
Isi Kandungan
ToggleKematian itu menjemput kita tidak kira masa sama ada cepat atau lambat. Kalau memang Dia sudah mengkehendakinya, siapalah kita hambaNya yang mahu menolak ketentuan Illahi.
Seperti perkongsian di laman twitter apabila seorang remaja lelaki, Ilyas Munzir Isahak yang meninggal dunia akibat kemalangan sebaik setelah menunaikan solat Subuh di Masjid Pangkalan Balak, Masjid Tanah Melaka Ahad lalu.
Ternyata pemergian remaja yang baru berusia 17 tahun ini amat dirasai oleh seluruh ahli keluarga serta rakan-rakannya. Mereka turut muat naik ucapan takziah di laman sosial kepada arwah.
Masing-masing meluahkan rasa rindu terhadap kehadiran Allah dan rata-rata teman-temannya mengakui arwah seorang insan yang baik budi pekertinya.
Kematian yang menghidupkan haji yang lama mati.
Kemalangan sebab langgar tiang lampu. Moga ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Pemergian teramat mulia.
Serah rindu pada Allah.
Rehatlah dengan segala permainan dunia.
Moga tenang di sana & tunggu di syurga.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar.
Ketika hayatnya, arwah juga merupakan ahli kelab remaja Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) cawangan Alor Gajah.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
‘Tak Elok & Tidak Menepati Sunnah.’ Pakai Jam Tangan, Afdal Tangan Kanan atau Kiri

Isi Kandungan
Toggle‘Tak elok & tidak menepati sunnah.’ Pakai jam tangan, afdal tangan kanan atau kiri? Mana satu lebih baik terutamanya bagi lelaki.
Maklumlah pemakaian jam tangan adalah penting kerana mudah untuk mengetahui masa. Tetapi adakah dalam Islam disarankan memakai jam pada tangan-tangan tertentu.
Ikuti penerangan Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tangan kiri atau kanan yang lebih afdal pakai jam?
Artikel Berkaitan:
Ubah Kebiasaan Pakai Jam Di Tangan Kiri Tukar Ke Tangan Kanan
Tak Elok & Tidak Menepati Sunnah
Soalan:
Tangan mana yang lebih baik untuk dipakai jam, tangan kanan atau kiri? Adakah memakainya pada tangan kiri dilihat tidak elok dan tidak menepati sunnah? Terima kasih.
Jawapan:
Secara umumnya seseorang lelaki dibenarkan atau diharuskan untuk memakai jam tangan dan tidak ada masalah memakainya kerana tidak syak lagi bahawa pemakaian jam tangan itu pada asalnya adalah kerana keperluan mengetahui waktu.
Begitu juga jika seorang lelaki itu memakai jam tangan bagi tujuan berhias, di samping tujuan asalnya untuk mengetahui waktu, maka dalam hal ini secara zahirnya ia dilihat menyerupai hukum seorang lelaki memakai cincin daripada besi. Ringkasnya, pemakaiannya adalah diharuskan.
Pakai Jam Tangan
Imam al-Nawawi dalam syarahannya terhadap Sahih Muslim, hadith daripada riwayat Sahl bin Sa‘ad al-Sa‘idi, yang di dalamnya ada dinyatakan:
الْتَمِسْ وَلَوْ خَاتَمًاً مِنْ حَدِيدٍ
Maksudnya:
“Carilah sesuatu walaupun jika sebentuk cincin besi.”
Riwayat al-Bukhari (5871) dan Muslim (1425)
Beliau menyebutkan, hadis ini menunjukkan keharusan untuk menggunakan cincin besi. Padanya terdapat khilaf dalam kalangan ulama salaf sebagaimana dinukilkan oleh al-Qadhi. Seterusnya bagi ashab kami (ulama mazhab Syafi‘i) berkenaan kemakruhan memakainya terdapat dua pendapat. Pendapat yang paling sahih, tidak makruh memakainya kerana hadith yang melarang daripadanya dinilai sebagai dha‘if (lemah). (Lihat al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, 9/213).
