN LUAR BIASA
Mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya, sempat penulis bertanya tentang pengalamannya berulang-alik menaiki bas tambang seawal usia enam tahun. Luar biasa tahap keyakinan yang ada pada diri Hassan ketika anak-anak seusia dengannya mesti bertemankan ibu bapa jika hendak ke mana-mana.
“Ada juga perasaan takut dan berdebar-debar. Maklum sahajalah budak-budak. Ketika mula-mula menaiki bas, ibu akan menemankan saya hingga menaiki bas. Selepas saya sudah boleh membiasakan diri, ibu hanya hantar saya di tangga bas. Jika saya tertidur, pemandu bas akan kejutkan saya jika sudah sampai ke destinasi.
“Saya meneruskan pengajian di tingkatan satu di Maahad Ehyak Diniah Islamiah di Kampung Gajah selama setahun. Semasa di tingkatan dua hingga lima pula saya menyambung pengajiannya di Sekolah Menengah Agama Izzuddin Shah, Ipoh. Selesai pengajian di sekolah menengah saya melanjutkan pengajian di peringkat tinggi di UIAM,”ujar Hassan Adli.
Berkongsi teknik didikan agama yang diamalkan oleh ibunya, akui Hassan Adli, ibunya ada membuat carta solat. Setiap kali selesai solat, tandakan pada kotak carta. Jika tidak solat, tulis tanda kosong sahaja.
Guru Al Quran saya adalah ibu saya sendiri. Membaca Al Quran memang menjadi amalan kami setiap kali selesai solat maghrib. Kadang-kadang ibu akan mengintai sama ada kami solat atau tidak. Masing-masing tidak boleh menipu.
Di rumah kami memang ada bilik solat. Bilik itu kekal hingga sekarang. Kata ibu saya, amat penting untuk menyediakan bilik solat. Baharulah selesa untuk beribadat.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI