Hukum berwuduk sebelum solat adalah wajib atau jika dalam darurat kita dibolehkan bertayamum.Secara ringkasnya, wuduk bermaksud kebaikan dan kebersihan.
Dalam rutin harian berwuduk, kita menggunakan air mutlak iaitu air suci lagi menyucikan. Sebelum air terkena pada wajah, kita perlu lafazkan niat berwuduk sebagai syarat utama sah wuduk.
Betapa besarnya keutamaan wuduk, kita dibolehkan mengambil keberkatan berwuduk dengan membaca niat-niat istimewa yang dilafazkan dalam hati tatkala kita ingin membasahi setiap anggota yang wajib terkena air wuduk.
Nak tahu apakah lafaz niat-niat itu? Kita mulakan dengan pengetahuan asas iaitu cara mengambil wuduk yang betul.
Cara Ambil Wuduk Yang Betul Dan Digalakkan:
Mengadap Kiblat
Membaca Basmallah
Membasuh kedua-dua tangan hingga ke pergelangan tangan sebanyak tiga kali dengan menyelati setiap jari sambil berdoa
Lafaz niat:
“Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kebahagiaan dan keberkatan, dan aku berlindung dengan-Mu daripada sebarang kemalangan dan kebinasaan’
Berkumur-kumur sebanyak tiga kali sambil berdoa di dalam hati
Lafaz niat: “Ya Allah, bantulah aku dalam usaha membaca kitabMu dan banyak berzikir mengingatiMu. Kukuhkanlah aku dengan kata-kata yang kukuh di dunia dan di akhirat”
Istinsyaq : Iaitu membersihkan lubang hidung dengan cara menyedut air ke dalam hidung kemudian mengeluarkannya
Perbuatan ini dilakukan sebanyak tiga kali sambil berdoa: Lafaz niat: “Ya Allah, ciumkanlah aku dengan bauan syurga dan Engkau redha kepadaku”
Ketika mengeluarkan air berdoa pula dengan doa ini: Lafaz niat: “Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada menghidu bauan neraka dan seburuk-buruk tempat tinggal”
Ads
Membasuh muka sebanyak tiga kali dengan menggunakan kedua-dua belah tangan
Basuhan dimulakan pada bahagian dahi dan turun perlahan-lahan ke anak telinga, hidung dan dagu.
Lafaz niat WUDUK sebelum air mengenai muka (lafaz niat ini adalah WAJIB): “Sahaja aku mengambil wuduk fardu atasku kerana Allah Taala”
Apabila air mengenai muka, mulakan berniat dalam hati dan membaca doa:
Lafaz niat: “Ya Allah, putihkan mukaku dengan nurMu pada hari putihnya muka para waliMu dan jangan hitamkan mukaku sepertimana Engkau gelapkan muka musuh-musuhMu”
Membasuh kedua-dua tangan hingga melebihi had siku sebanyak tiga kali
Mulakan dengan tangan kanan, dari jari hingga ke siku sambil berdoa: Lafaz niat: “Ya Allah, berilah catatan amalan dari sebelah kananku dan hisablah aku dengan mudah”
Ads
Perkara yang sama dilakukan pada tangan kiri sambil berdoa. Lafaz niat: “Ya Allah aku berlindung kepadaMu supaya janganlah Engkau berikan catatan amalanku dari sebelah kiriku atau dari sebelah belakangku”
Menyapu sebahagian ubun-ubun atau keseluruhan kepala sambil berdoa:
Lafaz niat: “Ya Allah lindungi daku dengan rahmatMu dan limpahi daku keberkatanMu. Dan masukkan daku di bawah naungan ArasyMu pada hari tiada perlindungan kecuali perlindunganMu sahaja. Ya Allah, haramkan rambutku dan kulitku daripada api neraka”
Membasuh kedua-dua telinga luar dan dalam sebanyak tiga kali
Cara membasuh dengan memasukkan jari telunjuk ke dalam lubang telinga dan ibu jari diletakkan di belakang telinga, kemudian ditolak ke atas. Doa yang elok dibaca ketika ini: “Ya Allah, jadikan aku daripada kalangan orang yang mendengar peringatan lalu mengikutinya. Ya Allah dengarkanlah kepadaku seruan syurga bersama-sama orang yang baik”
Membasuh kaki hingga ke buku lali atau lebih, sebanyak tiga kali
Basuhan dimulakan dengan kaki kanan sambil menyelati jari-jari kaki.