Selain itu, jam tangan juga tidak dikhususkan hanya sebagai perhiasan untuk wanita, bahkan sudah menjadi adat dan ‘uruf setempat bahawa lelaki juga memakainya sebagai perhiasan, tanpa mengenepikan tujuan asalnya itu. Jadi, ini bertepatan dengan kaedah yang menyebutkan:
الْأَصْلُ فِي اللِّبَاسِ وَالزِّينَةِ الْإِبَاحَةُ
Maksudnya:
“Hukum asal bagi pakaian dan perhiasan adalah diharuskan.” (Lihat al-Qawa’id al-Nuraniyyah oleh Ibn Taimiyyah, hlm. 164; Tafsir Ibn Kathir, 3/408; Tafsir Abi Su‘ud, 3/224; al-Ifham fi Syarh ‘Umdah al-Ahkam oleh Ibn Baz, hlm. 777).
Afdal Tangan Kanan atau Kiri
Berbalik kepada soalan yang diajukan, secara umumnya, seseorang itu diharuskan untuk memakai jam pada mana-mana tangan yang dikehendakinya; kanan atau kiri. Syeikh Ibn Baz ketika ditanya berkenaan memakai jam tangan di tangan kanan, beliau menjawab dengan menyatakan, diharuskan untuk memakai jam tangan pada tangan kanan dan kiri. (Lihat Masa‘il al-Imam Ibn Baz, hlm. 220).
Namun, pada asasnya terdapat riwayat menceritakan bahawa Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan dalam urusan Baginda. Ini sebagaimana riwayat daripada Aisyah R.Anha, katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يُعْجِبُهُ التَّيَمُّنُ فِي تَنَعُّلِهِ وَتَرَجُّلِهِ وَطُهُورِهِ وَفِي شَأْنِهِ كُلِّهِ
Maksudnya:
“Nabi SAW selalu mendahulukan bahagian kanan dalam memakai selipar, menyikat rambut, bersuci dan dalam setiap urusan kehidupan sehariannya.”
Riwayat al-Bukhari (168)
Tajuddin al-Fakihani setelah mensyarahkan hadith di atas, beliau menyebutkan, ini adalah kaedah/prinsip yang berterusan dalam syariat; iaitu segala sesuatu yang termasuk dalam perkara yang dimuliakan dan diberi penghormatan seperti memakai pakaian, seluar dan kasut, masuk ke dalam masjid, menggunakan siwak, memakai sandal, memotong kuku, menggunting misai, menyikat rambut, mencabut bulu ketiak, mencukur kepala, memberi salam ketika dalam solat, membasuh anggota-anggota taharah (bersuci), keluar dari tandas, makan dan minum, berjabat tangan, istilam Hajarul Aswad, dan lain-lain yang memiliki makna serupa, adalah disunatkan untuk dimulakan dengan bahagian yang kanan.
Adapun hal-hal yang berlawanan dengannya, seperti masuk ke dalam tandas, keluar dari masjid, beristinja’, membuka atau melepaskan pakaian, seluar, dan kasut, dan seumpamanya, maka adalah disunatkan untuk dimulakan dengan tangan kiri. Semua ini adalah untuk menghormati dan memuliakan tangan kanan. (Lihat Riyadh al-Afham fi Syarh ‘Umdah al-Ahkam, 1/162).
Dalam menjawab soalan ini juga, terlebih dahulu kita hendaklah mengetahui bahawa jam tangan seperti mana yang dipakai pada hari ini tidak dikenali pada zaman dahulu.
Menyerupai Perbuatan Memakai Cincin
Justeru, kita hendaklah melihat perhiasan yang serupa atau mirip kepada jam tangan, dan secara zahirnya ia dilihat menyerupai perbuatan memakai cincin. Terdapat beberapa riwayat yang menceritakan mengenai cincin yang dipakai oleh Baginda SAW di jari atau tangan mana.