Ads
Lafaz niat: “Ya Allah, tetaplah dua kakiku di atas Titian Mustaqim pada hari tergelincir kaki-kaki lalu jatuh ke dalam neraka”
Lafaz niat: “Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada tergelincir kakiku di atas Titian Mustaqim ke dalam neraka pada hari tergelincir kaki orang munafik”
Membaca doa selepas wuduk
Selepas selesai mengambil wudhu, disunatkan untuk membaca doa berikut:
Asy-hadu alla ilaha illallahu wahdahu lasyarikalah, wa-asy-hadu anna muhammadan ‘abduhu warasuluh. Allahummaj’aini minat tauwabin waj’aini minal mutatahhirin waj’alni min ‘ibadikas-solihin.
Maksudnya: Aku bersaksi tidak ada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Esa. Tidak ada sekutu untukNya. Aku bersaksi juga bahawa Nabi Muhammad itu hamba dan utusanNya. Ya Allah, jadikan aku daripada golongan orang yang bertaubat kepadaMu. Dan jadikanlah aku daripada golongan orang yang bersih. Dan jadikan aku daripada golongan hambaMu yang soleh.
Walaubagaimapun, andai kita tidak membaca doa di atas, wuduk tetap sah.
Melihat situasi banjir besar yang melanda Kelantan, Terengganu, Kedah dan beberapa negeri lain hati turut rasa berduka. Kita yang melihat saja sudah berasa susah hati, inikan pula mereka yang terlibat dengan musibah ini.
Dalam keadaan sukar ini seharusnya kita sama-sama sentiasa memanjatkan doa dan bermunajat memohon rahmat an pertolongan daripada Allah. Dikongsi oleh Ustazah Asma’ Harun lima doa ini boleh kita amalkan ketika berdepan musibah banjir ini.
1. DOA KETIKA HUJAN
Daripada Aisyah R.anha berkata, Adapun Rasulullah SAW ketika melihat hujan, baginda berdoa :
اللَّهُمَّ صَيِّبًا نَافِعًا
Maksudnya: “Ya Allah Kau jadikanlah curahan hujan ini sebagai curahan yang bermanfaat.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Maksudnya: “Ya Allah! (Kami bermohon agar hujan hanya) mengelilingi kami dan bukannya menimpa ke atas kami. Ya Allah! (Alihkan ia) ke atas tempat-tempat tinggi, gunung ganang dan bukit bukau, perut-perut lembah, dan tempat tumbuhnya pokok-pokok.” (HR Bukhari, hadis sahih)
3. DOA MEMOHON PERTOLONGAN DARIPADA ALLAH SWT
Daripada Anas bin Malik, dia berkata, “Nabi Muhammad SAW ketika mendapat masalah yang berat, beliau membaca:
يَا حَىُّ يَا قَيُّومُ بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيثُ
Maksudnya: ”Wahai Rabb Yang Maha Hidup, wahai Rabb Yang Berdiri Sendiri dan tidak memerlukan segala sesuatu, dengan rahmat-Mu aku minta pertolongan).”
(HR Tirmidzi, hadis hasan)
4. DOA SAAT KESULITAN
Ibnu Abbas r.a. berkata, ketika Rasulullah SAW mengalami kesulitan baginda membaca doa:
Maksudnya: “Tiada sembahan yang hak selain Allah Yang Maha Agung dan Maha Penyantun. Tiada Tuhan selain Allah, Tuhan Penguasa arasy yang agung. Tiada sembahan yang hak selain Allah, Tuhan langit dan bumi serta Tuhan arasy yang mulia.” (HR Muslim, hadis sahih)
Maksudnya: “Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan keletihan, kekhuatiran dan kesedihan, dan tidak juga gangguan dan kesusahan bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya.” (HR Bukhari, hadis sahih)
Keluar berdua-duaan dengan lelaki bukan mahram sudah terang adalah haram.
Namun malangnya hari ini ramai ibu bapa dengan mudah membenarkan anak mereka terutama perempuan keluar berdua-duaan bersama teman lelaki mereka tanpa rasa bersalah sedangkan ia adalah satu dosa besar.
Demikian situasi yang dikongsi oleh Ustaz Hafiz Afandi yang turut dikenali sebagai Ustaz Kembar.