Di antaranya riwayat daripada Anas bin Malik R.A, beliau berkata:
كَانَ خَاتِمُ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فِي هَذِهِ وَأَشَارَ إِلَى الْخِنْصَرِ مِنْ يَدِهِ الْيُسْرَى
Maksudnya:
“Cincin Nabi SAW di sini, lalu beliau menunjukkan kepada jari kelingkingnya di tangannya yang kiri.”
Riwayat Muslim (2095)
Justeru hadis ini menunjukkan kepada kita bahawa Baginda SAW memakai cincin di tangan kirinya. Bahkan jika dilihat dari sudut hikmahnya, Nabi SAW makan dan minum dengan tangan kanan, justeru jika Baginda memakai cincin di tangan kanan pasti ia akan menjadikan proses makan dan minum itu sedikit sukar. Al-Buhuti menyebutkan, memakai cincin di jari kelingking tangan kiri adalah lebih afdhal berbanding memakainya di jari kelingking tangan kanan, kerana ia lebih selesa dan tetap (tidak perlu diubah-ubah). (Lihat Kassyaf al-Qina‘, 2/236).
Manakala Syeikh Ibn Soleh al-‘Uthaimin pula berpendapat, memakai jam tangan di tangan kanan tidak ada masalah dan tidak juga ada keutamaan (afdhaliyyah) padanya.
Tiada Sebarang Kelebihan
Seseorang itu boleh memilih untuk memakai jam tangannya pada mana-mana tangan; kanan atau kiri. Sesungguhnya telah sabit daripada Nabi SAW bahawasanya Baginda kadang-kadang memakai cincin pada tangan kanannya, dan kadang-kadang memakainya pada tangan kirinya.
Pemakaian jam tangan termasuk dalam jenis cincin (dari segi hukumnya). Justeru, berdasarkan perkara itu, beliau berpendapat, tidak mengapa seseorang itu memakai jam tangan pada tangan kirinya.
Begitu juga tidak mengapa memakainya pada tangan kanan, dan tidak ada sebarang kelebihan mahupun keutamaan dalam pemakaiannya ke atas yang lain (sama ada kanan atau kiri).
Beliau juga ada menyatakan, ramai orang pada hari ini memakainya pada sebelah tangan kiri kerana tangan kanan lebih banyak digunakan dalam kehidupan seharian berbanding tangan kiri. Jika dia memakai jam tangan pada tangan kanannya, berkemungkinan ia akan menghalang atau mengganggu aktiviti sehariannya atau kemungkinan juga akan mendedahkannya kepada kerosakan.
Oleh sebab itu, kebanyakan orang memilih untuk memakai jam tangan pada tangan kiri mereka dan tidak menjadi masalah dalam hal tersebut mahupun terdapat keutamaan bagi tangan kanan berbanding tangan kiri dalam perkara ini. (Lihat Fatawa Nur ‘ala al-Darb, 22/2).
Namun, para ulama mazhab Syafi‘i berpandangan bahawa pemakaian cincin di tangan kanan adalah lebih afdhal dan utama. Ini seperti pendapat Imam al-Nawawi yang menyebutkan, dibolehkan bagi seorang lelaki untuk memakai cincin perak di jari kelingking tangan kanannya, dan sekiranya dia mahu dia boleh memakainya pada jari kelingking tangan kirinya.
Kedua-duanya sahih dilakukan oleh Nabi SAW. Akan tetapi pendapat yang sahih lagi masyhur adalah lebih afdhal untuk memakainya pada tangan kanan kerana ia merupakan perhiasan dan tangan kanan adalah lebih mulia. (Lihat al-Majmu‘ Syarh al-Muhazzab, 4/333).