“Mak ayah yang benarkan anak perempuan keluar dengan lelaki bukan mahram walaupun tunang anaknya sendiri adalah berdosa besar kalau tanpa keperluan yang munasabah.
“Ada mak ayah sekarang ini yang reda anak buat maksiat dengan benarkan anak-anak perempuan keluar dengan boyfriend dia berdating maka mak ayah itu adalah dayus kerana mereka telah redha dengan dosa dan maksiat. Hukumnya adalah berdosa besar.
“Malah ada ulamak yang ‘mengkafirkan’ mak ayah yang sebegini yang redha dengan perbuatan dosa dan maksiat yang telah Allah Taala haramkan. Ini kerana mereka redha dengan perbuatan tersebut sebab anak-anak mereka buat,”ujarnya.
Bertaubatlah jika pernah buat
Dalam pada itu kata Ustaz Hafiz ada juga kalangan ibu bapa yang membenarkan anak keluar dengan alasan sebagai proses mengenali pasangan sebelum berkahwin.
“Ada mak ayah yang cakap, tak apelah mereka keluar berdua sebab nak kenal kenal sebelum kahwin. Tapi dia tak tahu apa anak-anak buat Ketika berdua itu. Ada yang berzina, bersentuhan, berpelukan, berciuman dan sebagainya,” tegasnya dalam satu perkongsian di TikTok.
Nasihat Ustaz Hafiz juga sekiranya ibu bapa sayangkan anak-anak dan mahu ke syurga bersama mereka, jangan buat sebegini.
“Bertaubatlah sekiranya pernah melakukannya,”nasihatnya lagi.
Al-Quran adalah kitab suci bagi umat Islam. Ia diturunkan secara berperingkat melalui Nabi Muhammad SAW. Turunnya kitab suci ini merupakan satu rahmat yang paling besar bagi manusia kerana al-Quran adalah panduan hidup mereka.
Ia mengandungi pelbagai pedoman untuk kehidupan seharian. Kita dituntut untuk membaca, mengkaji dan memahami isi kandungannya supaya boleh menjadikannya sebagai rujukan asas dalam menjalani kehidupan seharian baik dalam bidang politik, sosial mahu pun ekonomi.
Firman Allah dalam surah An Nahl ayat 16:69 bermaksud “Dan Kami turunkan kepada kamu al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan bagi orang-orang Islam.
Di media sosial, tular satu perkongsian bagaimana hendak memagar kebun dari dimasuki binatang seperti tupai, monyet dan sebagainya dengan membaca surah Al Khafi ayat 18.
Jelas individu berkenaan, dirinya mempunyai kebun durian dan menanam dua jenis pokok iaitu D24 dan D2. Tetapi dalam tempoh dua tahun ini tak merasa buah kerana dicuri monyet dan tupai yang jumlahnya agak banyak.
Namun katanya satu ketika ada mendengar satu temuramah melibatkan Ustazah Asma’ Harun dengan seorang tua, Wan Umi Kalthum berusia dalam lingkungan 81 tahun bagaimana menjaga kebunnya.
Ayat yang diajar ialah bacakan surah al Khafi ayat 18
Arab Latin :- Wa taḥsabuhum aiqāẓaw wa hum ruqụduw wa nuqallibuhum żātal-yamīni wa żātasy-syimāli wa kalbuhum bāsiṭun żirā’aihi bil-waṣīd, lawiṭṭala’ta ‘alaihim lawallaita min-hum firāraw wa lamuli`ta min-hum ru’bā
Bermaksud : Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.
“Alhamdulillah, selepas diamalkan surah Al Khafi ini dan dibaca di kebun sendiri, dah seminggu tupai dan monyet tak datang. Jadi dapatlah merasa buah durian nanti,” katanya berkongsi kelebihan surah ini yang bertindak “memagar” kebun dari dimasuki binatang.
Dalam pada itu carian di YouTube mendapati Ustazah Asma Harun ada menemuramah nenek ini yang memberi petua ini.
Saksikan video perkongsiannya.
Isian rohani buat semua peringkat umur, semoga kita KASHOORGA bersama. Insya-Allah, kita download seeNI sekarang ya?
Anak yang selalu beri duit dimanja dan disayangi, tapi anak yang jarang hulur duit kerana hidup susah dilayan kasar dan dimarah-marah. Bukan hanya dalam...