Pemakaian Jam Adalah Diharuskan
Oleh itu, berdasarkan kepada kenyataan dan perbincangan di atas, kami berpendapat bahawa tidak menjadi masalah memakai jam tangan pada mana-mana tangan sama ada kanan atau kiri. Kedua-duanya adalah diharuskan.
Namun, jika seseorang itu memakai jam tangan di tangan kanan dengan tujuan untuk mengikuti sunnah Nabi SAW (ittiba‘ al-Nabi) dalam hal mendahulukan anggota kanan, maka tidak syak lagi ia adalah lebih afdhal dan mendapat pahala Insya-Allah.
Lebih-lebih lagi, jika pemakaian jam di tangan kanan itu tidak menyebabkan kesukaran ke atasnya untuk melakukan aktiviti seharian seperti makan, minum dan seumpamanya sekalipun perlu membukanya.
Begitu juga jika dia memakainya pada tangan kiri kerana tangan kanannya banyak atau kerap digunakan dalam aktiviti sehariannya sehingga menimbulkan kesukaran ke atasnya untuk kerap kali membuka/menanggalkannya, maka tidak mengapa melakukannya dan tidak termasuk dalam perbuatan yang dianggap tercela.
Ini kerana dalam hal tersebut adalah luas, diharuskan untuk memakainya pada tangan kanan atau tangan kiri, tidak kira bagi lelaki mahupun perempuan kerana hukumnya adalah sebagaimana pemakaian cincin.
Baca Di Sini:
Ahli Keluarga Bergaduh Ketika Pengebumian. Bacaan Talkin Sunnah Atau Bidaah?
Kashoorga: Sebenarnya pakailah mengikut keselesaan sendiri dengan niat memudahkan kita untuk melihat waktu.
Sumber: Maktabah Al-Bakri
Follow kami di Facebook, Website, Instagram dan YouTube Kashoorga untuk mendapatkan info dan artikel-artikel menarik.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Risau Aurat Isteri. Apa Hukumnya Doktor Lelaki Sambut Kelahiran Anak?

Setiap pasangan memang teruja apabila bakal sambut kelahiran anak, apatah lagi ia merupakan cahayamata pertama. Pelbagai persiapan awal telah dibuat agar kelahiran berjalan lancar termasuklah menginginkan doktor wanita yang menyambut kelahiran anak itu nanti.
Namun kita hanya merancang, ada ketikanya ibu terpaksa terima hakikat doktor yang bertugas untuk menyambut kelahiran pada hari itu adalah seorang doktor lelaki. Mustahil untuk menunda kelahiran di saat genting ketika itu.
Artikel berkaitan: Adab Sambut Kelahiran Bayi Bukan Azan & Iqamat Sahaja, Ayah Please Take Note!
Artikel berkaitan: Amar Baharin Kongsi Ayat Dari Surah Al-Imran Mohon Isteri Jadi Wanita Solehah, Sempena Ulang Tahun Kelahiran
Tak kan nak halau doktor lelaki itu? Jadi bagaimana agaknya pandangan Islam? Kita ikuti penjelasan ustaz Dr. Irwan bin Mohd Subri bagi meredakan keresahan ibu hamil yang ingin menjaga auratnya.
“Isu doktor wanita menyambut kelahiran kembali menggegar alam maya. Isunya ialah suami dan netizen tidak mahu doktor lelaki menyambut kelahiran dan tidak mahu doktor lelaki melihat, menyentuh apa tah lagi menyeluk (istilah tepat ialah pemeriksaan bukaan) faraj isteri,” ujarnya di awal coretan
Hukum asal atau yang dikatakan hukum azimah ialah haram melihat faraj wanita lain saja-saja (tanpa sebab kukuh). Dalam hal ini, ia terpakai kepada doktor lelaki dan wanita.
“Maksudnya orang lelaki yang bukan suami tidak boleh (haram) melihat faraj wanita lain termasuklah faraj mahramnya tanpa alasan kukuh. Begitulah juga orang wanita tidak boleh (haram) melihat faraj wanita lain saja-saja tanpa ada keperluan,”
Jika alasan bahawa doktor lelaki tidak boleh melihat faraj isteri ketika melahirkan anak, sepatutnya alasan sama digunakan juga terhadap doktor wanita; tidak boleh melihat faraj isteri ketika melahirkan anak. Ini kerana hukum azimah ialah tidak boleh melihat faraj wanita lain secara saja-saja. Sama ada doktor lelaki dan wanita sama sahaja hukumnya.
“Namun kita bercakap tentang proses melahirkan anak. Adalah satu keperluan untuk seseorang menyambut kelahiran tersebut. Seseorang itu sama ada seorang lelaki atau seorang wanita.
“Jadi, keadaan hukum asal azimah telah berubah menjadi hukum rukhsah, iaitu daripada hukum tidak boleh melihat faraj wanita lain secara saja-saja, kepada hukum “harus” bahkan terkadang menjadi “wajib” untuk melihat faraj wanita yang melahirkan anak”, ulasnya lanjut
Proses melahirkan anak telah menjadi hajat (keperluan) atau darurat (kecemasan) yang mana ia dinamakan rukhsah (keringanan) hukum. Hukumnya tidak lagi sama dengan keadaan hukum asal azimah.
Ketika berlaku situasi hajat atau darurat, pesakit (isteri) tidak berdosa kerana mendedahkan aurat farajnya kepada orang lain. Doktor sama ada wanita atau lelaki tidak berdosa melihat faraj wanita lain ketika sambut kelahiran. Kata kuncinya ialah hukum azimah dan hukum rukhsah. Begitu juga hajat dan darurat.
Dari segi awlawiyyatnya adalah lebih baik doktor atau jururawat wanita yang menyambut kelahiran. Sekiranya tiada doktor wanita bertugas, diharuskan kepada doktor lelaki untuk menyambut kelahiran. Sudah tentu, sama ada wanita atau lelaki yang menyambut kelahiran perlu mematuhi prinsip Syarak, antaranya ialah tidak melebihi had sepatutnya.
الضرورة تقدر بقدرها
Tuntutan supaya doktor O&G hanya dikhususkan kepada wanita sahaja demi menyelamatkan maruah faraj isteri adalah penyelesaian juz’ie (kecil atau sebahagian) sahaja. Penyakit-penyakit lain juga memerlukan pendedahan aurat selain faraj seperti barah payudara, tiroid, barah usus dan lain-lain.
Dalam keadaan tanpa alasan kukuh atau saja-saja (azimah), aurat selain faraj juga haram dilihat. Namun dalam situasi sakit (rukhsah), diharuskan untuk melihat dan menyentuhnya.
Berhujah dengan maqasid Syariah dalam pertembungan hifzu al-din (hukum aurat) dan hifzu al-nafs (nyawa/kesihatan) juga selalu disalahfaham. Ada situasi yang wajib didahulukan al-din seperti jihad.
Ada pula situasi yang wajib didahulukan al-nafs demi menjaga al-din seperti rawatan kesihatan khususnya yang melibatkan hidup mati pesakit. Sebab itulah imam al-Shatibi meletakkan satru al-awrah (tutup aurat) dalam kategori tahsiniyyat dan bukannya daruriyyat.
Wallahu A’lam bi al-Sawab.
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI
Mulianya Hati! Uncle Kentang Dedah Kisah Sebenar Kenapa Bantu Sediakan Van Jenazah Untuk Orang Islam

Siapa saja yang tidak mengenali Uncle Kentang atau nama sebenarnya Kuan Chee Heng.
Namanya sering jadi sebutan dek kerana sikap baik dan sering menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan tanpa mengira warna kulit dan aga.
Terbaru, viral kisahnya yang menyediakan van jenazah untuk orang Islam.
Artikel Berkaitan: Mahu Cari Keberkatan Dunia & Akhirat, Tya Ariffin Tak Lupa Bantu Keluarga Di Indonesia Setelah Kecap Kejayaan
Ternyata ada sebab sebenar kenapa dia seorang bukan Muslim yang menyediakan van jenazah berkenaan.
Menurutnya ini adalah disebabkan pengalamannya yang tidak mampu membeli keranda ketika ayahnya mati dulu.
Ikuti perkongsiannya yang diberitahu di laman sosial Facebook.
MENGAPA KITA BANTU MEREKA YANG MENINGGAL…. KERANA MASA ITU KAMI SEMUA TAK MAMPU BELIKAN AYAH KERANDA….
“Mengapa saya orang Cina tapi saya sediakan Van jenazah ??????… kerana semasa ayah saya mati… kami tak mampu beli keranda…
“Jam 3.00 pagi saya… saya… melihat wajah ayah kaku di atas bangku panjang…. bangku kayu… di tutup oleh tikar mengkuang…
“Kami tak mampu urus beliau.. masa itu saya baru lepas SPM….. nasib baik abang dapat pinjam wang dari Jaya Watch Seapark punya taukeh…. arwah Mr Fong.. RM 2500.
“TAK KIRA LAH SIAPA SUSAH… MEREKA BOLEH PAKAI VAN JENAZAH…. Mengapa pula saya tak beli Van Mayat untuk bukan Islam??????
“Tak perlu… kerana saya tak akan boros… kerana banyak group Cina buat bisness mayat… dan India pun ramai buat Van Mayat… dari Mercedes hingga ke Velfire…. hingga ke Van Mewah…
“Siap nombor cantik 8888… 6868… 118.. 668…. jadi kita leverage kat mereka ini… CALL BEE CHAI…
“DIA AKAN URUS A KE Z… CALL RAJOO DIA AKAN BAWA SAMI DAN URUS A TO Z DAN MURAH….
“The Non Muslim can leverage on the funeral parlours… dan YANG PENTING KITA HANYA JADI DRIVER VAN JENAZAH… URUSAN MANDI DAN PEGEMBUMIAN KITA SERAHKAN KEPADA TEAM KEBAJIKAN URUS JENAZAH… EPISOD SEDIH AYAH SAYA …
“Tidak mau di ulangi lagi lah…. kita permudahkan semua mereka yang pulang sebelum kita….lagi pun orang Cina dan India banyak amalan dalam upacara pengebumian…
“Dan kita serah balik pada mereka yang pakar agar mendiang dapat di kebumikan dengan sempurna mengikut adat masing masing…..
Sebelum itu, memang diketahui Uncle Kentang memberi pertolongan kepada pihak yang memerlukan dengan hati ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
“YOU ALL ARE SO DAMN AWESOME… MELAYU INDIA DAN CINA SERTA RAMAI LAGI DERMA.
“STAND UP…..!!!!!!!!! You semua hebat gila. Saya tak hebat. Saya tulis status satu keluarga India putus bekalan letrik dan air dalam bahasa Inggeris.
“Tapi KAMU SEMUA HEBAT TETAP MENDERMA. Kamu TAK KENAL SIAPA KELUARGA INDIA INI… hanya kamu tahu mereka perlu bantuan….. dan kamy hulurkan .
“SILA BERI SATU TEPUKAN GEMURUH UNTUK ANDA SENDIRI… malasalah beliau selesai 20 minit kerana kita berjaya mengumpul wang sebanyak RM 1700 untuk beliau dan ayah serta mak beliau yang tidur dalam kegelapan.
“WELL DONE ALL OF YOU… SILA STAND UP DAN BAGI YOURSELVES A BIG APPLAUSE. You orang hebat. YOU ALL DID IT.
Kredit: Facebook Uncle Kentang
Artikel Berkaitan: “Bahagia Dapat Bantu Golongan Susah” – Ustaz Ebit Lew Tawar 100 Kerja Kosong Di Pasaraya Miliknya
Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
KLIK DI SEENI